Suntikan Typhoid Untuk Pengendali Makanan

KPMM - Suntikan Typhoid Pengendali Makanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut.

Di Malaysia, individu yang bekerja di industri makanan dan minuman seperti restoran, kafe, kantin sekolah, tadika dan sebagainya mesti melengkapkan 3 perkara ini – hadir Kursus Pengendali MakananDapatkan suntikan typhoid dan jalani saringan kesihatan.

Sekiranya bukan warganegara, FOMEMA dan permit yang sah sebagai tambahan.

Topik

Sejarah Vaksin Anti-Typhoid

 

Di sekitar kurun ke 430-424 sebelum Masihi, terjadi satu malapetaka yang dipercayai demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu per tiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles.

Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya.

Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini.

Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat.

Setelah penemuan tersebut dan kemajuan penyelidikan serta peningkatan kebersihan, kebanyakan negara-negara maju telah mendapati penurunan demam kepialu pada sepanjang separuh pertama abad ke-20.

Demam Kepialu (Tifoid)

 

Demam Tifoid atau di Malaysia lebih dikenali sebagai demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin/air kencing dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid.

Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

 

Cara-cara Demam Kepialu Merebak

 

Demam kepialu boleh merebak melalui cara-cara berikut:

🔸 Makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.

🔸 Makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.

🔸 Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.

🔸 Menggunakan bekalan air tidak bersih

Tanda-Tanda Dan Gejala

Sekiranya dijangkiti demam kepialu, gejala berikut akan terjadi:

🔸 Demam panas berpanjangan

🔸 Sembelit

🔸 Sakit kepala

🔸 Cirit birit

🔸 Sakit perut

🔸 Sakit badan / lemah / letih lesu

🔸 Kurang selera makan

🔸 Mata layu dan cengkung

🔸 Tidak sedarkan diri dan meracau

🔸 Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

Poster Suntikan Typhoid Kementerian Kesihatan Malaysia
Langkah-langkah Pencegahan Tifoid Pengendali Makanan - Sumber www.infosihat.gov.my

Apa Itu Vaksin Anti-Typhoid

 

Vaksin Anti-Typhoid merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu. Vaksin akan diberikan kepada pesakit yang telah dikenalpasti menghidap demam kepialu dan juga kepada individu pembawa bakteria ini.

Oleh kerana mustahil untuk mengenalpasti pembawa bakteria ini, di Malaysia kerajaan mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.

Jenis-jenis vaksin anti-typhoid

 

Terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai di seluruh dunia iaitu vaksin yang tidak aktif (dibunuh) yang diberikan melalui suntikan dan vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan secara oral (melalui mulut). Sumber: medlineplus.gov

Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular dan mudah didapati berbanding pil di Malaysia.

Vaksin Typhoid Jenis Pil

🔸 Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.

🔸 Vaksin perlu di ambil semula setiap 5 tahun

Vaksin Typhoid Jenis suntikan

🔸 Vaksin disuntik di bahu atau paha.

🔸 Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

Individu Yang Tidak Digalakkan Mengambil Vaksin Typhoid

Berikut merupakan individu-induvidu yang tidak digalakkan mengambil vaksin typhoid. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah terlebih dahulu.

Vaksin Typhoid Jenis Pil

🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 6 tahun.

🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.

🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.

🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit yang melibatkan muntah atau cirit-birit.

🔸 Individu yang sistem imunisasinya sudah lemah tidak dan boleh mendapatkan vaksin ini. Mesti beralih kepada cara suntikan. Ini termasuk sesiapa sahaja yang:

◼️ menghidap HIV / AIDS atau penyakit lain yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh,

◼️ sedang dirawat dengan ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, seperti steroid selama 2 minggu atau lebih,

◼️ mempunyai jenis kanser, atau menjalani rawatan barah dengan sinaran atau ubat.

🔸 Vaksin oral tidak boleh diberikan sekurang-kurangnya 3 hari setelah mengambil antibiotik tertentu.

Vaksin Typhoid Jenis Suntikan

🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.

🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.

🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.

🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin.

Poster Cara Typhoid merebak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Risalah berkenaan Demam Kepialu (tifoid) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - Sumber www.infosihat.gov.my

Suntikan Pengendali Makanan

 

Semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid atau pil typhoid pengendali makanan bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah— (a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan; (b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan (c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Di Mana Suntikan Typhoid Boleh Didapati?

 

Suntikan typhoid hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.

Oleh yang demikian, pengendali makanan hendaklah memastikan penyedia suntikan vaksin typhoid adalah samada dari Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta dan Klinik Swasta yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Suntikan Typhoid di Hospital Kerajaan

 

Hasil pemerhatian dan survey yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa Hospital kerajaan tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini .

Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan

 

Kami juga mendapati klinik kerajaan seperti Klinik Kesihatan di pekan dan bandar , Klinik 1Malaysia tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini.

Namun begitu, Klinik yang beroperasi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Local Council kebanyakannya ada menyediakan perkhidmatan ini.

Perbezaan adalah dari segi harga.

Antara klinik PBT yang dikenalpasti menyediakan perkhidmatan ini boleh di dapati di direktori Suntikan Typhoid.

Suntikan Typhoid di Hospital dan Klinik Swasta

 

Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan bermusim yang hanya akan tinggi di bulan ramadan kerana bazar ramadan dan keengganan pengurusan klinik menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat.

Kebanyakan dari klinik swasta menyediakan jenis suntikan, hanya segelintir sahaja yang menyediakan jenis Oral (pil) tetapi kebiasaanya mereka hanya mempunyai stok yang amat terhad bagi pil.

Dapatkan Suntikan Typhoid Berdekatan Anda

Harga Suntikan Typhoid

 

Di Malaysia, harga suntikan typhoid adalah sangat berbeza mengikut penyedia perkhidmatan tersebut.

Hospital dan klinik kerajaan tidak lagi menyediakan perkhidmatan ini yang juga bermaksud tiada lagi subsidi untuk suntikan typhoid.

Klinik kesihatan yang di bawah PBT sebelum tahun 2014 menyediakan perkhidmatan ini dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik iaitu serendah RM24 (Klinik Kesihatan DBKL) sehingga maksima RM50 paling mahal.

Tetapi selepas 2018, harga suntikan di klink ini tidak lagi murah berbanding klinik swasta.

Klinik Kesihatan DBKL yang dahulunya harga RM24, kini menawarkan pada harga RM50 bagi warganegara. – Sumber: DBKL

 

Harga Suntikan Typhoid Johor Bahru

 

Klinik kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bermula 2019 menawarkan suntikan typhoid dengan bayaran RM70 (Warganegara) dan RM80 (Bukan Warganegara) 

Keperluan dan persiapan mendapatkan Suntikan typhoid bagi pengendali makanan

 

Bagi pengendali makanan, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport.

Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan Typhoid pada tarikh tersebut.

Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.

Terdapat juga klinik yang menggunakan buku suntikan.

Dengarkan Versi Audio Suntikan Typhoid

Soalan Lazim

Tidak digalakkan. Walaupun tiada data yang mengatakan suntikan typhoid merbahaya kepada kandungan.
Sila maklumkan kepada doktor yang anda sedang hamil/mengandung sebelum mendapatkan suntikan.

Sila dapatkan surat pengesahan bertulis daripada doktor yang mengesahkan status tersebut.

Simpan bersama anda dan sekiranya diminta oleh pihak berwajib, tunjukkan surat tersebut.

Hubungi klinik yang memberikan anda suntikan typhoid dan mohon untuk mencetak semula dokumen tersebut.

Cas mungkin akan dikenakan dan tertakluk sepenuhnya kepada klinik tersebut.

Sehingga kini, belum ada kajian atau laporan berkenaan kesan sampingan yang negatif akibat dari pengambilan vaksin typhoid lebih dari 1 kali dalam setahun.

Namun begitu, sekiranya perlu mengambil lebih dari satu kali disebabkan oleh masalah seperti surat hilang, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Abdul
    August 12, 2018 at 9:01 AM

    Salam Admin, nak tanya klinik kesihatan sungai besi (klinik kerajaan) ada tak sediakan suntikan Typhoid ni?

    • Admin
      August 13, 2018 at 7:22 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Tuan, mana-mana Klinik Kerajaan tidak lagi menyediakan Vaksin Typhoid.

      Ini adalah kerana kerajaan sedang ‘Phase Out’ vaksin daripada senaran vaksin yang disediakan oleh klinik kerajaan.

      Kalau pun ada klinik kerajaan yang ada menyediakan, pasti untuk menghabiskan stok-stok yang ada.

      Hanya satu klinik Separa kerajaan yang masih menyediakan suntikan ini dengan kadar paling murah di dalam Malaysia iaitu Klinik Kesihatan DBKL Cheras iaitu pada kadar RM40. Untuk kadar terbaru sila semak semula dengan mereka.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Azura
    May 19, 2018 at 4:50 PM

    Salam
    Tahun lepas sy baru suntik,card suntikan Sudah hilang. Sy Ada pergi klinik yg buat suntik sy.klinik tersebut tiada simpan maklumat sy, memang semua klinik x de simpan maklumat pesakit yg tahun lepas ke? Sy pergi ke klinik lain utk buat semula suntikan tapi doktor kata x boleh.

    • Admin
      May 21, 2018 at 3:33 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk makluman Cik Azura, Cik Azura telah teraniaya.

      Semua klinik wajib menyimpan rekod pesakit dan adalah perkara biasa pesakit memohon mencetak semula surat pengesahan suntikan.

      Dan untuk kes mendapatkan semula suntikan pula, tiada sebab untuk doktor tersebut menolak untuk memberi Cik Azura Suntikan typhoid melainkan ada sebab-sebab tertentu seperti sedang hamil atau sedang demam.

      Cadangan kami, pergi ke klinik lain untuk dapatkan rawatan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Fika
    May 3, 2018 at 1:33 PM

    Hi tumpang tanya,
    Minuman yang beralkohol menggangu untuk suntikan typhoid ke?

    • Admin
      May 21, 2018 at 3:36 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Minuman alkohol tidak menggangu suntikan typhoid sama sekali.

      Melainkan ia akan mengganggu proses doktor untuk memberi suntikan sekiranya pesakit dibawah pengaruh alkohol kronik 🙂

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Ahmadi
    April 19, 2018 at 8:32 AM

    Hi Admin,

    Sekitar Kota Kinabalu & Beaufort mana yang menawarkan suntikan ni paling murah?

    • Admin
      May 21, 2018 at 3:43 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Maaf, Kami kurang pasti untuk harga pasaran di sana.

      secara amnya suntikan typhoid berharga antara RM50 ~ RM 130 di semenanjung.

      Mungkin terdapat sedikit kenaikan bagi di sabah dan sarawak.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Fiza
    April 17, 2018 at 8:02 AM

    Admin, nowadays ramai org yg berniaga makanan secara online seperti menjual kek, biskut dan sebagainya dari rumah..adakah pengendali makanan yg berkerja di rumah juga WAJIB mendapatkan vaksin typhoid?

    • Admin
      May 21, 2018 at 3:59 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Mereka sebenarnya WAJIB mengambil Suntikan Typhoid & Kursus Pengendali Makanan, namun sekiranya mereka tidak mendapatkannya, pegawai kesihatan tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana mereka tidak tertakluk di dalam undang-undang disebabkan mereka beroperasi di rumah.

      Zaman ini ramai sekali peniaga makanan “home Based” yang turut berniaga. Amat merisaukan sekali kualiti makanan yang mereka hasilkan dan keadaan dapur tempat pemperosesan makanan mereka.

      Nampaknya Bahagian Kualiti Makanan Malaysia perlu ambil perhatian juga kepada peniaga makanan “home based” ini dan menyemak semula Akta-Akta sedia ada berkenaan ini.

      Terima kasih kepada yang bertanya, semoga komen ini dapat ‘trigger’ pegawai Kementerian Kesihatan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Norsila jasril
    April 13, 2018 at 4:15 PM

    Sy bru lps bsalin 2 bln yg lalu..dan kad sy telah hilang..apa yg dokumen dperlukan untuk ganti kad sy.dan adakah ibu yg menyusukan bayi blh mnerima suntikan

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:03 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sila pergi semula ke klinik tempat Puan dapatkan suntikan typhoid dan mohon Kad Baharu. Cas mungkin dikenakan.

      Iya, ibu menyusukan boleh mendapatkan rawatan ini.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • ASNIDA BINTI ABDULLAH
    March 16, 2018 at 8:47 AM

    hii.. untuk kawasan kedah dan perlis berapa harga terkini untukan suntikan ni? dan tempat mana yang paling murah untuk kawasan sekitar kedah dan perlis?

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:11 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Maaf, kami tidak pasti untuk di kawasan tersebut.

      Secara amnya di Kuala Lumpur, kadar adalah dari RM50~RM130.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • ASNIDA BINTI ABDULLAH
    March 16, 2018 at 8:45 AM

    hi.. kalau di perlis berapa harga terkini untukan suntikan ini? dan tempat mana yang paling murah?

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:12 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Maaf, kami tidak pasti untuk di kawasan tersebut.

      Secara amnya di Kuala Lumpur, kadar adalah dari RM50~RM130.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Khainuba
    March 8, 2018 at 8:33 AM

    Salam admin, boleh kah tuan admin perjelaskan kandungan yang terkandung di dalam vaksin typhoid? Supaya sy tidak ragu2 utk menerima suntikan ini. Terima kasih

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:15 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Alamak!

      Maaf kami belum sampai tahap di mana kami boleh menghuraikan isi kandungan Vaksin Typhoid.

      Mungkin apa yang meragukan anda adalah berkenaan sumber yang diperolehi samada dari binatang haram atau bukan.

      Vaksin juga terdapat beberapa pengeluar dan jenama di Malaysia ini.

      Adalah lebih baik anda bertanyakan kepada doktor tempat mendapatkan suntikan itu sendiri berkenaan status jenama vaksin yang mereka gunakan

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • nazihah
    March 5, 2018 at 7:29 AM

    Jika wanita mengandung boleh ke ambil suntikan typhoid?

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:16 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Puan, Sangat tidak digalakkan.

      Kebarangkalian doktor akan memberi suntikan juga tipis kerana mereka tidak ingin mengambil risiko sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Fatin nabila
    February 24, 2018 at 12:07 PM

    Assalamualaikum, saya nak tanya kalau nak buad suntikan typhoid ni. Majikan harus ganti semula kita kan ?

    • Fatin nabila
      February 24, 2018 at 12:09 PM

      *Ganti semula wang kita kan ?*

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:21 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Tidak semestinya.

      Ia bergantung kepada polisi dan syarat yang majikan telah tetapkan.

      Sila rujuk semula dengan majikan anda.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Hilmi
    February 13, 2018 at 1:41 PM

    Hai saya nak tanya. Waiter restoran perlu ambik ke suntikan ni?

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:25 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Iya. Waiter restoran termasuk dalam kategori pengendali makanan dan tertakluk di bawah Akta Makanan dan undang-undang.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Liyana
    February 7, 2018 at 3:14 AM

    As salam,
    Adakah pekerja yg berkerja di kilang membuat tray utk food packaging perlu ambil suntikan typhoid?

    • Admin
      February 12, 2018 at 8:24 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Pekerja di bahagian tersebut tidak dikategorikan sebagai pengendali makanan.

      Oleh yang demikian tidak perlu mandapatkan suntikan typhoid.

      Namun begitu, sekiranya terdapat arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, makan anda perlu ambil kerana mereka mempunyai penilaian mereka sendiri mengapa anda perlu mandapatkan suntikan tersebut.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Nur lazuli
    January 30, 2018 at 12:36 AM

    Hi tumpang tanya. Saya merancang nak buka kedai proses ayam segar. Adakah kena ambil suntikan typhoid juga?

    • Admin
      February 6, 2018 at 1:40 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ye wajib.

      Proses yang melibatkan ayam, daging dan lain-lain seangkatan dengannya di anggap kritikal.

      Belum lagi masuk ke proses Pensijilan Halal JAKIM di mana prosedur dan garis panduan lebih ketat.

      Namun begitu syarat asas permohonan halal JAKIM juga termasuk suntikan typhioid.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Ahmad Bin Nordin
    January 9, 2018 at 10:33 AM

    Berapa lama seseorang yang telah membuat suntikan Typhoid penyediaan makanan boleh melakukan suntikan yang sama untuk kali kedua.

    • Admin
      January 24, 2018 at 12:16 PM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Kebiasaannya vaksin Typhoid perlu diambil 3 tahun sekali.

      Namun begitu terdapat kes dimana suntikan ini perlu diambil walau belum cukup 3 tahun seperti kehilangan dokumen pengesahan suntikan.

      Sekiranya ini berlaku, sila maklumkan semula kepada klinik tempat anda mendapatkan suntikan untuk mengeluarkan semula surat pengesahan suntikan.

      Bayaran mungkin dikenakan namun adalah sangat minima.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      • Iffah Nabilah
        June 10, 2018 at 4:54 PM

        Boleh ke kita ambil suntikan semula kalau tak cukup 3 tahun? Ada kesan sampingan ke?

        • Admin
          July 2, 2018 at 4:28 AM

          Salam Sejahtera!

          Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

          Setakat ini belum ada kes yang memudaratkan bagi pengambilan vaksin typhoid kurang dari 3 tahun.

          Namun begitu, sila dapatkan nasihat pengamal perubatan dahulu sebelum mendapatkan suntikan.

          Semoga mendapat pencerahan.

          Sekian terima kasih,

          Rex Fahri
          Super Admin
          Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Husaini
    December 28, 2017 at 6:38 AM

    Salam, apa yang perlu saya lakukan sekiranya majikan saya (mcdonald gong badak) tidak mahu memberikan semula sijil suntikan typhoid dan sijil pengendalian makanan kepada saya?

    • Admin
      January 24, 2018 at 12:19 PM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sekiranya majikan anda membiayai kos tersebut, mereka mempunyai hak untuk tidak memberi kepada anda dokumen tersebut.

      sekiranya anda yang membiayai kos tersebut, anda berhak memegang salinan original manakala hanya salinan fotokopi diberikan kepada majikan.

      Sila berunding dengan majikan sekiranya mereka yang membiayai kos tersebut, anda membelinya daripada mereka.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Qaisara
    December 6, 2017 at 3:38 PM

    Salaam sejahtera,
    Saya seorang majikan baru mengendalikan sebuah gerai makanan.
    Nak bertanya sekiranya saya sendiri membawa pekerja saya utk suntikan & kursus dengan wang saya sendiri, perlukah saya pulangkan kad & sijil asal kepada pekerja setelah mereka berhenti kerja?
    Terima kasih.

    • Admin
      December 8, 2017 at 7:29 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sebagai majikan, anda wajib memastikan pekerja mendapatkan pelalian suntikan typhoid 3 tahun sekali dan menghadiri kursus pengendali makanan sekali seumur hidup.

      Sekiranya majikan yang membiayai kos suntikan dan kursus, maka majikan mempunyai hak untuk menyimpan sijil keduanya atau majikan boleh memberi kepada majikan atas ihsan majikan.

      Ini adalah kerana kerap kali pekerja dalam bidang makanan ini keluar masuk dalam beberapa bulan sahaja malah dalam beberapa hari pon sudah menjadi lumrah.

      Nasihat kami untuk lebih adil kepada kedua pihak majikan dan pekerja, Majikan boleh bayar dahulu untuk pembiayaan kursus dan suntikan dengan potongan gaji RM10 sebulan sehingga harga kos Kursus dan Suntikan tersebut selesai dan sijil original perlu diserah kepada pekerja.

      Atau ada juga majikan yang memberi secara percuma dengan syarat pekerja tersebutd bekerja paling kurang 7 bulan bersama majikan.

      Namun ada juga majikan yang memegang sijil asli sedangkan pekerja mereka yang membayar untuk kursus dan suntikan. Ini adalah sangat tidak patut dan pekerja mempunyai hak untuk memegang salinan asli dan hanya salinan fotokopi diberi kepada majikan.

      Akhir kata, terserah kepada anda untuk mempertimbangkan hal ini.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • siti
    October 25, 2017 at 2:51 PM

    salam admin. bolehkah ambil pil sahaja. jika boleh dimana nak dptkannya. tq

    • Admin
      December 8, 2017 at 7:48 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ya semestinya boleh namun sangat sedikit yang menyediakan pil kerana permintaan sangat kurang.

      Namun sekiranya anda di melaka, kebarangkalian untuk mendapatkan pil sangat tinggi dan jarang pula yang menyediakan suntikan.

      Info ini ada yang mengirim ke kami, namun kesahihannya belum dipastikan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • ELL
    September 13, 2017 at 4:52 AM

    Salam admin,
    Saya nak tanya…saya dah 5tahun dalam bidang f&b…dan sudah 2kali saya buat suntikan ini..serta majikan lama saya tidak memulangkan kad typhoid tersebut…pertama di kfc warta selayang, in charge tersebut cakap dia tidak tahu mana dia simpan kad tersebut bila saya datang (sebanyak 3kali) untuk meminta kad typhoid setelah berhenti..kedua di kenny rogers ecm kuantan..di kuantan kami tidak menggunakan kad tapi hanya slip typhoid sahaja..dengan slip typhoid saya perlu membuat kad mpk(kad perbandaraan kuantan) tapi saya tidak boleh buat kad tersebut kerana majikan tidak memulangkan slip typhoid saya..mereka menyuruh saya menggunakam slip photocopy..adilkah begitu..saya bukan seorang yang sentiasa berkemampuan jika setiap kali saya dikenakan saman oleh perbandaraan kerana tidak nyatakan yang mereka mahu..
    Jika saya hilangkan saya boleh dikenakan tindakan tetapi bagaimana pula dengan segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab untuk memulangkan pekerja punya kad typhoid/slip typhoid…apakah tindakan untuk mereka..saya buat suntikan dan kelas makanan menggunakan RM saya sendiri kerana tanggungjawab saya untuk memenuhi kriteria sebagai seorang pekerja..saya ada hak untuk meminta kad/slip typhoid saya kerana saya tidak membuat suntikan berkenaan menggunakan RM syarikat tersebut..

    • Admin
      September 30, 2017 at 3:47 PM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Kami turut bersimpati terhadap anda.

      Jarang berlaku kes seperti ini di mana pekerja perlu menanggung kos suntikan dan kursus dan kedua-dua sijil kursus dan typhoid yang asli disimpan majikan.

      Sebetulnya, sekiranya anda menggunakan wang anda sendiri, maka anda mesti menyimpan salinan asal sijil dan surat pengesahan kursus pengendalian makanan. Majikan tidak berhak menyimpan yang asli, hanya yang salinan fotokopi sahaja. Namun begitu sekiranya majikan ingin melihat sijil yang asli, maka anda perlu tunjukkan sekadar pengesahan sahaja tetapi bukan untuk disimpan kerana anda memerlukan dokumen tersebut untuk bekerja di tempat lain di masa akan datang.

      Apa yang boleh anda lakukan sekiranya majikan tersebut tetap tidak mahu memulangkan ialah dengan menghubungi semula klinik tempat anda mendapatkan suntikan typhoid dan minta mereka mengeluarkan semula surat pengesahan. kebiasaannya bayaran dikenakan dalam RM5~RM15.

      Walaupun bayaran dikenakan, namun ia lebih baik daripada disuntik semula dengan bayaran penuh dikenakan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      • siti maisarah
        November 22, 2017 at 10:54 AM

        salam sejahtera.admin
        saya ada soalan mengenai buku suntikkan typoid.saya di maklumkan dari Kesihatan bahawa perlu menunjukkan buku pengesahan suntikkan typoid sekiranyaa mereka datang membuat pemeriksaan.dan buku tu hnya boleh di dapati sekiranyaa suntikkan di buat di klinik kerajaan sahaja..tapi sekarang saya memilih untk membuat suntikkan di klinik kerajaan ats faktor jadual hrian yg padat..dan saya sedia maklum..klinik swasta hnya memberikan kad/slip typoid..jadi apkah sah atau tidakk suntikkan tersebut sekiranyaa pemeriksaan di jalankan oleh mereka(YANG DATANG MEMERIKSA PREMIS)?
        mohon pencerahan..trima kseh

        • Admin
          December 8, 2017 at 7:37 AM

          Salam Sejahtera!

          Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

          Suntikan typhod boleh didapat di Hospital kerajaan mahupun di swasta.

          Terdapat berbagai rupa rekod pengesahan suntikan typhoid daripada Buku (kebiasaanya Hospital Kerajaan ), Surat pengesahan, Kad Suntikan (pelbagai rupa dan desain) dan semuanya adalah sah digunapakai dengan syarat yang memberi suntikan adalah bertauliah untuk memberi suntikan menurut undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia.

          PErlu diketahui juga kerajaan sudah mula ‘Phase Out’ vaksin Anti-Typhoid ini iaitumenghabiskan stok yang ada sahaja. ini bermakna akan datang tiada lagi vaksin ini boleh didapati di Klinik kerajaan, hanya di swasta sahaja.

          Jika anda perasan dulu di klinik DBKL, kos suntikan hanya RM20 sahaja, sekarang telah naik ke RM50. Ini adalah kerana subsidi bagi vaksin ini telah dimansuhkan.

          Sekiranya pegawai kesihatan tidak menerima pengesahan untikan tersebut, minta mereka berhubung dengan klinik di tempat suntikan diambil dan berunding dengan pegawai klinik sendiri.

          Semoga mendapat pencerahan.

          Sekian terima kasih,

          Rex Fahri
          Super Admin
          Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Syazmina Fadzil
    September 5, 2017 at 9:12 AM

    Salam Admin, Bagaimana jika suntikan typhoid seseorang tu belum habis 3 tahun. Baru sahaja suntik dalam sebulan dan dia ambil suntikan typhoid sekali lagi? Ada apa-apa kesan sampingan tak atau berbahaya ?

    • Admin
      September 8, 2017 at 3:41 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sehingga saat ini, masih belum terdapat kes atau laporan kesan negatif dari pengambilan Vaksin Anti-Typhoid lebihan dos.

      Sungguhpun tempoh sah vaksin adalah selama 3 tahun, namun ini tidak bermakna anda tidak boleh dijangkiti virus typhim walaupun baru 2 tahun tempoh berlalu.

      Walaupon tiada masalah untuk mendapatkan semula suntikan typhoid walau belum tamat tempoh, namun sebaiknya ia dielakkan.

      Biasanya kes seperti anda ini berlaku kerana Kad atau surat pengesahan suntikan doktor samada hilang, atau majikan lama enggan memberi kepada anda setelah anda berhenti.

      Sekiranya ini berlaku, sebaiknya berunding dengan bekas majikan untuk mendapatkan salinan pengesahan suntikan. sekiranya perlu bayaran, maka bayar sahaja kerana untuk mendapatkan suntikan baru perlu bayar juga.

      sekiranya surat pengesahan hilang atau rosak, sila dapatkan salinan semula di klinik tempat anda mendapatkan suntikan tersebut. Bayaran mungkin dikenakan.

      Sekiranya tiada cara lain untuk mendapatkan surat pengesahan semula, barulah anda ambil semula suntikan typhoid.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      • Peniaga Bege
        April 20, 2019 at 2:56 AM

        Terima kasih atas informasi ini sangat berguna terutama pada mereka yang baru nak berkecimpung.

        • Charmaine Tan
          October 31, 2020 at 7:34 AM

          Hai Peniaga Bege,

          Sama-sama dan terus menyokong kami ya!

          Ikhlas,

          Charmaine

  • Asyik72
    September 2, 2017 at 2:22 PM

    Bolehkah seorang penghidap HIV bekerja sebagai pengendali makanan?

    • Admin
      September 10, 2017 at 4:13 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk pertanyaan anda, kami telah menulis artikel khas berkenaan ini kerana soalan ini bagus dan akan memberi maklumat kepada masyarakat supaya tiada lagi diskriminasi terhadap penghidap HIV / AIDS.

      Sila baca artikel ini dengan lebih lanjut dan diharap dapat dikongsi bersama orang ramai.

      Baca >> Pengendali Makanan HIV / AIDS

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • ira
    August 19, 2017 at 2:02 AM

    Assalamualaikum..boleh ka ambil suntikan tifoid jika merancang kehamilan?

    • Admin
      August 19, 2017 at 7:00 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk pengetahuan anda, suntikan typhoid tidak digalakkan diambil bagi individu yang sedang hamil. Ini adalah kerana dikhuatiri memudaratkan kandungan tersebut walaupun sehingga kini tidak terdapat bukti secara saintifik yang sahih.

      Namun begitu sekiranya masih merancang dan telah disahkan belum hamil, maka seeloknya mengambil suntikan typhoid terlebih dahulu.

      Untuk pengesahan yang lebih terperinci, sila dapatkan nasihat doktor yang bertauliah.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Hani
    August 15, 2017 at 1:34 PM

    Macam mana saya nak buat aduan sekiranya di kawasan rumah saya ada peniaga yg buka gerai makan tapi tiada lesen dan semestinya tidak mempunyai suntikan thypoid? Dan sekiranya aduan dibuat apa tindakan yang akan dikenakan kepada peniaga tersebut?

    • Admin
      August 19, 2017 at 8:01 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Saluran yang tepat untuk aduan sebegini adalah dengan kenalpasti PBT (DBKL contohnya) yang terlibat dan hubungi mereka untuk membuat aduan di bahagian berikut:

      1) bahagian perlesenan
      2) bahagian penguatkuasaan
      3) bahagian Kesihatan & Kualiti Makanan

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Aini
    August 9, 2017 at 6:47 AM

    Hi assalamualaikum. Boleh saya tanya, di mana boleh mendapatkan suntikan typhoid di klinik kerajaan di sekitar Petaling Jaya? Syarikat hanya tanggung RM50 untuk suntikan typhoid. Di klinik swasta, harga merangkumi RM70 – RM80. Saya tak berapa berkemampuan. Terima kasih.

    • Admin
      August 19, 2017 at 7:57 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Di petaling jaya betul rata-rata klinik harga dalam lingkungan RM65-RM80.

      Untuk makluman anda, klinik kerajaan tidak menyediakan suntikan ini.

      Sekiranya perlu yang paling murah, sila ke hubungi Klinik DBKL, Cheras. Harga adalah RM40/Pax

      Klinik DBKL

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Ieka
    August 1, 2017 at 10:22 AM

    Assalamualaikum, boleh buat suntikan thypoid ketika datang bulan?

    • Admin
      August 19, 2017 at 7:32 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Ya, tiada masalah untuk mendapatkan suntikan typhoid ketika datang bulan.

      Namun begitu sila dapatkan nasihat doktor bertauliah terlebih dahulu sebelum mendapatkan suntukan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

Add a comment