Pengenalan Kepada Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

By | May 21, 2014

Pengenalan

Menjamu selera di restoran bukanlah lagi merupakan satu trend tetapi sudah menjadi satu kewajiban terutama di bandar-bandar metropolitan dimana ramai dari golongan bekerjaya yang wajib untuk menjamu makan tengah hari di restoran kerana adalah hampir mustahil pada masa kini untuk pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Namun begitu, kita sering alpa dengan keadaan persekitaran apatah lagi kebersihan di dapur premis dimana makanan dihasilkan. Kebersihan sering di ambil ringan oleh sesetengah individu yang tidak mengambil berat tentang kebersihan diri secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti makanan yang dihasilkan.

Manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Namun begitu, makanan yang tidak bersih dan tercemar boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan tubuh. Kebersihan dan keselamatan makanan haruslah dijaga setiap masa agar fungsi tubuh dapat berjalan dengan optimum sepanjang hari tidak kira di rumah atau di restoran. Persoalannya, adakah masyarakat kita di Malaysia khususnya peka terhadap kebersihan makanan?

Kuman, bakteria, virus, bahan kimia industri dan juga racun semula jadi pada ubi kayu, ikan dan cendawan boleh menjadi penyebab kepada keracunan makanan. Antara jenis mkanan yang kritikal yang mudah dicemari ialah ayam, daging, susu segar, dan makanan-makanan yang telah bermasak dan berkuar terutama masakan melayu yang kebanyakannya berasaskan santan. Gejala keracunan makanan adalah berpunca daripada makanan yang tercemar. Makanan yang bersih penting bagi keselamatan individu.

Akta dan perundangan

Kebersihan dan keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Sama ada kepada pengguna, mahupun peniaga. Sebagai pengguna, kita berhak memilih jenis makanan yang hendak dibeli. Yang penting pastikan premis bersih dan makanan dikendalikan dengan cara yang betul.

Setiap individu mestilah tahu hak-hak mereka dalam memilih premis yang bersih. Setiap peniaga bertanggungjawab makanan yang dijual adalah selamat. Pihak KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mengikuti undang-undang yang digunakan. Adakah para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka?

Kerajaan Malaysia telah menetapkan semua pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung wajib berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan di dalam AKTA MAKANAN 1983 – Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan-PeraturanMakanan 1985, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  1988. Di dalam peraturan tersebut, ada mengetakan bahawa setiap pengendali makanan wajib mengambil pelalian anti-typhoid dan telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan selama 3 Jam.

Suntikan anti-typhoid atau di Malaysia lebih disebut sebagai suntikan Typhoid merupakan Vaccine atau pelalian yang wajib diambil oleh semua pengendali makanan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit demam kepialu melalui makanan yang dikendalikan oleh mereka kepada pelanggan.

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia. Siapakah merekaContoh Sijil Pengendalian Makanan yang tergolong di dalam kategori pengendali makanan?

Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut:’

pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang:
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,

Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut.

Tempat Kursus pengendalian Makanan di adakan

Kementerian Kesihatan Malaysia selaras dengan penguatkuasaanya telah menetapkan bebberapa lokasi bagi mengikuti kursus tersebut di seluruh Malaysia. kerjesama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memudahkan lagi pengambilan kursus tersebut. Secara umumnya, kursus ini boleh dihadiri di semua PBT daerah seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan lain-lain.

Kemmenterian Kesihatan Malaysia juga telah melantik beberapa syarikat swasta yang akan membantu menganjurkan kursus tersebut yang dikenali sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM). Ini merupakan usaha Kementerian kesihatan dalam memudahkan lagi proses menghadiri kursus tersebut.

Bayaran

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk Kursus Pengendalian Makanan? Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bayaran sebanyak RM 50.00 seorang untuk mengikuti kursus tersebut samada di syarikat swasta mahupun di PBT.

Kandungan Kursus

Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 Jam. Kursus tersebut akan dibentangkan oleh seorang pelatih pengendali makanan yang telah mengikuti Program latihan pengendali makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:

  • Pengenalan
  • Kebersihan Makanan
  • Keselamatan Makanan
  • Faktor – Faktor Kritikal Keracunan Makanan

Peserta akan didedahkan dengan lebih jelas oleh penceramah yang bertauliah berdasarkan 4 seksyen yang dijelaskan di atas. Setelah Tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang menganjurkan kursus tersebut.

Penguatkuasaan, Pemantauan dan Kompaun

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pihak Berkuasa tempatan akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kesemua premis-premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan agar peraturan-peraturan kebersihan makanan sentiasa dipatuhi.

Pegawai penguatkuasa mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan-peraturan tersebut. Bagi individu yang didapti tidak mempunyai sijil kursus pengendali makanan, kompaun tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun akan dikenakan. Hukuman yang sama juga akan diberikan kepada individu yang didapati tidak mengambil pelalian typhoid atau tidak dapat mempamerkan bukti pengambilan pelalian seperti Kad Suntikan atau surat pengesahan oleh doktor yang bertauliah.

20 thoughts on “Pengenalan Kepada Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

  1. LIM BOON LYE

    Saya tinggal subang jaya .yang mana ada serkolan kursus makanan yg paling dekat di tempat tinggal saya.

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera Cik Nurul,

      Sila Rujuk laman direktori kami bagi mendapatkan Sekolah Pengendalian Makanan yang Aktif.

      Terima Kasih! 🙂

      Reply
  2. Pn Anis

    Jika pekerja adalah foreigner yang tidak pandai berbahasa melayu atau Inggeris. Adakah mereka juga wajib menghadiri kursus pengendalian makanan?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera Pn Anis,

      Ya. Mereka juga wajib menghadiri kursus ini. Bagaimana mereka memahami kendungan kursus adalah bergantung kepada cara Tenaga Pengajar menyampaikan.

      Ada yang mengupah penterjemah bahasa dari warga bangladesh untuk menerangkan semula kandungan kursus kepada peserta dari bangladesh.

      akan tetapi berbalik kepada persoalan Puan, mereka wajib hadir kursus berdasarkan Akta Makanan 1985.

      Sekian Terima Kasih

      Reply
  3. Fatin

    Salam admin,,Saya duduk di area nilai square,seremban..mana tempat paling dekat dngan sya

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana menggunakan laman web ini sebagai panduan anda.

      Untuk menghadiri kursus berdekatan dengan lokasi yang dinyatakan, sila gunakan direktori kami, terdapat Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang di Seremban.

      Sekian terima kasih

      Reply
  4. Qayset

    Salam tuan,
    Saya sudah menghadiri kursus pengendalian makanan di petaling jaya tetapi sijil saya hilang di premis majikan? Apa langkah yang patut saya ambil untuk dapatkan semula sijil tersebut? Perlukah saya mengambil semula kursus? Terima kasih

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.

      Tidak perlu hadir lagi. Sila hubungi Sekolah LAtihan PEngendali MAkanan yang memberikan kursus kepada anda dan mohon kepada mereka untuk mencetak semula sijil.

      Cas percetakan semula tergantung kepada SLPM.

      Sekian Terima kasih

      Reply
  5. Rachel Yong

    We would like to enroll Kursus Pengendalian Makanan.
    Could we have the fees, schedule and how to enroll?

    Reply
  6. Syazwan

    Salam admin sya tggal di rawang mane yg paling dekat dgan kawasan saya? Puas dah cari sya pon x tahu selok belok sgat skitar selangor sbb sye baru pndah dr terengganu

    Reply
  7. Darwisy

    saya ingin bertanya, saya terlepas tarikh untuk mendengar ceramah selepas mendapatkan suntikan. dimana saya boleh hubungi untuk dptkan tarikh ceramah seterusnya?

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk makluman Tuan, tidak ada masalah sekiranya tuan terlepas tarikh tersebut.

      Sia hubungi semula Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang Tuan daftar dan tanyakan tarikh Kursus Seterusnya.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk makluman Tuan, Senarai Nama Tenaga pengajar yang diiktiraf hanya boleh didapati dari pihak BKKM.

      Sila hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut. Namun begitu pada pendapat kami, maklumat tersebut adalah PNC, tetapi masih boleh didapati sekiranya sebab yang kukuh diberi.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri

      Reply
  8. rosdy

    asalamualaikum, nak ikut kusus pengendalian makan untuk memohon lesen

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang tersenarai di direktori kami.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  9. Hanida

    Saya ingin mengikuti Kursus Pengendalian Makanan yang terdekat dengan Bandar Baru Bangi. Dan dimana boleh dapatkan suntikan typhoid bagi area Bandar Baru Bangi.

    Reply
    1. Admin

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang tersenarai di direktori kami.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *