Bolehkah Penghidap HIV/AIDS Bekerja Sebagai Pengendali Makanan?

By | September 10, 2017
Bolehkah pengendali makanan HIV bekerja

Foto Kredit: www.munchies.vice.com

Meskipun kemajuan-demi kemajuan baru telah dicapai dalam merawat dan mencegah HIV, namun masih terdapat segelintir pekerja di industri restoran terus menghadapi diskriminasi di tempat kerja mereka hasil penyebaran maklumat yang salah dan menakut-nakutkan masyarakat akan bahaya pengendali makanan penghidap HIV.

Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia bersetuju bahawa sehingga kini, tiada rekod atau laporan berkenaan jangkitan virus HIV /AIDS melalui makanan dan minuman.

Jadi, Bolehkah Penghidap HIV/AIDS Bekerja Sebagai Pengendali Makanan?

Ya.

Seseorang yang mempunyai HIV boleh menjadi pengendali makanan. Isu di sini adalah darah penghidap HIV.

Sebagai majikan, mewujudkan peraturan yang jelas tentang bagaimana harus bertindak apabila pekerja emngalami luka, dan menyediakan latihan supaya pekerja terlatih untuk mengendalikan keadaan di mana kejadian tidak di ingini berlaku yang melibatkan darah.

Darah pada makanan tidak menjadi masalah dan bukan itu dirisaukan.

Darah yang ditinggalkan pada pisau atau permukaan kerja, itu yang perlu diberi perhatian.

Namun begitu penghidap HIV lebih cenderung daripada yang lain untuk dijangkiti salah satu daripada penyakit berkaitan perut yang boleh diperolehi daripada makanan, jangkitan atau luka lain.

Dalam hal ini, mengikut Akta Makanan 1083, ia perlu mendapatkan rawatan doktor dan pengesahan daripada doktor semada ia sehat untuk bekerja ataupun tidak.

Kesimpulan

Pengendali makanan yang menghidap HIV / AIDS tidak mendatangkan risiko kepada pekerja yang lain juga kepada makanan yang dihidangkan.

Mereka seharusnya tidak dilarang untuk bekerja di dalam industri makanan dan minuman, malah mereka juga tidak boleh dibatasi dalam ruang lingkup kerja contohnya hanya boleh bekerja di bahagian mencuci tandas sahaja.

Mereka seharusnya di layan seperti pekerja lain yang bukan penghidap HIV / AIDS melainkan mereka telah menunjukkan tanda-tanda sakit yang lain. Apabila ini terjadi, ia harus mematuhi peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009 yang telah ditetapkan iaitu perlu mendapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.

Sekiranya doktor mengesahkan boleh bekerja, maka dibolehkan mereka bekerja semula. Perlu kita sedar disini bahawa peraturan ini juga berlaku kepada semua pengendali makanan bukan sahaja yang menghidap HIV / AIDS.

Maka tiada beza antara pengendali makanan yang menghidap HIV / AIDS dan Pengendali makanan yang tidak menghidapi HIV / AIDS di dalam industri makanan dan minuman kerana mereka mesti mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *