Di Malaysia, individu yang bekerja di industri makanan dan minuman seperti restoran, kafe, kantin sekolah, tadika dan sebagainya mesti melengkapkan 3 perkara ini – hadir Kursus Pengendali Makanan, Dapatkan suntikan typhoid dan jalani saringan kesihatan.
Sekiranya bukan warganegara, FOMEMA dan permit yang sah sebagai tambahan.
Topik
Sejarah Vaksin Anti-Typhoid
Di sekitar kurun ke 430-424 sebelum Masihi, terjadi satu malapetaka yang dipercayai demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu per tiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles.
Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya.
Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini.
Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat.
Setelah penemuan tersebut dan kemajuan penyelidikan serta peningkatan kebersihan, kebanyakan negara-negara maju telah mendapati penurunan demam kepialu pada sepanjang separuh pertama abad ke-20.
Demam Kepialu (Tifoid)
Demam Tifoid atau di Malaysia lebih dikenali sebagai demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin/air kencing dan najis pesakit dan juga najis pembawa.
Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid.
Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Cara-cara Demam Kepialu Merebak
Demam kepialu boleh merebak melalui cara-cara berikut:
🔸 Makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
🔸 Makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
🔸 Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
🔸 Menggunakan bekalan air tidak bersih
Tanda-Tanda Dan Gejala
Sekiranya dijangkiti demam kepialu, gejala berikut akan terjadi:
🔸 Demam panas berpanjangan
🔸 Sembelit
🔸 Sakit kepala
🔸 Cirit birit
🔸 Sakit perut
🔸 Sakit badan / lemah / letih lesu
🔸 Kurang selera makan
🔸 Mata layu dan cengkung
🔸 Tidak sedarkan diri dan meracau
🔸 Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
![Poster Suntikan Typhoid Kementerian Kesihatan Malaysia](https://kursuspengendalianmakanan.com/wp-content/uploads/Tifoid-Back-1024x724.jpg)
Apa Itu Vaksin Anti-Typhoid
Vaksin Anti-Typhoid merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu. Vaksin akan diberikan kepada pesakit yang telah dikenalpasti menghidap demam kepialu dan juga kepada individu pembawa bakteria ini.
Oleh kerana mustahil untuk mengenalpasti pembawa bakteria ini, di Malaysia kerajaan mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.
Jenis-jenis vaksin anti-typhoid
Terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai di seluruh dunia iaitu vaksin yang tidak aktif (dibunuh) yang diberikan melalui suntikan dan vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan secara oral (melalui mulut). Sumber: medlineplus.gov
Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular dan mudah didapati berbanding pil di Malaysia.
Vaksin Typhoid Jenis Pil
🔸 Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.
🔸 Vaksin perlu di ambil semula setiap 5 tahun
Vaksin Typhoid Jenis suntikan
🔸 Vaksin disuntik di bahu atau paha.
🔸 Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.
Individu Yang Tidak Digalakkan Mengambil Vaksin Typhoid
Berikut merupakan individu-induvidu yang tidak digalakkan mengambil vaksin typhoid. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah terlebih dahulu.
Vaksin Typhoid Jenis Pil
🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 6 tahun.
🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.
🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.
🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit yang melibatkan muntah atau cirit-birit.
🔸 Individu yang sistem imunisasinya sudah lemah tidak dan boleh mendapatkan vaksin ini. Mesti beralih kepada cara suntikan. Ini termasuk sesiapa sahaja yang:
◼️ menghidap HIV / AIDS atau penyakit lain yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh,
◼️ sedang dirawat dengan ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, seperti steroid selama 2 minggu atau lebih,
◼️ mempunyai jenis kanser, atau menjalani rawatan barah dengan sinaran atau ubat.
🔸 Vaksin oral tidak boleh diberikan sekurang-kurangnya 3 hari setelah mengambil antibiotik tertentu.
Vaksin Typhoid Jenis Suntikan
🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.
🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.
🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.
🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin.
![Poster Cara Typhoid merebak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia](https://kursuspengendalianmakanan.com/wp-content/uploads/Tifoid-Front-1024x724.jpg)
Suntikan Pengendali Makanan
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid atau pil typhoid pengendali makanan bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:
31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah— (a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan; (b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan (c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.
(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Di Mana Suntikan Typhoid Boleh Didapati?
Suntikan typhoid hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.
Oleh yang demikian, pengendali makanan hendaklah memastikan penyedia suntikan vaksin typhoid adalah samada dari Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta dan Klinik Swasta yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Suntikan Typhoid di Hospital Kerajaan
Hasil pemerhatian dan survey yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa Hospital kerajaan tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini .
Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan
Kami juga mendapati klinik kerajaan seperti Klinik Kesihatan di pekan dan bandar , Klinik 1Malaysia tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini.
Namun begitu, Klinik yang beroperasi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Local Council kebanyakannya ada menyediakan perkhidmatan ini.
Perbezaan adalah dari segi harga.
Antara klinik PBT yang dikenalpasti menyediakan perkhidmatan ini boleh di dapati di direktori Suntikan Typhoid.
Suntikan Typhoid di Hospital dan Klinik Swasta
Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan bermusim yang hanya akan tinggi di bulan ramadan kerana bazar ramadan dan keengganan pengurusan klinik menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat.
Kebanyakan dari klinik swasta menyediakan jenis suntikan, hanya segelintir sahaja yang menyediakan jenis Oral (pil) tetapi kebiasaanya mereka hanya mempunyai stok yang amat terhad bagi pil.
Dapatkan Suntikan Typhoid Berdekatan Anda
- {{ listingType.name }}
- prev
- next
Harga Suntikan Typhoid
Di Malaysia, harga suntikan typhoid adalah sangat berbeza mengikut penyedia perkhidmatan tersebut.
Hospital dan klinik kerajaan tidak lagi menyediakan perkhidmatan ini yang juga bermaksud tiada lagi subsidi untuk suntikan typhoid.
Klinik kesihatan yang di bawah PBT sebelum tahun 2014 menyediakan perkhidmatan ini dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik iaitu serendah RM24 (Klinik Kesihatan DBKL) sehingga maksima RM50 paling mahal.
Tetapi selepas 2018, harga suntikan di klink ini tidak lagi murah berbanding klinik swasta.
Klinik Kesihatan DBKL yang dahulunya harga RM24, kini menawarkan pada harga RM50 bagi warganegara. – Sumber: DBKL
Harga Suntikan Typhoid Johor Bahru
Klinik kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bermula 2019 menawarkan suntikan typhoid dengan bayaran RM70 (Warganegara) dan RM80 (Bukan Warganegara)
Keperluan dan persiapan mendapatkan Suntikan typhoid bagi pengendali makanan
Bagi pengendali makanan, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport.
Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan Typhoid pada tarikh tersebut.
Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.
Terdapat juga klinik yang menggunakan buku suntikan.
Dengarkan Versi Audio Suntikan Typhoid
Soalan Lazim
Tidak digalakkan. Walaupun tiada data yang mengatakan suntikan typhoid merbahaya kepada kandungan.
Sila maklumkan kepada doktor yang anda sedang hamil/mengandung sebelum mendapatkan suntikan.
Sila dapatkan surat pengesahan bertulis daripada doktor yang mengesahkan status tersebut.
Simpan bersama anda dan sekiranya diminta oleh pihak berwajib, tunjukkan surat tersebut.
Hubungi klinik yang memberikan anda suntikan typhoid dan mohon untuk mencetak semula dokumen tersebut.
Cas mungkin akan dikenakan dan tertakluk sepenuhnya kepada klinik tersebut.
Sehingga kini, belum ada kajian atau laporan berkenaan kesan sampingan yang negatif akibat dari pengambilan vaksin typhoid lebih dari 1 kali dalam setahun.
Namun begitu, sekiranya perlu mengambil lebih dari satu kali disebabkan oleh masalah seperti surat hilang, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
LAILA FADHILAH BINTI OMAR
October 8, 2019 at 7:11 AMhi nak tanya, suntikan thypoid ni untuk mengurangkan risiko penularan sakit demam kepialu dalam kalangan pengendali makanan sahaja kan? jadi apa perkaitan suntikan ini dengan si pemakan?
jika pengendali makanan tidak mempunyai suntikan thypoid, adakah akan memberi kesan kepada si pelanggan yang makan di premis yang mempunyai pekerja yang tidak mempunyai suntikan ini?
terima kasih
Charmaine Tan
August 22, 2020 at 3:21 PMHai Laila,
Ya.
Vaksin Anti-typhoid ini sebenarnya melindungi pelanggan dari terkena penyakit yang di bawa oleh pengendali makanan.
Sekiranya pengendali makanan di suntik dengan vaksin, makan ia akan melindungi pengendali makanan dan juga mengelakkan dari ia menjangkiti pelanggan.
Demam kepialu ini sebenarnya berasa dari najis manusia.
Bayangkan pekerja resoran yang sedang bekerja di dapur, baru habis selesaikan hajat dan tidak mengamalkan amalan kebersihan yang baik.
Makanan yang disediakan berkemungkinan besar ada penyakit tersebut yang bakal berpindah kepada pelanggan.
Ini adalah sebab kenapa kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan soal suntukan vaksin typhoid ini.
aman
September 21, 2019 at 3:30 PMhaspital atau klinik kerajaan ada buat suntikan thypoid ke? percuma atau bayar?
Charmaine Tan
October 30, 2020 at 4:08 PMHai Aman,
Hospital kerajaan dan Klinik kerajaan tidak lagi memberikan Suntikan Typhoid.
Sekiranya ada sekalipun sudah tentu perlu bayar 🙂
Namun begitu Aman boleh cuba ke Klinik DBKL untuk dapatkan suntikan pada harga yang murah dari harga pasaran iaitu lebih kurang RM 50+/-
Terima kasih
Charmaine
Iman
September 3, 2019 at 1:14 PMApakah kesan mengambil typhoid 2 kali,, dalam masa setahun
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 6:49 AMHai Iman,
Sehingga kini, belum ada kajian atau bukti yang mengatakan pengambilan vaksin typhoid 2 kali dalam tempoh setahun mendatangkan kesan negative.
Akan tetapi, sekiranya Iman ingin mendapatkan kali kedua dalam tempoh masa dekat, sila dapatkan nasihat doktor dahulu ye 🙂
Ikhlas,
Charmaine
jonas
August 23, 2019 at 8:56 AMSalam,
saya telah mendapatkan suntikan typhoid disember lalu dibawa 1 syarikat x. dan sekarang saya telah bekerja di tempat yang baru dan memerlukan sijil kad kesihatan tetapi syarikat terdahulu tidak memberikan kad kesihatan yg saya buat dahulu atas alasan mereka yg tanggung kos. boleh ka saya mengambil suntikan typhiod yg baru walaupun baru 9 bulan yang lepas saya ambik suntikan itu.
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 6:59 AMHai Jonas,
Ini perkara yang biasa terjadi dalam industri F&B.
Majikan lama tanggung kos Kursus pengendalian Makanan dan suntikan typhoid. Bila pekerja berhenti, mereka tidak mahu beri sijil dan surat.
Ya. Itu hak mereka kerana mereka yang menanggung kos dan pekerja pula hanya bekerja sebulan dan berhenti.
Tidak adil juga pada majikan kan?
Penyelesaian mudah bagi saya ialah, minta sahaja kepada majikan lama dengan syarat Jonas perlu membayar kepada majikan lama dengan kadar yang munasabah.
Tak mungin lah mereka nak kenakan bayaran full. Bagi la diskaun sedikit kan 🙂
Win-win situation!
Majikan tidak rugi. Pekerja yang telah berhenti tidak lagi perlu dapat suntikan typhoid semula dan tidak lagi perlu hadir kursus semula.
Harga pula diskaun dari harga pasaran!
Apa lagi? Hubungi Human Resource majikan lama segera 🙂
Good Luck!
Charmaine
Ila haron
July 20, 2019 at 6:16 AMSekiranya saya hantar makanan dimana2 cafe seperti kuih & sandwich.. Namun begitu saya tidak bekerja di premis tersebut. Adakah saya perlu mengambil suntikan?
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 7:13 AMHai Ila,
Terima kasih bertanyakan kepada kami.
Maaf pertanyaan Ila masuk di dalam kategori SPAM.
Tapi tak mengapa saya akan jawab juga untuk rujukan Visitor lain laman web ini.
Ila menghantar makanan dan saya andaikan Ila juga yang menyediakan Kuih dan Sandwhich tersebut.
Oleh kerana Ila yang menyediakan makanan dan juga menghantar makanan tersebut, Ila sudah dikategorikan sebagai individu pengendali makanan.
Oleh yang demikian, Ila WAJIB mendapatkan Suntikan typhoid dan menghadiri kursus pengendali makanan
Ramai yang salah faham bahawa sekiranya tidak bekerja di restoran, maka tidak dikira sebagai pengendali makanan dan tidak perlu mengambil suntikan typhoid.
Ini adalah salah. Sekiranya ada sahaja aktiviti mengendalikan makanan, makan wajib untuk ambil.
Update 2020 – Peniaga Home Based wajib mendapatkan suntikan typhoid dan hadir kursus untuk mendaftar di sistem FOSIM.
Semoga bermanfaat
Ikhlas,
Charmaine
ady
July 18, 2019 at 6:20 AMnak tanya kandungan typod ad babi tak?
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 7:16 AMHai Ady,
Haha.
Saya tidak pasti untuk vaksin Typhim.
Mungkin perlu lihat spesifikasi produk.
Namun begitu, KKM peka terhadap isu ini dan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam, option yang baik akan dipilih oleh KKM bagi produk vaksin untuk masuk pasaran Malaysia.
Tahu tak Ady yang semua produk ubatan yang masuk pasaran Malaysia peru mendapatkan kebenaran dari pihak KKM terlebih dahulu?
Jadi sekiranya ada vaksin typhoid yang tidak mengandungi babi, yang itu di utamakan.
Melainkan tidak ada pilihan lain 🙂
Ikhlas,
Charmaine
Fern ooi
July 11, 2019 at 12:28 AMBagaimana dengan pekerja part time? Adakah wajib staff kategori ini disuntik ?
Charmaine Tan
October 30, 2020 at 4:19 PMHai Fern Ooi,
Yes.
Pekerja part time juga di kategorikan sebagai “Direct Contact’ dengan makanan.
Jadi perlu patuh kepada garis panduan yang di tetapkan oleh KKM.
Oleh yang demikian, wajib juga disuntuk dan menghadiri kursus pengendalian makanan selama 3 Jam.
Sincerelu,
Charmaine
Zack
July 10, 2019 at 12:47 PMAdakah proses membuat kad untuk pengendali makanan lama?mengambil berapa lama?
Charmaine Tan
October 30, 2020 at 4:16 PMHai Zack,
Proses membuat Kad pengendali makanan tergantung kepada PBT yang mana.
Sekiranya di MBSA, pengeluaran Kad pengendali Makanan adalah adalah serta merta.
Terima kasih semoga bermanfaat!
Charmaine
Ahmad Shafizy
June 27, 2019 at 11:41 PMSaya mahu kan suntikan typoid
Mizan
June 23, 2019 at 1:24 AMSalam sejahtera. Kalau pesakit hiv+, suntikan ni mengganggu ubat harian tak?
Admin
July 5, 2019 at 11:39 PMSalam sejahtera.
Mohon maaf kami dahulukan kerana kami bukan pihak yang layak untuk komen akan perkara ini.
Biarpun banyak info boleh didapati di internet, namun perkara-perkara seperti ini eloklah anda tanyakan terus kepada doktor yang bertauliah kerana ini melibatkan kesihatan dan nyawa.
Semoga anda diberi kemudahan dalam pekerjaan kelak.
Good Luck.
Terima kasih
Rex
nazatul
May 26, 2019 at 3:43 PMsekiranya tempoh expired suntikan thypoid sy berakhir pd jun 2019, bolehkah sy mengambilnya semula pada tahun ini?
Admin
July 5, 2019 at 11:43 PMSalam Sejahtera,
Terima kasih diatas pertanyaan ini.
Berdasarkan pada tarikh luput suntikan typhoid, adalah amat digalakkan anda mendapatkan semula suntikan typhoid selagi berkhidmat dalam industri makanan.
Semoga mendapat pencerahan.
Terima kasih
mrdaus
April 20, 2019 at 11:11 AMsalam… adakah vaksin kapsul anti typhoid blh diguna pakai untuk tujuan yg sama…
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 7:33 AMHai MRdaus,
Saya fahamkan dengan betul ya.
Kapsul yang dimaksudkan adalah dalam bentuk pil kan?
Kerana ada 2 sahaja vaksin iaitu dalam bentuk makan dan cucuk.
Ia, tujuan yang sama.
Cuma bagi vaksin bentuk makan, biasanya hanya sah untuk tempoh Satu Tahun Sahaja.
Ikhlas,
Charmaine
Eizlan Fazly
February 6, 2019 at 10:17 AMSebelom suntikan ade ape2 doktor check dekat badan kita ke? Mengenai kesihatan badan?
Admin
March 19, 2019 at 1:42 PMSalam Sejahtera,
Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.
Anda bertuah sekiranya doktor ingin cek sekali badan anda.
Tapi bukan cek satu badan ye, hanya cek sekadarnya sahaja.
Kebiasaanya bagi pengendali makanan memang ada keperluan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, namun ia bukan percuma, ada bayaran yang dikenakan.
Maka itu saya katakan anda bertuah sekiranya doktor memeriksa badan anda secara percuma!
Semoga mendapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex
Ainul
February 4, 2019 at 7:45 AMSaya baru dapatkan suntikan typoid ni. Doktor kata kena ambik buku dekat majlis. Nak tanya, majlis apa?
Admin
March 19, 2019 at 1:39 PMSalam Sejahtera,
Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.
Pengesahan suntikan daripada doktor boleh datang dengan pelbagai bentuk iaitu dalam bentuk surat pengesahan, Kad pengesahan, Buku rekod suntikan dan lain-lain.
Kebanyakan klinik akan memberi Surat Pengesahan atau Kad Suntikan sahaja. Majlis akan memberi Buku rekod suntkan atau Kad suntikan.
Majis yang dimaksudkan adalah Majlis perbandaran seperti DBKL, MBSA, MBJB dll.
Semoga mendapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex
ahmad johari bin abdullah
January 18, 2019 at 11:54 AMKalau saya bersuntik kerana bekerja di tempat A, masih sah ke sijil tersebut kalau saya bekerja di tempat lain yang juga mengendalikan makanan?
Admin
February 3, 2019 at 5:41 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Ya tuan. dokumen tersebut masih sah digunapakai di mana sahaja tempat anda bekerja.
Tidak perlu dapatkan suntikan lagi dalam tempoh 3 tahun.
Dengan syarat, ada bukti surat/kad yang menunjukkan anda telah mendapatkan suntikan typhoid.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
Afieqah amanina
January 3, 2019 at 4:01 PMAssalamualaikum admin..na tanye..kalau ambil suntikan kedua perlu bawak gmba size pasport ke??
Admin
January 12, 2019 at 4:46 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Tergantung kepada tempat mana tuan ingin mendapatkan suntikan tersebut.
Ada klinik yang beri surat pengesahan yang tidak memerlukan gambar.
Ada juga yang berikan kad pengesahan yang memerlukan gambar dan ada juga Kad yang tidak memerlukan gambar.
Format surat pengesahan lain-lain bagi setiap klinik.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
Eida
December 20, 2018 at 2:23 AMSalam admin.. Saya nk tny..klo berkerja sbg juruteknik ditempat pengendalian mkn seperti restoran.. Perlukah mendapatkan suntikan typhoid ini?
Admin
January 12, 2019 at 4:13 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Sekiranya anda bekerja sebagai juruteknik dan tidak sama sekali terlibat dalam mengendalikan makanan termasuk Mengambil pesan/order, mencuci peralatan makanan, menghantar makanan, tukang beli bahan mentah, maka anda tidak perlu mendapatkan suntikan typhoid.
Namun begitu, jika anda ada kemungkinan untuk membantu sekali-sekala di waktu kurang pekerja, maka anda diwajibkan mengambil suntikan typhoid kerana ia melibatkan keselamatan makanan yang dibeli pelanggan.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
NIS
December 10, 2018 at 4:01 AMSALAM ADMIN
kilang makanan saya ade pekerja foreigner, dokumen apa perlu dibawa untuk thypoid ?
jika kursus pengendalian makanan, foreigner tidak tahu bahasa melayu, ade cara lain untuk mereka menjawab soalan?
Admin
December 11, 2018 at 8:22 AMSalam Sejahtera Cik Anis,
Terima kasih kerana bertanyakan soalan di Kursuspengendalianmakanan.com. Laman rujukan No.1 Pengendali Makanan.
Untuk mendapatkan suntikan typhoid, sila bawakan bersama salinan pasport.
Sekiranya pekerja asing tidak memahami bahasa Malaysia atau inggeris, boleh dapatkan bantuan rakan sewarganegara dengannya yang boleh membantu untuk menterjemah.
Sekiranya semua peserta itu tidak boleh memahami penyampaian Kursus, maka tidak ada gunanya untuk menghadiri kursus tersebut.
Semoga mendapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex
NIS
December 10, 2018 at 4:00 AMSALAM ADMIN
kilang makanan saya ade pekerja foreigner, dokumen apa perlu dibawa untuk thypoid ?
jika kursus pengendalian makanan, foreigner tidak tahu bahasa melayu, ade cara lain untuk mereka menjawab soalan?
Oh Kevin
November 8, 2018 at 5:29 AMBayaran untuk suntikan ni perlu dibayar oleh majikan kan ?
Kalau ya, majikan perlu bayar serta merta ke boleh bayar selapas 3 bulan atau 6 bulan ?
Tqtq.
Admin
December 10, 2018 at 2:10 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
TIdak ada syarat yang mengatakn majikan perlu menanggung kos suntikan typhoid tersebut.
Majikan hanya perlu memastikan pekkerja yang ingin bekerja perlu mendapatkan suntikan typhoid sebelum bekerja.
Namun begitu kebiasaanya majikan akan menanggung kos tersebut.
Samada pekerja yang menanggung kos atau majikan adalah budi bicara antara kedua pihak
Sekian terima kasih
Rex
shaz
October 2, 2018 at 2:23 AMSalam Admin, Saya ingin bertanya berkenaan kesan suntikan dgn makan pil vaksin secara oral. Adakah kedua-dua sama effective?
Admin
December 10, 2018 at 2:16 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Keduanya boleh dan mempunyai kesan yang sama. Namun begitu pil vaksin hanya bertahan satu tahun sahaja berbanding Suntikan iaitu 3 tahun dan harga pil vaksin lenih mahal.
Sekian terima kasih
Rex
Halim Bin Ismail
September 28, 2018 at 7:02 PMAs salam tumpang tanya apkah kesan kepada pengendali makanan tetapi tidak mengambil suntikan typhoid..cntoh simtom yg akan dialami
Admin
December 10, 2018 at 2:19 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Kami telah mengeluarkan artikel bagi menjawab pertanyaan tersebut.
http://kursuspengendalianmakanan.com/suntikan-typhoid-untuk-pengendali-makanan/
Sekian terima kasih
Rex
Nur
September 21, 2018 at 10:10 AMAssalamualaikum.
Saya nak tanya, bagi pesakit SLE, boleh kah menerima suntikan typhoid dan adakah kesan sampingan jika mengambil suntikan itu?
Admin
December 10, 2018 at 2:23 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Untuk pertanyaan tersebut adalah lebih baik anda dapatkan nasihat pegawai perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.
Kami tidak berkelayakan untuk menasihati dalam kes tersebut.
Sekian terima kasih
Rex
Charles
September 13, 2018 at 9:45 AMPerlukah saya dan pekerja saya mendapatkan suntikan sekiranya kami hanya menjual minuman tin dan tiada makanan. Ini hanya untuk satu event yang berlangsung selama 3 hari.
Admin
December 10, 2018 at 2:25 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Mengikut Akta Makanan 1983, anda perlu menghadiri kursus pengendalian makanan & Suntikan typhoid.
Namun begitu untuk event seperti ini, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan pengelola event tersebut.
Sekian terima kasih
Rex
NUR FADHILAH BINTI DAHNIEL
September 4, 2018 at 1:40 AMAssalamualaikum.. Selain klinik yang dekat cheras.. Boleh ke saya buat suntikan di klinik lain..?
Admin
December 10, 2018 at 2:27 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Sudah tentunya boleh! 🙂
Sekian terima kasih
Rex
Add a comment