27 Syarat-Syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

By | May 12, 2015

Syarat khas permohonan lesen serta merta mbpj

Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau MBPJ menggunakan borang kelulusan serta-merta bagi pemohon yang ingin memohon lesen restoran / premis makanan. Borang ini adalah diberikan secara percuma dan boleh didapati di kaunter utama Bangunan Majlis Bandaraya Petalig Jaya . Untuk menghubungi pihak perlesanan MBPJ, sila lawati laman ini www.mbpj.gov.my

Syarat-Syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

  1. Pengusaha premis makanan hendaklah memiliki lesen perniagaan yang sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan hendaklah sentiasa mempamirkan lesen tersebut di premis.
  2. Lokasi premis makanan hendaklah terletak di kawasan yang dibenarkan oleh Majlis dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak majlis.
  3. Tidak di benarkan membuat apa-apa sambungan binaan di luar dari premis asal atau binaan yang menutup longkang tanpa kebenaran Majlis
  4. Longkang awam di sekeliling premis hendaklah tidak di tutup sedemikian cara hingga menghalang kerja-kerja pembersihan longkang serta hendaklah di jaga sedemikian cara supaya sentiasa bersih dari sampah-sarap dan/atau sisa makanan.Longkang awam di sekeliling premis tidak boleh di tutup tanpa kebenaran bertulis dari pihak majlisdan tertakluk keatas budibicara majlis dengan berpandukan undang-undang serta dengan kebenaran bersyarat.
  5. Lantai di seluruh kawasan premis hendaklah dipasang dengan jubin dari jenis ‘non slip’
  6. Dinding di seluruh kawasan premis hendaklah dipasang dengan jubin sekurang kurangnya 1.5 meter dari paras lantai.
  7. Hendaklah mengadakan sistem ‘exhaust’ dengan corong asap di bahagian dapur. Corong asap hendaklah di pasang mengarah ke atas hingga ke paras atas bumbung dan di pasang sedemikian cara supaya tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu. Corong asap tidak di benarkan di pasang mengarah ke bawah atau ke dalam longkang.
  8. Hendaklah mengadakan stor yang mencukupi untuk penyimpanan bahan mentah yang kering. Penyimpanan bahan mentah yang kering hendaklah di atas rak bertingkat yang di perbuat dari ‘STAINLESS STEEL’ yang di pasang sedemikian cara supaya bahagian bawah rak bertingkat bebas dari paras lantai setinggi 50 cm (20 inci) atau lebih bagi mengelakkan pencemaran silang.
  9. Premis makanan dan stor hendaklah bebas dari urungan lalat/lipas/tikus dan serangga Semua premis makanan hendaklah melantik satu syarikat kawalan lipas/lalat/tikus dan serangga (’Pest Control’) yang bertanggungjawab melakukan kerja kerja kawalan sedemikian cara supaya dapat mencegah pembiakan dan premis sentiasa bebas dari urungan lipas/lalat/tikus dan
    serangga. Hendaklah menyediakan jadual rawatan pencegahan lipas/lalat/tikus dan serangga. Pengusaha hendaklah mengemukakan satu salinan kontrak perkhidmatan tahunan kontraktor kawalan serangga/rodensia
  10. Hendaklah mengadakan kemudahan tandas yang mencukupi. Tandas hendaklah di jaga supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak berbau busuk. Tandas hendaklah dilengkapi kemudahan mencuci tangan serta bekalan sabun, tisu atau alat pengering tangan, tong sampah bertutup dan alat semburan pewangi.
  11. Hendaklah mengadakan besin (sinki) cuci tangan dengan bekalan sabun dan tisu atau alat pengering tangan di dewan makan untuk kegunaan pelanggan.
  12. Hendaklah mengadakan tong sampah bertutup yang mencukupi bagi membuang sampah dan sisa makanan. Sampah dan sisa makanan hendaklah di isi ke dalam beg plastik yang di letak ke dalam tong sampah atau sedemikian cara supaya tidak bersepah di kawasan premis. Dilarang membuang sampah dan sisa makanan ke atas lantai atau ke dalam longkang
  13. Hendaklah mengadakan ‘grease trap’. yang mencukupi dan sesuai, yang di buat dari ‘stainless steel’ supaya senang di cuci.
    Semua air limbah dari tempat cucian dan dapur hendaklah disalurkan sedemikian cara supaya melalui ‘grease trap’ yang disediakan sebelum disalurkan ke longkang awam. ‘Grease trap’ hendaklah di selenggara supaya sentiasa berada di dalam keadaan bersih, tidak tersumbat atau melimpah ke atas lantai.
  14. Semua pengendali makanan dan pekerja hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan bertauliah iaitu:
    – pemeriksaan fizikal
    – mendapatkan suntikan pelalian TYPHOID
    – pemeriksaan X – ray dada
    – pemeriksaan perubatan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Kesihatan / Pegawai Perubatan Majlis
  15. Semua pengendali makanan dan pekerja di wajibkan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan (ALKEM) atau Majlis.
  16. Setiap pengendali makanan dan pekerja hendaklah memiliki satu Sijil Kesihatan yang di sahkan oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau yang dikeluarkan oleh pihak Majlis dan sijil tersebut perlu di kemukakan apabila di minta oleh majlis
  17. Setiap pengendali makanan dan pekerja hendaklah memiliki satu sijil suntikan TYPHOID yang sah dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan yang di iktiraf okeh Kementerian Kesihatan atau pihak Majlis dan sijil tersebut perlu di kemukakan apabila di minta oleh majlis
  18. Setiap pengendali makanan dan pekerja hendaklah memiliki satu sijil Kursus Pengendali Makanan yang sah dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan (ALKEM) atau yang dikeluarkan oleh pihak Majlis dan sijil tersebut perlu di kemukakan apabila di minta oleh majlis
  19. Semua pengendali makanan dan pekerja hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan kemas, memakai apron, topi dan berkasut.
  20. Gerai-gerai, rak makanan, dan peralatan hendaklah diperbuat daripada ‘stainless steel’ dan di selenggara dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Gerai-gerai, rak makanan, dan peralatan tidak di benarkan di letak atau di simpan di lorong belakang, kaki lima atau di lorong tepi premis. Tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti mencuci atau memasak di luar premis perniagaan
  21. Pengusaha premis makanan hendaklah menyediakan sinki atau besin tempat mencuci pinggan mangkuk yang tinggi dari paras lantai dan tidak di benarkan mencuci pinggan mangkuk di luar kawasan premis, di atas lantai atau di atas jalan
  22. Pengusaha premis makanan hendaklah mengadakan jadual pembersihan dan memastikan keadaan premis sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan sanitari.
  23. Bekalan air hendaklah di ambil secara terus dari paip bekalan air awam dan tidak di benarkan menggunakan sambungan paip getah atau plastik atau bekas takungan air
  24. Tidak di benarkan membawa, menyimpan atau memelihara haiwan di dalam kawasan premis makanan atau persekitaran nya
  25. Mana mana premis makanan yang dikenakan kompaun sebanyak tiga (3) kali berturut turut bagi satu kesalahan yang sama dalam tempoh dua belas (12) bulan berterusan, maka premis tersebut akan dikenakan tindakan:
    a) Pembatalan lesen selepas surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada pemilik premis dan di pertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Teknikal Pelesenan serta pembatalan lesen melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Perundanagn dan Penguatkuasaan
    b) Premis tersebut akan di kenakan sistem pemarkahan demerit yang berakhir dengan penutupan premis.
  26. Bilangan dan kedudukan gerai dalam sesebuah premis makanan hendaklah sebagaimana yang di tetapkan oleh majlis.
  27. Hendaklah memohon permit daripada Majlis bagi meletak kerusi meja diluar premis yang terhad hanya di siarkaki sahaja. Kelulusan hanya untuk kegunaan pelanggan sahaja

4 thoughts on “27 Syarat-Syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

  1. Ahmaf

    Kalau kita sewa permit bagaimana pula? Tak da larangan dalam kontrak dan syarat.

    Reply
    1. Ahmad

      Salah email tadi.

      Soalan
      Kalau saya dapat permit tapi saya sewakan, adakah ia satu kesalahan kerana ia tiada dalam 27 syarat tersebut

      Reply
  2. Ahmad

    Saya ingin bertanya. Sekiranya saya berjaya mendapat permit berniaga kedai makan atau warong, boleh ke saya sewakan tapak tu ke peniaga lain? Dalam ertikata lain, sewakan permit saya.

    Seandainya ada kes keracunan makanan, adakah pemilik permit bertanggung jawab atau penyewa permit tu bertanggung jawab

    Terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *