1,000 Lesen Food Truck Dikeluarkan Menjelang Tahun 2020

DBKL sasar keluarkan 1000 lesen food truck
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Usahawan food truck susah hati untuk berniaga kerana mereka sering terganggu dengan pegawai PBT yang mengganggu perniagaan mereka. Ini kerana trend food truck yang baru memasuki pasaran Malaysia naumn tiada permit atau lesen dikeluarkan oleh PBT. DBKL mendengar keluhan usahawan ini dan mengambil tindakan positif ini dengan mensasarkan 1000 lesen untuk diluluskan kepada usahawan food truck.

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira kira 1,000 lesen perniagaan kendera saji (trak makanan, food truck) dikeluarkan akhir tahun ini bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji.

food truck kuala lumpur
Usahawan Food Truck di Kuala Lumpur.

“Sekarang ini, kita sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana kita boleh atasi masalah yang dihadapi peniaga masa ini.

“Misalnya mendapat pinjaman dan sebagainya. Kita juga berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Food Truck (Kendera Saji) Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9).

Tengku Adnan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti lokasi untuk dijadikan pusat perniagaan kendera saji yang dilengkapi elektrik, air dan tempat pembuangan sampah.

“Sekarang ini mereka (peniaga) ada tempat-tempat statik, di kawasan parkir tertentu yang disediakan untuk mereka datang pada waktu makan tengah hari atau malam,” katanya.

Pada karnival itu, setiap usahawan menyediakan satu menu rakyat yang dijual dengan tawaran harga RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup warga kota.

Kredit: Astroawani

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Samsudin salleh
    July 5, 2020 at 3:17 PM

    Ada kah semua pbt negeri menyediakan/menyeluarkan lesen kepada pegendali

    • Charmaine Tan
      August 22, 2020 at 3:02 PM

      Hai En. Samsudin,

      Apa Khabar?

      Maklumat yang kami terima, bukan semua.

      Hanya PBT di bandar-bandar besar sahaja.

      Namun begitu ia akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut daerah kerana Foodtruck kini sudah menjadi trend peniaga dan penjaja.

      Ikhlas,
      Charmaine 🙂

Add a comment