Syarat Am Permohonan Lesen Perniagaan Restoran

Syarat am permohonan lesen restoran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Sebelum memohon lesen premis perniagaan anda, pastikan anda tahu syarat-syarat am dan dokumen yang diperlukan untuk jimatkan masa anda berurusan dengan PBT

Sering kali kami di Kursuspengendalianmakanan.com mendapat pertanyaan tentang syarat-syarat permohonan lesen restoran kerana kebanyakan dari peniaga ini baru mula berniaga dan tidak tahu tatacara memohon lesen dan tiada panduan dan syarat permohonan.

Kami di sini berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan kepada pelawat laman ini tentang informasi-informasi yang bermanfaat khusus pengendali makanan.

Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agak sukar untuk menyatakan satu persatu kerana terdapat banyak PBT di Malaysia ini dan setiap PBT terkadang ada yang tidak sama syaratnya.

Bagi permohonan di selangor, boleh rujuk permohonan lesen di Selangor

Namun begitu kepada yang ingin tahu apakah syarat untuk permohonan lesen premis restoran, boleh rujuk disini syarat-syarat AM permohonan lesen.

Syarat ini kemungkinan 90% sama dengan PBT sedia ada, untuk lebih terperinci, rujuk PBT tempat restoran anda.

Mohon lesen premis perniagaan bagi restoran dan premis proses makanan
Mohon lesen premis perniagaan bagi restoran dan premis proses makanan | Sumber : Google

Syarat-syarat AM Permohonan lesen perniagaan bagi Restoran

๐Ÿ”ธ Premis rumah kedai atau kedai pejabat dan kompleks perdagangan sahaja dibenarkan memohon lesen

๐Ÿ”ธ Restoran atau medan selera yang beroperasi 24 jam tidak dibenarkan mengadakan aktiviti hiburan.

๐Ÿ”ธ Premis yang menjual makanan tidak halal dan bukan dimiliki oleh orang Islam, adalah tidak dibenarkan untuk menggantung atau mempamerkan apa-apa pameran yang boleh mengelirukan umat Islam seperti ayat-ayat kaligrafi Al-Quran atau gambar-gambar yang melambangkan agama Islam. (Syarat Baru)

๐Ÿ”ธ Premis perniagaan yang beroperasi 24 jam hendaklah terletak di kawasan komersial dan kawasan tanah lapang yang bukan di dalam kawasan perumahan atau kediaman.

๐Ÿ”ธ Tidak dibenarkan menjual minuman yang memabukkan.

๐Ÿ”ธ Premis-premis restoran yang beroperasi di dalam kawasan kediaman hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12.00 malam sahaja.

๐Ÿ”ธ Pengusaha dan pengendali makanan hendaklah mendapatkan suntikan tifoid di Jabatan Kesihatan atau mana-mana klinik terlebih dahulu sebelum perniagaan dimulakan.

๐Ÿ”ธ Pengusaha hendaklah memastikan semua pekerja mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan yang sah.

๐Ÿ”ธ Kedudukan premis hendaklah tidak bersebelahan dengan premis perniagaan percetakan, perniagaan bengkel servis dan membaiki kenderaan bermotor. (Tertakluk kepada premis yang mana dahulu telah mempunyai lesen).

๐Ÿ”ธ Tidak dibenarkan meletakkan kerusi, meja dan gerai di luar premis seperti di atas jalan siar kaki, tempat letak kereta, bahu jalan dan sebagainya.

๐Ÿ”ธ Tidak menimbulkan kacauganggu, bunyi bising, bau busuk, halangan dan sebagainya.

๐Ÿ”ธ Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen.

๐Ÿ”ธ Lesen premis perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

๐Ÿ”ธ Sediakan tong sampah yang mencukupi dan sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam tong.

๐Ÿ”ธ Pemeliharaan sebarang binatang adalah dilarang di dalam premis perniagaan.

๐Ÿ”ธ Bagi restoran yang diberi kebenaran menjual minuman keras, (yang tidak tertakluk di bawah lesen eksais) minuman berkenaan hanya boleh dijual/dihidang sehingga jam 12.00 malam sahaja.

๐Ÿ”ธ Tidak menjual barangan yang menganggu sensitiviti masyarakat Malaysia.

๐Ÿ”ธ Tidak dibenarkan sama sekali mempamerkan logo, sijil halal bahan mentah, perkataan yang menunjukkan kearah halal diluar atau di dalam premis sekiranya restoran bukan pemegang sijil halal JAKIM berdasarkan AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011


Senarai diatas merupakan syarat am permohonan lesen perniagaan. namun begitu setiap PBT mempunyai syarat-syarat tambahan yang pemohon sendiri mestilah bertanya kepada pegawai perlesenan di PBT berkenaan.

Sekiranya premis memenuhi syarat umum ini, maka bolehlah teruskan dengan permohonan lesen dengan menyediakan dokumen berikut:

Sekiranya premis memenuhi syarat umum ini, maka bolehlah teruskan dengan permohonan lesen dengan menyediakan dokumen berikut:

  1. Gambar

    Satu keping gambar berwarna berukuran passport

  2. Resit Bomba

    Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)

  3. Kursus Pengendalian Makanan

    Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah

  4. Suntikan Typhoid

    Dokumen pengesahan klinik suntikan typhoid (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu yang masih belum tamat tempoh

  5. Dokumen Lesen Perniagaan

    Salinan pendaftaran syarikat/perniagaan /pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D berserta maklumat perniagaan dan pemilik).
    Atau
    Lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan

  6. Salinan Kad Pengenalan

    Salinan kad pengenalan/ pasport pemohon.

  7. Gambar Premis

    2 keping gambar bahagian luar dan 2 keping gambar premis bahagian dalam yang berlainan sudut.

Bawa bersama dokumen ini semasa ke PBT dan terus ke bahagian perlesenan.

Isi borang permohonan lesen restoran dan lampirkan bersama dokumen yang telah disiapkan terlebih dahulu sebentar tadi.

Jimat masa & jimat duit.

Selamat berniaga! ๐Ÿ™‚

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment