Kursus Pengendalian Makanan Dan Suntikan Typhoid Malaysia

Kursus Pengendalian Makanan

Wajib Hadir Kursus Pengendali Makanan

Credit to www.saferfoodhandler.co.uk

Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan.

Individu yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengekalkan prosedur pengurusan keselamatan makanan dalam perniagaan berasaskan makanan haruslah menerima latihan yang secukupnya bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka.

Di Malaysia, adalah wajib bagi setiap pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 yang apabila gagal mematuhi peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Lokasi Kursus Pengendalian Makanan

Secara umum, semua Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan Kursus Pengendali Makanan namun begitu adalah lebih baik untuk hubungi jabatan tersebut untuk maklumat yang lebih lanjut. Kerajaan melalui kementeriannya iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah tegas dalam meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia dengan meningkatkan kualiti makanan yang berada di pasaran Malaysia. Oleh yang demikian, pelbagai langkah telah diambil dan peraturan-peraturan kebersihan makanan diperketatkan lagi demi mencapai tujuan tersebut. KKM telah menguatkuasakan peraturan dimana semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk menghadiri kursus pengendali makanan bagi memastikan pengendali makanan mendapat informasi dan pengetahuan yang tepat dalam pembuatan , mengendalikan dan menjual produk makanan mereka.

Sehubungan dengan langkah drastik KKM tersebut, KKM telah melantik dan mengiktiraf beberapa syarikat swasta untuk meringankan kerja-kerja dalam mendidik para pengendali makanan di seluruh Malaysia. Sebagai alternatif kepada kursus di Pihak Berkuasa Tempatan , terdapat lebih daripada seratus syarikat swasta yang berdaftar sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang turut menyediakan kursus tersebut dan layak untuk mengeluarkan sijil tamat kursus kepada pengendali makanan . Sila semak dimana tempat kursus yang berdekatan mengikut daerah Negeri di bawah.

Perkhidmatan khusus bagi pengendali makanan mengikut negeri:

Sila Pilih Negeri

Johor Perlis
Kedah Sabah
Kelantan Sarawak
Melaka Selangor
Negeri Sembilan Terengganu
Pahang WP Kuala Lumpur
Pulau Pinang WP Labuan
Perak WP Putrajaya

 

Dengarkan Versi Audio:

Suntikan Typhoid

Adalah wajib bagi semua pengendali makanan untuk mendapatkan suntikan pelalian demam kepialu 3 tahun sekali seperti yang tertera di dalam AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALA PENYAKIT BERJANGKIT 1988. Suntikan typhoid boleh didapati di mana-mana klinik swasta mahupun klinik kerajaan yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut.

Kursus Ulangan (Refreshment Course)

Bermula tahun 2009, Sijil yang diberikan setelah tamat kursus pengendalian makanan sah untuk selamanya. Namun begitu, sesetangah Pihak Berkuasa Tempatan mewajibkan pengendali makanan untuk menghadiri kursus setahun sekali bagi membolehkan mereka memperbaharui lesen perniagaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan di tempat anda.

Pensijilan Halal Malaysia

Bermula 1 Januari 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) yang boleh digunapakai dan diiktiraf. Ini adalah susulan daripada penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah diluluskan di dalam parlimen pada Julai 2011. Ini bermakna tiada lagi sijil halal swasta yang boleh digunapakai di Malaysia dan ia merupakan kesalahan sekiranya mana-mana pengusaha produk makanan mempamerkan logo halal selain dari yang dikeluarkan JAKIM.

Permohonan pensijilan halal JAKIM bagi pengusaha makanan hendaklah dibuat secara atas talian di laman web sistem MyeHalal yang disediakan bahagian Hub Halal JAKIM. Pemohon hendaklah memastikan bahawa semua dokumen-dokumen yang diperlukan disiapkan terlebih dahulu bagi memudahkan proses permohonan tersebut dan mematuhi syarat-syarat permohonan pensijilan Halal Malaysia. Di antara syarat-syarat dalam permohonan halal ialah semua pekerja yang mengendalikan makanan telah menerima suntikan pelalian typhoid dan telah menghadiri kursus kendalian makanan.

Pengiktirafan Halal JAKIM merupakan pengiktirafan yang memberikan nilai tambah kepada sesuatu produk makanan atau premis makanan kerana Standard yang dipakai JAKIM dalam memberi pengiktirafan telah diperakui seluruh dunia kerana Sistem pengiktirafan yang digunapakai oleh JAKIM adalah integrasi bersama GMP dan HACCP.