Semua Restoran Di Putrajaya Wajib Ada Sijil Halal JAKIM Bermula 2020

Semua restoran di putrajaya wajib halal 2020
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil pendekatan drastik mewajibkan semua premis makanan di dalam wilayah putrajaya untuk memohon pensijilan halal JAKIM menjelang 2020. Adakah ia sesuatu yang boleh diterima oleh pemilik perniagaan? Apakah implikasi yang bakal diterima oleh usahawan dan apakah mekanisma yang akan dipakai oleh PPj untuk mencapai matlamat tersebut.

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mula melaksanakan penguatkuasaan sijil halal terhadap semua premis makanan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, bermula 2020.

Presidennya, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata pelaksanaan itu wajib dipatuhi peniaga sama ada bagi permohonan baharu atau pembaharuan lesen sedia ada.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil selepas pihaknya mengadakan perjumpaan dengan 280 masyarakat peniaga bagi menerangkan perancangan peraturan berkenaan yang akan memberi lebih keyakinan kepada pengguna terutama dalam soal kebersihan serta proses penyediaan makanan.

restoran wajib halal di putrajaya menjelang 2020
restoran wajib halal di putrajaya menjelang 2020 | Sumber: Berita Harian

“Sehingga kini, sebanyak 40 sijil halal dikeluarkan kepada peniaga yang diadakan secara kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya pada sidang media selepas mengadakan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan di Ayer @8 di sini, hari ini.

Operasi bertujuan memastikan premis menjual makanan mematuhi peruntukan Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2012.

Yang turut hadir, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Azizi Ahmad Termizi dan Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran PPj, Azman Ahmad.

Sebanyak lima premis diperiksa dengan 13 kompaun dan tiga notis amaran dikeluarkan kepada pemilik premis manakala satu premis diarah tutup kerana tidak mematuhi kebersihan.

Aminuddin berkata, bermula 2019, PPj akan mengadakan kempen kesedaran sijil halal dalam kalangan peniaga sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan.

Beliau berkata, kebanyakan premis dan pengguna termasuk pelancong luar negara memberi maklum balas positif terhadap pelaksanaan sijil halal terutama bagi mengelak kes keracunan makanan.

Dalam perkembangan lain mengulas penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam dan restoran yang dikuatkuasa kerajaan, Aminuddin berkata PPj akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan undang-undang itu.

“Dengan pelaksanaan sijil halal ini, PPj adalah antara pihak berkuasa tempatan yang terkehadapan di Wilayah Persekutuan selain Kuala Lumpur dan Labuan dalam melaksana penguatkuasaan ini,” katanya.

Sumber asal: BH

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment