Permohonan Lesen Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Bagi Negeri Selangor.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Memulakan Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Di Selangor

Permohonan lesen perniagaan restoran

Lesen perniagaan merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap pengusaha yang ingin menjalankan perniagaan secara sah di Malaysia. Di setiap negeri, terdapat perbezaan dari segi cara permohonan dan syarat-syarat yang dikenakan terutama sekali dalam industri pemakanan kerana ini adalah sektor kritikal yang boleh membahayakan kesihatan orang awam dan boleh membawa penyakit.

Perlesenan bagi perniagaan restoran / kedai makanan adalah penting bagi memastikan pengusaha yang diberikan lesen tersebut mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan agar pengusaha beroperasi dengan menjaga kebersihan premis, menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan akhirnya menjami kesihatan pengguna awam yang membeli produk keluaran pengusaha tersebut.

Sering kita dengar di berita dan di akhbar  tajuk-tajuk seperti berikut:

‘Seluar Dalam’ Rahsia Cendol Buatan Bangla 

‘Kilang Tauhu Jijik Kene Serbu’

‘Kilang Bihun Jijik Di Batu Caves’

“kilang Roti Uli Tepung Guna Kaki Di Arah Tutup’

Dan macam-macam lagi…

Kebanyakan kes-kes yang dinyatakan seperti di atas beroperasi samada tiada lesen atau lesen telah lama tamat tempoh apabila diserbu pihak berkuasa. Inilah yang terjadi apabila perniagaan makanan beroperasi tanpa lesen menyebabkan pihak penguasa tidak dapat memantau kegiatan kotor mereka.

Sebenarnya permohonan lesen perniagaan restoran / kedai makan tidak susah dan sangat mudah. Tempoh yang diambil bagi kelulusan lesen adalah SERTA-MERTA!

Perundangan dan Akta

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan .  Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Lesen Serta-Merta

Permohonan lesen perniagaan  di negeri selangor telah naiktaraf dan melakukan penambahbaikan daripada proses yang dahulu ke proses yang digunapakai sekarang. Penambahan ini adalah bagi memudahkan lagi pengeluaran lesen dan menjadikan ia lebih efisyen dalam memproses permohonan lesen yang meningkat dari hari ke hari. Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk:

Masa

Prosedur Lama – 30 Hari

Prosedur Baru –  Kelulusan Serta Merta

Keperluan

Prosedur Lama – Memenuhi semua syarat teknikal sebelumkelulusan

Prosedur Baru – Memenuhi syarat dalam tempoh 2 (dua) bulan selepas pengeluaran lesen

Kelulusan

Prosedur Lama – Pemusatan Kuasa melalui keputusan mesyuarat / Datuk Bandar / YDP

Prosedur Baru – ‘Empowerment’ kepada pegawai yang diberikan kuasa

Pemeriksaan Premis

Prosedur Lama – Sebelum kelulusan

Prosedur Baru – Dalam masa 2 (dua) bulan setelah lesen dikeluarkan

Borang

Prosedur Lama – Borang perlu dibeli dan tiada keseragaman borang bagi semua PBT

Prosedur Baru – Borang adalah percuma dan boleh didapati di mana-mana PBT atau boleh dimuat turun di lama PBT. Borang juga adalah sama bagi semua PBT di Selangor.

 6 Kaedah Pengeluaran Lesen Perniagaan Serta-merta

Terdapat 6(enam) kaedah yang digunakan dalam pengeluaran lesen perniagaan serta-merta iaitu:

  1. Permohonan mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan
  2. Terpakai bagi kesemua 56** lesen perniagaan iklan seperti dalam senarai A dan B
  3. Premis mempunyai CF/CCC
  4. Pemantauan dibuat setelah mendapat lesen dan diberi tempoh dua bulan untuk memenuhi semua syarat
  5. Kompaun diberikan atau lesen dibatalkan jika gagal mematuhi syarat yang ditetapkan
  6. Pemilik sendiri yang menandatangani borang permohonan dan dokumen aku janji*

* Tidak dibenarkan menghantar wakil atau perkhidmatan ejen

**Sila rujuk PBT bagi lesen-lesen perniagaan lain yang boleh dipohon secara serta-merta.

Senarai Lesen Serta-merta Dengan Syarat Khusus Senarai B

Terdapat 7(tujuh) jenis perniagaan yang diklasifikasikan di dalam Senarai B yang memerlukan syarat khusus tambahan iaitu:

  1. kedai Aiskrim
  2. Kedai Kawalan Serangga(jual sahaja)
  3. Kedai Runcit / Pasar Mini
  4. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  5. Restoran / Kedai Makan
  6. Tadika / Taska
  7. Hotel Bajet / Rumah Tumpangan

Carta aliran Proses Pengeluaran Lesen Serta-merta

Berikut merupakan carta alir bagi proses permohonan lesen serta-merta yang digunapakai diseluruh PBT yang terdapat di Selangor.

carta alir permohonan lesen mdks
Carta Alir Permohonan Lesen Perniagaan Restoran MDKS – Sumber:Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Serta-Merta.pdf

Bagi kelulusan untuk lesen yang mempunyai syarat khusus seperti di senarai B, Tambahan pemeriksaan keatas borang akan dilakukan oleh penolong pegawai kesihatan persekitaran.

Oleh kerana lesen restoran termasuk di dalam Senarai B, maka tambahan proses diperlukan seperti di bawah ini.

Carta Alir Pemeriksaan Lesen Tambahan Senarai B
Carta Alir Pemeriksaan Lesen Tambahan Senarai B – Sumber:Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Serta-Merta.pdf

Syarat-Syarat Kelulusan Serta Merta

Umumnya terdapat 2(dua) syarat yang wajib dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan serta merta iaitu syarat-syarat Am dan Syarat Khas bagi lesen restoran/premis makanan.

Syarat-syarat Am kelulusan serta merta

1) Keselamatan

  • Menyediakan peti rawatan perubatan kecemasan yang lengkap dan sempurna.
  • Mengadakan Alat Pemadam Api yang sesuai dan mencukupi yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  • Pencahayaan dan pengudaraan hendaklah mencukupi di dalam premis.
  • Stor dan tangga serta pintu kecemasan hendaklah diselenggara dengan baik.
  • Di larang membuat sebarang kerja atau meletakkan barang-barang di atas kawasan awam seperti kakilima, lorong , jalan, siarkaki, longkang dan pintu keluar/masuk kecuali dengan kebenaran Majlis.

2) Kebersihan

  • Premis hendaklah mempunyai sistem bekalan air, elektrik dan pembentungan yang sempurna, berkeadaan baik dan selamat.
  • Mempamerkan papan tanda `Dilarang Merokok’ dan `Menjaga Kebersihan’.
  • Seluruh premis di kawasan dalam dan luar hendaklah sentiasa bersih, berkeadaan baik, bebas daripada serangga dan rodensia atau haiwan pemeliharaan dan kacauganggu.
  • Tandas dan bilik air hendaklah sentiasa baik dan bersih.
  • Saliran air kumbahan hendaklah disalirkan ke sistem pembentungan.

3) Pembuangan Sampah

  • Premis hendaklah mempunyai tong sampah bertudung yang sempurna dan mencukupi serta berkeadaan bersih dan baik.
  •  Penggunaan karung plastik adalah diwajibkan.

4) Lain-lain

  • Dilarang menjalankan aktiviti atau pekerjaan lain di premis tanpa lesen atau kebenaran Majlis.
  • Pada hari-hari Kebesaran Negeri dan Kebangsaan, bendera Negeri Selangor dan bendera Malaysia hendaklah dikibarkan.
  • Pemegang lesen digalakkan mempamerkan gambar-gambar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dan DYMM Sultan Selangor.

Syarat-syarat Khas kelulusan serta merta

1) Pengendali Makanan

  • Semua Pengendali Makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan Pegawai Perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
  • Semua pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Semua Pengendali Makanan diwajibkan memakai apron yang berwana cerah dan penutup kepala yang bersih.
  • Semua Pengendali Makanan dilarang :
    i. Berkuku panjang dan kotor
    ii Merokok semasa mengendali makanan.
    iii. Memakai selipar dan sandal
    iv. Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan . (Hendaklah menggunakan sarung tangan & peralatan yang sesuai)

2) Ruang Makan

  • Lantai ruang makan hendaklah pasang dengan jubin yang sempurna dan jubin dinding hendaklah sekurang-kurangnya 1.5.meter dari lantai.
  • Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yangmencukupi untuk kemudahan pelanggan.

3) Ruang Dapur

  • Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller – 0°C hingga 4°C dan Freezer – 0°C hingga 18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak diruang atas dan makanan mentah di ruang bawah peti sejuk).
  • Mengadakan cerobong asap dan/atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di ats lantai.
  • Mengadakan perangkap minyak atau lemak di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
  • Dinding dan lantai dapur, tempat penyediaan makanan hendaklah dipasang dengan jubin yang sempurna sehingga siling dapur.
  • Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit ) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan . Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan makanan di atas lantai.
  • Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.

4) Stor Penyimpanan

  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Di larang meletak makanan di atas lantai.

5) Lain-lain

  • Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari hurungan serangga seperti lalat dan lipas.
  • Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan ridensia serta haiwan peliharaan

Syarat yang disebutkan di atas adalah syarat khusus yang wajib dipatuhi bagi kelulusan lesen serta-merta. Namu begitu, terdapat lagi tambahan yang dipanggil syarat khas yang di reka oleh PBT bagi keperluan setempat. Syarat ini berlainan mengikut PBT namun perbezaannya tidak begitu ketara di antara satu sama lain. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarat khas, sila ikut pautan yang disediakan di bawah mengikut PBT Selangor.

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Selayang, MPS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Sepang, MPSpg

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Hulu Selangor, MDHS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Langat, MDKL

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Sabak Bernam, MDSB

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Selangor, MDKS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kelang, MPK

Borang Permohonan Lesen Serta-merta

Borang Permohonan lesen serta-merta boleh didapati secara percuma di kaunter pejabat PBT yang berkenaan. Sila pastikan dokumen sokongan dibawa bersama dan ikuti panduan mengisi borang permohonan lesen premis perniagaan kelulusan serta-merta.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Dayang
    November 14, 2016 at 4:02 AM

    Hai Admin,

    Saya nak tanya, bolehkah saya buat aduan berkaitan bau masakan yg sgt kuat sehingga menggagu staf di office saya?
    Jika boleh di jabatan mana sya perlu buat aduan?

    • Admin
      November 16, 2016 at 3:28 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan portal pengendali Makanan No-1 di Malaysia.

      Berkenaan dengan pertanyaan saudari, saudari boleh membuat aduan ke Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBSA/MBPJ etc, dimana lokasi pejabat saudari.

      Jabatan yang saudari boleh gunakan ialah Jabatan perlesenan dan penguatkuasaan.

      Kemungkinan terdapat beberapa spesifikasi yang ditetapkan kepada premis makanan yang tidak diapatuhi yang menyebabkan pencemaran bau seperti yang dialami di pejabat saudari.

      Saudari boleh juga menyalurkan aduan kepada pihak KPDNKK untuk menjalankan siasatan.

      Kami tidak pasti PBT mana yang saudari perlu buat laporan kerana lokasi tidak diberikan.

      Semoga dapat membantu dan sekian terima kasih!

  • Waki Yuan
    November 2, 2016 at 3:10 AM

    hi selamat pagi tuan,
    saya nak tanya jika saya nak buka centralised kitchen and restoran mengguna SSM yang same boleh tak?
    dan juga apa syarat syarat yg kena dipatuhi ?
    terima kasih

    • Admin
      November 16, 2016 at 3:32 AM

      Selamat pagi,

      Terima kasih kerana menggunakan portal pengendali makanan no 1 Malaysia.

      Bagi pertanyaan anda, tidak ada masalah sekiranya hendak memohon dengan SSM yang sama, tetapi permit yang dikeluarkan oleh Majlis adalah berlainan.

      Permit bagi Dapur Berpusat dengan Restoran adalah berlainan dan tidak boeh diguna bersama.

      Untuk lebih lanjut, sila hubungi bahagian perlesenan Majlis di mana lokasi premis anda bagi mendapatkan syarat-syarat dan peraturan yang lebih terperinci kerana terdapat sedikit perbezaan dari satu PBT dengan PBT yang lain.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

  • Khan
    October 18, 2016 at 7:26 AM

    Salam tuan, saya akan buka kopitiam di area Kuala Lumpur pada hujung tahun ni dan saya berperanan sebagai manager. Adakah saya perlu menghadiri kursus pengendalian makanan dan suntikan typhoid juga? Walaupun saya tak mengendalikan makanan secara langsung? Thank you.

    • Admin
      October 18, 2016 at 4:29 PM

      Salam Sejahtera Tuan,

      Terima kasih kerana berkunjung ke laman web Kursus pengendalian Makanan Malaysia, Laman Rujukan Pengendali Makanan.

      Tahniah tuan di atas pembukaan Restoran tuan yang akan datang.

      Untuk pertanyaan Tuan, ya anda dinasihatkan menghadiri kursus dan mengambil suntikan typhoid atas sebab berikut:

      1) Kursus memberi pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan. Sebagai pengurus restoran, perkara ini wajib bagi memantau kebersihan restoran dan cara pengendalian makanan staf di restoran berdasarkan piawaian KKM

      2) Suntikan Typhoid meningkatkan daya tahan tubuh. Selain itu, pada keadaan luar jangka seperti kekurangan pekerja, Tuan sebagai pengurus terpaksa turun tangan juga membantu melancarkan operasi restoran termasuk menghidang makanan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, tuan juga adalah Pengendali Makanan.

      Semoga dapat memberi pencerahan.

      • Khan
        October 20, 2016 at 7:41 PM

        Terima kasih atas penjelasan dari pihak tuan.

        • Admin
          October 21, 2016 at 9:18 AM

          Sama-Sama Tuan 🙂

  • sue
    October 14, 2016 at 6:23 PM

    Assalamualaikum

    saya nak tanya…untuk memohon lesen kedai makan atay restoran…pertama kita mmg kena ada ssm…yg sijil kursus pengendali makanan dan suntilkan typhod tur mula2 nk apply nk submit nama pemohon yg ada dlm ssm atau semua pekerja mesti submit sekali….

    • Admin
      October 18, 2016 at 4:37 PM

      Salam Sejahtera Saudari,

      Terima kasih kerana berkunjung ke laman web Kursus pengendalian Makanan Malaysia, Laman Rujukan Pengendali Makanan.

      Sijil Pengendali Makanan dan Suntikan Typhoid perlu dapatkan bagi nama yang di dalam SSM sahaja dahulu. Sekiranya sudah ada pekerja, adalah lebih baik untuk dapatkan suntikan typhoid dan Kursus Pengendali MAkanan untuk mereka juga.

      Semoga mendapat pencerahan

  • Pn Anis
    September 22, 2016 at 3:58 PM

    Saya diberitahu bahawa saya perlu mendapatkn surat kebenaran untuk pengubahsuaian premis terlebih dahulu untuk membolehkan saya mendapat lesen. Adakah ia benar?

    • Admin
      October 6, 2016 at 8:52 AM

      Assalamualaikum Pn Anis,

      Terima kasih diatas pertanyaan Puan.

      Sekiranya informasi yang diperolehi adalah dari sumber yang betul iaitu PBT yang puan berurusan( cth: MBSA, DBKL..), maka itulah prosedurnya.

      Ini adalah kerana setiap PBT ada sedikit kelainan dan ia tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan yang terdapat sedikit perbezaan dari Akta Makanan 2009.

      sekian Terima Kasih.

  • Pn Siti
    September 22, 2016 at 3:50 PM

    Saya ingin membuka sebuah bakery cafe bersama partner saya, seorang tempatan dan seorang lagi foreigner. Soalan saya,
    1) Adakah ketiga-tiga director syarikat perlu menghadiri kursus pengendalian makanan n suntikan typhoid?.
    2) Perlukah saya mendapatkan permohonan untuk pengubah premis terlebih dahulu sebelum memohon lesen?

    • Admin
      October 6, 2016 at 8:56 AM

      Assalamualaikum Pn Siti,

      Terima kasih diatas pertanyaan Puan.

      1) Tidak. Hanya pengarah yang terlibat secara langung menguruskan operasi sahaja yang perlu atau yang berurusan dengan PBT dalam permohonan lesen.Namun begitu ia tertakluk kepada permintaan PBT juga, sekiranya mereka memerlukan kesemua pengarah menghadiri kursus, maka perlulah ikut.

      2) Sekiranya informasi yang diperolehi adalah dari sumber yang betul iaitu PBT yang puan berurusan( cth: MBSA, DBKL..), maka itulah prosedurnya. Ini adalah kerana setiap PBT ada sedikit kelainan dan ia tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan yang terdapat sedikit perbezaan dari Akta Makanan 2009.

      sekian Terima Kasih.

  • maryam razali
    September 16, 2016 at 12:44 PM

    Admin blh sy tahu, lesen perniagaan restoran dgn lesen perniagaan catering samakah?

    Perlu jg kah lesen logo halal untuk bukak restoran/kedai mkn/catering?

    • Admin
      October 6, 2016 at 9:05 AM

      Salam sejahtera Puan Maryam,

      Terima kasih diatas pertanyaan Puan.

      Lesen restoran dan katering adalah berlainan. namun prosedurnya hampir sama.

      Pengiktirafan Halal adalah atas kehendak syarikat. Tidak diwajibkan untuk mendapat pengiktirafan Halal.

      Namun sekiranya tidak mendapat pengiktirafan Halal, adalah menjadi satu kesalahan untuk pengusaha makanan mendakwa makanan mereka ditanggung Halal.

      sekian terima kasih

  • Muhammmad
    September 15, 2016 at 8:49 AM

    Hai , Saya ingin bertanya jika ada perniaga yang menghalang laluan siarkaki seperti di track pejalan kaki program river of life adakah mereka layak atau tidak memohon lesen perniagaan ? Sbb ada perniagaan dilakukan dikawasan rumah saya lebihan pula perniaga berniaga sehingga jam 1-2 pagi . Dia menjalankan perniagaan menjual air dan menghalang laluan disitu , Boleh saya tau apa tindakan yang boleh saya ambil ?

    • Admin
      October 6, 2016 at 9:12 AM

      Salam Sejahtera Tuan Muhammad,

      Berniaga di laluan yang menyebabkan gangguan kepada laluan orang awam adalah merupakan kesalahan.

      Tindakan yang boleh tuan ambil adalah buat aduan kepada PBT di kawasan tuan (cth: MBSA,DBKL,MPS..) di bahagian perlesenan & penguatkuasaan.

      Tindakan akan diambil oleh mereka.

      sekian terima kasih.

  • Min
    September 14, 2016 at 8:24 AM

    As salam
    Saya ingin memulakan perniagaan makanan. Cadangan tempat sudah ada tetapi belum confirm. Adakah syarat lesen memerlukan alamat tempat berniaga? Bagaimana kalau saya belum ada alamat berniaga? Mohon bantu. Terima kasih.

    • Admin
      October 6, 2016 at 9:17 AM

      Salam Sejahtera Cik Min,

      Sekiranya ingin memohon Lesen premis perniagaan mestilah mempunyai premis dan alamatnya.

      Sekian Terima kasih

  • johanori bin ramlan
    August 12, 2016 at 1:22 AM

    As salam

    Saya ingin bertanya, bolehkah sy membuka kedai/warung makanan di dalam kawasan rumah saya (taman perumahan) dalam jangka masa setahun dua sementara mendapatkan kedai yg lebih sesuai. Utk makluman, rumah saya jenis corner lot ‘L’ dan berkedudukan di hadapan masuk taman. Kedai/warung di dalam kawasan tanah rumah. Jika tidak bagaimana permohonan rayuan boleh dibuat?

  • WONG XIAN YEE
    August 5, 2016 at 9:59 AM

    SELAMAT PETANG ,BOLEH SAYA TNYE KALAU NAK MENIAGA CAT CAFE PERLU BORANG APA?
    DAN MENDAPATKAN LESEN MENIAGA KUCING BERSAMA MAKANAN ?

  • Cilla
    August 1, 2016 at 12:28 AM

    Salam,sy nak memohon lesen perniagaan restoran Dan telah punya kedai tp belum ada sijil pengurusan makanan Dan belum dapatkan suntikan typhoid..? Adakah sy perlu dapatkan semua itu sebelum buat permohonan lesen?

    • Admin
      August 1, 2016 at 8:01 AM

      Waalaikumsalam & Salam sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web ini.

      Untuk mendapatkan lesen perniagaan, anda perlu menyediakan dokumen tersebut:

      1) Lesen SSM( Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
      2) Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan ( Sijil Kursus diberi setelah tamat kursus )
      Semak dimana untuk hadiri kursus di sini
      3) Mendapatkan Suntikan Typhoid ( Surat pengesahan suntikan daripada doktor diperlukan )
      Semak dimana untuk mendapatkan suntikan typhoid di sini

      Adalah dinasihatkan anda melengkapkan dokumen tersebut sebelum memohon lesen bagi mengelakkan anda berulang-alik berkali-kali ke Majlis perbandaran.

      Semoga menjawap persoalan.

  • sam
    July 21, 2016 at 7:04 AM

    saya sudah ada sijil pengendalian makanan dan pernah ade typhod, saya ingin membuka satu kedai makan saya sudah mempunyai ssm, apakah yang saya perlu buat.

    • Admin
      August 1, 2016 at 8:03 AM

      Salam sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web ini.

      Untuk mendapatkan lesen perniagaan, anda perlu menyediakan dokumen tersebut:

      1) Lesen SSM( Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
      2) Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan ( Sijil Kursus diberi setelah tamat kursus )
      Semak dimana untuk hadiri kursus di sini
      3) Mendapatkan Suntikan Typhoid ( Surat pengesahan suntikan daripada doktor diperlukan )
      Semak dimana untuk mendapatkan suntikan typhoid di sini

      Sekiranya Sudah ada kesemuanya, sila dapatkan borang permohonan di kaunter Perlesenan di Majlis Perbandaran berdekatan anda.

      Sekian terima kasih

  • Mohana
    July 4, 2016 at 7:08 AM

    Hai,
    Nak Tanya sikit, kalau ada kantin yang beroperasi di dalam kilang, siapa yang perlu ambil lessen atau permit? Pengusaha kantin ke atau kilang yang menyediakan tempat tersebut?

    • Admin
      July 17, 2016 at 3:26 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman wen ini.

      Lesen dan permit perlu dipohon oleh pengusaha kantin tersebut. sekiranya ada mendaftar perniagaan di SSM, penama dalam SSM lah yang perlu memohon lesen dan permit.

      Namun begitu, bergantung kepada pengurusan kantin tempat Tuan/Puan operasi. Sekiranya terdapat dalam perjanjian bahawa pengusaha kantin perlu memohon permit sendiri, maka Tuan/puan perlulah mendaftar sendiri. Sekiranya ada nyatakan sebaliknya. makan pihak pengurusan Kilang tersebut yang akan menguruskan lesen dan permit kantin tersebut.

      Perlu diketahui juga, kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Typhoid wajib bagi semua pekerja di dalam restoran tersebut di bawah Akta Kebersihan Makanan 1983.

      Semoga dapat membantu : )

  • Ayeeshah
    May 24, 2016 at 6:26 AM

    Assalam.

    Tuan, saya ingin membuka Cat cafe. Didalam cafe tersebut ada perkhidmatan makanan dan minuman serta kucing sekali. Adakah syarat2 yg perlu saya patuhi untuk membuka cafe berkonsep seperti berikut?

    • Admin
      May 25, 2016 at 2:24 PM

      Terima kasih kerana membaca artikel yang kami siarkan. Soalan yang bagus dari saudari. Pertanyaan dari Saudari telah kami ajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, kammi akan maklumkan disini sekiranya penjelasan dari mereka kami perolehi.

      • alifah
        November 10, 2016 at 8:08 AM

        boleh maklumkan pada sy sama x

  • AZDA
    May 5, 2016 at 6:32 AM

    assalamulaikum,
    saya nak bertanya macam mna sekiranya sy nak dapatkan lessen perniagaan pad bulan Ramadhan sahaja?
    bagaimana caranya ya??

  • Ms.Anne
    April 19, 2016 at 1:27 PM

    Hello Admin,

    Saya nak buka bookcafe. Saya bercadang untuk membuat menu sarapan pagi, tengahari, petang dan malam ala masakan barat dengan hanya mengunakan oven dan micromave. Selain itu, saya juga bercadang untuk menjual cake,cookies, smooties and minuman sejuk/panas kepda pelanggan.

    Boleh saya dapat nasihat jika saya perlu membuat cerombong asap? Dan adakah perlu untuk saya memasang jubin di area dapur memndangkan saya tidak memasak menggunakan stove.

    Terimakasih.

    Ms.Anne.

  • aina
    April 11, 2016 at 8:21 PM

    salam,
    saya Ade brrcadang nk bukak kedai makan,tapi tepi Jalan je lebih kurang kedai burger.Dan area selangor yg ramai org,tapi sy buntu langkah2 pertama untuk start meniaga,ape yg sy patut buat,mule2 kene mnx lesen kat mane ye,kalau buat lesen berapa kos yg dikenakan?kursus Dan suntikan pon Ade byrn jugak ke?

  • mohd zuhairi
    March 23, 2016 at 1:18 AM

    sya baru nak buka restoran ….boleh ke saya memohon untuk jualan runcit sekali dalam satu premis..mohon pencerahan

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:06 AM

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      Untuk pertanyaan berkenaan permit dan perlesenan PBT, adalah lebih baik anda rujuk kepada PBT daerah anda kerana lain PBT, lain pula caranya.

      Anda di daerah mana?

  • Anne
    March 20, 2016 at 4:55 PM

    Hi, bagaimana kalau saya nak buka cafe di tingkat satu. Hanya menjual kopi dan kek saja. Saya diberitahu bahawa kalau cafe di tingkat satu, perlu memasangkan tangga exit keselamatan. Tapi setahu saya, ada banyak cafe dan restoran yang berada di tingkat atas takde tangga juga. Adakah prosedur untuk tingkat atas sama dengan bawah? Kalau tak jual makanan lain, hanya kek saja pun kena ada cerobong asap?
    Thank u

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:10 AM

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      Untuk pertanyaan berkenaan spesifikasi dan syarat-syarat prenis, adalah lebih baik anda rujuk kepada PBT daerah anda kerana lain PBT, lain pula caranya.

      Pada pandangan kami, tiada keperluan untuk tangga exit keselamatan kerana setiap bagunan memang sudah ada tangga kecemasan ini.

      Cerobong asap tidak perlu sekiranya tidak memasak.

  • wani
    March 18, 2016 at 4:43 AM

    Salam..kalau saya nak buka kedai jeruk..perlu ke saya ikut kursus pengendalian makanan?n amek suntikan?trima kaseh..

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:12 AM

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      Pekerja di kedai jeruk adalah merupakan pengendali makanan kerana mereka mengendalikan jeruk (makanan ). Oleh itu diwajibkan untuk mengikuti kursus ini dan mendapatkan suntikan typhoid.

      Terimak kasih 🙂

  • Lin
    March 18, 2016 at 3:31 AM

    Salam sejahtera,
    Saya ingin bertanya, berapa lamakah tempoh sah lesen perniagaan ini jika saya memohon?
    Saya sebenarnya ingin mulakan perniagaan makanan tapi saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Adakah patut mendapatkan lesen dulu, atau dapatkan lot kedai dulu, atau perlu mencari pembekal2 barang yang available dulu?
    Saya risau jika dapat lot kedai dulu tapi tidak dapat lesen. Saya juga risau jika dapat lesen dulu tapi tak dapat lot kedai. Apakah pendapat atau cadangan Admin untuk saya?
    Terima kasih.

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:16 AM

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      Tempoh bagi lesen premis adalah 1 Tahun sahaja.

      Anda tidak akan dapat lesen permit perniagaan dari Majlis sekiranya anda belum punya premis.

      Nasihat kami, daftar dahulu lesen perniagaan di suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Berniaga dahulu dari rumah sehingga terkumpul modal, baru anda teruskan mencari premis untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

      Walaubagaimanapun anda tetap wajib menghadiri kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan typhoid sebelum mengendalikan makanan 🙂

      • Ms Sham
        January 9, 2017 at 1:47 PM

        Salam sejahtera, jikalau saya dah berniaga untuk setahun dan ingin menamatkan business kafe saya. Adakah saya perlu menghubungi pihak mps selayang?

        • Admin
          January 19, 2017 at 3:10 AM

          Salam Sejahtera!

          Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

          Lesen perniagaan Tuan akan tamat dengan sendirinya sekiranya tidak diperbaharui.

          Tuan boleh memaklumkan kepada pihak MPS agar mereka mengemaskini data mereka.

          Semoga mendapat pencerahan.

          Sekian terima kasih,

          Rex Fahri

      • jack
        November 9, 2017 at 3:07 PM

        hi selamat sejatera, tapi saya pun berlaku kes yg same, kalau bermulA kat rumah, tapi sudah berdaftar ssm , tapi kita berniaga buat makNan kat rumah nanti kena saman tak? sebab blm ada permis dan lesen perniaga .?

        • Admin
          December 8, 2017 at 7:43 AM

          Salam Sejahtera Mr. Jack,

          Belum pernah lagi ada kes saman kerana membuat makanan di rumah. Ini adalah kerana pemperosesan makanan dari rumah tiada dalam akta kebersihan makanan 1985.

          Setahu kami juga, ada sesetengah gerai makan di RnR, pihak pengurusan tidak membenarkan masak di premis. Mesti masak dari rumah dahulu dan hanya menyediakan makan siap masak di premis.

          Mungkin ia tidak lagi diamalkan kerana sepanjang pemerhatian kami, di RnR mereka masak di premis. Ini bagi memastikan kualiti makanan mereka terjamin kerana sekiranya masak dirumah, tahap kebersihan rumah siapa yang tahu? dengan kucing dll. 🙂

          Semoga mendapat pencerahan.

          Sekian terima kasih,

          Rex Fahri
          Super Admin
          Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Yanti
    March 14, 2016 at 9:14 AM

    Assalammualaikum Tuan/Puan,

    Saya ingin bertanya kepada pihak admin MBPJ sekiranya saya ingin membuka gerai burger di depan 7eleven,apa yang perlu saya buat untuk mendapatkan lesen?perlukah saya daftar SSM,suntikan typhoid Dan kursus dahulu atau boleh apply on9 sahaja?

    Sekian Terima kasih,

    YANTI

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:20 AM

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      Tahniah kerana anda sudah memulakan perniagaan anda.

      Seharusnya sebelum mula berniaga, pastikan anda hadi kursus asas pengendali makanan dan dapatkan suntikan typhoid dahulu.

      Ye, memandangkan anda berniaga, wajib anda daftarkan perniagaan anda di SSM.

      Setelah itu barulah anda mohon permit di MBPJ. 🙂

      Terima kasih Yanti

  • hairul izuan
    January 8, 2016 at 2:35 PM

    Assalamualaikum Dan salam sejahtera..
    Tuan saya ingin meniaga tetapi tiada tempat. boleh ke Tuan bantu saya untuk dapatkan kedai makan atau kiosk. saya baru sahaja buat SSM siang tadi harap Tuan boleh Bantu. saya tinggal di taman bukit kinrara puchong. ni no. telefon saya 0133453796. terima kasih Tuan.

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:23 AM

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      Adalah dinasihatkan kepada anda untuk terus ke MPSJ dan buat pertanyaan di sana. Mereka komited untuk membantu individu seperti anda. Pastikan anda lengkapkan dokumentasi yang diminta.

  • Nuruk
    December 15, 2015 at 6:01 AM

    Jadi,jika saya sudah mendaftar SSM,apa langkah seterusnya? Adakah saya harus mengikuti kursus penyediaan makanan dan injection thyphoid dulu,baru saya pergi ke majlis? Camtu? Maaf ye..baru

    • Admin
      December 16, 2015 at 9:43 AM

      Salam Sejahtera Cik Nurul,

      Ye betul. Sekiranya Cik ingin mendapatkan lesen perniagaan bagi restoran, sila sediakan salinan SSM, Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan, Salinan Suntikan Typhoid.

      Jangan lupa juga untuk menghantar pekerja-pekerja Cik Nurul untuk Kursus Pengendali Makanan dan Suntikan Typhoid.

      Terima Kasih 🙂

Add a comment