Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya dan kini kita telah pun memasuki tahun 2017.
Wawasan 2020 yang dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin hampir iaitu hanya berbaki 3 tahun lagi.
Antara tujuan wawasan 2020 ini ialah meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. (sumber wikipedia)
Nagara Maju ini pula ditakrifkan ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman.
Apabila menyentuh isu sihat, maka ia berkait rapat dengan makanan dan ini termasuklah penyakit bawaan makanan yang seharusnya boleh dikawal sepenuhnya; salah satunya adalah demam kepialu.
Demam kepialu adalah disebabkan oleh jangkitan kuman Salmonella Typhii. Penyebaran jangkitan kuman ini boleh dikawal sepenuhnya dengan wujudnya vaksin Suntikan Typhoid.
Adakah pekerja separuh masa atau part time wajib mendapatkan suntikan typhoid?
Saya hanya bekerja 7 hari sahaja sementara cuti belajar ni dan mungkin saya tidak akan kerja kedai makan lagi selepas ini. Kenapa saya perlu ambil suntikan typhoid untuk 3 tahun?
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh salah seorang pekerja restoran apabila Pegawai Kesihatan datang membuat lawatan di restoran.
Berdasarkan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, 31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
Majikan perlu memastikan bahawa pekerjanya mendapatkan Suntikan Typhoid Pengendali makanan sebelum mula bekerja.
Begitu juga dengan Kursus Pengendalian Makanan, majikan juga wajib menghantar pekerjanya untuk menghadiri kursus ini sekali seumur hidup.
Ke-Arah Wawasan 2020 yang Sihat
Sekiranya semua pengendali makanan dan majikan memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi undang-undang dan garis panduan yang telah disediakan oleh pihak BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia, maka impian murni kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020, Negara Maju yang sihat akan menjadi lebih mudah.
Raja nur alizati
October 11, 2018 at 6:10 AMUntuk suntikan tersebut, adakah pekerja yg perlu mngeluarkan duit sndri atau majikan yg biayai ??
Admin
December 10, 2018 at 2:15 AMSalam Sejahtera,
Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.
Kebiasaannya majikan yang menanggung kos tersebut. tetapi ia diatas budi bicara kedua pihak
Sekian terima kasih
Rex
Add a comment