KUALA LUMPUR, 25 Okt – Seorang wanita berbangsa cina terkedu seketika apabila menemui seekor tikus besar berada di atas susunan roti di atas tray yang baharu sahaja siap di bakar.
Wanita tersebut yang dikenali dengan ID Facebook Melon Roux berkunjung ke pasaraya terkenal Mid Valley Mega Mall bersama rakannya sememangnya peminat kepada roti keluaran jenama Komugi ini.
Komugi merupakan jenama pengeluar roti dan Pastri dari jepun yang telah mempunya lebih daripada 10 cawangan di seluruh Malaysia.
Semasa memasuki premis Komugi tersebut, rakannya menyebut “hollyshit” yang menyebabkan dia terkejut lalu terus bertanya kepada rakannya. Namun apa yang didapati menyebabkan dia terkedu dan dengan serta merta dia memulangkan semula beberapa roti yang telah diambilnya lalu melaporkan perkara tersebut kepada kakitangan Komugi tersebut.
Berikut merupakan luahan kesal Melon Rux di Facebook beliau:
Pihak Komugi Malaysia Memohon Maaf
Apabila dihubungi, pihak Komugi Malaysia memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan meningkatkan mutu kebersihan produk mereka.
Cawangan Komugi di Mid Valley ditutup sementara agar siasatan dapat dijalankan.
“Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.
Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.
Jenama komugi yang turut merupakan pemegang pensijilan halal jakim turut terkesan status pengensahan halalnya ekoran dari kejadian ini yang sememangnya melanggar garis panduan halal yang telah di tetapkan oleh Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia 2020.
Sumber: Malaysiakini, Astroawani
Add a comment