Berikut merupakan pertanyaan yang di emailkan oleh pengguna www.kursuspengendalianmakanan.com.
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perniagaan makanan contoh piza/donut di mana penyediaannya dilakukan di rumah dan seterusnya melakukan penghantaran secara terus kepada pelanggan.
1. Adakah saya perlu mendapatkan suntikan?
2. Menghadiri kursus pengendali makanan?
3. Mendapatkan sijil-sijil perakuan yang diiktiraf?Sekian,
Terima kasih
Saudari NLZ
Jawapan:
Kursus Pengendali Makanan
Kursus pengendali makanan dan suntikan Typhoid merupakan 2 perkara wajib yang perlu ada pada setiap pengendali makanan di Malaysia di bawah akta makanan 1983 Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009. Ia merupakan syarat wajib bagi memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perniagaan berasaskan makanan.
Apabila saudari berniaga tanpa premis iaitu beroperasi di rumah atau ‘Home Base’, saudari tidak tertakluk di bawah akta tersebut. Tidak ada penguatkuasa akan datang ke dapur saudari untuk menjalankan pemantauan kebersihan. Walau sekotor mana dapur peniaga yang berniaga dari rumah, tiada siapa yang akan tahu.
Perlu diketahui juga badan-badan pengiktirafan seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazar Analysis & Critical Control Points (HACCP), MESTI, JAKIM tidak akan mengiktiraf produk yang dihasilkan dari dapur rumah. Sila rujuk syarat umum permohonan pensijilan halal JAKIM bagi mengetahui sedikit sebanyak mengenai keperluan pemohon.
Namun Begitu..
Adalah perlu difahami tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan syarat-syarat seperti ini adalah bagi meningkatkan kualiti produk makanan yang dijual di Malaysia sekaligus mengurangkan kadar keracunan makanan akibat kecuaian pengendali makanan.
Walaupun saudari beroperasi di rumah, hadiri kursus pengendalian makanan ini untuk belajar cara pengendalian makanan dengan bersih dan selamat. Sijil yang diperolehi di simpan untuk kegunaan masa akan datang sekiranya perniagaan saudari sudah berkembang dan beroperasi di premis perniagaan yang memerlukan lesen dari pihak PBT.
Suntikan typhoid
Suntikan typhoid atau Anti typhod atau TY2 juga wajib diambil oleh pengendali makanan walau anda tidak diwajibkan oleh PBT. Tujuan suntikan ini bukan sekadar mendapat kad suntikan tetapi untuk mengelakkan dari jangkitan Demam Kapialu. Informasi berkenaan Kelebihan pelalian anti-tifoid boleh didapati di sini.
Kesimpulan
Banyak respon dari peserta kursus sendiri pernah mengalami kuih-muih dan masakan yang bergelar ‘Home-Made’ terdapat bendasing seperti bulu kucing, rambut dan lain-lain lagi.
Semoga saudari mendapat penjelasan daripada tulisan kali ini dan mudahan saudari dapat membuat pertimbangan samada setelah membaca penulisan ini.
Marlia
October 7, 2019 at 4:36 AMMohon e book tersebjut.terima kasih.
salihin
March 28, 2016 at 7:53 AMsaya dah membaca artikel berniaga dari rumah.Jika saya serius untuk berniaga dari rumah dengan memperolehi sijil MESTI.Apakah yang saya perlu lakukan? Saya komited untuk berniaga tapi tiada modal untuk menyewa premis lain.hanya mampu berniaga dari rumah
Admin
March 29, 2016 at 2:04 AMTerima kasih di atas pertanyaan anda.
sekiranya anda berniaga di dalam industri makanan, langkah bijak yang pertama perlu anda lakukan adalah dengan menghadiri kursus latihan pengendali makanan bagi menambah ilmu kebersihan dan keselamatan makanan. Dapatkan juga suntikan Typhoid pengendali makanan.
Berdasarkan pengalaman kami, adalah mustahil untuk anda memohon pensijilan MESTI sekiranya beroperasi di rumah kerana ciri-ciri GMP ( Good Manufacturing Practice ) mustahil dapat di dilaksanakan.
walaubagaimanapun, kami mendoakan semoga anda sukses dalam perniagaan anda ! 🙂
masitah zainal abidin
February 4, 2016 at 11:32 PMMohon ebook untuk rujukan
mazlan
January 31, 2016 at 11:01 AMBoleh beri says e book tersebut?
Admin
March 29, 2016 at 2:21 AMEbook adalah oercuma, sila masukkan email anda ke ruangan disediakan dan cek email anda
Hadzim
January 14, 2016 at 1:51 PMHi,
Saya tak dapat memasukan email saya untuk mendapatkan ebook tersebut. Jawapan yg diberikan hanyalah invalid email address walaupun memakai email yang valid. Boleh dapatkan solution lain?
razaina said
October 28, 2015 at 10:40 AMSaya mohon bagi mendapatkan panduan ebook 33 kesalahan pengendali makanan yang wajib diketahui
Sekian. Terima kasih
Admin
November 2, 2015 at 6:22 AMTuan/Puan,
Sila masukkan email kedalam kotak yang disediakan di sebelah kanan( desktop) / Bawah (mobile )
Email akan dihantar kepada anda dan anda perlu sahkan email anda.
Setelah itu, masukkan password yang diberikan melalui email anda untuk download ebook tersebut.
Sekian Terima Kasih
lina
September 21, 2015 at 8:23 AMHi,
Can i have the eBook please?
Admin
September 21, 2015 at 10:11 AMHi,
Yes sure, please enter your name and email in the ebook form below(mobile) or on the right pane(desktop). Please let us know if you have any problem downloading this ebook.
DONNIE LEE FOO KIAN
September 13, 2015 at 6:30 AMSaya perlukan buku ini sebagai panduan pengurusan dan pengendalian makanan di kantin yang dikendalikan oleh kementerian pertahanan.
Admin
September 17, 2015 at 4:18 AMTuan Donnie boleh dapatkan panduan ebook 33 Kesalahan Pengendali Makanan Yang Wajib Diketahui dengan memberi email anda. Sekian terima kasih
Add a comment