Di Malaysia, individu yang bekerja di industri makanan dan minuman seperti restoran, kafe, kantin sekolah, tadika dan sebagainya mesti melengkapkan 3 perkara ini – hadir Kursus Pengendali Makanan, Dapatkan suntikan typhoid dan jalani saringan kesihatan.
Sekiranya bukan warganegara, FOMEMA dan permit yang sah sebagai tambahan.
Topik
Sejarah Vaksin Anti-Typhoid
Di sekitar kurun ke 430-424 sebelum Masihi, terjadi satu malapetaka yang dipercayai demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu per tiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles.
Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya.
Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini.
Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat.
Setelah penemuan tersebut dan kemajuan penyelidikan serta peningkatan kebersihan, kebanyakan negara-negara maju telah mendapati penurunan demam kepialu pada sepanjang separuh pertama abad ke-20.
Demam Kepialu (Tifoid)
Demam Tifoid atau di Malaysia lebih dikenali sebagai demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin/air kencing dan najis pesakit dan juga najis pembawa.
Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid.
Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Cara-cara Demam Kepialu Merebak
Demam kepialu boleh merebak melalui cara-cara berikut:
🔸 Makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
🔸 Makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
🔸 Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
🔸 Menggunakan bekalan air tidak bersih
Tanda-Tanda Dan Gejala
Sekiranya dijangkiti demam kepialu, gejala berikut akan terjadi:
🔸 Demam panas berpanjangan
🔸 Sembelit
🔸 Sakit kepala
🔸 Cirit birit
🔸 Sakit perut
🔸 Sakit badan / lemah / letih lesu
🔸 Kurang selera makan
🔸 Mata layu dan cengkung
🔸 Tidak sedarkan diri dan meracau
🔸 Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
Apa Itu Vaksin Anti-Typhoid
Vaksin Anti-Typhoid merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu. Vaksin akan diberikan kepada pesakit yang telah dikenalpasti menghidap demam kepialu dan juga kepada individu pembawa bakteria ini.
Oleh kerana mustahil untuk mengenalpasti pembawa bakteria ini, di Malaysia kerajaan mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.
Jenis-jenis vaksin anti-typhoid
Terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai di seluruh dunia iaitu vaksin yang tidak aktif (dibunuh) yang diberikan melalui suntikan dan vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan secara oral (melalui mulut). Sumber: medlineplus.gov
Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular dan mudah didapati berbanding pil di Malaysia.
Vaksin Typhoid Jenis Pil
🔸 Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.
🔸 Vaksin perlu di ambil semula setiap 5 tahun
Vaksin Typhoid Jenis suntikan
🔸 Vaksin disuntik di bahu atau paha.
🔸 Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.
Individu Yang Tidak Digalakkan Mengambil Vaksin Typhoid
Berikut merupakan individu-induvidu yang tidak digalakkan mengambil vaksin typhoid. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah terlebih dahulu.
Vaksin Typhoid Jenis Pil
🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 6 tahun.
🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.
🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.
🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit yang melibatkan muntah atau cirit-birit.
🔸 Individu yang sistem imunisasinya sudah lemah tidak dan boleh mendapatkan vaksin ini. Mesti beralih kepada cara suntikan. Ini termasuk sesiapa sahaja yang:
◼️ menghidap HIV / AIDS atau penyakit lain yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh,
◼️ sedang dirawat dengan ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, seperti steroid selama 2 minggu atau lebih,
◼️ mempunyai jenis kanser, atau menjalani rawatan barah dengan sinaran atau ubat.
🔸 Vaksin oral tidak boleh diberikan sekurang-kurangnya 3 hari setelah mengambil antibiotik tertentu.
Vaksin Typhoid Jenis Suntikan
🔸 Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.
🔸 Individu yang mempunyai reaksi yang teruk terhadap dos vaksin sebelumnya tidak boleh mendapat dos yang lain.
🔸 Individu yang mempunyai alergi/alahan teruk terhadap vaksin. Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami alahan teruk.
🔸 Individu yang sedang demam sederhana atau teruk pada masa vaksin dijadualkan. kebiasannya tunggu sehingga pulih sebelum mendapatkan vaksin.
Suntikan Pengendali Makanan
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid atau pil typhoid pengendali makanan bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:
31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah— (a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan; (b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan (c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.
(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Di Mana Suntikan Typhoid Boleh Didapati?
Suntikan typhoid hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.
Oleh yang demikian, pengendali makanan hendaklah memastikan penyedia suntikan vaksin typhoid adalah samada dari Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta dan Klinik Swasta yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Suntikan Typhoid di Hospital Kerajaan
Hasil pemerhatian dan survey yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa Hospital kerajaan tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini .
Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan
Kami juga mendapati klinik kerajaan seperti Klinik Kesihatan di pekan dan bandar , Klinik 1Malaysia tidak lagi menawarkan perkhidmatan suntikan ini.
Namun begitu, Klinik yang beroperasi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Local Council kebanyakannya ada menyediakan perkhidmatan ini.
Perbezaan adalah dari segi harga.
Antara klinik PBT yang dikenalpasti menyediakan perkhidmatan ini boleh di dapati di direktori Suntikan Typhoid.
Suntikan Typhoid di Hospital dan Klinik Swasta
Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan bermusim yang hanya akan tinggi di bulan ramadan kerana bazar ramadan dan keengganan pengurusan klinik menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat.
Kebanyakan dari klinik swasta menyediakan jenis suntikan, hanya segelintir sahaja yang menyediakan jenis Oral (pil) tetapi kebiasaanya mereka hanya mempunyai stok yang amat terhad bagi pil.
Dapatkan Suntikan Typhoid Berdekatan Anda
- {{ listingType.name }}
- prev
- next
Harga Suntikan Typhoid
Di Malaysia, harga suntikan typhoid adalah sangat berbeza mengikut penyedia perkhidmatan tersebut.
Hospital dan klinik kerajaan tidak lagi menyediakan perkhidmatan ini yang juga bermaksud tiada lagi subsidi untuk suntikan typhoid.
Klinik kesihatan yang di bawah PBT sebelum tahun 2014 menyediakan perkhidmatan ini dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik iaitu serendah RM24 (Klinik Kesihatan DBKL) sehingga maksima RM50 paling mahal.
Tetapi selepas 2018, harga suntikan di klink ini tidak lagi murah berbanding klinik swasta.
Klinik Kesihatan DBKL yang dahulunya harga RM24, kini menawarkan pada harga RM50 bagi warganegara. – Sumber: DBKL
Harga Suntikan Typhoid Johor Bahru
Klinik kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bermula 2019 menawarkan suntikan typhoid dengan bayaran RM70 (Warganegara) dan RM80 (Bukan Warganegara)
Keperluan dan persiapan mendapatkan Suntikan typhoid bagi pengendali makanan
Bagi pengendali makanan, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport.
Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan Typhoid pada tarikh tersebut.
Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.
Terdapat juga klinik yang menggunakan buku suntikan.
Dengarkan Versi Audio Suntikan Typhoid
Soalan Lazim
Tidak digalakkan. Walaupun tiada data yang mengatakan suntikan typhoid merbahaya kepada kandungan.
Sila maklumkan kepada doktor yang anda sedang hamil/mengandung sebelum mendapatkan suntikan.
Sila dapatkan surat pengesahan bertulis daripada doktor yang mengesahkan status tersebut.
Simpan bersama anda dan sekiranya diminta oleh pihak berwajib, tunjukkan surat tersebut.
Hubungi klinik yang memberikan anda suntikan typhoid dan mohon untuk mencetak semula dokumen tersebut.
Cas mungkin akan dikenakan dan tertakluk sepenuhnya kepada klinik tersebut.
Sehingga kini, belum ada kajian atau laporan berkenaan kesan sampingan yang negatif akibat dari pengambilan vaksin typhoid lebih dari 1 kali dalam setahun.
Namun begitu, sekiranya perlu mengambil lebih dari satu kali disebabkan oleh masalah seperti surat hilang, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Aqila
July 1, 2017 at 12:40 AMAssalamualaikum .
1. Kalau saya didapati demam, bolehkah saya mengambil suntikan ini?
2. Boleh tak kalau saya mengambil suntikan typhoid di tempat lain tapi bekerja part time di tempat lain akibat kesuntukan masa?
Cth: Sy berada di kl dan mengambil suntikan di dbkl tp saya akan bekerja part time di melaka. Ini kerana kl menggunakan kad spt ic manakala melaka menggunakan buku.
Harap saya dpt penjelasan lanjut. Tq
Admin
July 1, 2017 at 3:19 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
1) Ye menurut rujukan yang telah kami lakukan, pengambilan suntikan sewaktu demam tidak memberi kesan sampingan melainkan demam panas. Walaubagaimanapun, sebelum suntikan diberi, doktor sendiri akan membuat keputusan samada boleh disuntik ataupun tidak.
2) Selagi surat/kad/buku pengesahan ada bersama anda, anda boleh bekerja di mana-mana tempat yang memerlukan anda mempunyai suntikan typhoid.
sebagai tambahan, suntikan typhoid dan sijil kursus pengendalian makanan yang diperolehi boleh digunakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan sarawak. Suntikan typhoid perlu diambil semula selepas 3 tahun manakala kursus pengendalian makanan sah selamanya.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
fathin
June 16, 2017 at 8:39 AMAssalamualaikum. Tumpng tnya. Sy student dan mmpunyai sakit kanser Dan pernah operate pd buln 3 thun 2017. Dan skrang sy prlu mngambil ubt utk skit sy. Tpi sy ingin bkrjq partime di McDonald utk cuti raya ni. Soalan sy.
1) boleh ke sy buat suntikan tipoid dlm keadaan sy yg sakit?
2) Apa kesan kpd bdan sy skiranya mngambil suntikn ini?
Admin
June 30, 2017 at 1:42 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Sutikan typhod merupakan perkara yang wajib ada pada seorang pengendali makanan.
Pertanyaan anda ini sebaiknya diajukan kepada pihak yang lebih tahu seperti doktor.
Sila dapatkan khidmat nasihat pakar kedoktoran untuk penjelasan yang lebih tepat.
Semoga dipermudahkan urusan anda.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
aleen
March 20, 2019 at 1:15 AMsaya nak tanya , kalau kata surat cucuk typhoid tu hilang , macam mana ye ? nak kena cucuk lain atau pegi ke klinik semula untuk dapatkan salinan yang lain ?
Admin
March 22, 2019 at 2:49 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Sekiranya anda masih ingat klinik dimana suntikan dahulu dibuat, sila pergi ke klinik tersebut semula dan mohon mereka mengeluarkan kad baru.
Cas pengeluaran kad baru mungkin akan dikenakan bergantung klinik tersebut.
Sekiranya lupa dimana suntikan dibuat, anda tiada cara lain melainkan dapatkan semula suntikan tersebut.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
syazwani samat
May 11, 2017 at 9:14 PMbagaimana dengan ibu yg menyusukan anak?
adakah selamat utk mendapatkan suntikan typhin?
tiada kesan terhadap penyusuan seperti kekeringan air susu atau terhadap anak yg menyusu?
Admin
May 30, 2017 at 6:29 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Walaupun suntikan typhoid tidak digalakkan pada ibu mengandung, namun ia tidak memberi kesan apa-apa kepada ibu yang menyusukan anak.
Ibu yang menyusukan anak tiada halangan untuk mendapatkan suntikan ini.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
suhaidah sahit
May 10, 2017 at 11:05 AMSalam..
1) kalau pengendali makanan alergi terhadap vaksin adakah kena berhenti kerja ataupun boleh dapatkan surat sokongan dari klinik swasta.
2)adakah vaksin yg bersumberkan tumbuhan semulajadi 100%
Admin
May 30, 2017 at 6:36 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
1) Ada beribu jenis vaksin. Adakah anda menghidapi alahan terhadap Vaksin Typhoid ini? sekiranya ya, sila dapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah. Anda tidak perlu berhenti kerja, mungkin majikan boleh meletakkan anda di posisi yang kurang risiko pencemaran silang seperti Juruwang.
2) Vaksin typhoid yang ada di pasaran sekarang bukan dari sumber tumbuhan.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
nor afishah binti abdul aziz
April 11, 2017 at 11:12 AMSaya pergi ke klinik kerajaan kat cheras kalau kad typoid hilang boleh ke keluar kan yg baru tahun lepas saya baru saja di suntik.saya nak suntik lagi x boleh sbb saya mengandung boleh saya minta penjelasan ini
Admin
April 13, 2017 at 5:28 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.
BErkenaan persoalan anda, iya sebaiknya Puan tidak perlu lagi disuntik malah tidak boleh disuntik kerana sedang mengandung.
Sila hubungi pihak Klinik tersebut dan minta mereka keluarkan kad pengesahan semula. Bayaran mungkin dikenakan kerana mereka perlu buat carian semula data Puan.
Semoga dapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakanan.com
Faizal
May 22, 2017 at 3:53 PMApakah kesan sampingan jika isteri saya sedang hamil mengambil suntikan tifoid ini??mohon pencerahan
Admin
May 30, 2017 at 6:27 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk pengetahuan Tuan, Doktor tidak akan menggalakkan perempuan yang mengandung mendapatkan suntikan ini kerana mungkin menyebabkan komplikasi terhadap kandungan.
Walaupun belum terdapat bukti yang mengatakan suntikan ini penyebab keguguran, tetapi telah terdapat bukti bagi penggunaan vaksin yang lain bahawa ia memang memberi mudarat kepada kandungan.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Shukor
April 5, 2017 at 9:06 AMAssalam..
Tuan untuk pekerja asing .selain suntikan taifoid APA lg yg wajib dilakukan Dr segi pemeriksaan kesihatan Dan tempoh vaksin?
Admin
April 13, 2017 at 5:32 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.
Untuk pekerja asing, pastikan dokumen berikut dipatuhi:
1) Permit kerja ( Bidang Kuasa Imigresen )
2) Sijil Kursus Pengendalian Makanan 1 kali seumur hidup ( Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia )
3) Suntikan Typhoid setiap 3 tahun ( Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia )
4) Pemeriksaan Kesihatan ( Optional, tergantung Masjlis Daerah )
Tempoh vaksin typhoid secara amnya adalah 3 tahun.
Semoga dapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakanan.com
Naz
March 23, 2017 at 5:44 AMSaya membuat dan mrnjual kuih dari rumah. Part time. Adakah perlu jugak mengambil suntikan ini? Tk
Admin
April 13, 2017 at 5:37 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.
Secara umumnya Akta Kebersihan Makanan telah menyatakan Pengendali Makanan Wajib mendapatkan suntikan Typhoid 3 tahun sekali dan menghadiri kursus Pengendalian Makanan.
Namun begitu, Pegawai kesihatan dan Pegawai Majlis daerah tidak mungkin menyerbu ke rumah anda untuk menyemak dokumen berkenaan. 🙂
Akan tetapi sekiranya anda ingin melindungi pelanggan anda dari penyakit berjangkit bawaan makanan seperti Taun, anda sewajarnya mengambil suntikan typhoid.
Ini bagi meningkatkan kebersihan dan kualiti makanan serta meyakinkan pelanggan anda bahawa anda mementingkan kualiti Produk Makanan anda.
Semoga perniagaan tuan bertambah maju.
Semoga dapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakanan.com
Firdaus
March 9, 2017 at 5:00 AMSalam, untuk peniaga yang tak mengendalikan makanan secara langsung seperti menjual biskut atau kacang secara timbang, adakah wajib untuk mengambil suntikan ini?
Admin
April 22, 2017 at 3:16 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati Laman web Pengendali Makanan No. 1 Di Malaysia.
Jawapan kami, Ya!
Wajib menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid kerana ia dikira mengendalikan makanan.
Walaupun di kilang pembungkusan yang kerja-kerja membungkus dibuat oleh mesin, kakitangan yang mengendalikan tersebut (operator) juga wajib mematuhi peraturan tersebut walau ia tidak membungkus secara manual!
🙂
Semoga dapat pencerahan.
Terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakanan.com
ma
March 5, 2017 at 6:07 AMassalam..sekiranya seseorang pekerja tidak tahu y dirinye mengandung…tetapi telah mengambil suntikan tersebut..dan mengetahui dirinya mengandung..apakah risiko y berlaku terhadap kandungan tersebut…seeloknye ape y perlu dilakukan…
Admin
May 30, 2017 at 6:41 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Risiko yang akan dihadapi adalah keguguran. NAun begitu, adalah lebih baik anda membuat pemeriksaan di klinik/hospital sakit puan untuk mendapatkan nasihat pakar.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
azza
March 1, 2017 at 6:43 AMsalam..adakah slps kite mndapatkan suntikan thypoid,kite tidak akan demam or sakit???jika kite demam or sakit jugak mcm mne ye slps mnrima suntikan?
Admin
May 30, 2017 at 6:43 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Tergantung kepada antibodi yang menerima suntikan tersebut. Secara umumnya tangan yang dicucuk akan berasa sedikit sengal dalam 24 jam namun tidak sehingga demam.
Sekiranya demam, pastikan anda mendapatkan rawatan di doktor di klinik.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Iqwan
February 13, 2020 at 11:53 AMAssalamualaikum.. Saya nk tahu berapa harga kompaun tiada suntikan tyfoid.. Sbab saya baru ja dikenakan kompaun tersebut.. Kerana saya xsempat untuk buat suntikan tyfoid
Rex Fahri
June 28, 2020 at 11:01 AMSalam sejahtera,
Ketiadaan suntikan typhoid semasa lawatan pegawai kesihatan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983.
Menurut akta tersebut, sekiranya didapati bersalah, denda adalah sebanyak maksima RM 10,000 atau Penjara selama 2 tahun atau keduanya sekali.
Sekiranya anda dikenakan kompaun, anda masih bernasib baik kerana kompaun adalah dari majlis, bukan dari pihak KKM.
Semoga bermanfaat
Siti
February 27, 2017 at 11:52 PMAssalam admin,
Sy musykil lah.. Suntikan typhoid ni tggjawab majikan kan.. So sepatutnye kos suntikan tu majikan yg perlu tanggung @ staff yg tanggung sendiri?
Sy keje kedai buat donut, so majikan sy suruh pegi buat suntikan tp bayar sendiri.. Mcm mane tu?
Lg 1, ade kwn sy x sempat buat suntikan Kesihatan dh datang check up pastu die kene saman.. Majikan pulak suruh pekerja tu pegi bayar saman sendiri n buat suntikan sekali.. Majikan X nak brtanggungjawab sbb majikan kate salah pekerja tu sendiri.
Mohon pencerahan 😊
Admin
June 14, 2017 at 1:44 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Majikan mesti memastikan pekerja sudah menghadiri kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan Typhoid Pengendali Makanansebelum mula bekerja sebagai pengendali makanan.
Persoalan siapa yang perlu membiayai kos tersebut adalah berbeza-beza bergantung kepada majikan.
Kebiasaannya, majikanlah yang menanggung kerana mereka memerlukan pekerja dan tidak mahu operasi perniagaan terganggu oleh Pegawai Kesihatan.
Mengapa majikan anda bertindak sedemikian adalah kerana mereka berasa rugi apabila mereka yang biaya kos tersebut tetapi tidak sampai sebulan pekerja sudah hilang lari ke majikan lain. Mereka perlu menanggung lagi kos untuk pekerja baru.
Ya, mengikut Akta Kebersihan Makanan, memang yang disaman adalah pengendali makanan (staff) bukannya majikan. Oleh yang demikian staff perlu tahu akan risiko bekerja tanpa Kursus dan Suntikan TY2.
Nasihat kami, runding dengan majikan dengan baik untuk mereka dahulukan wang syarikat untuk membiayai kos berkenaan dan minta potong gaji secara berperingkat.
Perlu diingatkan juga, sekiranya anda telah membayar kembali wang majikan, pastikan anda menyimpan Sijil Kursus Asal dan juga Surat pengesahan suntikan. Anda berhak memegang yang Asli dan hanya beri keada majikan salinan fotostat.
Sekiranya anda berpindah ke tempat lain, anda sudah memiliki kedua-duanya dan tidak lagi perlu hadir kursus dan Suntikan Typhoid.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
ratna
December 13, 2018 at 7:29 AMsaya dari klg
nk mncari suntikn typhoid yg murah utk persatuan tadika kami
tlg hubungi saya
0163681216
Admin
January 12, 2019 at 4:08 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Sila rujuk di bahagian Direktori penyedia suntikan typhoid dan hubungi mereka untuk dapatkan sebut harga.
anggaran harga bagi suntikan typhoid di lembah klang adalah RM60~120. Sekiranya Puan mempunyai peserta yang ramai, ada ruang untuk tawar-menawar harga.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
tini
January 31, 2017 at 4:29 AMSalam Sejahtera !!
Berniaga air sahaja perlu juga ke mengambil vaksin ini?
Admin
February 14, 2017 at 1:50 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Ya, peniaga air juga termasuk dalam kategori pengendali makanan.
Jadi adalah wajib untuk menghadiri kursus tersebut dan mendapatkan suntikan typhoid.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
ahsoon
February 8, 2018 at 10:47 PMpelanggan pun boleh sebar penyakit..saje nk buat duit nk wajib suntik2..lg 1 pkerja pasaraya orang asing bersepah jual makanan siap & mentah..semua ada risiko sebar.sape ade pantau??
noramiza bt mingan
January 12, 2017 at 5:34 AMhi, apakah efeks jika sesorang ibu mengandung mengambil suntikan tersebut, dan bagaimana pula jika dia terpaksa mengendalikan makanan di sesebuah premises sedangkan dia mengandung?
Admin
January 17, 2017 at 7:03 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Vaksin Typhoid.
Berbincang dengan majikan untuk ditempatkan di tugas yang tidak bersentuhan secara langsung.
Sekiranya di restoran, mungkin boleh ditukar ke bahagian Juruwang, atau pencuci pinggan.
Dapatkan juga surat pengesahan daripada doktor yang menyatakan ia tidak boleh disuntik dengan vaksin untuk tempoh tertentu kerana mengandung.
ini membantu anda sekiranya pegawai kesihatan datang ke premis bagi tujuan pemantauan.
Untuk perinician yang lebih detail, sila bertanyakan terus kepada Doktor bertauliah.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
rmalah hamid
January 10, 2017 at 8:38 AMboleh di klnik lyana sksyen 22 shah alam
Lynn
January 10, 2017 at 3:16 AMHi, adalah suntikan ini wajib untuk part time juga? Sbb saya kerja part time dan masih student lagi. Tak pernah pun dengar kena ambil suntikan ini. Dulu kerja dekat tempat lain pun tak pernah suruh ambil suntikan, ramai kawan saya yang kerja part time ni pun tidak disuruh ambil. Kalau boleh, I lebih prefer tidak mahu ambil sbb memang pun first time dengar pasal suntikan ini and I masih student, tidak ada plan nak kerja part time selama lamanya.
Admin
January 17, 2017 at 6:41 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Mengikut Akta Kebersihan Makanan, Suntikan Typhoid adalah wajib diambil oleh seorang pengendali makanan sebelum mula bekerja sebagai pengendali makanan.
Tiada terkecuali mereka yang bekerja sementara atau separuh masa atau hanya bantu-bantu.
Ini adalah kerana demam kepialu boleh berjangkit kepada pelanggan sekiranya tidak terdapat Vaksin Typhoid dalam tubuh pengendali makanan.
Rujuk post ini untuk lebih lanjut
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Nazri
January 9, 2017 at 8:11 AMApakah kesan pada badan jika seseorang itu telah menerima suntikan typhoid 2 kali dalam masa 3 tahun?
Nazri
January 9, 2017 at 8:08 AMApakah kesan pada badan jika seseorang itu telah menerima suntikan thyphoid 2 kali dalam masa 3 tahun?
Admin
January 19, 2017 at 3:17 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Mengikut pandangan Doktor, Tiada kesan sampingan kepada tubuh si penerima vaksin sekiranya mendapatkan suntikan lebih dari 1 kali dalam tempoh 3 tahun.
Sehingga kini, masih belum terdapat laporan tentang kesan sampingan negatif apabila vaksin typhoid diambil lebih dari 1 kali dalam tempoh 1 tahun.
Sebaliknya, ada yang mengatakan ianya bagus kerana menambah daya tahan tubuh seseorang.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Fazanie
January 4, 2017 at 12:54 PMBagaimana kalau kad suntikan typhoid hilang, tapi tarikh suntikan masih belum luput lagi. Adakah perlu suntik lagi sekali?
Admin
January 19, 2017 at 3:27 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Sekiranya Cikpuan masih ingat klinik dimana suntikan dahulu dibuat, sila pergi ke klinik tersebut semula dan mohon mereka mengeluarkan kad baru. Cas pengeluaran kad baru mungkin akan dikenakan bergantung klinik tersebut.
Sekiranya lupa dimana suntikan dibuat, Cikpuan tiada cara lain melainkan dapatkan semula suntikan tersebut.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Alizah
December 23, 2016 at 2:49 AMBoleh x kalau saya ambil suntikan buat kali kedua lebih awal dari tarikh tamat suntikan?
Admin
January 19, 2017 at 3:29 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Ya, sudah tentu boleh dan digalakkan berbuat demikian. Ini adalah kerana Vaksin yang tamat tempoh 3 Tahun tidak semestinya tepat 3 tahun, keberkesanan vaksin tersebut mungkin berkurangan kurang dari 3 tahun.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Muhammad
January 15, 2018 at 3:05 AMKalau amik suntikan kedua dlm masa setahun bole ka ? Ada kesan sampingan juga ka ?
Admin
January 24, 2018 at 12:14 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Tiada rekod atau kes kesan buruk yang pernah dilaporkan akibat dari mengambil suntikan typhoid 2 kali dalam masa setahun namun begitu adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mendapatkan rawatan.
Kebiasaannya vaksin Typhoid perlu diambil 3 tahun sekali.
Namun begitu terdapat kes dimana suntikan ini perlu diambil walau belum cukup 3 tahun seperti kehilangan dokumen pengesahan suntikan.
Sekiranya ini berlaku, sila maklumkan semula kepada klinik tempat anda mendapatkan suntikan untuk mengeluarkan semula surat pengesahan suntikan.
Bayaran mungkin dikenakan namun adalah sangat minima.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Alien Hunter
December 12, 2016 at 10:27 AMTuan Admin… Adakah klinik Alam Medic ade suntikan tifoid ni..? Saya cuma nak tanya pasal Alam Medic je sebab klinik tu boleh dapat free kalau salah seorang keluarga kita bekerja dengan Telekom Malaysia ( TM ) …
Admin
January 19, 2017 at 3:30 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Tuan perlu menghubungi Klinik tersebut untuk mendapatkan kepastian.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Lala
December 1, 2016 at 2:22 PMKalau guna panel di klinik swasta boleh ke?
Admin
December 2, 2016 at 2:15 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.
Ya, suntikan typhoid boleh dibuat dimana-mana klinik yang menyediakan vaksin tersebut. pastikan anda diberi surat pengesahan suntikan : )
Terima kasih!
rmalah hamid
January 10, 2017 at 8:38 AMboleh
AzriQ Adam
November 29, 2016 at 9:17 AMSalam Sejahtera Tuan/Puan,
Kami dari Klinik Pertama ada menawarkan servis suntikan Vaksin Typhoid, kami ada 5 cawangan klinik di sekitar Setapak & Wangsa Maju.
Sekian, terima kasih.
Admin
December 2, 2016 at 2:18 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.
Kami mengalu-alukan mana-mana klinik yang menyediakan perkhidmatan suntikan typhoid untuk mendaftar di direktori penyedia perkhidmatan kami agar ramai pengunjung di laman ini mendapat manfaat dengan memudahkan urusan mereka mencari klinik yang menawarkan suntikan ini.
sila gunakan borang pendaftaran listing yang disediakan.
Terima kasih!
ANNAH
September 8, 2019 at 1:10 AMMaaf nk tnya . Jika mmbuat suntikn typhoid duakli . Ad kesan smpingn ke ? Sbelum ni keje kfc buat laa suntikn .. Da bape bulan brhnti then tolong akk mniaga kt kedai .. So buat la lgi suntikn typhoid sbb takda surat pmbuktiaan yg da pernah buat suntikn . Takpaa ke ??
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 6:39 AMHi Annah,
Ramai yang tanya berkenaan ini. Kami juga pernah tanya kepada doktor berkenaan ini dan jawapan tidak formal beliau adalah tiada mudarat.
Ini kerana sehingga sekarang, masih lagi tiada kes atau kajian yang menyatakan pengambilan dos vaksin 2 kali dalam masa setahun mendatangkan kesan sampingan yang negatif.
Jadi untuk situasi Cik Annah, boleh dapatkan suntikan typhoid semula tetapi dengan nasihat doktor.
Pada kami, elok dapatkan surat suntikan tersebut dari majikan lama. Sekiranya bayaran di minta kerana majikan lama yang tanggung, boleh dirunding harganya.
Kalau Annah ke klinik, perlu juga membayar suntikan typhoid. Dan kene cucuk kali kedua pula tu.
Cuba runding dulu dengan majikan lama ye.
Semoga perniagaan sukses!
Ikhlas,
Charmaine
Hanna
September 27, 2017 at 12:05 AMAssalam.klinik pertama tu di area mana.
Sy akan berniaga di Kuantan. Takde masalah kan jika sy amik suntikan di Kuala lumpur
Admin
September 30, 2017 at 3:33 PMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Kami tidak jelas dengan pertanyaan yang diajukan. Tiada klinik Pertama dalam direktori kami.
Untuk pertanyaan yang seterusnya, Ya tiada masalah ambil dimana-mana tempat asalkan ada surat pengesahan suntikan dan disuntik oleh individu yang bertauliah.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Joe
February 7, 2018 at 11:48 AM19, Jalan 1/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (right click, copy paste kt google, taaa daaa!! dapat jawapan .. perlu rajin skitttt jer)
Saffa Eznida Mat Saad
September 7, 2018 at 10:24 AMBoleh saya tahu harganya encik?
Nurul'Izzah
November 16, 2016 at 7:04 PMSalam Sejahtera,
Mohon pencerahan. Dalam akta dia mention pengendali makanan yang gagal medapatkan suntikan tifoid akan dikenakan denda/penjara. Maksudnya suntikan tifoid tu bukan tanggungjawab pemilik/ pengusaha premis makanan?
Admin
December 2, 2016 at 2:22 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.
YA! tepat sekali. Yang akan dikenakan denda adalah pengendali makanan bukan majikan. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan semua pekerja pengendali makanan telah hadir Kursus Pengendalian MAkanan dan mendapatkan suntikan Typhoid sebelum mengendalikan Makanan.
Soal siapa yang patut tanggung kos tersebut adalah budi bicara antara majikan dan pekerja.
Terima kasih!
ANIS
October 15, 2016 at 12:23 PMHi,
Sekiranya pengendali makanan tersebut mengandung dan mempunyai tarikh luput suntikan typhoid yang sudah tamat, bolehkah dia mengendalikan makanan dalam premis?
Admin
October 18, 2016 at 4:35 PMSalam Sejahtera Saudari,
Terima kasih kerana berkunjung ke laman web Kursus pengendalian Makanan Malaysia, Laman Rujukan Pengendali Makanan.
Suntikan typhoid tidak digalakkan kepada wanita yang mengandung kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kandungan.
Saudari boleh bekerja di dalam premis restoran tetapi sebaiknya bekerja di bahagian yang tidak melibatkan sentuhan makanan seperti Juru Wang dan sebagainya.
Sekiranya tidak boleh dielakkan dari melakukan kerja dalam penyediaan makanan, dapatkan surat pengesahan doktor yang mengesahkan saudari tidak dibolehkan di suntik atas sebab mengandung. Ini perlu sekiranya diperiksa Pegawai Kesihatan
Semoga mendapat pencerahan.
An
February 11, 2020 at 6:27 AMhi saya nk tanya..lpas amik injection ni..kite akn dpt kad kuning je ke?sbb saya dpt kad kuning tu
misal kata ade yg wat spotchek tnjuk kad kuning tu je
.bleh kn?..sbb setengah saya tgok ade ygdpt kad then ade gmbr pasport kt kad tu…..so kad kuning tu function?
Charmaine Tan
August 22, 2020 at 3:05 PMHi An,
Apa Khabar?
Haha.
Jangan risau.
Kad Kuning / Buku / Surat / Kad Bergambar semua itu adalah tergantung cara atau style klinik tersebut.
Jangan langsung tiada dokumen pengesahan sudah la ye.
Dan yang paling penting, sewaktu pegawai kesihatan meminta dokumen / bukti suntikan, anda mesti boleh tunjukkan bukti tersebut.
salinan mesti ada dengan anda ye
Ikhlas,
Charmaine 😉
misz am
September 19, 2016 at 6:26 PMadakah ianya WAJIB kepada tokey2 restoren @ tokey gerai2 jalanan.
Admin
October 6, 2016 at 8:58 AMSalam Sejahtera Misz Nizam,
Ia adalah wajib kepada pekerja dan tokey.
Sekian terima kasih
Nadhirah moffet
December 17, 2018 at 10:53 AMTumpang tanya, boleh ke kita pakai guarantee letter untuk dapatkan suntikan? Harga masih rm40 atau kurang?
Admin
January 12, 2019 at 4:10 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Kami tidak pasti untuk pertanyaan ini. Pada pendapat kami, tiada klinik atau syarikat yang akan menerima Guarantee Letter kerana harga perkhidmatan vaksin typhoid bukanlah suatu yang mahal hingga mencecah ribuan ringgit.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
Alien Hunter
December 12, 2016 at 10:21 AMYup, ianya wajib sangat… Tadi masa saya nak minta kerja marrybrown, supervisor tu cakap memang wajib amik suntikan tifoid ni, sebab dalam 3 bulan, nanti akan dibuat spotcheck oleh majlis bandaran di kedai yang anda pilih…
Admin
January 19, 2017 at 3:32 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Terima kasih Alien Hunter atas komen yang bernas ini.
Namu begitu, tujuan mendapatkan suntikan typhoid bukanlah untuk mengelakkan disaman, namun ianya lebih kepada mengurangkan risiko penularan sakit demam kepialu.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
inalimrah
December 20, 2018 at 7:14 AMHi admin…adakah seorang pencuci pinggan perlu mengambil suntikan thypoid.
Admin
January 12, 2019 at 4:20 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Seorang pencuci pinggan pada umumnya tidak perlu mendapatkan suntikan typhoid.
Tetapi dalam realiti keadaan di restoran di mana pekerja masuk dan berhenti kerja secara kerap, ada masa di mana akan terjadi kekurangan pekerja.
Apabila ini terjadi, kebiasaanya tukang cuci pinggan juga perlu mengambil pesan/order dan perlu juga potong sayur dan perlu juga menghantar makanan kepada pelanggan.
Jadi, saranan daripada kami ambil suntikan typhoid tersebut untuk melindungi pelanggan anda dari jangkitan disebabkan kecuaian pengendali makanan.
Kos bagi suntikan typhoid tidak mahal berbanding dengan ia perlu diambil setiap 3 tahun sekali.
Oleh yang demikian adalah diharap sangat kepada semua pengusaha makanan agar prihatin dengan keselamatan makanan dan pelanggan dengan memberi perlindungan suntikan anti typhoid kepada semua pekerja anda.
Semoga Mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih
Rex
Mira
January 28, 2020 at 9:04 AMUntuk ibu menyusu boleh amik ke?
Charmaine Tan
August 22, 2020 at 3:07 PMHai Mira,
Tiada masalah bagi ibu yang menyusu.
Untuk kepastian lanjut, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cucuk.
Dikhuatiri ada masalah lain.
Ikhlas,
Charmaine 🙂
Add a comment