Kes Keracunan Makanan Di Malaysia
Dalam mengaut keuntungan menjalankan perniagaan makanan, kebanyakan daripada pengusaha cuai dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan premis makanan menyebabkan kejadian keracunan makanan. Kajian mendapati bahawa keracunan makanan adalah merupakan kesalahan pengendali makanan.
Ini boleh menyebabkan pengguna memakan makanan yang mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin yang akan bertindakbalas atau mengganggu sistem penghadaman. Di samping itu keracunan makanan juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan atau penggunaannya yang melebihi had yang dibenarkan.
Bahan pengawet yang tidak dapat pengesahan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek seperti menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah. Manakala kesan jangkamasa panjang pula boleh menjadi faktor penyumbang kepada kejadian kecacatan atau barah.
Mee Tikus Korban 13 Nyawa
Sebagai contoh, kes keracunan disebabkan oleh Loh Si Fan atau Mee Tikus telah mengorbankan seramai 13 orang yang berlaku pada 15 Oktober 1989 di Kampar, Teluk Intan, Tanjung Tualang dan Batu Gajah Perak. Kejadian ini berpunca akibat kecuaian oleh pengeluar makanan tersebut.
Pengendali Makanan Punca Utama Penyebab Keracunan Makanan
Pemeriksaan premis makanan oleh pihak berwajib menunjukkan bahawa ramai pengendali makanan tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Ming, daripada dua juta pengusaha makanan, hanya seramai 108,400 (5.4%) telah menjalani latihan dalam program keselamatan makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1996 (New Straits Times, 2002). Unit Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan telah menutup premis makanan sebanyak 2,630 pada tahun 2000 dan anggaran 2,000 pada tahun 2001 atas pelbagai kesalahan (New Straits Times, 2002).
Pengendali-pengendali makanan merupakan satu sumber utama yang menyebabkan kejadian keracunan makanan. Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami demam, mengidap cirit-birit, batuk dan kudis boleh memindahkan penyakit secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui udara dan sentuhan.
Masalah keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan boleh diatasi dengan mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau kebersihan makanan dan sanitasi, pengusaha-pengusaha makanan dan pengguna.
Arahan Penutupan Premis 14 Hari
Arahan penutupan premis selama 14 hari adalah disebabkan pegawai yang memeriksa premis tersebut mendapati bahawa restoran tersebut tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti syarat khusus restoran dan undang-undang kebersihan makanan. Ia dilakukan oleh pegawai PBT berdasarkan pilihan secara rawak atau berdasarkan aduan orang awam mengenai kualiti perkhidmatan sesuatu restoran.
Antara Kesalahan Pengendali Makanan Mesti Di Hindari
Terdapat banyak kesalahan pengendali makanan yang boleh menyebabkan arahan penutupan restoran dikeluarkan, antaranya ialah:
1) Lesen Perniagaan Yang Sah Dari Pihak Berkuasa Tempatan
Perniagaan yang didapati beroperasi tanpa mendapat lesen yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tindakan kompaun akan dikenakan bergantung kepada nilai yang ditetapkan oleh PBT daerah operasi premis anda tanpa sebarang notis.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khas di Malaysia ialah satu badan khas yang diberi peranan mentadbir satu kawasan khas sebagai kerajaan tempatan.
Sekiranya anda berada di Ipoh, Perak maka anda perlu berurusan dengan MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)
2) Semua Pengendali Makanan Hendaklah Mendapatkan Suntikan TY2 / Suntikan Typhoid
Suntikan typhoid mestilah diambil bagi semua pengendali makanan setiap 3 tahun dan wajib menyimpan bukti seperti kad suntikan atau surat pengensahan doktor. Suntikan Typhoid boleh didapati di klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan boleh disemak di SINI
3) Semua Pengendali Makanan Hendaklah Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.
Kursus Pengendalian Makanan wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan sekali seumur hidup dan perlu mengulang semula sekiranya didapati tidak mengamalkan amalan yang diajarkan didalam kursus. Sijil pengendali makanan boleh didapati dengan menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan di seluruh Malaysia. Lokasi SLPM boleh di dapati di SINI
4) Tandas Hendaklah Sentiasa Dalam Keadaan Bersih
Sabun disediakan secukupnya.
Pastikan jamban tidak tersumbat. Sekiranya terdapat kerosakan, pastikan di letakkan papan tanda sementara agar pengunjung sedia maklum dan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kerosakan tersebut.
Pastikan dilekatkan poster atau perekat 7 Langkah Basuh Tangan yang boleh diperolehi di PBT daerah dengan percuma.
5) Tong sampah Hendaklah Disediakan Dengan Bilangan Yang Mencukupi Dan Sentiasa Dalam Keadaan Bertutup
Tong sampah mecukupi, sesuai , mempunyai beg karung dan penutup yang sempurna.
Tong sampah berkeadaan bersih. Semua sisa makanan dimasukkan ke dalam karung (pelupusan di luar premis) Langkah-langkah kawalan terhadap Lilati (Lipas/Lalat/Tikus) diambil mencegah kehadirannya akibat dari pelupusan sampah/sisa makanan yang tidak sempurna
Amalan Baik Pengendali Makanan Menjamin Keselamatan Makanan
Makanan adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia. Seringkali kita didedahkan oleh media masa yang memaparkan kejadian kes-kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah, restoran dan kenduri. Oleh itu, diharapkan agar maklumat mengenai garis panduan kebersihan premis makanan dan restoran ini dapat membantu pelbagai pihak terutama pengendali makanan dan pengguna semasa mereka mengendalikan makanan atau membeli makanan di luar.
Adalah diharapkan agar pengusaha dan pengendali makanan mempunyai rasa tanggungjawap sosial kepada pengguna semasa menyediakan makanan bagi megelakkan daripada kejadian keracunan makanan.
Agensi yang bertanggungjawap seperti Bahagian Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis-Majlis Perbandaran mempunyai pelbagai kaedah tersendiri untuk memantau tahap kebersihan makanan dan sanitasi di premis menjual makanan dan restoran. Namun begitu, adalah mustahil bagi mereka untuk memantau keseluruhan rasetoran yang beribu jumlahnya di Malaysia ini. Oleh itu, kesedaran pengusaha restoran adalah amat penting bagi meningkatkan mutu kebersihan makanan di Malaysia.
Akhirnya, dengan kerjasama yang baik diantara agensi yang bertanggungjawab, pengusaha dan pengendali makanan dan pengguna diharapkan dapat mengatasi masalah keracunan makanan atau penyakit bawaan makanan demi kesejahteraan negara dan menyahut misi negara iaitu menuju kepada status Negara Maju dan Wawasan 2020.
……. Bukankah tajuk topik ini menyatakan 33? kenapa hanya 5??
AHA, untuk mengetahui keseluruhan 33 Kesalahan Pengendali Makanan ini, sila dapatkan ebook yang dikarang khusus buat pengunjung laman ini. Ia diberi percuma terhad kepada 1,000 unit sahaja sebelum dijual pada harga RM 47.00.
Dapatkan Segera!
faridah
July 10, 2017 at 8:08 AMboleh bagi ebook ,,thanks
Admin
August 19, 2017 at 7:20 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk mendapatkan ebook percuma, sila isi borang di bahagian kanan laman web ini http://kursuspengendalianmakanan.com/ .
anda akan terima pengesahan email. setelah itu, sila masukkan password yang diberikan.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Laila syahidah bt abdul rahim
September 7, 2016 at 9:15 PMVery good posting!
Easily to understand and i use this link as additional reference for my student esp
wan sabarudin wan ahmad
August 10, 2016 at 2:09 AMSatu usaha yang baik, tahniah
zaidah abd mutalib
January 26, 2016 at 9:14 AMmahu ebook percuma
Admin
March 29, 2016 at 2:21 AMEbook adalah oercuma, sila masukkan email anda ke ruangan disediakan dan cek email anda
evon
September 21, 2016 at 1:16 AMBoleh dapatkan ebook percuma?
von.sipain@gmail.com
Admin
October 6, 2016 at 8:57 AMYe boleh. Sila semak password di dalam email yang telah diterima dari kami
Sekian terima kasih
Crystal
October 7, 2016 at 10:44 AMEbook percuma
Noor Hawaty Mat
August 28, 2017 at 12:36 PMSalam..
Tn Admin
Saya memohon utk dptkan ebook percuma ini. Tksih
Admin
September 10, 2017 at 4:15 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.
Untuk mendapatkan ebook percuma ini, sila masukkan nama dan email anda ke dalam borang ebook seperti yang tertera di laman utama sebelah kanan di bawah gambar ebook ( desktop ). sekiranya anda menggunakan telefon, sila scroll di bahagian bawah.
Semoga mendapat pencerahan.
Sekian terima kasih,
Rex Fahri
Super Admin
Team Kursuspengendalianmakananmalaysia
Aida
October 31, 2016 at 12:39 PMTolong email ebook percuma
Admin
November 16, 2016 at 3:35 AMSelamat sejahtera,
Sila gunakan borang yang disediakan bagi memuat-turun ebook percuma.
Untuk makluman juga, Ebook ini akan dikeluarkan dari sistem tidak lama lagi kerana hampir mencapai kuota 1000 muat-turun percuma.
Ia akan digantikan dengan versi terbaru, dan bukan lagi percuma.
Jadi ambil peluang ini dengan memuat-turun ebook ini secara percuma selagi ia belum di gugurkan dari sistem 🙂
syaznie
November 18, 2016 at 4:01 AMnak ebook percuma
Admin
December 2, 2016 at 2:24 AMSalam Sejahtera!
Terima kasih kerana menggunakan portal Pengendali Makanan Malaysia yang pertama.
Sila dapatkan dengan mengisi borang yang disediakan, password untuk muat turun akan diemailkan.
Terima kasih!
SAUDAH BINTI SAAD
January 25, 2019 at 4:30 AMBELAJAR DAN TERUS BELAJAR
Admin
January 30, 2019 at 11:13 PMTerima kasih Puan Saudah,
Semoga panduan ini bermanfaat buat puan 🙂
Add a comment