PETALING JAYA , 31 MAC – Pihak jabatan kesihatan negeri Selangor hari ini telah mengeluarkan notis arahan penutupan sementara bahagian ‘Grocery’ atau runcit di sebuah pasaraya terkenal iaitu Pasaraya AEON yang berada di dalam Pusat Beli-Belah 1Utama.
Notis penutupan 14 hari itu berkuatkuasa hari ini berikutan video yang tular menunjukkan seekor tikus yang berada di bahagian rak kotak susu ditemui di pasaraya tersebut.
Penutupan ini adalah selaras dengan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 yang apabila didapati tidak mematuhi undang-undang kebersihan makanan, dibolehkan premis ditutup selama 14 hari atau sehingga kesalahan dibetulkan.
Video berdurasi 42 Saat yang telah tular boleh dilihat disini video tikus aeon 1Utama.
Oktober lalu, isu tikus juga menghantui syarikat Komugi Malaysia cawangan Mid Valley. Kini semua cawangan mereka telah menambahbaik mutu keselamatan makanan mereka dengan membungkus setiap roti yang terdapat di rak mereka.
Pelanggan Diminta Berhati-Hati
Oleh kerana bertambahnya isu tikus di nagara ini, adalah disarankan pengguna lebih berhati-hati semasa membeli.
Pastikan barangan yang dibeli di pasaraya di basuh dahulu di rumah sebelum guna lebih-lebih lagi bila beli di kedai runcit. Ini adalah kerana di setor penyimpanan kebiasaanya terdapat banyak tikus apabila Kawalan Makhluk Perosak tidak dijalankan dengan berkesan.
Sumber: Youtube, Freemalaysiatoday, MSN News
Add a comment