Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

Kursus Pengendalian Makanan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Kursus Pengendalian Makanan Malaysia di bangunkan khas untuk menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan makanan yang penting kepada masyarakat Malaysia.

Kursus Pengendalian Makanan ini di cipta oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendidik pengendali makanan khas yang menjalankan perniagaan komersial.

Pengenalan

Menjamu selera di restoran bukanlah lagi merupakan satu trend tetapi suatu gaya hidup yang merupakan satu kemestian.

Akan tetapi sudah menjadi satu kewajiban terutama di bandar-bandar metropolitan dimana ramai dari golongan berkerjaya yang wajib untuk menjamu makan tengah hari di restoran.

Jarang sekali pada masa kini kita melihat orang membawa bekal ke tempat kerja, apatah lagi pulang ke rumah makan tengah hari.

Namun begitu, kita sering alpa dengan keadaan persekitaran apatah lagi kebersihan di dapur premis dimana makanan dihasilkan.

Kebersihan sering di ambil ringan oleh sesetengah individu dalam pengendalian makanan yang tidak mengambil berat tentang kebersihan diri.

Ini secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti makanan yang dihasilkan.

Manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Namun begitu, makanan yang tidak bersih dan tercemar boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan tubuh.

Kebersihan dan keselamatan makanan haruslah dijaga setiap masa agar fungsi tubuh dapat berjalan dengan optimum sepanjang hari tidak kira di rumah atau di restoran.

Persoalannya, adakah pengendali makanan di Malaysia peka terhadap kebersihan dan keselamatan makanan?

Kuman, bakteria, virus, bahan kimia industri dan juga racun semula jadi pada ubi kayu, ikan dan cendawan boleh menjadi penyebab kepada keracunan makanan.

Antara jenis mkanan yang kritikal yang mudah dicemari ialah ayam, daging, susu segar, dan makanan-makanan yang telah bermasak dan berkuah terutama masakan melayu yang kebanyakannya berasaskan santan.

Pengendalian makanan yang betul sangat penting untuk memastikan proses penghasilan produk makanan selamat di makan oleh pengguna.

Gejala keracunan makanan adalah berpunca daripada makanan yang tercemar yang disebabkan oleh pengendali makanan yang tidak menagamalkan amalan pengendalian Makanan yang betul.

Kursus latihan pengendalian makanan dapat mengurangkan risiko keracunan makanan apabila ia sentiasa diamalkan oleh pengendali makanan.

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus pengendali makanan ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

Contih Sijil Kursus Pengendalian Makanan
Contoh Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Siapakah mereka yang tergolong di dalam kategori pengendali makanan?

Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut:

pengendali makananโ€ termasuklah mana-mana orang yang:
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas.

Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut.

Poster hebahan Kursus Pengendalian Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Poster hebahan Program Latihan Pengendali Makanan oleh BKKM

Kategori Pengendali Makanan

Secara umumnya, KKM telah kategorikan pengendali makanan di dalam borang pendaftaran Kursus Pengendalian Makanan kepada 18 kategori:

๐Ÿ”ธ Pekerja Kilang Makanan

๐Ÿ”ธ Kakitangan F&B Hotel

๐Ÿ”ธ Restoran / Kedai Makan / Kafe

๐Ÿ”ธ Medan Selera

๐Ÿ”ธ Pekerja Pasaraya

๐Ÿ”ธ Pekerja Kedai Bakeri

๐Ÿ”ธ Kakitangan Kantin Sekolah

๐Ÿ”ธ Kakitangan Kantin Asrama

๐Ÿ”ธ Kantin IPTA / IPTS / Kolej

๐Ÿ”ธ Kantin Kilang / Pejabat

๐Ÿ”ธ Staff Pst. Jagaan / Tadika / Taska

๐Ÿ”ธ Kakitangan Katering

๐Ÿ”ธ Pengendali Gerai Makanan

๐Ÿ”ธ Penjaja Makanan

๐Ÿ”ธ Pasar Malam / Pagi

๐Ÿ”ธ Pekerja Dapur Hospital

๐Ÿ”ธ PLKN

๐Ÿ”ธ Peniaga Bazar Ramadhan

Tempat Kursus pengendalian Makanan di adakan

Kementerian Kesihatan Malaysia selaras dengan penguatkuasaanya telah menetapkan bebberapa lokasi bagi mengikuti kursus tersebut di seluruh Malaysia.

Kerjesama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memudahkan lagi pengambilan kursus tersebut.

Secara umumnya, kursus ini boleh dihadiri di semua PBT daerah seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan lain-lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melantik beberapa syarikat swasta yang akan membantu menganjurkan kursus tersebut yang dikenali sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM).

Ini merupakan usaha KKM dalam memudahkan lagi proses menghadiri kursus tersebut.

Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)

Sehingga kini, terdapat sejumlah 337 syarikat yang telah di iktiraf oleh KKM sebagai SLPM yang dibenarkan untuk menganjurkan kursus serta mengeluarkan sijil pengendali makanan. (Dikemaskini KKM 15 Oktober 2020)

Lesen yang diberikan kepada SLPM ini sah laku untuk 3 tahun sahaja dan peserta kursus mesti memeriksa dahulu samada SLPM yang di pilih adakah masih aktif lesen SLPM.

Ini kerana terdapat juga kes di mana SLPM masih menjalankan aktiviti kursus sedangkan lesen SLPM sudah tamat tempoh.

Kesannya, sijil yang dikeluarkan oleh SLPM tersebut tidak diperakui sah oleh penguatkuasa kesihatan.

Cara untuk kenalpasti syarikat SLPM yang masih belum tamat tempoh lesen atau sudah tamat tempoh adalah dengan melawati laman web BKKM atau dengan melawati direktori SLPM kami.

Apa Beza Senarai SLPM BKKM dengan KursusPengendalianMakanan.com

Sudah tentu senarai yang dikeluarkan oleh BKKM adalah senarai rasmi dan sumber utama.

Bahkan kami juga merujuk kepada sumber yang sama.

Tetapi di dalam direktori kami, kami senaraikan syarikat SLPM yang AKTIF menjalankan kursus pengendali makanan.

Ini adalah kerana tujuan kami adalah untuk memudahkan pengendali makanan mendapatkan kursus ini.

Dengan menyenaraikan SLPM yang aktif menjalankan kursus, kami dapat memudahkan pengendali makanan mendapatkan perkhidmatan kursus tanpa perlu menghadapi masalah telefon atau email tidak terjawab.

Cari Sekolah Latihan Pengendali Makanan

[BARU] Kursus Pengendalian Makanan Online

BKKM telah memperkenalkan kursus pengendalian makanan secara online di mana peserta kursus tidak lagi perlu hadir ke kelas seperti kursus konvensional.

Kursus online ini di perkenalkan pada bulan April 2020 di mana pada waktu itu Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebabkan oleh penularan virus COVID-19.

Sewaktu PKP dilaksanakan, tiada kursus secara bersemuka boleh dilaksanakan.

Akan tetapi, peniaga-peniaga makanan dari rumah pula semakin bertambah ekoran arahan tidak boleh keluar rumah.

Pertambahan peniaga dari rumah yang rata-rata adalah bidang terjun yang tidak pernah mendapat latihan dalam pengendalian makanan, ini mengakibatkan risiko yang tinggo kepada pengguna.

Ekoran dari ini, KKM memutuskan untuk melaksanakan kursus penendalian makanan secara atas talian walaupun belum di sahkan keberhasilan pembelajaran secara online ini.

Daripada 337 SLPM yang di iktiraf, hanya 81 SLPM sahaja yang diberikan kebenaran untuk menjalankan kursus secara dalam talian / Online. (Dikemaskini KKM 15 Oktober 2020)

Walaubagaimanapun , kursus ini di hadkan peserta kepada 15 orang sahaja berbanding 30 orang had peserta maksima apabila kursus secara konvensional.

Kemaskini 2021: Kini Kursus Pengendalian Makanan Online akan kekal selamanya bukan hanya terhad kepada tempoh PKP. Had peserta kursus pengendalian makanan atas talian di naikkan daripada 15 kepada 20 peserta sahaja.

Kami sendiri pernah mendaftar kursus ini secara online yang dikendalikan oleh SLPM di Penang, Shah Alam & Bangi.

Penyedia latihan yang kami daftar adalah Al Barakah Training Solution salah satunya yang sponsor pendaftaran kami untuk di review.

Sekiranya anda ingin mendapatkan Sijil Kursus Pengendalian Makanan secara online dengan potongan yuran 20%, anda boleh gunakan Kod Subsidi PENJANA100+ Halal PKS di bawah ini.

KOD KUPON SUBSIDI: PENJANA2030

Gunakan Kod kupon di atas ini semasa daftar kursus pengendali makanan online dengan syarikat Al Barakah Training Solution Sdn Bhd

Hasil daripada pengalaman kami menyertai kursus ini mendapati:

BEST ๐Ÿ‘

โœ… Hanya perlu ada Telefon pintar dan internet.

โœ… Pendaftaran mudah sebab apabila online, kebanyakan syarikat akan menggunakan ‘Payment Gateway’. Tapi salah satu syarikat pilihan kami masih kekalkan cara manual.

โœ… Pengalaman seperti ada Private Trainer sebab boleh interaksi secara direct dengan Pelatih dan dapat jawapan terus.

โœ… Tambahan pula peserta 15 orang sahaja. Rasa seperti dalam group premium.

โœ… Isi kandungan dijelaskan dengan terperinci. Lagi bagus dan berkesan dari kelas fizikal.

โœ… Jimat masa kerana tidak perlu habiskan waktu perjalanan ke pusat latihan.

โœ… Jimat belanja seperti minyak kereta, Tol, Parking dan makan. Anggaran RM20-RM40.

โœ… Selamat dari segi kemalangan jalan raya dan musim penularan wabak ini sudah tentu selamat dari di jangkiti COVID-19.

TAK BEST ๐Ÿ‘Ž

โŒ Telefon tidak sesuai. Isu telefon cepat panas, habis bateri dan sambungan internet tidak stabil. Kami tukar kepada laptop lebih selesa.

โŒ Kursus seharusnya 3 Jam tetapi purata dari 3 kelas yang kami hadir mengambil dalam 4 Jam 30 Minit.

โŒ Isu teknikal seperti kerap terkeluar dari sesi kursus kerana masalah internet dari Pelatih sendiri dan dari peserta lain melambatkan perjalanan kursus.

โŒ Ada pelatih yang mahir dalam mengendalikan kursus secara dalam talian, ada juga yang tidak mahir penyebab peserta jadi bosan. Pelatih yang berumur agak kurang dalam mengendalikan kursus pengendalian makanan secara online.

โŒ Gangguan persekitaran peserta semasa kursus boleh menyebabkan hilang fokus. Terutama dari anak-anak sekiranya kursus di rumah.

โŒ Sijil yang di terima secara pos tidak dalam keadaan baik, renyuk dan basah. Namun SLPM tersebut mengendalikan pelanggan dengan baik dengan pos semula sijil tanpa sebarang cas.

Sebanyak 337 buah syarikat SLPM yang di iktiraf, dan daripada jumlah tersebut hanya 81 SLPM sahaja yang diberikan kebenaran untuk menjalankan kursus secara dalam talian / Online.

(Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan 15 Oktober 2020)

Bayaran Kursus Pengendalian Makanan

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk Kursus Pengendalian Makanan?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bayaran sebanyak RM 50.00 seorang untuk mengikuti kursus tersebut samada di syarikat swasta mahupun di PBT.

Kadar bayaran kursus ini hendaklah dipatuhi oleh semua Sekolah Latihan Pengendali makanan (SLPM) yang diberi tauliah oleh pihak BKKM untuk menganjurkan kursus.

Namun begitu, terdapat juga SLPM yang mengenakan bayaran yang lebih daripada yang telah ditetapkan.

Sekiranya perkara ini berlaku, sila semak di bahagian sebut harga, invoice atau resit yang diberikan.

Sekiranya ada cas tambahan, cas tersebut mesti di asingkan daripada yuran kursus.

Sebagai contoh, ada SLPM yang mengenakan bayaran sehingga RM300 Seorang yang di adakan di hotel selama 1 hari tetapi tidak menjadi kesalahan kerana pada resit dinyatakan dengan jelas seperti berikut:

Food Safety Program For Hotel F&B:

Food Handling Couse RM50
Good hygiene practice RM100
Administrative fee RM150
Total RM300/Nett

Akan tetapi sekiranya SLPM tersebut memang meletakkan harga dengan jelas yuran adalah RM80 seorang, maka anda boleh membuat aduan kepada BKKM.

Pihak BKKM akan mengambil tindakan kepada SLPM tersebut setelah mengesahkan syarikat tersebut telah melanggar peraturan Sekolah Latihan Pengendali Makanan.

Kandungan Kursus Pengendalian Makanan

Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 Jam.

Kursus tersebut akan dibentangkan oleh seorang pelatih pengendali makanan yang telah mengikuti Program latihan pengendali makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:

๐Ÿ”ธ Pengenalan

๐Ÿ”ธ Kebersihan Makanan

๐Ÿ”ธ Keselamatan Makanan

๐Ÿ”ธ Faktor – Faktor Kritikal Keracunan Makanan

Peserta akan didedahkan dengan lebih jelas oleh pelatih yang bertauliah berdasarkan 4 seksyen yang dijelaskan di atas.

Setelah Tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang menganjurkan kursus tersebut.

Akta dan Perundangan Berkaitan Pengendali Makanan

Kebersihan dan keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama.

Sama ada kepada pengguna, mahupun peniaga.

Sebagai pengguna, kita berhak memilih jenis makanan yang hendak dibeli.

Yang penting pastikan premis bersih dan makanan dikendalikan dengan cara yang betul.

Setiap individu mestilah tahu hak-hak mereka dalam memilih premis yang bersih.

Setiap peniaga yang menghasilkan produk makanan samada makanan berbungkus / Ready-To-Eat (RTE) atau makanan bermasak bertanggungjawab untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan.

Pihak KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mengikuti undang-undang yang digunakan.

Adakah para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan semua pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung wajib berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan di dalam

๐Ÿ”ธ AKTA MAKANAN 1983 – Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009

๐Ÿ”ธ Peraturan-Peraturan Makanan 1985,

๐Ÿ”ธ Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  1988.

Di dalam peraturan tersebut, ada mengetakan bahawa setiap pengendali makanan wajib :

1) Medapatkan suntikan pelalian anti-typhoid setiap 3 tahun,

2) Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan daripada SLPM yang bertauliah.

3) Mendapatkan ujian kesihatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

Suntikan anti-typhoid atau di Malaysia lebih disebut sebagai suntikan Typhoid / tifoid merupakan Vaccine atau pelalian yang wajib diambil oleh semua pengendali makanan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit demam kepialu melalui makanan yang dikendalikan oleh mereka kepada pelanggan.

Penguatkuasaan, Pemantauan dan Kompaun

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pihak Berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkala ke semua premis-premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan agar peraturan-peraturan kebersihan makanan sentiasa dipatuhi.

Pegawai penguatkuasa mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan-peraturan tersebut.

Bagi individu yang didapti tidak mempunyai sijil kursus pengendalian makanan, kompaun tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM10,000) atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun akan dikenakan.

Hukuman yang sama juga akan diberikan kepada individu yang didapati tidak mengambil pelalian typhoid atau tidak dapat mempamerkan bukti pengambilan pelalian seperti Kad Suntikan atau surat pengesahan oleh doktor yang bertauliah.

Bukan sekadar itu sahaja, sebelum hukuman ini dikenakan premis perniagaan akan diberi arahan untuk tutup sehingga 14 hari sehingga kesalahan-kesalahan yang dilakukan dapat dperbetulkan sepenuhnya.

Kesan negatif kepada perniagaan

Sekiranya premis restoran di dapati kotor, maka di dalam tempoh 14 hari tersebut pemilik mesti menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya.

Ini termasuk memastikan semua kakitangan restoran dilengkapi dengan sijil kursus dan surat/kad suntikan typhoid yang masih sah tempoh.

2 Impak negatif yang bakal diterima oleh perniagaan sekiranya di kenakan tindakan ialah:

1) Impak jualan – Bayangkan 14 hari di arahkan tutup adalah bersamaan dengan separuh bulan.

Andai kata restoran ini membuat puarata jualan sebanyak RM10,000 satu hari.

14 Hari tutup bersamaan dengan RM140,000 jualan tidak dapat dihasilkan.

2) Impak kepada brand – Jenama atau ‘Brand” memakan belanja yang besar untuk menaikkannya dan juga masa yang lama.

Tetapi untuk jatuh mengambil masa yang sangat singkat.

Pernah ingat suatu masa dahulu sebuah brand restoran berangkai yang cukup popular di Malaysia yang terkenal dengan kek coklatnya di arahkan tutup oleh KKM kerana terlalu kotor.

Bukan itu sahaja, sijil halal dapur berpusatnya juga di tarik balik gara-gara premis yang di anggap kotor oleh pegawai penguatkuasa kesihatan.

Bayangkan imej brand yang di bina akan jatuh kerana faktor ini sahaja.

Apabila ini terjadi, sudah tentu jualan akan turun serta-merta kerana orang akan berhenti dulu daripada membeli kerana gali atau tidak yakin.

Restoran diarahkan tutup 14-hari oleh KKM (1)
Contoh restoran di dalam mall di lembah kelang yang di arahkan tutup 14 hari kerana kotor.

Jadi, jagalah aspek kebersihan dan keselamatan makanan sekiranya tida ingin perkara ini terjadi kepada perniagaan anda.

Belum lagi di saman pengguna kan?

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • doris wil
    May 16, 2021 at 10:51 PM

    hi admin..nak tanya jikalau dah lama ikut krusus pengendalian makan tapi belum2 lagi buat suntikan..perlu ikut krusus semula ke? seingat saya,saya join krusus tu pada tahun 2018

    • Rex Fahri
      July 2, 2022 at 1:27 AM

      Hai Doris,

      Kursus Pengendalian Makanan hanya perlu hadir 1 kali sahaja seumur hidup. Simpan sijil kursus itu baik-baik. Suntikan typhoid pula mesti di dapati 3 tahun sekali.

  • nur shafiqah ladamma
    September 15, 2020 at 3:09 PM

    hello , sya sudh buat suntikan tyfoid tpi tiada diberi surat bahawa sya telah buat suntikan tyfoid

    • Charmaine Tan
      October 30, 2020 at 3:48 PM

      Hai Shafiqah,

      Saya yakin samada doktor tersebut mungkin lupa untuk keluarkan surat untuk suntikan typhoid tersebut.

      Maksudnya tiada dokumen lain yang diberikan kepada anda?

      Kadang-kadang ada klinik yang tidak memberikan surat, tetapi mereka beri dokumen pengesahan dalam bentuk Buku atau Kad suntikan.

      Tidak boleh tiada dokumen pengesahan, mesti ada.

      Sekiranya memang tiada langsung dokumen pengesahan diberikan, sila hubungi klinik tersebut semula ya.

      Ikhlas,

      Charmaine

  • Shivaprakash Balakrishnan
    May 5, 2020 at 3:12 PM

    Kalau sijil saya dah hilang macam mana ya?

    • Rex Fahri
      May 12, 2020 at 8:51 AM

      Hi Shivaprakash,

      Okay untuk sijil yang hilang, anda ada 2 cara sahaja.

      1) Kalau ingat ambil kursus dulu di mana, call semula syarikat tersebut dan minta mereka cetak semula sijil. Bayaran mungkin dikenakan.

      2) Kalau cara (1) tidak berkesan kerana mungkin syarikat sudah tutup atau mereka tiada data anda yang boleh mengesahkan kehadiran anda. Maka anda perlu hadiri semula kursus ini.

      Penting untuk peserta kursus memilih syarikat yang betul-betul menjalankan perniagaan jangka masa yang lama.

      Dan paling penting jangan tertipu dengan sijil-sijil palsu yang berleluasa.

      Yang Ikhlas,

      Rex

  • Amzar Ammar Razalee
    March 1, 2020 at 4:46 PM

    Salam tuan. Tumpang tanya, ofis saya telah berdaftar sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan. kalau saya nk jemput tenaga pengajar untuk kursus kepada staf saya, berapa yuran yg perlu dibayar kepada tenaga pengajar? atau adakah tenaga pengajar yang berhak menentukan?

    • Rex Fahri
      June 28, 2020 at 10:58 AM

      Salam Sejahtera,

      Di dalam industri ini, kami kurang arif kerana kami sendiri bukan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar. Kami hanya mengumpul penyedia-penyedia latihan di laman ini untuk memudahkan kehidupan masyarakat mencari maklumat.

      Yuran bagi kursus ini adalah RM50 dan bayaran kepada tenaga pengajar adalah bergantung kepada budi-biacara kedua belah pihak.

      Pernah juga kami dengan kadar bayaran dari RM 300 mengikut sesi ada juga yang menetapkan mengikut bilangan peserta kursus.

      Semoga mendapat pencerahan

  • ain
    January 4, 2020 at 2:29 AM

    Assalamualaikum sy dari perak.dimana sy boleh cek smula smaada sy sudah mengikuti kursus pengendalian makanan atau belum.boleh cek online atau sy perlu ke tmpt2 yang mengadakan kursus ini..

    • Charmaine Tan
      August 22, 2020 at 3:09 PM

      Hai Ain,

      Tidak boleh cek online ๐Ÿ™‚

      Kursus ini adalah 3 Jam dan yuran RM50. Ingat tak?

      Sekiranya anda tidak ingat syarat tersebut, kemungkinan besar anda tidak hadir.

      Ikhlas,

      Charmaine ๐Ÿ™‚

  • Lia
    September 7, 2019 at 3:26 PM

    Salam Admin, saya ada masalah..pihak yang bagi training..cakap sudah send original sijil ke kilang kami,tapi saya hanya received 8 keping 2 tak received. Tetapi pihak training ada send copy pakai email sebelum send original. Jika audit dari MOH check..salah kah kami tunjuk kan yang copy saja? Sebab jika suruh mereka reprint mereka mahu charge 30.00 seorang.dua sudah 60.00 ๐Ÿ˜ข

    • Charmaine Tan
      October 31, 2020 at 6:47 AM

      Hi Lia,

      Saya bersimpati dengan Cik Lia.

      Memang ada SLPM yang memberi imej yang buruk kepada Sekolah Latihan Pengendali Makanan.

      Lia ada hak sepenuhnya untuk meminta sijil original. Kalau 10 peserta yang hadir kursus, mesti minta 10 keping sijil original kerana ini memang tanggungjawab SLPM yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

      Sila pastikan adakah SLPM tersebut betul-betul di iktiraf? kalau di iktiraf, adakah lesen mereka masih VALID?

      Semak artikel ini untuk semak adakah SLPM masih sah lesen mereka

      Masa audit, tunjik kan sahaja salinan tersebut dan laporkan bahawa SLPM tersebut tidak memberikan sijil original sebaliknya hanya memberi sijil secara email.

      Tambahan lagi, mereka tidak boleh cas RM30 untuk cetakan semula kerana KKM telah menetapkan untuk cetakan sijil semula hanya boleh cas dalam RM20 sahaja.

      Semoga dipermudahkan urusan Lia.

      Ikhlas,

      Charmaine

  • Siti nur fatimah
    June 25, 2019 at 12:51 PM

    Salam. Sy ingin buka cafe. Perlukah saya selaku pemilik premis untuk menghadiri kursus tersebut walaupun sy tidak terlibat secara langsung dengan persediaan mknn, hnya kerja pejabat.

    • Admin
      July 5, 2019 at 11:37 PM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana bertanyakan kepada kursuspengendalianmakanan.com, satu-satunya laman rujukan berkenaan industri makanan pertama Malaysia.

      Untuk makluman Puan, kursus tersebut diwajibkan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia kepada semua pengendali makanan di Malaysia yang mengendalikan makanan komersial.

      Kalau diikutkan puan memang terkecuali dari kewajipan menghadiri kursus tersebut.

      Namun begitu, perlu di ingatkan bahawa sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meminta salinan typhoid dan sijil kursus pemilik restoran untuk permohonan permit.

      Ia juga bagus untuk dihadiri oleh pemilik untuk memantau gerak-kerja dan piawaian pekerja mengendalikan makanan di perniagaan puan agar kualiti makanan yang dijual adalah benar-benar selamat untuk dimakan.

      Bayangkan sekiranya pelanggan puan dimasukkan ke hospital gara-gara keracunan makanan setelah makan makanan dari kafe puan?

      Semoga Puan mendapat pencerahan dan hadir kursus untuk turut serta mempelajari amalan mengendalikan makanan yang baik.

      Terima kasih.

  • afiq shahidan
    May 9, 2019 at 5:04 AM

    Berdasarkan jawapan komen tuan pada March 18 2019.

    “Sijil pengendali makanan yang sah selamanya hanya bagi sijil kursus yang diperolehi setelah 2009. Ini bermakna sijil yang ada pada anda sudah tidak boleh digunapakai dan hendaklah hadir semula kursus ini.” – REX

    boleh nyatakan pekeliling yang boleh sahkan kenyataan tuan ini?

    Terima kasih.

    • Charmaine Tan
      October 30, 2020 at 4:14 PM

      Hai En Afiq,

      Maaf kami menghadapi masalah dengan database kami menyebabkan kami perlu saring komen satu-persatu.

      Untuk pertanyaan En. Afiq, boleh rujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan ini tentang pemansuhan keperluan menghadiri kursus pengendali makanan setiap 3 tahun pada 2008.

  • Byron
    March 17, 2019 at 11:41 AM

    Salam, Saya pernah mengambil khusus pengendalian makanan pada tahun 2007 dibawa ALKEM UKM, adakah sijil tersebut masi boleh diguna pakai atau nak ikut khusus lagi?

    Sekian,

    Terima kasih

    • Admin
      March 18, 2019 at 1:35 AM

      Salam Sejahtera,

      Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.

      Sijil pengendali makanan yang sah selamanya hanya bagi sijil kursus yang diperolehi setelah 2009.

      Ini bermakna sijil yang ada pada anda sudah tidak boleh digunapakai dan hendaklah hadir semula kursus ini.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex

  • Hanadia kasdi
    December 11, 2018 at 8:25 AM

    Salam admin ..
    Mohon prnjelasan apa beza sijil pengendalian makanan yg dikeluaran oleh kkm dan kontrator sekolah pengendalian makanan yg berbayar ?

    • Admin
      December 11, 2018 at 8:44 AM

      Salam Sejahtera Cik Hana,

      Terima kasih kerana bertanyakan soalan di Kursuspengendalianmakanan.com. Laman rujukan No.1 Pengendali Makanan.

      Biro Kebersihan Dan Keselamatan Makanan (BKKM) di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Kursus Pengendalian Makanan yang wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

      KKM sendiri tidak menganjurkan kursus ini tetapi telah memberi lesen kepada syarikat/organisasi yang berkelayakan untuk menganjurkan kursus pengendalian makanan ini.

      Syarikat yang diberi lesen ini juga diberi keizinan untuk mengeluarkan sijil kursus pengendali makanan kepada peserta yang telah menghadiri kursus tersebut dengan mengikuti format yang telah ditetapkan oleh KKM.

      Dan syarikat yang diberi lesen ini hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM sebagai penyedia latihan kursus pengendalian makanan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex

  • Ms wu
    November 20, 2018 at 6:03 PM

    Hello, nak tanye kalo tempat kampung, berkeliling dengan rumah, boleh dpt lesen utk jual makan?

    • Admin
      December 10, 2018 at 1:55 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Secara umumnya tidak boleh. Ini adalah kerana Pihak Berkuasa Tempatan tidak mahu ada komplen dan aduan dari jiran-jiran sekeliling kawasan itu apabila lesen diberikan.

      Namun begitu sekiranya ia tidak menjadi masalah dengan jiran-jiran menurut anda, anda boleh mendapatkan surat sokongan dari YB atau JKKK atau mana-mana yang dirasakan boleh membantu untuk memberi sokongan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Adilah
    November 7, 2017 at 9:37 AM

    Assalamualaikum..
    Saya akan bekerja di MCD dan saya perlu dapatkan suntikan typhoid dengan secepat mungkin. Saya tinggal di Alor setar, Kedah. Di klinik manakah ada buat suntikan tersebut??
    Berapa harga? Adakah klinik kerajaan pun ada khidmat suntikan typhoid?

    • Admin
      December 8, 2017 at 7:46 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sila bertanyakan mana-mana klinik yang berdekatan atau semak direktori kami bahagian suntikan typhoid.

      Kami dalam proses menambah bilangan klinik yang menawarkan suntikan typhoid di satu Malaysia untuk memudahkan pengguna laman ini.

      Harga adalah berbeza-beza dan boleh jadi serendah RM50 hingga RM120!

      Boleh cuba di klinik kerajaan namun tidak dinasihatkan kerana kebanyakan tidak lagi menyediakan suntikan ini.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Tengku Mohd Affandi
    October 18, 2017 at 11:33 PM

    Kedai makan saya di Shah Alam tutup pada hari jumaat, ada tak krusus di Shah Alam yg diadakan pada hari jumaat atau hari-hari lain selain sabtu ahad kerana hujung minggu kedai kami ramai pengunjung?

    Kalau untuk mengadakan in house training, berapakah minima peserta yg mesti ada dan berapakah bayarannya?

    Terima kasih

    • Admin
      December 8, 2017 at 7:51 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Setahu kami MBSA ada menyediakan kursus pada hari jumaat tetapi bukan pada setiap minggu.

      Sila hubungi mereka.

      Kebanyakan SLPM akan menerima in-house training sekiranya ada minima 20 orang namun boeh berunding sekiranya ada kurang dari bilangan tersebut.

      Oleh karana Yuran yang murah iaitu RM50/pax, maka SLPM akan merasa berbaloi sekiranya ada kuantiti yang sedemikian.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Hanida
    August 3, 2017 at 10:54 AM

    Saya ingin mengikuti Kursus Pengendalian Makanan yang terdekat dengan Bandar Baru Bangi. Dan dimana boleh dapatkan suntikan typhoid bagi area Bandar Baru Bangi.

    • Admin
      August 19, 2017 at 7:50 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang tersenarai di direktori kami.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • rosdy
    July 12, 2017 at 4:22 AM

    asalamualaikum, nak ikut kusus pengendalian makan untuk memohon lesen

    • Admin
      August 19, 2017 at 7:23 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang tersenarai di direktori kami.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • steven wong
    January 16, 2017 at 5:42 AM

    Senrai nama cikgu yang di iktiraf oleh Kementerian kesihatan

    • Admin
      January 17, 2017 at 6:35 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk makluman Tuan, Senarai Nama Tenaga pengajar yang diiktiraf hanya boleh didapati dari pihak BKKM.

      Sila hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut. Namun begitu pada pendapat kami, maklumat tersebut adalah PNC, tetapi masih boleh didapati sekiranya sebab yang kukuh diberi.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

  • Darwisy
    January 12, 2017 at 7:52 PM

    saya ingin bertanya, saya terlepas tarikh untuk mendengar ceramah selepas mendapatkan suntikan. dimana saya boleh hubungi untuk dptkan tarikh ceramah seterusnya?

    • Admin
      January 17, 2017 at 6:55 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk makluman Tuan, tidak ada masalah sekiranya tuan terlepas tarikh tersebut.

      Sia hubungi semula Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang Tuan daftar dan tanyakan tarikh Kursus Seterusnya.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

  • Syazwan
    December 22, 2016 at 4:45 AM

    Salam admin sya tggal di rawang mane yg paling dekat dgan kawasan saya? Puas dah cari sya pon x tahu selok belok sgat skitar selangor sbb sye baru pndah dr terengganu

  • Rachel Yong
    December 20, 2016 at 6:56 AM

    We would like to enroll Kursus Pengendalian Makanan.
    Could we have the fees, schedule and how to enroll?

    • Geraldine
      April 23, 2018 at 3:54 AM

      Can I please know if you have a course around Bangsar? Krusus Pengendalian Makanan for Taksa please. Thank You.

      • Admin
        May 21, 2018 at 3:40 AM

        Salam Sejahtera!

        Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

        Untuk Makluman Ms. Geraldine, di kawasan Kuala lumpur memang terdapat banyak Sekolah Latihan Pengendali Makanan.

        Namun banyak daripada mereka hanya buat untuk staff mereka sahaja dan tidak dibuka untuk orang luar.

        Sila semak di bahagian DIREKTORI untuk SLPM di kawasan berdekatan.

        Semoga mendapat pencerahan.

        Sekian terima kasih,

        Rex Fahri
        Super Admin
        Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Qayset
    November 25, 2016 at 10:23 PM

    Salam tuan,
    Saya sudah menghadiri kursus pengendalian makanan di petaling jaya tetapi sijil saya hilang di premis majikan? Apa langkah yang patut saya ambil untuk dapatkan semula sijil tersebut? Perlukah saya mengambil semula kursus? Terima kasih

    • Admin
      December 2, 2016 at 2:20 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.

      Tidak perlu hadir lagi. Sila hubungi Sekolah LAtihan PEngendali MAkanan yang memberikan kursus kepada anda dan mohon kepada mereka untuk mencetak semula sijil.

      Cas percetakan semula tergantung kepada SLPM.

      Sekian Terima kasih

  • Fatin
    November 15, 2016 at 5:09 AM

    Salam admin,,Saya duduk di area nilai square,seremban..mana tempat paling dekat dngan sya

    • Admin
      November 16, 2016 at 3:19 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana menggunakan laman web ini sebagai panduan anda.

      Untuk menghadiri kursus berdekatan dengan lokasi yang dinyatakan, sila gunakan direktori kami, terdapat Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang di Seremban.

      Sekian terima kasih

  • Pn Anis
    September 22, 2016 at 4:20 PM

    Jika pekerja adalah foreigner yang tidak pandai berbahasa melayu atau Inggeris. Adakah mereka juga wajib menghadiri kursus pengendalian makanan?

    • Admin
      October 6, 2016 at 8:49 AM

      Salam Sejahtera Pn Anis,

      Ya. Mereka juga wajib menghadiri kursus ini. Bagaimana mereka memahami kendungan kursus adalah bergantung kepada cara Tenaga Pengajar menyampaikan.

      Ada yang mengupah penterjemah bahasa dari warga bangladesh untuk menerangkan semula kandungan kursus kepada peserta dari bangladesh.

      akan tetapi berbalik kepada persoalan Puan, mereka wajib hadir kursus berdasarkan Akta Makanan 1985.

      Sekian Terima Kasih

  • Nurul
    December 15, 2015 at 6:03 AM

    Ada x yg berhampiran sepang?

    • Admin
      December 16, 2015 at 9:44 AM

      Salam Sejahtera Cik Nurul,

      Sila Rujuk laman direktori kami bagi mendapatkan Sekolah Pengendalian Makanan yang Aktif.

      Terima Kasih! ๐Ÿ™‚

  • LIM BOON LYE
    September 13, 2015 at 1:06 AM

    Saya tinggal subang jaya .yang mana ada serkolan kursus makanan yg paling dekat di tempat tinggal saya.

Add a comment