Suntikan Typhoid Untuk Pengendali Makanan

By | May 24, 2014

Pengenalan

Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut. Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.

Sejarah

Di sekitar kurun ke 430-424 sebelum Masihi, terjadi satu malapetaka yang dipercayai demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu per tiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles. Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya.

Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini. Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat.

Setelah penemuan tersebut dan kemajuan penyelidikan serta peningkatan kebersihan, kebanyakan negara-negara maju telah mendapati penurunan demam kepialu pada sepanjang separuh pertama abad ke-20.

Jenis-jenis vaksin anti-typhoid

Di Malaysia, terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai iaitu vaksin yang berbentuk pil(untuk dimakan) dan vaksin yang diberikan melalui suntikan. Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular berbanding pil di Malaysia.

Vaksin tifoid pil:

  • Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.

    suntikan typhoid

    Foto Kredit: Voisin/Phanie / Rex Feature

  • vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 6 tahun ke atas.
  • Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

Vaksin Tifoid suntikan:

  • Vaksin disuntikkan di lengan atau paha.
  • vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas.
  • Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

Suntikan Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

AKTA MAKANAN 1983
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
(a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;
(b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
(c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan

Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pengendali makanan untuk mendapatkan vaksin imunisasi ani-typhoid bagi mengawal penularan penyakit demam kepialu. suntikan typhoid boleh didapat di Klinik kerajaan mahupun agensi-agensi kerajaan yang bekerjasama seperti PBT.

Suntikan Typhoid di Klinik Swasta

Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan yang kurang dan keengganan mereka menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat. Kadar harga suntikan vaksin ini boleh didapati di klinik swasta pada kadar harga RM 50.00 – RM85.00

Keperluan mendapatkan Suntikan typhoid bagi pengendali makanan

Bagi pengendali makanan, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport. Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan Typhoid pada tarikh tersebut. Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.

Lokasi untuk mendapat suntikan pelalian Typhoid

Untuk mengetahui dimana anda boleh mendapatkan suntikan typhoid, sila semak di bahagian muka hadapan laman ini dan mulakan carian berdasarkan lokasi anda.

Sutikan Typhoid Paling Murah Di Kuala Lumpur

Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, anda amat bertuah kerana anda boleh mendapatkan suntikan Pelalian Typhoid dengan kadar paling murah diseluruh Malaysia iaitu dengan bayaran hanya RM21.50. Tempatnya adalah di klinik DBKL. Alamat lengkap adalah seperti berikut:

Klinik DBKL,

Tingkat 1, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL,

KM4, Jalan Cheras 50350 Kuala Lumpur.

Mengapa Klinik DBKL boleh menawarkan suntikan yang begitu murah? Ini adalah kerana harga tersebut telah termasuk subsidi kerajaan. Namun begitu, oleh disebabkan harga yang cukup murah, orang yang beratur juga ramai dan sesak dan anda disarankan datang awal ke sana. Waktu untuk mendapatkan suntikan juga adalah terhad. Sila rujuk jadual di bawah:

 

Hari Masa
Isnin – Selasa 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang – 3.30 petang
Rabu – Khamis 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Jumaat

8.00 pagi – 11.30 pagi

Berkuatkuasa 16 Mei 2016, pihak DBKL menaikkan kadar bayaran bagi perkhidmatan suntikan Typhoid pengendali makanan. Harga lama iaitu RM21.50 telah dinaikkan kepada RM40.00 bagi warganegara Malaysia / Permastautin Tetap / Permastautin Sementara manakala RM50.00 bagi Bukan Warganegara.

Penggantian kad baharu disebabkan hilang atau rosak dikenakan bayaran sebanyak RM10.00.

Kadar Baru Suntikan Typhoid DBKL Cheras berkuatkuasa 16 Mei 2016

Kadar Baru Suntikan Typhoid DBKL Cheras berkuatkuasa 16 Mei 2016 – sumber www.dbkl.gov.my

Dengarkan Versi Audio

65 thoughts on “Suntikan Typhoid Untuk Pengendali Makanan

    1. Admin

      Salam Sejahtera Misz Nizam,

      Ia adalah wajib kepada pekerja dan tokey.

      Sekian terima kasih

      Reply
    2. Alien Hunter

      Yup, ianya wajib sangat… Tadi masa saya nak minta kerja marrybrown, supervisor tu cakap memang wajib amik suntikan tifoid ni, sebab dalam 3 bulan, nanti akan dibuat spotcheck oleh majlis bandaran di kedai yang anda pilih…

      Reply
      1. Admin

        Salam Sejahtera!

        Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

        Terima kasih Alien Hunter atas komen yang bernas ini.

        Namu begitu, tujuan mendapatkan suntikan typhoid bukanlah untuk mengelakkan disaman, namun ianya lebih kepada mengurangkan risiko penularan sakit demam kepialu.

        Sekian terima kasih,

        Rex Fahri

        Reply
  1. ANIS

    Hi,

    Sekiranya pengendali makanan tersebut mengandung dan mempunyai tarikh luput suntikan typhoid yang sudah tamat, bolehkah dia mengendalikan makanan dalam premis?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera Saudari,

      Terima kasih kerana berkunjung ke laman web Kursus pengendalian Makanan Malaysia, Laman Rujukan Pengendali Makanan.

      Suntikan typhoid tidak digalakkan kepada wanita yang mengandung kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kandungan.

      Saudari boleh bekerja di dalam premis restoran tetapi sebaiknya bekerja di bahagian yang tidak melibatkan sentuhan makanan seperti Juru Wang dan sebagainya.

      Sekiranya tidak boleh dielakkan dari melakukan kerja dalam penyediaan makanan, dapatkan surat pengesahan doktor yang mengesahkan saudari tidak dibolehkan di suntik atas sebab mengandung. Ini perlu sekiranya diperiksa Pegawai Kesihatan

      Semoga mendapat pencerahan.

      Reply
  2. Nurul'Izzah

    Salam Sejahtera,
    Mohon pencerahan. Dalam akta dia mention pengendali makanan yang gagal medapatkan suntikan tifoid akan dikenakan denda/penjara. Maksudnya suntikan tifoid tu bukan tanggungjawab pemilik/ pengusaha premis makanan?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.

      YA! tepat sekali. Yang akan dikenakan denda adalah pengendali makanan bukan majikan. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan semua pekerja pengendali makanan telah hadir Kursus Pengendalian MAkanan dan mendapatkan suntikan Typhoid sebelum mengendalikan Makanan.

      Soal siapa yang patut tanggung kos tersebut adalah budi bicara antara majikan dan pekerja.

      Terima kasih!

      Reply
  3. AzriQ Adam

    Salam Sejahtera Tuan/Puan,

    Kami dari Klinik Pertama ada menawarkan servis suntikan Vaksin Typhoid, kami ada 5 cawangan klinik di sekitar Setapak & Wangsa Maju.

    Sekian, terima kasih.

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.

      Kami mengalu-alukan mana-mana klinik yang menyediakan perkhidmatan suntikan typhoid untuk mendaftar di direktori penyedia perkhidmatan kami agar ramai pengunjung di laman ini mendapat manfaat dengan memudahkan urusan mereka mencari klinik yang menawarkan suntikan ini.

      sila gunakan borang pendaftaran listing yang disediakan.

      Terima kasih!

      Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.

      Ya, suntikan typhoid boleh dibuat dimana-mana klinik yang menyediakan vaksin tersebut. pastikan anda diberi surat pengesahan suntikan : )

      Terima kasih!

      Reply
  4. Alien Hunter

    Tuan Admin… Adakah klinik Alam Medic ade suntikan tifoid ni..? Saya cuma nak tanya pasal Alam Medic je sebab klinik tu boleh dapat free kalau salah seorang keluarga kita bekerja dengan Telekom Malaysia ( TM ) …

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Tuan perlu menghubungi Klinik tersebut untuk mendapatkan kepastian.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  5. Alizah

    Boleh x kalau saya ambil suntikan buat kali kedua lebih awal dari tarikh tamat suntikan?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ya, sudah tentu boleh dan digalakkan berbuat demikian. Ini adalah kerana Vaksin yang tamat tempoh 3 Tahun tidak semestinya tepat 3 tahun, keberkesanan vaksin tersebut mungkin berkurangan kurang dari 3 tahun.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  6. Fazanie

    Bagaimana kalau kad suntikan typhoid hilang, tapi tarikh suntikan masih belum luput lagi. Adakah perlu suntik lagi sekali?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sekiranya Cikpuan masih ingat klinik dimana suntikan dahulu dibuat, sila pergi ke klinik tersebut semula dan mohon mereka mengeluarkan kad baru. Cas pengeluaran kad baru mungkin akan dikenakan bergantung klinik tersebut.

      Sekiranya lupa dimana suntikan dibuat, Cikpuan tiada cara lain melainkan dapatkan semula suntikan tersebut.
      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  7. Nazri

    Apakah kesan pada badan jika seseorang itu telah menerima suntikan thyphoid 2 kali dalam masa 3 tahun?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Mengikut pandangan Doktor, Tiada kesan sampingan kepada tubuh si penerima vaksin sekiranya mendapatkan suntikan lebih dari 1 kali dalam tempoh 3 tahun.

      Sehingga kini, masih belum terdapat laporan tentang kesan sampingan negatif apabila vaksin typhoid diambil lebih dari 1 kali dalam tempoh 1 tahun.

      Sebaliknya, ada yang mengatakan ianya bagus kerana menambah daya tahan tubuh seseorang.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  8. Nazri

    Apakah kesan pada badan jika seseorang itu telah menerima suntikan typhoid 2 kali dalam masa 3 tahun?

    Reply
  9. Lynn

    Hi, adalah suntikan ini wajib untuk part time juga? Sbb saya kerja part time dan masih student lagi. Tak pernah pun dengar kena ambil suntikan ini. Dulu kerja dekat tempat lain pun tak pernah suruh ambil suntikan, ramai kawan saya yang kerja part time ni pun tidak disuruh ambil. Kalau boleh, I lebih prefer tidak mahu ambil sbb memang pun first time dengar pasal suntikan ini and I masih student, tidak ada plan nak kerja part time selama lamanya.

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Mengikut Akta Kebersihan Makanan, Suntikan Typhoid adalah wajib diambil oleh seorang pengendali makanan sebelum mula bekerja sebagai pengendali makanan.

      Tiada terkecuali mereka yang bekerja sementara atau separuh masa atau hanya bantu-bantu.

      Ini adalah kerana demam kepialu boleh berjangkit kepada pelanggan sekiranya tidak terdapat Vaksin Typhoid dalam tubuh pengendali makanan.

      Rujuk post ini untuk lebih lanjut

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  10. noramiza bt mingan

    hi, apakah efeks jika sesorang ibu mengandung mengambil suntikan tersebut, dan bagaimana pula jika dia terpaksa mengendalikan makanan di sesebuah premises sedangkan dia mengandung?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Vaksin Typhoid.

      Berbincang dengan majikan untuk ditempatkan di tugas yang tidak bersentuhan secara langsung.

      Sekiranya di restoran, mungkin boleh ditukar ke bahagian Juruwang, atau pencuci pinggan.

      Dapatkan juga surat pengesahan daripada doktor yang menyatakan ia tidak boleh disuntik dengan vaksin untuk tempoh tertentu kerana mengandung.

      ini membantu anda sekiranya pegawai kesihatan datang ke premis bagi tujuan pemantauan.

      Untuk perinician yang lebih detail, sila bertanyakan terus kepada Doktor bertauliah.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  11. tini

    Salam Sejahtera !!
    Berniaga air sahaja perlu juga ke mengambil vaksin ini?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ya, peniaga air juga termasuk dalam kategori pengendali makanan.

      Jadi adalah wajib untuk menghadiri kursus tersebut dan mendapatkan suntikan typhoid.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  12. Siti

    Assalam admin,
    Sy musykil lah.. Suntikan typhoid ni tggjawab majikan kan.. So sepatutnye kos suntikan tu majikan yg perlu tanggung @ staff yg tanggung sendiri?

    Sy keje kedai buat donut, so majikan sy suruh pegi buat suntikan tp bayar sendiri.. Mcm mane tu?

    Lg 1, ade kwn sy x sempat buat suntikan Kesihatan dh datang check up pastu die kene saman.. Majikan pulak suruh pekerja tu pegi bayar saman sendiri n buat suntikan sekali.. Majikan X nak brtanggungjawab sbb majikan kate salah pekerja tu sendiri.

    Mohon pencerahan 😊

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Majikan mesti memastikan pekerja sudah menghadiri kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan Typhoid Pengendali Makanansebelum mula bekerja sebagai pengendali makanan.

      Persoalan siapa yang perlu membiayai kos tersebut adalah berbeza-beza bergantung kepada majikan.

      Kebiasaannya, majikanlah yang menanggung kerana mereka memerlukan pekerja dan tidak mahu operasi perniagaan terganggu oleh Pegawai Kesihatan.

      Mengapa majikan anda bertindak sedemikian adalah kerana mereka berasa rugi apabila mereka yang biaya kos tersebut tetapi tidak sampai sebulan pekerja sudah hilang lari ke majikan lain. Mereka perlu menanggung lagi kos untuk pekerja baru.

      Ya, mengikut Akta Kebersihan Makanan, memang yang disaman adalah pengendali makanan (staff) bukannya majikan. Oleh yang demikian staff perlu tahu akan risiko bekerja tanpa Kursus dan Suntikan TY2.

      Nasihat kami, runding dengan majikan dengan baik untuk mereka dahulukan wang syarikat untuk membiayai kos berkenaan dan minta potong gaji secara berperingkat.

      Perlu diingatkan juga, sekiranya anda telah membayar kembali wang majikan, pastikan anda menyimpan Sijil Kursus Asal dan juga Surat pengesahan suntikan. Anda berhak memegang yang Asli dan hanya beri keada majikan salinan fotostat.

      Sekiranya anda berpindah ke tempat lain, anda sudah memiliki kedua-duanya dan tidak lagi perlu hadir kursus dan Suntikan Typhoid.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  13. azza

    salam..adakah slps kite mndapatkan suntikan thypoid,kite tidak akan demam or sakit???jika kite demam or sakit jugak mcm mne ye slps mnrima suntikan?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Tergantung kepada antibodi yang menerima suntikan tersebut. Secara umumnya tangan yang dicucuk akan berasa sedikit sengal dalam 24 jam namun tidak sehingga demam.

      Sekiranya demam, pastikan anda mendapatkan rawatan di doktor di klinik.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  14. ma

    assalam..sekiranya seseorang pekerja tidak tahu y dirinye mengandung…tetapi telah mengambil suntikan tersebut..dan mengetahui dirinya mengandung..apakah risiko y berlaku terhadap kandungan tersebut…seeloknye ape y perlu dilakukan…

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Risiko yang akan dihadapi adalah keguguran. NAun begitu, adalah lebih baik anda membuat pemeriksaan di klinik/hospital sakit puan untuk mendapatkan nasihat pakar.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  15. Firdaus

    Salam, untuk peniaga yang tak mengendalikan makanan secara langsung seperti menjual biskut atau kacang secara timbang, adakah wajib untuk mengambil suntikan ini?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.

      Jawapan kami, Ya!

      Wajib menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid kerana ia dikira mengendalikan makanan.

      Walaupun di kilang pembungkusan yang kerja-kerja membungkus dibuat oleh mesin, kakitangan yang mengendalikan tersebut (operator) juga wajib mematuhi peraturan tersebut walau ia tidak membungkus secara manual!

      🙂

      Semoga dapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakanan.com

      Reply
  16. Naz

    Saya membuat dan mrnjual kuih dari rumah. Part time. Adakah perlu jugak mengambil suntikan ini? Tk

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.

      Secara umumnya Akta Kebersihan Makanan telah menyatakan Pengendali Makanan Wajib mendapatkan suntikan Typhoid 3 tahun sekali dan menghadiri kursus Pengendalian Makanan.

      Namun begitu, Pegawai kesihatan dan Pegawai Majlis daerah tidak mungkin menyerbu ke rumah anda untuk menyemak dokumen berkenaan. 🙂

      Akan tetapi sekiranya anda ingin melindungi pelanggan anda dari penyakit berjangkit bawaan makanan seperti Taun, anda sewajarnya mengambil suntikan typhoid.

      Ini bagi meningkatkan kebersihan dan kualiti makanan serta meyakinkan pelanggan anda bahawa anda mementingkan kualiti Produk Makanan anda.

      Semoga perniagaan tuan bertambah maju.

      Semoga dapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakanan.com

      Reply
  17. Shukor

    Assalam..

    Tuan untuk pekerja asing .selain suntikan taifoid APA lg yg wajib dilakukan Dr segi pemeriksaan kesihatan Dan tempoh vaksin?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.

      Untuk pekerja asing, pastikan dokumen berikut dipatuhi:

      1) Permit kerja ( Bidang Kuasa Imigresen )
      2) Sijil Kursus Pengendalian Makanan 1 kali seumur hidup ( Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia )
      3) Suntikan Typhoid setiap 3 tahun ( Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia )
      4) Pemeriksaan Kesihatan ( Optional, tergantung Masjlis Daerah )

      Tempoh vaksin typhoid secara amnya adalah 3 tahun.

      Semoga dapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakanan.com

      Reply
  18. nor afishah binti abdul aziz

    Saya pergi ke klinik kerajaan kat cheras kalau kad typoid hilang boleh ke keluar kan yg baru tahun lepas saya baru saja di suntik.saya nak suntik lagi x boleh sbb saya mengandung boleh saya minta penjelasan ini

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.

      BErkenaan persoalan anda, iya sebaiknya Puan tidak perlu lagi disuntik malah tidak boleh disuntik kerana sedang mengandung.

      Sila hubungi pihak Klinik tersebut dan minta mereka keluarkan kad pengesahan semula. Bayaran mungkin dikenakan kerana mereka perlu buat carian semula data Puan.

      Semoga dapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakanan.com

      Reply
      1. Faizal

        Apakah kesan sampingan jika isteri saya sedang hamil mengambil suntikan tifoid ini??mohon pencerahan

        Reply
        1. Admin

          Salam Sejahtera!

          Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

          Untuk pengetahuan Tuan, Doktor tidak akan menggalakkan perempuan yang mengandung mendapatkan suntikan ini kerana mungkin menyebabkan komplikasi terhadap kandungan.

          Walaupun belum terdapat bukti yang mengatakan suntikan ini penyebab keguguran, tetapi telah terdapat bukti bagi penggunaan vaksin yang lain bahawa ia memang memberi mudarat kepada kandungan.

          Semoga mendapat pencerahan.

          Sekian terima kasih,

          Rex Fahri
          Super Admin
          Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

          Reply
  19. suhaidah sahit

    Salam..
    1) kalau pengendali makanan alergi terhadap vaksin adakah kena berhenti kerja ataupun boleh dapatkan surat sokongan dari klinik swasta.
    2)adakah vaksin yg bersumberkan tumbuhan semulajadi 100%

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      1) Ada beribu jenis vaksin. Adakah anda menghidapi alahan terhadap Vaksin Typhoid ini? sekiranya ya, sila dapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah. Anda tidak perlu berhenti kerja, mungkin majikan boleh meletakkan anda di posisi yang kurang risiko pencemaran silang seperti Juruwang.

      2) Vaksin typhoid yang ada di pasaran sekarang bukan dari sumber tumbuhan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  20. syazwani samat

    bagaimana dengan ibu yg menyusukan anak?
    adakah selamat utk mendapatkan suntikan typhin?
    tiada kesan terhadap penyusuan seperti kekeringan air susu atau terhadap anak yg menyusu?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Walaupun suntikan typhoid tidak digalakkan pada ibu mengandung, namun ia tidak memberi kesan apa-apa kepada ibu yang menyusukan anak.

      Ibu yang menyusukan anak tiada halangan untuk mendapatkan suntikan ini.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  21. fathin

    Assalamualaikum. Tumpng tnya. Sy student dan mmpunyai sakit kanser Dan pernah operate pd buln 3 thun 2017. Dan skrang sy prlu mngambil ubt utk skit sy. Tpi sy ingin bkrjq partime di McDonald utk cuti raya ni. Soalan sy.
    1) boleh ke sy buat suntikan tipoid dlm keadaan sy yg sakit?
    2) Apa kesan kpd bdan sy skiranya mngambil suntikn ini?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sutikan typhod merupakan perkara yang wajib ada pada seorang pengendali makanan.

      Pertanyaan anda ini sebaiknya diajukan kepada pihak yang lebih tahu seperti doktor.

      Sila dapatkan khidmat nasihat pakar kedoktoran untuk penjelasan yang lebih tepat.

      Semoga dipermudahkan urusan anda.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  22. Aqila

    Assalamualaikum .

    1. Kalau saya didapati demam, bolehkah saya mengambil suntikan ini?
    2. Boleh tak kalau saya mengambil suntikan typhoid di tempat lain tapi bekerja part time di tempat lain akibat kesuntukan masa?

    Cth: Sy berada di kl dan mengambil suntikan di dbkl tp saya akan bekerja part time di melaka. Ini kerana kl menggunakan kad spt ic manakala melaka menggunakan buku.

    Harap saya dpt penjelasan lanjut. Tq

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      1) Ye menurut rujukan yang telah kami lakukan, pengambilan suntikan sewaktu demam tidak memberi kesan sampingan melainkan demam panas. Walaubagaimanapun, sebelum suntikan diberi, doktor sendiri akan membuat keputusan samada boleh disuntik ataupun tidak.
      2) Selagi surat/kad/buku pengesahan ada bersama anda, anda boleh bekerja di mana-mana tempat yang memerlukan anda mempunyai suntikan typhoid.

      sebagai tambahan, suntikan typhoid dan sijil kursus pengendalian makanan yang diperolehi boleh digunakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan sarawak. Suntikan typhoid perlu diambil semula selepas 3 tahun manakala kursus pengendalian makanan sah selamanya.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  23. Ieka

    Assalamualaikum, boleh buat suntikan thypoid ketika datang bulan?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ya, tiada masalah untuk mendapatkan suntikan typhoid ketika datang bulan.

      Namun begitu sila dapatkan nasihat doktor bertauliah terlebih dahulu sebelum mendapatkan suntukan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  24. Aini

    Hi assalamualaikum. Boleh saya tanya, di mana boleh mendapatkan suntikan typhoid di klinik kerajaan di sekitar Petaling Jaya? Syarikat hanya tanggung RM50 untuk suntikan typhoid. Di klinik swasta, harga merangkumi RM70 – RM80. Saya tak berapa berkemampuan. Terima kasih.

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Di petaling jaya betul rata-rata klinik harga dalam lingkungan RM65-RM80.

      Untuk makluman anda, klinik kerajaan tidak menyediakan suntikan ini.

      Sekiranya perlu yang paling murah, sila ke hubungi Klinik DBKL, Cheras. Harga adalah RM40/Pax

      Klinik DBKL

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  25. Hani

    Macam mana saya nak buat aduan sekiranya di kawasan rumah saya ada peniaga yg buka gerai makan tapi tiada lesen dan semestinya tidak mempunyai suntikan thypoid? Dan sekiranya aduan dibuat apa tindakan yang akan dikenakan kepada peniaga tersebut?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Saluran yang tepat untuk aduan sebegini adalah dengan kenalpasti PBT (DBKL contohnya) yang terlibat dan hubungi mereka untuk membuat aduan di bahagian berikut:

      1) bahagian perlesenan
      2) bahagian penguatkuasaan
      3) bahagian Kesihatan & Kualiti Makanan

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  26. ira

    Assalamualaikum..boleh ka ambil suntikan tifoid jika merancang kehamilan?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk pengetahuan anda, suntikan typhoid tidak digalakkan diambil bagi individu yang sedang hamil. Ini adalah kerana dikhuatiri memudaratkan kandungan tersebut walaupun sehingga kini tidak terdapat bukti secara saintifik yang sahih.

      Namun begitu sekiranya masih merancang dan telah disahkan belum hamil, maka seeloknya mengambil suntikan typhoid terlebih dahulu.

      Untuk pengesahan yang lebih terperinci, sila dapatkan nasihat doktor yang bertauliah.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk pertanyaan anda, kami telah menulis artikel khas berkenaan ini kerana soalan ini bagus dan akan memberi maklumat kepada masyarakat supaya tiada lagi diskriminasi terhadap penghidap HIV / AIDS.

      Sila baca artikel ini dengan lebih lanjut dan diharap dapat dikongsi bersama orang ramai.

      Baca >> Pengendali Makanan HIV / AIDS

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  27. Syazmina Fadzil

    Salam Admin, Bagaimana jika suntikan typhoid seseorang tu belum habis 3 tahun. Baru sahaja suntik dalam sebulan dan dia ambil suntikan typhoid sekali lagi? Ada apa-apa kesan sampingan tak atau berbahaya ?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sehingga saat ini, masih belum terdapat kes atau laporan kesan negatif dari pengambilan Vaksin Anti-Typhoid lebihan dos.

      Sungguhpun tempoh sah vaksin adalah selama 3 tahun, namun ini tidak bermakna anda tidak boleh dijangkiti virus typhim walaupun baru 2 tahun tempoh berlalu.

      Walaupon tiada masalah untuk mendapatkan semula suntikan typhoid walau belum tamat tempoh, namun sebaiknya ia dielakkan.

      Biasanya kes seperti anda ini berlaku kerana Kad atau surat pengesahan suntikan doktor samada hilang, atau majikan lama enggan memberi kepada anda setelah anda berhenti.

      Sekiranya ini berlaku, sebaiknya berunding dengan bekas majikan untuk mendapatkan salinan pengesahan suntikan. sekiranya perlu bayaran, maka bayar sahaja kerana untuk mendapatkan suntikan baru perlu bayar juga.

      sekiranya surat pengesahan hilang atau rosak, sila dapatkan salinan semula di klinik tempat anda mendapatkan suntikan tersebut. Bayaran mungkin dikenakan.

      Sekiranya tiada cara lain untuk mendapatkan surat pengesahan semula, barulah anda ambil semula suntikan typhoid.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *