Syarat-Syarat Khas Lesen Restoran Dan Premis Makanan Majlis Perbandaran Selayang, MPS

By | May 11, 2015

Lesen restoran Majlis Perbandaran Selayang

Dalam memohon lesen serta-merta, syarat am dan syarat khas WAIJB di patuhi. Sebagai tambahan kepada syarat tersebut, Majlis Perbandaran Selayang telah menambah beberapa syarat khusus bagi pemohon yang ingin memohon lesen restoran / premis makanan di daerah penguasaan MPS.

Syarat Khas Lesen Restoran / Kedai Makanan MPS

LESEN

1. Lesen yang diluluskan tidak boleh dipinah milik tanpa kelulusan dan hendaklah dipamerkan setiap masa di premis yang diluluskan.
2. Lesen ini boleh dibatalkan tanpa sebarang notis oleh Majlis Perbandaran Selayang.

KEBERSIHAN

1. Kebersihan hendaklah dijaga selalu dan sebarang tumpahan cecair hendaklah disapu bersih.
2. Tong sampah yang sesuai hendaklah digunakan
3. Tandas dan bilik air hendaklah bersih

KESELAMATAN

1. Pencahayaan dan ganti udara hendaklah cukup.
2. Alat pencegahan kebakaran hendaklah disediakan
3. Setor dan tangga serta pintu kecemasan hendaklah diselenggara dengan baik.
4. Sila pasang notis “DILARANG MEROKOK” , di kawasan setor dan ruang makan berhawa dingin.

 PEMBUANGAN SAMPAH/SISA PEPEJAL

1. Sampah dan bahan sisa pepejal kilang hendaklah dibuang ke tempat yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Selayang.
2. Penyaliran bahan buangan ke tempat awam adalah dilarang dan hendaklah diselenggara dengan baik.

KAWALAN PENCEMARAN BAU/BUNYI/HABUK/ASAP

1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dimaklumkan oleh agensi yang berkaitan seperti Jabatan BOMBA/ Jabatan Kilang dan Jentera/ Jabatan Alam Sekitar atau mana-mana Jabatan yang berkaitan.

LAIN-LAIN

1. Pemegang lesen hendaklah mempamerkan gambar-gambar Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung dan Permaisuri Agung dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Selangor.
2. Pada hari-hari Kebesaran Negeri dan Kebangsaan, bendera Negeri Selangor dan Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan.
3. Lain-lain syarat dalam kad lesen.

Penalti

Kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh dikenakan denda RM 2000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan RM200.00 setiap hari kesalahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Majlis Perbandaran Selayang, sila lawati www.mps.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *