Akhir-akhir ini, #tular berkenaan video ayam yang didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak hangat dikongsi oleh netizen di media sosial sehingga menimbulkan keresahan awam khususnya di kalangan pengguna Islam. Keresahan semakin parah apabila tertera logo #halal Malaysia pada plastik pembungkusan ayam.
Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ayam sembelihan ini pernah dibuat oleh JAKIM:-
(Penjelasan Berkenaan Tular Video Jualan Ayam di Tesco Setia Alam/Shah Alam Tidak Disembelih)
▶
(Penjelasan Isu Jualan Ayam Sembelihan di Econsave Tidak Disembelih)
▶
(Penjelasan Berkenaan Isu Pasaraya Jual Ayam Tidak Disembelih)
Tular ini berpunca dari salah faham awam berkenaan kesan head puller terhadap ayam sembelihan yang menampakkan seolah-olah ayam tidak disembelih menurut hukum syarak.
Salah faham ini juga disebabkan kurangnya kefahaman berkenaan realiti pemprosesan ayam di pusat penyembelihan yang menggunakan pelbagai fasiliti moden. Sudah pasti pemprosesannya berbeza dengan pengeluaran berskala kecil.
Kenali Head Puller dan Fungsinya:-
- Penarik kepala (head puller) dengan unit pemacu direka untuk mencabut kepala ayam, trakea dan esofagus setelah leher ayam sempurna disembelih.
- Dalam konteks pensijilan halal, sudah pasti kesemua syarat penyembelihan hendaklah dipatuhi berpandukan MS1500 : 2009.
- Ia dibina daripada bahan tahan karat (stainless steel) dan tahan asid. Head puller direka untuk operasi berterusan dalam sistem aliran pemprosesan penyembelihan unggas biasa terutamanya proses ayam dalam skala yang besar.
- Lazimnya, ia bertujuan sebagai proses tambah nilai kepada produk ayam terproses dan ada yang dikategorikan sebagai premium.
- Perlu difahami bahawa penggunaan head puller sebaik mungkin mengelakkan kehilangan kulit leher terlalu banyak serta memaksimumkan hasil akhir produk ayam yang disembelih.
- Situasi tersebut menyebabkan keadaan ayam sembelihan terproses tersebut seperti kulit lehernya tertarik panjang. Tambahan pula, sifat kulit adalah elastik.
- Hal ini sering membawa kekeliruan awam di mana produk ayam sembelihan kelihatan seperti tidak disembelih. Namun begitu, ayam atau unggas terproses yang mempunyai logo halal Malaysia telah melalui pemeriksaan yang ketat dari aspek syariah dan teknikal.
- Masyarakat awam dinasihatkan agar tidak terburu-buru menghukum sesuatu produk berlawanan dengan hakikat sebenarnya tanpa mempunyai maklumat yang tepat, penelitian yang mendalam dan pemahaman yang jelas mengenai sesuatu isu. Matlamat tidak menghalalkan cara.
- Untuk mengetahui rumah sembelihan ayam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myjakim.
Ketahui info-info halal semasa di:-
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
Pia
December 16, 2019 at 4:52 PMBrape Tesco byr JAKIM?
Add a comment