Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Selangor, MDKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Syarat Khas Lesen restoran dan kedai makan Majlis Daerah Kuala Selangor

Bagi pemohon lesen kelulusan serta-merta premis makanan di Majlis daerah Kuala selangor, syarat-syarat am dan syarat khas mestilah dipatuhi untuk mendapat kelulusan lesen. Walaupun kelulusan lesen diberikan serta-merta, pemohon diberikan tempoh 2 bulan untuk memastikan premis mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sekiranya didapati pemohon tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, lesen yang dikeluarkan akan ditarik balik atau pemohon boleh dikenakan kompaun.

Permohonan lesen perniagaan untuk restoran bagi Majlis Daerah Kuala Selangor dimana pemohon perlu mengemukakan borang serta merta dan kelulusan lesen adalah 24 jam hari bekerja. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Pelesenan, MDKS atau boleh download di laman web www.mdks.gov.my (muat turun borang).

Syarat-syarat Khas kelulusan serta merta MDKS

Syarat-syarat khas MDKS tiada beza dengan syarat khas yang telah ditetapkan seperti syarat khusus keluulusan lesen serta-merta

1) Pengendali Makanan

  • Semua Pengendali Makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan Pegawai Perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
  • Semua pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Semua Pengendali Makanan diwajibkan memakai apron yang berwana cerah dan penutup kepala yang bersih.
  • Semua Pengendali Makanan dilarang :
    i. Berkuku panjang dan kotor
    ii Merokok semasa mengendali makanan.
    iii. Memakai selipar dan sandal
    iv. Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan . (Hendaklah menggunakan sarung tangan & peralatan yang sesuai)

2) Ruang Makan

  • Lantai ruang makan hendaklah pasang dengan jubin yang sempurna dan jubin dinding hendaklah sekurang-kurangnya 1.5.meter dari lantai.
  • Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yangmencukupi untuk kemudahan pelanggan.

3) Ruang Dapur

  • Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller – 0°C hingga 4°C dan Freezer – 0°C hingga 18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak diruang atas dan makanan mentah di ruang bawah peti sejuk).
  • Mengadakan cerobong asap dan/atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di ats lantai.
  • Mengadakan perangkap minyak atau lemak di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
  • Dinding dan lantai dapur, tempat penyediaan makanan hendaklah dipasang dengan jubin yang sempurna sehingga siling dapur.
  • Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit ) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan . Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan makanan di atas lantai.
  • Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.

4) Stor Penyimpanan

  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Di larang meletak makanan di atas lantai.

5) Lain-lain

  • Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari hurungan serangga seperti lalat dan lipas.
  • Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan ridensia serta haiwan peliharaan

Dokumen Sokongan Kelulusan Lesen Serta-Merta

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti dalam senarai semakan di borang tersebut dan bagi pemohon yang mengendalikan makanan (restoran, kedai makan atau penjaja yang menjual makanan/minuman) wajib mengemukakan salinan suntikan dan salinan kursus pengendalian makanan bagi pemohon dan pembantu.

Sekiranya pemohon masih belum menghadiri kursus pengendalian makanan, pihak Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran MDKS ada menyediakan kursus tersebut dan pemohon diminta mendaftar pada kursus tersebut atau semak direktori Sekolah Latihan Pengendali Makanan Malaysia.

Permohonan yang lengkap akan diproses dan bayaran proses RM30.00 perlu dijelaskan pada hari penyerahan borang.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment