Memulakan Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Di Selangor
Lesen perniagaan merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap pengusaha yang ingin menjalankan perniagaan secara sah di Malaysia. Di setiap negeri, terdapat perbezaan dari segi cara permohonan dan syarat-syarat yang dikenakan terutama sekali dalam industri pemakanan kerana ini adalah sektor kritikal yang boleh membahayakan kesihatan orang awam dan boleh membawa penyakit.
Perlesenan bagi perniagaan restoran / kedai makanan adalah penting bagi memastikan pengusaha yang diberikan lesen tersebut mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan agar pengusaha beroperasi dengan menjaga kebersihan premis, menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan akhirnya menjami kesihatan pengguna awam yang membeli produk keluaran pengusaha tersebut.
Sering kita dengar di berita dan di akhbar tajuk-tajuk seperti berikut:
‘Seluar Dalam’ Rahsia Cendol Buatan Bangla
‘Kilang Tauhu Jijik Kene Serbu’
‘Kilang Bihun Jijik Di Batu Caves’
“kilang Roti Uli Tepung Guna Kaki Di Arah Tutup’
Dan macam-macam lagi…
Kebanyakan kes-kes yang dinyatakan seperti di atas beroperasi samada tiada lesen atau lesen telah lama tamat tempoh apabila diserbu pihak berkuasa. Inilah yang terjadi apabila perniagaan makanan beroperasi tanpa lesen menyebabkan pihak penguasa tidak dapat memantau kegiatan kotor mereka.
Sebenarnya permohonan lesen perniagaan restoran / kedai makan tidak susah dan sangat mudah. Tempoh yang diambil bagi kelulusan lesen adalah SERTA-MERTA!
Perundangan dan Akta
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan . Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Lesen Serta-Merta
Permohonan lesen perniagaan di negeri selangor telah naiktaraf dan melakukan penambahbaikan daripada proses yang dahulu ke proses yang digunapakai sekarang. Penambahan ini adalah bagi memudahkan lagi pengeluaran lesen dan menjadikan ia lebih efisyen dalam memproses permohonan lesen yang meningkat dari hari ke hari. Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk:
Masa
Prosedur Lama – 30 Hari
Prosedur Baru – Kelulusan Serta Merta
Keperluan
Prosedur Lama – Memenuhi semua syarat teknikal sebelumkelulusan
Prosedur Baru – Memenuhi syarat dalam tempoh 2 (dua) bulan selepas pengeluaran lesen
Kelulusan
Prosedur Lama – Pemusatan Kuasa melalui keputusan mesyuarat / Datuk Bandar / YDP
Prosedur Baru – ‘Empowerment’ kepada pegawai yang diberikan kuasa
Pemeriksaan Premis
Prosedur Lama – Sebelum kelulusan
Prosedur Baru – Dalam masa 2 (dua) bulan setelah lesen dikeluarkan
Borang
Prosedur Lama – Borang perlu dibeli dan tiada keseragaman borang bagi semua PBT
Prosedur Baru – Borang adalah percuma dan boleh didapati di mana-mana PBT atau boleh dimuat turun di lama PBT. Borang juga adalah sama bagi semua PBT di Selangor.
6 Kaedah Pengeluaran Lesen Perniagaan Serta-merta
Terdapat 6(enam) kaedah yang digunakan dalam pengeluaran lesen perniagaan serta-merta iaitu:
- Permohonan mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Terpakai bagi kesemua 56** lesen perniagaan iklan seperti dalam senarai A dan B
- Premis mempunyai CF/CCC
- Pemantauan dibuat setelah mendapat lesen dan diberi tempoh dua bulan untuk memenuhi semua syarat
- Kompaun diberikan atau lesen dibatalkan jika gagal mematuhi syarat yang ditetapkan
- Pemilik sendiri yang menandatangani borang permohonan dan dokumen aku janji*
* Tidak dibenarkan menghantar wakil atau perkhidmatan ejen
**Sila rujuk PBT bagi lesen-lesen perniagaan lain yang boleh dipohon secara serta-merta.
Senarai Lesen Serta-merta Dengan Syarat Khusus Senarai B
Terdapat 7(tujuh) jenis perniagaan yang diklasifikasikan di dalam Senarai B yang memerlukan syarat khusus tambahan iaitu:
- kedai Aiskrim
- Kedai Kawalan Serangga(jual sahaja)
- Kedai Runcit / Pasar Mini
- Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
- Restoran / Kedai Makan
- Tadika / Taska
- Hotel Bajet / Rumah Tumpangan
Carta aliran Proses Pengeluaran Lesen Serta-merta
Berikut merupakan carta alir bagi proses permohonan lesen serta-merta yang digunapakai diseluruh PBT yang terdapat di Selangor.

Bagi kelulusan untuk lesen yang mempunyai syarat khusus seperti di senarai B, Tambahan pemeriksaan keatas borang akan dilakukan oleh penolong pegawai kesihatan persekitaran.
Oleh kerana lesen restoran termasuk di dalam Senarai B, maka tambahan proses diperlukan seperti di bawah ini.

Syarat-Syarat Kelulusan Serta Merta
Umumnya terdapat 2(dua) syarat yang wajib dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan serta merta iaitu syarat-syarat Am dan Syarat Khas bagi lesen restoran/premis makanan.
Syarat-syarat Am kelulusan serta merta
1) Keselamatan
- Menyediakan peti rawatan perubatan kecemasan yang lengkap dan sempurna.
- Mengadakan Alat Pemadam Api yang sesuai dan mencukupi yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
- Pencahayaan dan pengudaraan hendaklah mencukupi di dalam premis.
- Stor dan tangga serta pintu kecemasan hendaklah diselenggara dengan baik.
- Di larang membuat sebarang kerja atau meletakkan barang-barang di atas kawasan awam seperti kakilima, lorong , jalan, siarkaki, longkang dan pintu keluar/masuk kecuali dengan kebenaran Majlis.
2) Kebersihan
- Premis hendaklah mempunyai sistem bekalan air, elektrik dan pembentungan yang sempurna, berkeadaan baik dan selamat.
- Mempamerkan papan tanda `Dilarang Merokok’ dan `Menjaga Kebersihan’.
- Seluruh premis di kawasan dalam dan luar hendaklah sentiasa bersih, berkeadaan baik, bebas daripada serangga dan rodensia atau haiwan pemeliharaan dan kacauganggu.
- Tandas dan bilik air hendaklah sentiasa baik dan bersih.
- Saliran air kumbahan hendaklah disalirkan ke sistem pembentungan.
3) Pembuangan Sampah
- Premis hendaklah mempunyai tong sampah bertudung yang sempurna dan mencukupi serta berkeadaan bersih dan baik.
- Penggunaan karung plastik adalah diwajibkan.
4) Lain-lain
- Dilarang menjalankan aktiviti atau pekerjaan lain di premis tanpa lesen atau kebenaran Majlis.
- Pada hari-hari Kebesaran Negeri dan Kebangsaan, bendera Negeri Selangor dan bendera Malaysia hendaklah dikibarkan.
- Pemegang lesen digalakkan mempamerkan gambar-gambar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dan DYMM Sultan Selangor.
Syarat-syarat Khas kelulusan serta merta
1) Pengendali Makanan
- Semua Pengendali Makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan Pegawai Perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
- Semua pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.
- Semua Pengendali Makanan diwajibkan memakai apron yang berwana cerah dan penutup kepala yang bersih.
- Semua Pengendali Makanan dilarang :
i. Berkuku panjang dan kotor
ii Merokok semasa mengendali makanan.
iii. Memakai selipar dan sandal
iv. Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan . (Hendaklah menggunakan sarung tangan & peralatan yang sesuai)
2) Ruang Makan
- Lantai ruang makan hendaklah pasang dengan jubin yang sempurna dan jubin dinding hendaklah sekurang-kurangnya 1.5.meter dari lantai.
- Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yangmencukupi untuk kemudahan pelanggan.
3) Ruang Dapur
- Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
- Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller – 0°C hingga 4°C dan Freezer – 0°C hingga 18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak diruang atas dan makanan mentah di ruang bawah peti sejuk).
- Mengadakan cerobong asap dan/atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
- Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di ats lantai.
- Mengadakan perangkap minyak atau lemak di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
- Dinding dan lantai dapur, tempat penyediaan makanan hendaklah dipasang dengan jubin yang sempurna sehingga siling dapur.
- Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit ) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan . Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan makanan di atas lantai.
- Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.
4) Stor Penyimpanan
- Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Di larang meletak makanan di atas lantai.
5) Lain-lain
- Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari hurungan serangga seperti lalat dan lipas.
- Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan ridensia serta haiwan peliharaan
Syarat yang disebutkan di atas adalah syarat khusus yang wajib dipatuhi bagi kelulusan lesen serta-merta. Namu begitu, terdapat lagi tambahan yang dipanggil syarat khas yang di reka oleh PBT bagi keperluan setempat. Syarat ini berlainan mengikut PBT namun perbezaannya tidak begitu ketara di antara satu sama lain. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarat khas, sila ikut pautan yang disediakan di bawah mengikut PBT Selangor.
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Selayang, MPS
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Sepang, MPSpg
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Hulu Selangor, MDHS
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Langat, MDKL
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Sabak Bernam, MDSB
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Selangor, MDKS
Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kelang, MPK
Borang Permohonan Lesen Serta-merta
Borang Permohonan lesen serta-merta boleh didapati secara percuma di kaunter pejabat PBT yang berkenaan. Sila pastikan dokumen sokongan dibawa bersama dan ikuti panduan mengisi borang permohonan lesen premis perniagaan kelulusan serta-merta.
Sab
June 6, 2018 at 7:05 AMSalam,
Saya ingin nak start business makanan (to-go tapi ada masak sendiri) dengan mengambil separuh kedai runcit yang sedang berniaga. Saya sudah call Majlis Bandar untuk tanya dan mereka hanya suruh ambil Lesen Seta Merta. Adakah apa yang perlu saya timbangkan masa renovate kawasan kedai saya? (minimal renovation macam tambahkan fryer dengan kitchen hood)
Terima kasih!
Kamil
April 7, 2018 at 8:03 AMSalam,
Sy dan isteri bercadang utk mengambil satu lot gerai di dlm food court di sebuah shopping mall PKNS. Kami telah mempunyai SSM, mengikuti kursus pengendalian makanan dan mengambil suntikan typhoid.
Persoalan sy, adakah kami perlu memohon lesen perniagaan dahulu atau memohon dan mengesahkan lot gerai foodcourt PKNS dahulu? Maksudnya confirm premis perniagaan dahulu baru apply lesen atau apply lesen dahulu sblm confirm premis perniagaan. Sy takut PKNS tolak permohonan sy utk menyewa premis lot food court tersebut sbb sy blom ada lesen perniagaan. Jd mcm chicken and egg, egg first or chicken first.
Admin
May 21, 2018 at 4:05 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Tuan, pastikan tuan sah dapat tapak dahulu sebelum permohonan lesen.
Tuan tidak akan dapat memohon lesen sekiranya tuan tiada dokumen berkenaan tapak tersebut,
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Zahidah binti yaacob
April 3, 2018 at 5:50 AMSalam..saya nak tanya, saya terlepas pandang berkenaan lesen perniagaan saya tamat tempoh. Soalan saya bagaimana cara untuk saya selesaikan masalah ini? Adakah saya kena buat permohonan baru untuk lesen kedai saya? Tq
Admin
May 21, 2018 at 4:06 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Puan perlu segera ke pejabat PBT yang berkenaan dan mohon pembaharuan semula.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
azlin binti abdul aziz
February 26, 2018 at 3:52 AMsalam admin,
boleh share bagaimana cara, premis saya dah ada cuma belum berdaftar untuk lesen, hanya ada ssm sahaja, apakah langkah dan syarat untuk saya mengendalikan kedai makan. berapa lama proses untuk semua ini?
Admin
July 2, 2018 at 4:39 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Ia betul, boleh ambil lesen serta merta sahaja.
Untuk renovasi, Puan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis tersebut. pastikan ada exaust fan bagi pengaliran udara yang baik.
Pastikan juga saliran air dibuat dengan baik dan bertitip bagi mengelakkan tikus masuk ke dalam premis.
Jangan lupa dengan pemasangan perangkap minyak.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Azlan
February 9, 2018 at 5:19 PMSalam.. saya nak tanya.. boleh ke kita buat aduan sekiranya kita dapat tahu yg kantin di kawasan kita kerja x berdaftar dengan kkm..tq
Admin
February 12, 2018 at 8:19 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Anda seharusnya membuat aduan sekiranya anda mendapati mana-mana pengusaha makanan tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
BErikut adalah saluran bagi membuat aduan:
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia
Alamat: 2, Jalan Kemerdekaan, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon: 03-8885 0797
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
ryzal
February 9, 2018 at 2:37 AMsalam tuan.saya nak tanya.saya ada berniaga aksesori kereta.lesen majlis nama saya,dan ssm perkongsian.baru ni saya ada buat ssm baru dgn alamat sama.pemilik ssm milikan tunggal nama saya.boleh tak kalau saya nk tukar lesen premis tu pada ssm yg saya buat tu.dan ssm lama yg sekarang dlm lesen premis nk tukar ke alamat lain?
Admin
February 12, 2018 at 8:26 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Pertukaran lesen seperti itu tidak dibenarkan.
Tuan perlu membuat permohonan baharu bagi lesen pada SSM yang baru
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Fakri
January 1, 2018 at 4:57 PMHi sy ingin memulakn jualan kecil seperti burger.adakah perlu menghadiri kursus atau lesen
Admin
January 24, 2018 at 12:16 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Ya, anda perlu menghadiri kursus, mendapatkan suntikan typhoid dan memohon lesen penjaja.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Liza
December 19, 2017 at 12:03 AMSalam tuan, saya nak tanya. Saya nak mulakan perniagaam buka kedai makan kecil2 lan.. Apa yg perlu saya buat.. Dan mcmana nak buat lesen meniaga. Saya dah ada SSM tapi bkn utk mknan tapi sy jual brg kecantikkan.. Yang utk kedai makan ni apa yg perlu sy buat?
Terima kasih,
Admin
January 24, 2018 at 12:22 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk lesen perniagaan, sila hubungi terus Pihak Berkuasa Tempatan.
Untuk membuka perniagaan makanan, anda perlu rujuk kepada pihak SSM. mungkin anda perlu tambah kod bidang pada SSM atau perlu mendaftar perniagaan baharu.
Oh ya, untuk perniagaan makanan, elok hadiri kursus pengendalian makanan dahulu dan pastikan dilindungi vaksin typhoid 🙂
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
hathi lechumy
September 22, 2017 at 6:51 AMsaya hendak mulakan perniagaan secara kecil kecilan..perlukan saya jalankan perniagaan dulu atau mohon lesen dahulu.
Admin
September 30, 2017 at 3:38 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Tahniah diatas tindakan anda untuk berniaga.
Kecil-kecilan sekiranya berniaga di Premis makanan, maka perlu patuh kepada undang-undang PBT dan perlulah memohon lesen.
Sekiranya beniaga di bahu jalan atau mana-mana kawasan yang telah ditetapkan pihak PBT dibolehkan berniaga, silalah mohon permit dahulu dan ianya murah sahaja.
Apa pun sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan, anda boleh berniaga dahulu dan sekiranya anda didapati bersalah oleh pegawai PBT, bawalah berunding kerana mereka juga punya budi bicara.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Nor
September 6, 2017 at 3:32 AMSalam..saya nak tanya betul ke penjawat awam xboleh buat ssm? Jika benar penjawat awam xboleh buat ssm, boleh x guna nama isteri suri rumah utk buat ssm n apply lesen niaga tepi jalan tetapi yg berniaga tu suami saya.boleh ke mcmtu?
Admin
September 8, 2017 at 3:32 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Saluran yang tepat untuk aduan sebegini adalah dengan SSM, Namun begitu kami cuba mendapatkan jawapan kepada anda yang sudi singgah di laman kami.
Secara amnya, seorang pegawai kerajaan tidak boleh mendaftar syarikat.
Sila baca pautan berikut untuk keterangan lebih detail bagaimana seorang pegawai kerajaan boleh mendaftar perniagaan.
http://www.hariadi.org/diari/pendaftaran-syarikat-bagi-kakitangan-awam/comment-page-3/
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Nor haryati
August 18, 2017 at 5:47 AMAssalamualaikum admin..sy baru nk mula berniaga burger waktu malam di kwsan parking shop lot.stall jenis lipat dan berpayung..apa langkah yang saya perlu buat sebelum mulakan beniaga.adakah saya perlu dptkan lesen atau boleh je berniaga tanpa lesen? Sekiranya perlu dptkan lesen, wajib daftar ssm ke sbb saya nk niaga kecilan je.
Admin
August 19, 2017 at 7:18 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Saya memuji inisiatif anda untuk mula berniaga dan ingin mula berniaga dengan betul.
Nasihat saya, sebelum mula berniaga ikutilah peraturan iaitu dengan daftar perniagaan dengan SSM. Kos pendaftaran cuma RM70+- untuk setahun.
Selepas lulus SSM, maka anda boleh berniaga sah di sisi undang-undang.
Untuk perniagaan berasaskan makanan, pastikan anda hadir kursus pengendali makanan dan dapatkan suntikan typhoid. Pegawai kesihatan pasti akan semak dokumen ini bagi semua pengendali makanan terutama penjaja-penjaja makanan.
Langkah seterusnya adalah kenalpasti lokasi perniagaan yang dibolehkan berniaga dan boleh memohon permit/lesen.
Sekiranya ingin berniaga di tempat yang tidak dibolehkan berniaga seperti di pinggir jalan atau sebagainya, perlu lah difikirkan risiko akan disaman atau disita oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Semoga panduan ringkas ini dapat memberi gambaran kepada anda untuk mula berniaga. Selamat maju jaya kepada anda.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Mimi
August 3, 2017 at 8:49 AMAssalamualaikum admin,
saya telah mendaftar perniagaan saya di SSM dan perniagaan yang saya daftarkan tu adalah untuk meniaga pakaian seperti jubah.
pada masa yang sama, suami saya mempunyai restoran di sekolah antarabangsa. Bolehkah saya menggunakan salinan SSM saya untuk memohon lesen perniagaan untuk restoran suami saya?
tambahan, suami saya bukan warganegara.
Admin
August 19, 2017 at 7:53 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Persolalan anda ini sebenarnya lebih tepat dirujuk kepada pihak SSM sendiri.
Pada pengalaman saya, sekiranya perniagaan yang didaftarkan adalah SDN BHD, sepatutnya tiada masalah.
Namun sekiranya yang didaftarkan adalah Enterprise, maka perlulah dirujuk SSM samada perlu menambah kod bidang atau lain-lain.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Azril malek
July 28, 2017 at 5:46 AMSalam sejahtera
Syarikat saya telah membeli sebuah bangunan utk menampung keseluruhan pekerja seramai 2000 orang. Satu tingkat telah dijadikan cafeteria utk kesenangan pekerja..Kami juga telah mengenal pasti 2 operator utk menjual makanan Dan minuman kepada para pekerja Dan pelanggan.
Adakah pihak Syarikat Kami Yang perlu memohon lesen atau permit Dari pihak berkuasa tempatan, atau pun Operator makanan Yang telah dilantik
Mohon penerangan
Terimakasih
sherry shahabuddin
July 24, 2017 at 5:43 AMSalam sejahtera,
saya ingin bertanya dan mengetahui dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan baru bagi sebuah restoran. apakah yang perlu saya sediakan untuk saya sempurnakan syarat yang diperlukan dan perlu saya sediakan sebelum membuat permohonan.
terima kasih .
Af
July 19, 2017 at 1:19 AMAssalamualaikum.
Saya ingin bertanya mengenai pendaftaran lesen perniagaan kantin syarikat. Adakah kami perlu menggunakan konsep yang sama (premis makanan) utk daftar lesen berikut? Terima kasih.
Sahrul
June 28, 2017 at 5:46 PMSalam…. Saye nak bertanya…. Saya baru buka sebuah restoran di bangunan yang agak baru… Premis ni tiada jubin… Saya mempunyai modal yang amat terhad…jadi saya memang tidak mampu untuk pasang jubin. Upah pasang jubin tidak termasuk harga barang diantara 5 ke 6 ribu… Siap semua dalam 9 ke 10 ribu jugak… Jadi adakah permohonan lesen saya tidak akan diluluskan walaupun syarat lain dipenuhi?
Admin
June 30, 2017 at 1:39 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk makluman, pemasangan jubin adalah wajib bagi premis restoran.
Bukan sahaja di lantai, malah di bahagian dinding juga perlu dipasang jubin setinggi 5 kaki.
Ini merupakan syarat wajib dalam permohonan lesen premis makanan.
Namun begitu, anda boleh dapatkan khidmat nasihat pegawai di PBT tempat anda ingin memohon lesen dan mungkin ada ruang untuk budi bicara.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
damia
August 18, 2017 at 7:48 AMhai. sy ada soalan, kalau sy nak buka food court dan ambil penyewa2 untuk berniaga makanan di situ, adakah
sy kena pergi kursus pengendalian makanan dan ambil suntikn typhoid jugak ke?
Admin
August 19, 2017 at 7:06 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Daripada situasi yang dinyatakan diatas, anda tidak perlu mendapatkan Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan typhoid kerana anda tidak termasuk di dalam kategori pengendali makanan.
Sekiranya anda ada terlibat dalam mengendalikan makanan, makan anda wajib mendapatkan keduanya.
Nasihat saya, adalah sangat bermanfaat untuk anda hadir kursus pengendali makanan agar anda sebagai owner food court tahu serba sedikit berkenaan keselamatan makanan.
Sebagai tambahan lagi, sebagai owner kepada food court, pastikan anda meletakkan syarat kepada penyewa food court untuk hadir kursus pengendalian makanan dan dapatkan suntikan typhoid untuk memastikan tiada isu keracunan makanan di food court anda.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Azlidda Kamaludin
May 10, 2017 at 6:38 PMJika saya hendak memulakan perniagaan menjual nasi lemak, apakah langkah yang perlu saya ambil ?
Admin
May 30, 2017 at 6:31 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Pertama kali, pastikan anda menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dan mendapatkan Suntikan Typhoid.
Kedua pastikan anda peroleh izin atau permit niaga di tempat anda hendak berniaga.
Sekiranya tiada halangan, anda boleh berniaga, dan pastikan juga anda tidak menghalang lalu lintas dan tidak meninggalkan sampah selepas berniaga.
sekiranya ini dipatuhi, anda boleh berniaga dengan tenang.
Selamat berniaga 🙂
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
MUHAMMAD AMIR EHSAN ZAMRI
April 24, 2017 at 12:54 PMAssalamualaikum admin, nak tanya kalau saya nk buka bisnes air balang dengan guna kereta myvi n khemah kecil sbagai warung saya, perlukan sy memohon lesen, sekian terima kasih
Admin
May 30, 2017 at 6:39 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Pada umumnya, perniagaan mesti mendapatkan izin/permit dari Pihak berkuasa tempatan.
Namun begitu, sekiranya perniagaan anda tidak menghalang lalu lintas dan tidak mengotorkan kawasan yang membolehkan orang awam membuat aduan. Maka teruskan sajalah berniaga.
Contoh tempat yang bagus adalah di taman rekreasi 🙂
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
shasha
March 20, 2017 at 2:50 AMSalam , saya sudah mempunyai premis perniagaan. Saya hanya perlu apply SSM je kan ? ayah saya seorang tukang masak bagi periagaan restoran saya. Beliau sudah mempunyai sijil dan typhoid. namun saya adalah wakil untuk apply boran SSM. boleh kan ?
Admin
April 13, 2017 at 5:39 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.
Iya, setelah semua dokumen dilengkapkan, permohonan lesen perniagaan bolehlah dipohon.
Pastikan staff di restoran juga hadir kursus pengendali makanan dan mendapatkan Suntikan Typhoid. 🙂
Semoga dapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakanan.com
Elly
February 28, 2017 at 12:06 PMsalam and hi Admin,
saya ingin bertanya, jika saya sudah berniaga dan lokasi gerai/cafe saya di rumah, apakah langkah utama yang perlu saya lakukan sekarang? mohon beri penjelasan supaya saya dan keluarga tidak mempunyai masalah semasa berniaga di kemudian hari…
terima kasih Admin! 🙂
Admin
May 30, 2017 at 6:49 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Tahniah kerana perniagaan anda telah beroperasi 🙂
Namun begitu, pastikan semua pekerja menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dan Sutnikan Typhoid bagi mengelakkan keracunan makanan kepada pelanggan.
Dari segi premis perniagaan yang beroperasi di Rumah, pastikan mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran..) tempat anda. Ini adalah kerana sesetengah PBT mempunyai undang-undang berbeza dan tersendiri.
Kemungkinan untuk tidak mendapat keizinan adalah tinggi, ini adalah kerana berniaga di taman perumahan menyebabkan “gangguan” bagi penghuni di perumahan tersebut.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Sumie
February 3, 2017 at 2:27 AMSalam sejahtera admin.saya mau bertanya perlukah seseorang yang menjadi pembekal makanan bermasak yang beroperasi dirumah memohon lesen niaga? Ini kerana makanan tersebut dibekalkan juga untuk murid tadika.
Admin
February 14, 2017 at 1:48 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Dari segi undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ya anda perlu mendaftarkan perniagaan anda kerana setiap perniagaan perlu berdaftar dengan SSM biarpun urusniaga tersebut secara atas talian (on-line).
Sekiranya lesen niaga yang anda maksudkan adalah permit yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( Contohnya: DBKL/MBSA/DLL ) maka anda tidak perlu juga memohon kerana pihak PBT tidak akan meluluskan permohonan yang beroperasi di rumah.
Namun begitu, apa yang terbaik yang anda boleh lakukan sekarang adalah dengan menghadiri kursus pengendalian makanan kerana di sini anda akan belajar berkenaan keselamatan makanan dan cara pengendalian makanan yang betul. Juga mendapatkan Suntikan Typhoid setiap 3 tahun.
Ini adalah kerana anda membekalkan makanan kepada kanak-kanak tadika yang sangat sensitif kepada makanan yang tidak bersih.
Pihak pengurusan tadika juga perlu mengambil langkah proaktif dalam memilih pembekal makanan. Paling tidak semak dahulu adakah pekerja dan tukang masak telah menghadiri kursus dan mendapatkan suntikan typhoid.
Semoga dapat memberi pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
ali
January 23, 2017 at 8:26 AMSalam , saya pengusaha kedai sticker kenderaan, saya bercadang untuk menyekat sebahagian kedai untuk pelnggan menunggu kereta mereka disiapkan. sementara menunggu mereka boleh menikmati minuman ringan dan makanan readymade ( roti/ cookies ). adakah perlu saya mendapatkan sebarang injection typoid atau permit lain?
Admin
February 14, 2017 at 1:56 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk pertanyaan ini, sekiranya menyekat sebahagian kedai itu melibatkan struktur, saudara perlu memohon kelulusan permit dari pihak Majlis.
Kemungkinan permit yang berlainan dikenakan bagi menjual makanan.
Ya, anda perlu mendapatkan suntikan typhoid dan menghadiri kursus pengendali makanan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Bahagian Perlesenan di kawasan saudara.
Semoga mendapat pencerahan dan perniagaan bertambah maju.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Shamsuldin
December 29, 2016 at 8:17 AMSalamualaikum tuan,
Saya nak buka satu cafe untuk menjual nasi rendang, soto dan sebagainya. Tempat cadang di klang. Saya ingin bertanya bahawa adakah jubin/tiles khas dipasang di seluruh kedai termasuk ruang makan dan ruang masak? Boleh menggunakan cement selain drpd jubin?
Admin
June 30, 2017 at 1:46 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk makluman tuan, pemasangan jubin pada premis restoran adalah wajib pada keseluruhan premis termasuk dinding setinggi 5 kaki.
Namun begitu, sila rujuk pegawai PBT yang menguruskan lesen premis mudahan ada kelonggaran dan budi bicara dari pihak PBT.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
ROSLINI rashid
December 7, 2016 at 6:29 AMSalam..sy nak tanya baru2 ini sy ada membuat permohonan lesan untuk kedai mkn,tp permohonan tu ditolak..sy nak tanya mcm nak cara nak buat permohonan rayuan.sb sy pun tak biasa..terima ksh
Admin
January 24, 2018 at 12:35 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Puan, permohonan rayuan adalah dengan membuat surat rasmi kepada PBT.
permohonan ditolak pasti mempunyai sebab-sebab tertentu.
Kenal pasti masalah tersebut dan ambil tindakan pembetulan dan cuba memohon semula.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
florinda
December 6, 2016 at 7:52 PMsalam admin,
Saya berhasrat nak memulakan bisnes food truck, Saya nak tanya apakah langkah seterusnya selepas daftar SSM, menghadiri kursus pengendalian makanan dan suntikan thypoid..
perlukah permit? atau lesen yang spesifik untuk food truck?
Admin
January 24, 2018 at 12:31 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Setakat ini, lesen bagi food truck masih diklasifikasikan sebagai penjaja.
Food truck perlukan permit juga.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Add a comment