Cara Mohon Lesen Tapak Bazar Ramadhan 2016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

 

peniaga berebut semasa mohon tapak bazar ramadhan
Peniaga berebut semasa mohon tapak bazar ramadhan

Bulan Ramadhan menjelang tiba lagi pada tahun ini 2016 dan semestinya para peniaga pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan tapak niaga yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Manakan tidak, bulan ramadhan merupakan bulan yang paling banyak sekali rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam berbelanja baik untuk makanan mahupun pakaian.

Anehnya bulan Ramadhan seharusnya menjadi bulan menahan nafsu tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Atas faktor ini lah para peniaga mengaut untung yang berganda dari bulan-bulan yang lain. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengambil kesempatan memohon tapak Bazar Ramadhan di kawasan ‘panas’ hanya untuk menjualnya kembali dengan harga yang tidak masuk akal. Pernah di khabarkan suatu ketika dahulu tapak bazar di Jalan TAR dijual semula dengan harga RM30,000! mau tak bertinju macam dalam gambar diatas.

Nampak kan bagaimana bernilai sekiranya anda dapat tapak Bazar Ramadhan tahun ini ๐Ÿ™‚

Di sini kami bagi cara memohon lesen permit tapak bazaar Ramadhan kepada yang ingin memohon. Tapi diharapkan kalau dapat, berniagalah sendiri jangan dijualkan pula.

1) Salinan SSM Sah (Belum Tamat Tempoh)
2) 2 Keping Gambar Berukuran Paspot
3) Salinan Pengesahan Suntikan Typhoid ( Belum Tamat tempoh )
4) Sijil Kursus Pengendalian Makanan
5) Hadiri Taklimat di Majlis Perbandaran
6) Bayaran Sebanyak RM200 ( Berbeza mengikut Majlis )

Pastikan anda mendaftar juga mereka yang akan bekerja (staf-Staf) di gerai sebagai pembantu dan mereka perlu melakukan perkara 3,4,5 di atas.

Ini adalah panduan AM sahaja dan mungkin berbeza mengikut Majlis.

P/S: Tarikh permohonan lain-lain mengikut PBT, pastikan anda tanya-tanya sikit dengan kawan-kawan peniaga. Mereka pasti tahu

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Eyna
    August 8, 2018 at 10:55 AM

    Utk memohon lesen niaga di pasar mlm jln tar adakah sama seperti di atas.. masih ada lg ke kekosongan tapak.. mohon admin terangkan..t.ksh

    • Admin
      August 13, 2018 at 7:28 AM

      Salam Sejahtera Cik Eyna,

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Lesen bagi tapak niaga di jalan tar tidak sama seperti proses di atas yang pada pandangan kami sepatutnya sama.

      Jalan TAR merupakan tapak niaga idaman peniaga jalanan di mana trafik pelanggan sangat tinggi lebih-lebih lagi apabila menjelang Bulan Puasa

      Oleh yang demikian, proses mendapatkan tapak tersebut agak mencabar.

      Namun begitu, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan pergi dahulu di bahagian Permit & Perlesenan penjaja dan boleh bertanyakan kepada pegawai yang bertugas samada ada kekosongan bagi tapak di tempat tersebut.

      Sekiranya ada, boleh lah bertanyakan prosedur permohonannya.

      Sekiranya dapat nanti jangan lupa share maklumat di sini ya ๐Ÿ™‚

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Hafiz
    February 19, 2018 at 7:29 AM

    Saya nak start niaga di ampang dengan foodtruck je
    Apa prosedur saya perlu buat dulu.
    Lesen pernigaan? Ssm?

    • Admin
      May 21, 2018 at 4:24 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Lesen perniagaan SSM wajib didaftarkan dahulu.

      Kemudian dapatkan permit-permit berkaitan dengan food Truck.

      LAin PBT, lain pula lesennya.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Syalinah Najwa
    December 13, 2017 at 5:21 AM

    Kalau tapak bazaar ramadhan raja alang, kg baru ni nak mohon dimana ye? Sbb saya ada semua sijil2 kursus ni?

    • Admin
      January 24, 2018 at 12:23 PM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Untuk kawasan di kampung baru, sila rujuk DBKL atau rujuk sesetengah penganjur tapak bazaar.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

Add a comment