salam.. saya nak tanya saya berniaga kedai makan di rumah bukan premis2.. perlu ke saya ambil lesen pengendali makanan dari majlis juga dan perlu ke saya hadir kursus..
Berikut merupakan pertanyaan dari salah seorang dari pengunjung di lama web ini dan sebenarnya kami mendapati ramai juga yang pernah bertanyakan soalan yang serupa.
Untuk memudahkan pengunjung yang akan datang bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan sebegini, kami siapkan artikel khas supaya senang kami beri pautan ini kepada pengunjung-pengunjung laman ini di masa akan datang ๐
*Kemaskini Jun 2022
Peniaga dari rumah ataupun di kenali juga sebagai peniaga “Home-Based” di wajibkan untuk mendaftar dengan FOSIM. Ini adalah arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pada April 2020 selepas isu puding telur yang mengakibatkan kematian pada tahun 2020 di Terengganu.
Ini juga bermakna, peniaga dari rumah adalah di wajibkan juga mendapatkan Sijil Pengendalian Makanan dan juga mendapatkan suntikan typhoid setiap 3 tahun sekali.
Sekiranya anda telahpun ada sijil ini tetapi telah hilang, anda boleh dapatkan semula dengan merujuk artikel tentang Sijil Pengendalian Makanan Hilang.
Setelah dapat keduanya, maka anda boleh buat pendaftaran di laman FOSIM Domestik di bawah kategori Home-Based.
Perlesenan
Perlu ke memohon lesen perniagaan?
Sekiranya lesen yang dimaksudkan disini lesen perniagaan SSM, maka adalah wajib bagi individu yang menjalankan perniagaan mendaftar perniagaan mereka.
Sekiranya lesen/permit yang dimaksudkan adalah permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya DBKL/MBSA/MPK, maka ia tidak perlu diambil.
Ini adalah kerana PBT tidak memberi permit bagi perniagaan yang beroperasi di rumah.
Ini adalah kerana rumah kediaman bukannya unit komersil dan tidak benarkan rumah diguna sebagai premis perniagaan apatah lagi sebagai kedai makan.
Kursus Pengendali Makanan Perlu?
Iya! dan Tidak!
Sekiranya lesen pun tidak perlu memohon, kenapa lagi perlu hadir kursus?
Sungguhpun tidak perlu hadir kursus, namun begitu kami di kursuspengendalianmakanan.com sangat harap agar pengendali makanan yang beroperasi di rumah baik secara sepenuh masa mahupun sambilan untuk menghadiri kursus.
Ini adalah kerana isi kandungannya sangatlah penting untuk diamalkan terutama tentang keselamatan makanan.
Kursus Pengendalian Makanan Secara Online Lebih Mudah
Sekarang ini, dah jadi sangat mudah untuk mereka yang ingin dapatkan sijil Kursus Pengendalian Makanan. Bak kata orang, semuanya di hujung jari.
Sejak PKP tahun 2020, KKM telah memudahkan pengendali makanan untuk hadir kursus ini secara atas talian. Tempoh tatap 3 Jam sahaja dan bayaran juga sama iaitu RM50.
Bukan sahaja itu, ada syarikat yang juga turut menyediakan subsidi yuran iaitu potongan sebanyak 20%.
Kiranya peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM40 sahaja selepas mendaftar dengan kod kupon di bawah program PENJANA100+ Halal PKS.
Kod yang di gunakan ialah PENJANA2030ย
Pastikan anda menggunakan kod tersebut semasa mendaftar kursus. Hanya terhad kepada kursus secara online sahaja.
Tunggu apa lagi?
Claim subsidi penjana anda dengan daftar Kursus Pengendalian online di sana.
Suntikan Typhoid Bagaimana Pula?
Juga… Iya! dan Tidak!
Apabila perniagaan yang dijalankan dari rumah dan tidak ada kewajipan untuk memohon lesen, makan ia tidak dikategorikan sebagai pengendali makanan di bawah Akta Makanan 1983.
Jadi tidak wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid.
Tidak wajib di sini bererti tiada siapa yang akan kompaun peniaga makanan yang beroperasi di rumah kerana mereka tidak tertakluk di bawah Akta tersebut.
Tak mungkin pula pegawai penguatkuasa nak masuk dapur orang buat spot check kan? ๐
Namun begitu, sekiranya anda pernah hadir Kursus Pengendalian Makanan, anda akan tahu betapa pentingnya Suntikan Typhoid ini dan tiada pelindungan vaksin ini boleh menyebabkan kematian kepada pelanggan anda.
Kesimpulan
Kerajaan perlu mengemaskini Akta yang sedia ada kerana Pengendali Makanan yang beroperasi dari rumah tidak dirangkumi dalam Akta Makanan 1983.
Sekiranya ini terus berlaku, kebersihan dan kualiti makanan akan tidak dapat dikawal kerana masyarakat pada masa ini akan memilih perniagaan makanan sebagai pilihan utama untuk menjana pendapatan sampingan kerana ia adalah mudah dan tidak memerlukan modal yang tinggi di samping ia merupakan industri keperluan.
Pengusaha makanan dari rumah khususnya harus ambil cakna akan undang-undang dan keperluan sebelum menceburi bidang makanan.
Apa pandangan anda?
Pernah ada pengalaman beli makanan online seller ada bulu kucing? ๐
Share pengalaman di ruangan komen.
Runa
June 9, 2022 at 11:50 AMSalam Sejahtera,
Saya sedang menjalankan bisnes mengisar rempah ratus secara kecilan di sebuah kedai dan ingin meluaskan perniagaan saya ke sebuah kawasan industri ringan. Saya ingin keluarkan rempah dan produk makanan jenama sendiri , eksport ke Singapura juga. Sekarang saya ada lesen SSM dan PBT, apakah lesen lain yang perlu saya ambil?
Terima kasih.
Charmaine Tan
June 20, 2022 at 12:47 PMSalam sejahtera En Runa,
Terima kasih di atas pertanyaan ini. Tahniah kerana perniagaan Encik sudah bertambah maju. Untuk persiapan eksport ke singapura, boleh merancang dari sekarang seperti berikut:
1) Dapatkan pensijilan halal kerana ia membantu perniagaan encik untuk masuk pasaran yang lebih luas bukan hanya di Singapura tetapi di Brunei dan Indonesia. Boleh baca lanjut tentang cara memohon Halal Certificate
2) Pertimbangakan untuk pensijilan MeSTI. MeSTI adalah standard minima yang di perlukan untuk eksport produk makanan ke luar negara. Ia adalah program di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (KKM).Boleh rujuk program PENJANA100+ Halal PKS untuk subsidi sijil MeSTI.
3) Pastikan Encik bersama pekerja sudah mengambil sijil Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan typhoid. Kursus Pengendalian Makanan boleh di hadiri secara Online Di Sini.
Bonus Tips: Pastikan premis yang ingin di sewakan tersebut boleh di mohon lesen untuk pemperosesan makanan. Ada sesetengah PBT menggazetkan sesetengah kawasan tidak boleh menjalankan perniagaan memperoses makanan. Takut Encik dah sewa, tak boleh mohon lesen pula nanti. Dah rugi.
Semoga Bermanfaat!
Fatin
November 3, 2019 at 3:27 PMMaaf saya ingin bertanya. Saya pernah ambik sijil pengendalian makanan dan daftar ssm. Seandainya ada rancangan untuk letak produk makanan saya pada peniaga kisok dalam shopping mall macam mana pulak ya? Kalau untuk daftar produk makanan dan minuman halal macam mana pulak ya? Saya jual produk makanan dan minuman homemade. Harap sudi menjawab setiap pertanyaan saya terima kasih ๐
Charmaine Tan
October 30, 2020 at 3:58 PMHai Fatin,
Maaf kami terlepas pandang pertanyaan anda.
Semoga jawapan ini bermanfaat.
Fatin, letak sahaja produk makanan anda kepada peniaga kiosk dalam shopping mall.
Biasanya tiada syarat-syarat yang ketat melainkan Fatin ingin masuk ke dalam pasaraya besar seperti Tesco atau Giant, sudah tentu ada syarat-syarat yang ketat perlu dipatuhi.
Dan untuk permohonan halal pula, Fatin MESTI mempunyai premis seperti kedai, tidak boleh menghasilkan produk di rumah.
Pandangan ikhlas saya, Fatin berniaga dulu secara Home Based sehingga angka jualan berada di tahap yang stabil.
Kemudian naik satu langkah ke depan dengan sewa premis dan dapatkan pensijilan Halal JAKIM.
Bukan senang juga ye untuk daftar pensijilan halal ini. >> Portal Halal JAKIM
Untuk bahagian halal, pastikan guna bahan ramua yang ada logo halal.
All the best to you Ya!
Charmaine
Kak Rose
October 16, 2019 at 4:45 AMAssalamualaikum
Saya suka niaga secara online dan off line.
Produk pula terhad pada satu jenis sahaja.
Ia merangkumi produk makanan, kesihatan dan kecantikan.
Saya juga tiada mempunyai premis. Saya hanya meniaga dari rumah.
Perlukah saya mendaftar lesen niaga?
Jika ya, apakah jenis lesen yang sesuai untuk jenis perniagaan seperti ini?
Charmaine Tan
October 30, 2020 at 4:06 PMHai salam sejahtera Kak Rose!
Tahniah Kak Rose.
Berniaga secara online menjadi kemestian pada masa kini.
Ke arah digital.
Tapi jangan lupa juga dengan cara offline.
Kalau dari rumah tiada keperluan untuk daftar lesen niaga Kak Rose sekiranya apa yang dimaksudkan oleh Kak Rose adalah Lesen PBT.
Apa yang Kak Rose boleh lakukan pada peringkat awal ini adalah dengan dapatkan Lesen Perniagaan SSM dahulu.
Kemudian sekiranya Kak Rose terlibat dengan Makanan walau buat secara Home Based, jangan lupa untuk daftar di sistem FOSIM kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk daftar, perlu ada Kursus Pengendalian Makanan dengan suntikan typhoid ya.
Semoga Kak Rose Sukses!
Charmaine
Lia
September 23, 2019 at 4:20 PMKalau berniaga didpn rumah kena ada lesan perniagaan ke
Md daasriza putra bin che daud
April 13, 2019 at 12:54 AMSy akan buka kilang pembukusan minyak masak jadi soalan saya perlukah saya mengambil sijil mesti
Charmaine Tan
October 31, 2020 at 7:35 AMHai Putra,
Ya, pensijilan MeSTI adalah WAJIB! ๐
Ikhlas,
Charmaine
Syuha
September 21, 2018 at 5:55 PMKursus pengendalin makannan di Kajang
Please reson..tq
Admin
September 23, 2018 at 3:23 AMSalam Sejahtera Cik Syuha,
Terima kasih kerana menggunakan portal #1 Pengendali makanan di MAlaysia.
Untuk menyemak Sekolah Latihan Pengendali makanan di kawasan anda, sila semak di halaman direktori kursus pengendali makanan kami.
Atau, Cik Syuha boleh tinggalkan komen di ruangan komen sekolah latihan yang dipilih itu sendiri.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian,
Rex
Super Admin
Add a comment