Apa itu Kad Permit Pengendalian Makanan?
Kalau Kad Pengenalan Mykad merupakan dokumen pengenalan diri sebagai seseorang yang berstatus rakyat Malaysia, Kad pengendalian makanan pula merupakan dokumen pengenalan diri sebagai seseorang yang terlibat dalam industri memproses makanan / F&B ( Food and Beverages ).
Umumnya, setiap pengendali makanan di Malaysia wajib memiliki kad ini. Sekiranya seseorang pengendali makanan mempunyai kad ini yang masih sah, ini menandakan seseorang itu telah :
a) menghadiri Kursus Pengendalian Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai Sijil Kehadiran yang Asli.
b) mendapatkan suntikan vaksin Typhoid yang masih sah ( Biasanya tempoh sah selama 3 tahun sahaja )
c) menjalani pemeriksaan kesihatan yang menandakan seseorang itu tidak mempunyai penyakit berjangkit kronik seperti batuk kering dan lain-lain dan sihat untuk bekerja.
d) Mempunyai permit kerja yang berkaitan ( ini bagi bukan warganegara)
Ini memudahkan pegawai kesihatan memeriksa pengendali makanan. Tidak perlu semak semua dokumen yang diatas, cuma perlu periksa kad pengendalian makanan sahaja.
Cara Memohon Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil bagi urusan permohonan ini.
1- Dapatkan 2 borang ini di Jabatan Kesihatan Persekitaran di Tingkat 17 atau boleh muat turun dari laman web MBSA iaitu:
- Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2 ( Doktor & Pemohon isi dengan lengkap )
- Borang Permohonan Permit Kad Pengendalian Makanan ( Pemohon isi dengan lengkap )
2- Bawa bersama borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2 berjumpa doktor dan dapatkan sutikan typhoid juga pemeriksaan kesihatan. Minta doktor menggunakan borang tersebut.
3- Hadir kursus pengendalian makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia. Panel sekolah Latihan Pengendali Makanan yang dilantik boleh rujuk direktori SLPM. Hadir kursus ini dan pastikan anda diberi sijil yang asli. Sijil tersebut di fotostat.
4- Kumpulkan dokumen tersebut:
- Borang Permohonan Permit Kad Pengendalian Makanan yang lengkap diisi
- Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2 yang lengkap diisi dengan pengesahan dan cop doktor
- Satu (1) salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
- Dua (2) keping gambar ukuran Kad Pengenalan
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan ( Bagi Warganegara )
- Satu (1) Salinan Pasport & Permit Kerja (Bagi bukan Warganegara) (* Tarikh tamat tempoh permit tidak kurang daripada 6 bulan pada tarikh permohonan. Permohonan hanya kepada pemilik permit kerja dan hanya terhad kepada sektor restoran dan penyediaan makanan sahaja.)
Serahkan dokumen yang disenaraikan diatas kepada MBSA tingkat 17.
Kadar Bayaran & Tempoh Sah laku Kad Pengendalian Makanan MBSA
Kadar Bayaran yang dikenakan bagi setiap permohonan adalah RM 10.00 Sahaja. Tempoh Sah Laku Kad Pengendalian Makanan – Mengikut tarikh luput suntikan TY2 atau tarikh tamat permit kerja.
Kaedah Bayaran
Lokasi :
Kaunter Utama, Lif A, Aras G, Wisma MBSA
Kaedah Bayaran:
- Tunai
- Kad Kredit
- Cek – Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :
– MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
– MBSA โ AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi terus MBSA:
Jabatan Kesihatan Persekitaran,
Lif A, Tingkat 17, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1516
Muat Turun Borang
Pautan muat turun borang permohonan Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA boleh di dapati di sini
Nurul
May 10, 2022 at 1:28 AMHai nak tanya kalau kad kesihatan saya dipegang dengan bekas bos saya tapi dia tak bagi saya perlu kah saya buat baru sebab saya tak ada salianan kad tu
Rex Fahri
July 2, 2022 at 1:22 AMHai Nurul,
Ye betul. Puan Nurul boleh buat baharu kad pengendalian makanan tersebut dengan syarat dokumen yang diperlukan ada bersama Pua nurul seperti 1) Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan 2) Salinan Sijil Suntikan Typhoid . Namun begitu, sangat mudah sekiranya Puan nurul berunding dahulu dengan bekas majikan dan offer untuk berikan sedikit bayaran ganti rugi untuk mendapatkan semula salinan kad pengendali makanan kerana proses untuk mendapatkan semula, kosnya adalah lebih banyak.
AHMAD ANDA' BIN ISMAIL
August 19, 2020 at 3:25 PMAssalamualaikum
Saya nak tanya,saya dah ambik suntikan ty2 dan menghadiri kursus pengendalian makanan…sekarang sya nak mohon kad pengendali makanan tu isi borang dan kene buat pengesahan dari klinik yang saya ambik suntikan ty2 ke…terima kasih
Charmaine Tan
August 22, 2020 at 2:48 PMHai En. Ahmad
Terima kasih kerana berkunjung ke laman web kami.
Ye betul, untuk memohon kad pengendali makanan, en. Ahmad mesti bawa bersama borang yang disediakan oleh MBSA ke klinik tempat di mana En. Ahmad dapatkan suntikan typhoid.
Sebenarnya di mana-mana klinik pon boleh.
Tapi disebabkan En. Ahmad telah pun dapat suntikan typhoid, maka lebih mudah untuk berjumpa dengan doktor yang sama.
Kerana doktor lain tidak akan beri pengesahan kepada borang tersebut kerana doktor lain yang telah suntik.
Sekiranya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, boleh hubungi MBSA sendiri di bawah Jabatan Perlesenan.
Iklhas,
Charmaine ๐
afiq
November 7, 2019 at 4:11 AMhi nk tanya , staff sy dh ada kad suntikan typhoid , masih kene dapatkan kad pengendali makanan jugak untuk apply lesen kedai foodcourt di shah alam?
dia masih kena pergi kursus & apply lagi kad?
thank you
Charmaine Tan
August 22, 2020 at 3:15 PMHai Afiq,
Untuk dapatkan kad pengendali makanan, perlu ada dua dokumen ini:
1) Dokumen pengesahan suntikan typhoid
2) Salinan sijil kursus pengendali makanan
Mudah bagi penguatkuasa MBSA untuk menjalankan tanggungjawab mereka menyemak dokuman peniaga dan mudah juga untuk pekerja.
Semua hanya dalam satu kad.
Tidak perlu lagi simpan salinan sijil dan kad typhoid dalam dompet.
Ikhlas,
Charmaine ๐
Zuraiha bte abdullah
November 6, 2019 at 5:42 AMSalam saya nak tanya saya pernah menhadiri kursus pengendalian makanan pada tahun 2014 .saya nak masuk tender tapi masalah sijil saya hilang.ada tak cara mcm mn saya nak dpt kan balik sijil pengendalian makanan.sbb siji tu kita bole guna seumur hidup kan.
Azmi Saad
March 5, 2019 at 2:46 AMSalam,
Mohon untuk bertanya.
Kursus Pengendali Makanan sah untuk berapa lama? Setiap 3 tahun kena hadir kursus semula kah?
terima kasih
Admin
March 18, 2019 at 2:52 AMSalam Sejahtera,
Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.
Sijil kursus pengendalian makanan tiada tamat tempoh sijil. Hanya perlu hadir sekali sahaja seumur hidup.
Rujuk artikel Tempoh sah laku sijil Kursus Pengendalian Makanan ini untuk penjelasan lanjut
Semoga mendapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex
alex
January 11, 2019 at 5:35 AMsalam sejahtera,
saya baru sahaja menerima suntikan vaksin Typhoid tahun lalu di kawasan kuala lupur nda mempunyai sijil pengendali makanan di isabah dan kualu lumpur satu,masalah nya sijil pengendali makanan saya yang original telah disimpan oleh kedua2 company dan hanya ada salinan sahaja.pertanyaan saya ialah adakah perlu lagi untuk membuat suntikan vaksin sedangkan saya baru sahaja menerima suntikan tersebut setahun lalu memandangkan saya sekarang berada di kawasan selangor dan di tempat kerja baru.kad kuning ada saya ada juga telah dismpan oleh campan terdahulu dan erlu kah saya menerima suntikan vaksin dan kad kuning tyang baru memandangkan itu satu keperluan di tempat kerja baru saya.
Admin
January 12, 2019 at 4:48 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Tuan Alex, majikan menyimpan sijil pengendali makanan dan suntikan typhoid adalah perkara yang sering terjadi.
Sekiranya anda mempunyai salinan bagi keduanya, maka ia masih sah dan boleh digunakan.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
Nur Alia Afzan bt Yusoff
December 21, 2018 at 12:53 PMAssalamualaikum, hye. Saya bakal bekerja di kfc . saya telah menghadiri kursus pengendalian makanan dan telah mendapat suntikan thypoid . Staff memberitahu bahawa saya perlu membawa sijil kursus bersama dokumen suntikan thypoid ke klinik kesihatan untuk membuat kad kesihatan..Adakah ianya kad permit pengendalian makanan?? Ke klinik kesihatan manakah yg wajar sy pergi??
Admin
January 12, 2019 at 4:23 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Apa yang kami dikhabarkan, kad pengendali makanan ini akan dikuatkuasakan semula.
Kad pengendali makanan ini memang sudah ada dalam garispanduan pengendali makanan tetapi tidak tahu kenapa ia tidak di laksanakan sepenuhnya.
Untuk cik Alia yang bertanya, sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan dan Salinan suntikan typhoid ke Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan PBT (Contoh MBSA) dan tanyakan kepada pegawai disana borang untuk memohon Kad pengendali makanan.
Kalau tidak salah bayaran yang dikenakan adala RM10.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
reyno genol
February 22, 2018 at 3:00 PMhello tumpang tanya, sy baru shj dpt sijil kehadiran krsus pengendalian mkanan yg dikirimkan, tetapi sijil tu basah disebabkan kecuaian rakan sekerja dlm kitchen, boleh ka sijil itu sy mendapatkan yang baharu balik?
Admin
May 21, 2018 at 4:22 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Iya, sudah tentu boleh.
Hubungi semula tempat anda hadiri kursus dan minta mereka cetak semula.
Cas cetakan semula mungkin dikenakan.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Nur sabrina kamarulzaman
October 16, 2017 at 1:47 AMBagaimana saya nak perbaharui tempoh kad permit pengendalian makanan saya?
Admin
December 8, 2017 at 2:41 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Sila bawa salinan IC, Salinan Sijil Kursus Pengendli Makanan dan Surat/Slip/Kad pengesahan suntikan typhoid ke MBSA dan isikan borang yang disediakan.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Zaitun Ghazali
December 26, 2019 at 1:34 PMSalam.. Kalau permit kad kesihatan pengendalian makanan hilang boleh buat baru ke? Berapa lama tempoh kad siap & dikenakan caj berapa untuk kad hilang ?
Charmaine Tan
October 30, 2020 at 3:51 PMHai Zaitun, salam sejahtera!
Sudah tentu boleh buat baru.
Caj yang dikenakan kami tidak pasti berapa yang dikenakan sekarang akan tetapi ia siap serta-merta.
Sekarang ini masih tempoh PKP, sila hubungi dahulu mereka bagaimana prosedur mendapatkan cetakan semula Kad Pengendali Makanan dalam tempoh PKP.
Ikhlas,
Charmaine
Add a comment