Pekerja Restoran Tidak Perlu Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
pekerja restoran tidak perlu hadir kursus
Kredit : poskod.my

Berikut merupakan pertanyaan yang diterima dari pengguna www.kursuspengendalianmakanan.com

Assalamualaikum WBT Tuan,

Saya akan membuka restoran di Cyberjaya pada hujung bulan ini.

Saya memerlukan Suntikan Typhoid dan sijil kursus pengendali makanan bagi tujuan permohonan permit PBT.

Adakah pekerja restoran saya perlu menghadiri kursus juga atau hanya saya sebagai pemilik restoran yang perlu hadir.

Jawapan:

Mengikut Akta Kebersihan Makanan 1983 – Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009, semua pengendali makanan diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta tersebut boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak melebihi RM 10,000.

Berdasarkan akta tersebut, jelas bahawa setiap pengendali makanan yang bersentuhan secara langsung mahupun tidak langsung wajib untuk menghadiri kursus ini dan mendapatkan suntikan typhoid.

Ramai pengusaha makanan yang masih tidak tahu akan syarat-syarat ini walaupun akta ini telah dikuatkuasa sedari tahun 1983. Peniaga juga menganggap bahawa Kursus dan Suntikan tersebut hanya merupakan syarat untuk mendapatkan permit PBT. Walhal implimentasi akta ini lebih tertumpu kepada pengendali makanan iaitu pekerja-pekerja restoran yang bersentuhan makanan secara langsung dan ia bertujuan mengawal sakit akibat keracunan makanan dan sakit taun.

Terdapat juga ramai di kalangan peniaga yang tahu akan peraturan ini namun tetap tidak mementingkan aspek ilmu kebersihan makanan ini kepada pekerja mereka. Ini adalah kerana pekerja-pekerja mereka sering bertukar ganti dan mereka menganggap tiada guna jika menghantar mereka berkursus jika 3 atau 4 bulan nanti mereka akan menghilangkan diri.

Pengusaha restoran perlu tahu bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melengkapi ilmu pengendalian makanan yang betul dan memberikan suntikan typhoid kepada pekerja mereka sebelum mereka mula bekerja di restoran.

Dengan ini, kebersihan makanan yang dijual di premis terjamin kebersihan dan adil kepada pelanggan kerana mereka membeli makanan di restoran bukan diberi percuma.

Bagaimana pandangan anda? pernah mengalami makanan yang dihidangkan basi atau terjumpa kaki lipas dalam makanan anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Mohd Huzaini
    March 13, 2019 at 1:27 AM

    As Salam tuan. Soalan saya:

    Adakah kursus pengendalian makanan bagi majikan/pekerja utk penjaja tepi jalan berbeza dengan kursus melibatkan bisnes restoran/warong? Soalan ni timbul sebab tempohari ada penguatkuasa Majlis menyatakan bahwa sijil kurus pengendalian makanan saya sediada tidak boleh digunapakai utk bisnes restoran/warong. Saya jadi bingung dan keliru sebab dulu masa mengambil kursus, saya tidak pula diberitahu ada perbezaan kursus utk 2 jenis bisnes ni.

    Harap dapat jawapan kepada isu ni. Terimakasih.

    • Admin
      March 18, 2019 at 2:40 AM

      Salam Sejahtera,

      Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.

      Kursus pengendalian makanan merupakan program yang dicipta oleh Bahagian Kesihatan & Keselamatan Makanan yang berada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

      Modul yang digunakan adalah merangkumi kepada semua pengendali makanan di Malaysia ini secara umumnya namun tidak terperinci kepada sesuatu industri.

      Jadi jawapan kami untuk kenyataan dari pegawai tersebut tidak benar. Kursus asas pengendali makanan bagi bisnes warong/restoran/penjaja/kilang/tadika adalah sama sahaja. Sijil yang diberi adalah sijil yang sama sahaja.

      Melainkan sijil yang tuan tunjukkan pada pegawai tersebut bukan merupakan Sijil kursus pengendali makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

      Mungkin sebab itu pegawai tersebut menyatakan yang demikian kerana menimbulkan keraguan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex

  • Charles
    September 13, 2018 at 9:41 AM

    Hi. Saya akan berniaga menjual minuman tin ketika satu outdoor event selama 3 hari sahaja. Tiada makanan, hanya minuman tin. Perlukan saya dan pekerja saya mendapatkan suntikan typhoid tersebut. Meminta pertolongan dari pihak admin untuk jelaskan. Sekian

    • Admin
      December 10, 2018 at 2:26 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Mengikut Akta Makanan 1983, anda perlu menghadiri kursus pengendalian makanan & Suntikan typhoid.

      Namun begitu untuk event seperti ini, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan pengelola event tersebut. Sekiranya perlu, maka anda perlu mendapatkannya, dan sekiranya tidak perlu makan pengelola event tersebut akan bertanggungjawab sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Shiziani Jedial
    March 20, 2018 at 12:01 PM

    Salam Sejahtera.
    Majikan perlu mengeluaran lesen kedai tetapi meminta pekerja untuk mengikuti kursus pengendalian makanan dengan syarat pekerja sendiri yang membayar kos dan bukan majikan yang tolong bayarkan. Adakah ianya adil dan adakah ianya tidak nampak seperti majikan mempergunakan pekerja supaya ia mendapat lesen kedai?… Sebagai pertanyaan sahaja.. Mohon pencerahan….

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:10 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Saya setuju dengan pendapat Tuan.

      Sepatutnya menjadi tanggungjawab Majikan untuk menyediakan Latihan pengendali makanan dan suntikan typhoid.

      Amalan seperti ini mengikut pengalaman kami sangat jarang berlaku namun ada juga majikan yang berkira-kira. 🙂

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • effa
    February 1, 2018 at 3:29 AM

    Assalamualaikum.. Purchasing Supervisor di bhgn hotel.. perlu ke mendapatkan suntikan typhoid & hadir kursus pengendalian makanan?

    • Admin
      February 6, 2018 at 1:35 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sekiranya berdasarkan nama jawatan iaitu purchasing supervisor, ia kelihatan tidak mengendalikan makanan.

      Namun begitu, ia bergantung kepada skop kerja yang tuan dipertanggungjawabkan.

      Pada pandangan saya, Tuan tidak perlu mendapatkan suntikan typhoid kerana tidak bersentuhan dengan makanan namun sekiranya Tuan memahami kebaikan Vaksin typhoid, adalah baik untuk Tuan mengambilnya.

      Kebaikan Suntikan typhoid ada diajar di dalam kursus Pengendalian Makanan dan ada element cara pemilihan bahan mentah yang diajar dalam modul tersebut yang saya rasa penting untuk Tuan ambil tahu.

      Sungguhpun Tuan tidak dikategorikan sebagai pengendali Makanan, Namun ilmu yang diajarkan di dalam kursus pengendali makanan dapat menambah ilmu Tuan dalam Industri F&B dan Suntikan typhoid pula bukan sekadar melindungi pelanggan daripada jangkitan virus dari tuan, malah ia melindungi Tuan dari menerima jangkitan dari orang lain.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Nor Haslili Abdul Alim
    January 23, 2016 at 1:57 PM

    Assalamualaikum!
    Saya ingin tahu lokasi kursus pengendalian makanan berdekatan dengan Sri Hartamas.

    • Admin
      March 29, 2016 at 2:21 AM

      Terima kasih.

      Sila rujuk laman direktori dan cari sekolah latihan pengendali makanan berdekatan anda.

  • Muhd Taufiq Abdullah
    October 21, 2015 at 12:13 PM

    Assalamualaikum. Saya sperti penama di atas ingin bertanya satu soalan berkenaan dengan suntikan typhoid. Saya sedia maklum bahawa suntikan typhoid hanya diberikan sekali setiap 3 tahun. Soalan saya, jika pengendali makanan disuntik dua kali suntikan tersebut dalam tempoh aktif, apakah kesan kepada pengendali makanan itu?

    • Admin
      October 21, 2015 at 4:07 PM

      Waalaikumsalam Tuan,

      Terima Kasih kerana bertanya.

      Soalan yang diajukan adalah menjangkaui posisi kami yang bukan dalam bidang perubatan. Walaupun secara umumnya ia tidak membahayakan kesihatan namun begitu adalah digalakkan Tuan mendapatkan nasihat pakar perubatan.

      Sila bawa rekod suntikan tuan seperti Surat pengesahan suntikan atau Kad suntikan apabila berjumpa dengan doktor dan minta nasihat pakar perubatan. Mereka adalah lebih layak untuk mengulas menganai soalan ini dan mereka akan bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan.

      Sekian semoga dapat membantu.

      Terima Kasih

Add a comment