Suntikan Typhoid Untuk Pengendali Makanan

KPMM - Suntikan Typhoid Pengendali Makanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut.

Di Malaysia, individu yang bekerja di industri makanan dan minuman seperti restoran, kafe, kantin sekolah, tadika dan sebagainya mesti melengkapkan 3 perkara ini – hadir Kursus Pengendali MakananDapatkan suntikan typhoid dan jalani saringan kesihatan.

Sekiranya bukan warganegara, FOMEMA dan permit yang sah sebagai tambahan.

Topik

Sejarah Vaksin Anti-Typhoid

 

Di sekitar kurun ke 430-424 sebelum Masihi, terjadi satu malapetaka yang dipercayai demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu per tiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles.

Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya.

Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini.

Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat.

Setelah penemuan tersebut dan kemajuan penyelidikan serta peningkatan kebersihan, kebanyakan negara-negara maju telah mendapati penurunan demam kepialu pada sepanjang separuh pertama abad ke-20.

Demam Kepialu (Tifoid)

 

Demam Tifoid atau di Malaysia lebih dikenali sebagai demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin/air kencing dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid.

Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

 

Cara-cara Demam Kepialu Merebak

 

Demam kepialu boleh merebak melalui cara-cara berikut:

🔸 Makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.

🔸 Makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.

🔸 Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.

🔸 Menggunakan bekalan air tidak bersih

Tanda-Tanda Dan Gejala

Sekiranya dijangkiti demam kepialu, gejala berikut akan terjadi:

🔸 Demam panas berpanjangan

🔸 Sembelit

🔸 Sakit kepala

🔸 Cirit birit

🔸 Sakit perut

🔸 Sakit badan / lemah / letih lesu

🔸 Kurang selera makan

🔸 Mata layu dan cengkung

🔸 Tidak sedarkan diri dan meracau

🔸 Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

Poster Suntikan Typhoid Kementerian Kesihatan Malaysia
Langkah-langkah Pencegahan Tifoid Pengendali Makanan - Sumber www.infosihat.gov.my

Apa Itu Vaksin Anti-Typhoid

 

Vaksin Anti-Typhoid merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu. Vaksin akan diberikan kepada pesakit yang telah dikenalpasti menghidap demam kepialu dan juga kepada individu pembawa bakteria ini.

Oleh kerana mustahil untuk mengenalpasti pembawa bakteria ini, di Malaysia kerajaan mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.

Jenis-jenis vaksin anti-typhoid

 

Terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai di seluruh dunia iaitu vaksin yang tidak aktif (dibunuh) yang diberikan melalui suntikan dan vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan secara oral (melalui mulut). Sumber: medlineplus.gov

Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular dan mudah didapati berbanding pil di Malaysia.

Vaksin Typhoid Jenis Pil

🔸 Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.

🔸 Vaksin perlu di ambil semula setiap 5 tahun

Vaksin Typhoid Jenis suntikan

🔸 Vaksin disuntik di bahu atau paha.

🔸 Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

Individu Yang Tidak Digalakkan Mengambil Vaksin Typhoid

Berikut merupakan individu-induvidu yang tidak digalakkan mengambil vaksin typhoid. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah terlebih dahulu.

Vaksin Typhoid Jenis Pil

🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 6 tahun.

🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.

🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.

🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit yang melibatkan muntah atau cirit-birit.

🔸 Individu yang sistem imunisasinya sudah lemah tidak dan boleh mendapatkan vaksin ini. Mesti beralih kepada cara suntikan. Ini termasuk sesiapa sahaja yang:

◼️ menghidap HIV / AIDS atau penyakit lain yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh,

◼️ sedang dirawat dengan ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, seperti steroid selama 2 minggu atau lebih,

◼️ mempunyai jenis kanser, atau menjalani rawatan barah dengan sinaran atau ubat.

🔸 Vaksin oral tidak boleh diberikan sekurang-kurangnya 3 hari setelah mengambil antibiotik tertentu.

Vaksin Typhoid Jenis Suntikan

🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.

🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.

🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.

🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin.

Poster Cara Typhoid merebak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Risalah berkenaan Demam Kepialu (tifoid) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - Sumber www.infosihat.gov.my

Suntikan Pengendali Makanan

 

Semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid atau pil typhoid pengendali makanan bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah— (a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan; (b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan (c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Di Mana Suntikan Typhoid Boleh Didapati?

 

Suntikan typhoid hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.

Oleh yang demikian, pengendali makanan hendaklah memastikan penyedia suntikan vaksin typhoid adalah samada dari Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta dan Klinik Swasta yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Suntikan Typhoid di Hospital Kerajaan

 

Hasil pemerhatian dan survey yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa Hospital kerajaan tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini .

Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan

 

Kami juga mendapati klinik kerajaan seperti Klinik Kesihatan di pekan dan bandar , Klinik 1Malaysia tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini.

Namun begitu, Klinik yang beroperasi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Local Council kebanyakannya ada menyediakan perkhidmatan ini.

Perbezaan adalah dari segi harga.

Antara klinik PBT yang dikenalpasti menyediakan perkhidmatan ini boleh di dapati di direktori Suntikan Typhoid.

Suntikan Typhoid di Hospital dan Klinik Swasta

 

Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan bermusim yang hanya akan tinggi di bulan ramadan kerana bazar ramadan dan keengganan pengurusan klinik menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat.

Kebanyakan dari klinik swasta menyediakan jenis suntikan, hanya segelintir sahaja yang menyediakan jenis Oral (pil) tetapi kebiasaanya mereka hanya mempunyai stok yang amat terhad bagi pil.

Dapatkan Suntikan Typhoid Berdekatan Anda

Harga Suntikan Typhoid

 

Di Malaysia, harga suntikan typhoid adalah sangat berbeza mengikut penyedia perkhidmatan tersebut.

Hospital dan klinik kerajaan tidak lagi menyediakan perkhidmatan ini yang juga bermaksud tiada lagi subsidi untuk suntikan typhoid.

Klinik kesihatan yang di bawah PBT sebelum tahun 2014 menyediakan perkhidmatan ini dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik iaitu serendah RM24 (Klinik Kesihatan DBKL) sehingga maksima RM50 paling mahal.

Tetapi selepas 2018, harga suntikan di klink ini tidak lagi murah berbanding klinik swasta.

Klinik Kesihatan DBKL yang dahulunya harga RM24, kini menawarkan pada harga RM50 bagi warganegara. – Sumber: DBKL

 

Harga Suntikan Typhoid Johor Bahru

 

Klinik kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bermula 2019 menawarkan suntikan typhoid dengan bayaran RM70 (Warganegara) dan RM80 (Bukan Warganegara) 

Keperluan dan persiapan mendapatkan Suntikan typhoid bagi pengendali makanan

 

Bagi pengendali makanan, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport.

Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan Typhoid pada tarikh tersebut.

Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.

Terdapat juga klinik yang menggunakan buku suntikan.

Dengarkan Versi Audio Suntikan Typhoid

Soalan Lazim

Tidak digalakkan. Walaupun tiada data yang mengatakan suntikan typhoid merbahaya kepada kandungan.
Sila maklumkan kepada doktor yang anda sedang hamil/mengandung sebelum mendapatkan suntikan.

Sila dapatkan surat pengesahan bertulis daripada doktor yang mengesahkan status tersebut.

Simpan bersama anda dan sekiranya diminta oleh pihak berwajib, tunjukkan surat tersebut.

Hubungi klinik yang memberikan anda suntikan typhoid dan mohon untuk mencetak semula dokumen tersebut.

Cas mungkin akan dikenakan dan tertakluk sepenuhnya kepada klinik tersebut.

Sehingga kini, belum ada kajian atau laporan berkenaan kesan sampingan yang negatif akibat dari pengambilan vaksin typhoid lebih dari 1 kali dalam setahun.

Namun begitu, sekiranya perlu mengambil lebih dari satu kali disebabkan oleh masalah seperti surat hilang, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Hanim
    August 21, 2020 at 12:53 PM

    Perlu tak suntikan typhoid utk pengendali makanan kecil. Contoh part time home baker yg berniaga dari rumah.

    • Charmaine Tan
      August 22, 2020 at 2:43 PM

      Hi Hanim,

      Apa Khabar?

      Sangat ramai yang bertnyakan kepada kami soalan ini dan kami sangat memahami kerana sangat kurang informasi berkaitan ini di jelaskan.

      Okay Jawapan mudah daripada saya… Ya, Perlu.

      Pertama sekali Hanim perlu tahu kenapa Suntikan Typhoid ini penting.

      Sekiranya Hanim ingin menjadi peniaga yang berjaya dan prihatin, Hanim mesti menjaga keselamatan pelanggan.

      Suntikan typhoid ini melindungi pelanggan Hanim dari terkena keracunan makanan.

      Hanim mungkin pembawa. Apabila Hanim memproses makanan, tanpa dilindungi vaksin anti-typhoid, maka kebarangkalian tinggi untuk pelanggan terkena virus typhoid (Demam Kepialu) yang mengakibatkan keracunan makanan.

      Keputusan adalah ditangan Hanim.

      Kementerian Kesihatn Malaysia sekarang sedang mengkaji untuk mewajibkan usahawan makanan “Home Based” untuk hadir kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan typhoid setelah tular kes Agar-Agar buih telur yang mengakibatkan kematian semasa PKP tempoh hari.

      Semoga Hanim membuat keputusan yang tepat.

      Salam Sukses!

      Ikhlas

      Charmaine 😉

  • fateha
    August 5, 2020 at 1:54 PM

    salam, saya nak tanya untuk makmal yang menguji sample makanan perlu ke suntikan?

    • Charmaine Tan
      August 22, 2020 at 2:52 PM

      Hai Fateha,

      Apa khabar?

      Maaf soalan yang diajukan kurang jelas.

      Sekiranya maksud Fateha adalah adakah wajib bagi pekerja yang bekerja di makmal menguji sampel makanan untuk mendapatkan suntikan typhoid?

      Pada pendapat saya tidak perlu.

      Kerana makanan yang anda uji bukan untuk digunapakai semula iaitu untuk di makanan.

      Ia khusus untuk ujian makmal.

      Dan Fateha bukan dikategorikan sebagai pengendali makanan.

      Untuk penjelasan yang lebih lanjut, boleh ajukan pertanyaan kepada BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia.

      Ikhlas,

      Charmaine 😉

  • Faizal
    May 30, 2020 at 6:29 AM

    Suntik 2kali dlm setahun boleh tak,list klinik sy hilang sebelum sempat buat kad di majlis perbandaran

    • Rex Fahri
      June 28, 2020 at 10:47 AM

      Hai salam sejahtera,

      Banyak juga kes di mana pekerja terpaksa mendapatkan suntikan typhoid 2 kali setahun, malah ada yang tidak sampai 3 bulan perlu ambil semula.

      Kebanyakan terjadi kerana berhenti kerja dan majikan tidak mahu beri salinan surat pengesahan typhoid kerana pekerja tersebut hanya kerja sebentar yang merugikan majikan.

      Oleh yang demikian, sebenarnya pekerja boleh pergi semula ke klinik untuk dapatkan semula salinan surat tersebut.

      Dan sekiranya tidak berjaya, terpaksa mengambil semula suntikan typhoid.

      Namun begitu adalah digalakkan kepada pekerja untuk memaklumkan kepada doktor terlebih dahulu bahawa anda baru sahaja mendapatkan suntikan typhoid. sekiranya doktor mendapati anda tidak berisiko untuk mendapatkan suntikan typhoid semula, anda boleh teruskan dengan suntikan tersebut.

      Semoga penjelasa ini dapat membantu anda.

      Terima kasih

  • Mohamad firdaus bin jaffar
    May 23, 2020 at 8:14 PM

    Nk chek penyataan

  • dhia
    April 28, 2020 at 9:15 PM

    Kalau ada Allergy pd suntikan seperti akan sesak nafas & naik gegata satu badan, wajib tak ambik suntikan thypoid? jika tak, apa yg perlu disediakan utk mengatakan sy allergy pd suntikan?

    • Charmaine
      April 29, 2020 at 8:37 AM

      Hello Dhia,

      Terima kasih kerana melawati laman web ini.

      Suntikan vaksin Anti-Typhoid wajib/mesti di ambil oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

      Ini memang dinyatakan dalam Akta Makanan 1983.

      Sekiranya Dhia ada alahan/allergy dengan suntikan, boleh cuba option ‘Oral’. Ada juga terdapat Anti- Vaksin Typhoid jenis pil.

      Dhia perlu hubungi rajin cari klinik yang ada menawarkan jenis pil kerana bukan semua yang tawarkan jenis pil.

      Sekiranya ada alahan/allergy juga pada pil ini, minta surat pengesahan daripada doktor yang mengatakan Dhia mempunyai alahan kepada suntikan typhoid.

      Namun begitu kesannya adalah Dhia mungkin tidak dibenarkan untuk bekerja di bahagian mengendalikan makanan secara langsung (Direct contact) kerana ia adalah risiko kepada pelanggan kerana Dhia tidak dilindungi dengan vaksin Anti-Typhoid.

      Semoga membantu and good luck!

      Ikhlas,

      Charmaine | KPMM

      #Staysafe
      #Breakthecovid19chain
      #Foodsafety

  • Afe
    December 21, 2019 at 3:48 AM

    Sy dr johor bahru.. bru2 ni sy ke HSI utk brtnyakn tntg suntikan typhoid ni.. tp apa yg sy dbritahu oleh salah seorg pkrja HSI.. semua klinik2 kerajaan dan hospital tidak mmbuat suntikan ni..

    Aper seh?.. kerajaan menggalakkn dn menetapkan suntikan adalah wajib.. tp knp HSA, HSI dn klinik2 kerajaan tidak mnyediakan suntikan ni?..

    • Charmaine Tan
      August 22, 2020 at 3:12 PM

      Hai Afe,

      Apa Khabar?

      Ye betul.

      Memang benar kerajaan sudah hentikan pemberian suntikan ini di klinik dan hospital kerajaan.

      Majikan perlu menanggung kos bagi suntikan ini dan kursus.

      Ikhlas,

      Charmain 🙂

  • Afiqah
    November 18, 2019 at 6:24 AM

    salam sejahtera ,jika di klinik kerajaan suntikan typhoid berbayar atau tidak ya?terima kasih

Add a comment