Skim Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

SKIM PENSIJILAN MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)

Pengenalan

Pada tahun 2012 Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia atau SK1M telah diberi penjenamaan semula kepada Skim Pensijilan “Makanan Selamat tanggungjawab Industi (MeSTI)”. Badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program tersebut ialah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan atau BKKM. BKKM merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan bagi pasaran domestik dan global adalah terjamin. Skim ini mampu menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan pembangunan industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan nilai pendapatan golongan EKS dan menyumbang kepada ekonomi dalam negara. Skim pensijilan MeSTI merupakan penambahbaikan daripada skim sebelumnya iaitu SK1M yang bertujuan memudahkan usahawan makanan terutamanya golongan kecil dan sederhana (EKS) demi memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Skim pensijilan MeSTIPihak pengusaha makanan akan dibimbing didalam program pensijilan MeSTI dalam membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum sijil pengiktirafan diberikan. Di dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan ini, pihak pengusaha perlu mengadakan satu sistem amalan terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Penekanan atau elemen-elemen penting yang diberi tumpuan dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan yang berkesan adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Pelaksanaan skim pensijilan MeSTI ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta dari aspek akses bantuan kewangan dan pemasaran. Antara agensi- agensi yang terlibat adalah Small and Medium Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama kerjasama pintar ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya.Sebagai tambahan, pengusaha makanan yang mengikuti Program MeSTI ini akan mendapat penilaian Competitive Rating Evaluation atau SCORE yang digunapakai oleh SME Corp untuk menklasifikasi rating sesebuah syarikat juga program bimbingan daripada SME Corp.

Selain daripada itu, skim pensijilan mesti juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan seperti FAMA dan Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM dan memudahkan pengusaha makanan mendapat kelulusan pengiktirafan Halal JAKIM.

Permohonan dan Bayaran Skim Pensijilan MeSTI

Permohonan Skim Pensijilan MeSTI hendaklah menggunakan borang khas yang disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berhampiran dengan premis. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kerana permohonan Skim Pensijilan MeSTI diberikan secara percuma.

Kebaikan Skim Pensijilan MeSTI

Antara manfaat yang diperolehi apabila menyertai program MeSTI adalah:

1) Memenuhi kriteria perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

2) Memudahkan proses permohonan Sijil Penjualan Bebas iaitu dalam tempoh satu (1) Hari TANPA dokumen tambahan.

3) Bimbingan pelabelan PERCUMA oleh KKM kepada EKS

4) Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah naungan SME Corp dan akses kepada bantuan kewangan.

5) Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan sebagainya.

6) Mendapat manfaat dari segi promosi.

7) Pelekat logo MeSTI percuma akan diberikan kepada enterpris yang berjaya mendapat sijil pengiktirafan buat kali pertama.

8) Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna dengan adanya pelekat logo MeSTI pada produk makanan tersebut.

Tempoh sah laku Pensijilan MeSTI adalah selama tiga (3) tahun dan pengusaha yang mendapat kelulusan Pensijilan MeSTI hendaklah mematuhi kepada garis panduan yang telah ditetapkan dan hendaklah membuat pembaharuan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh dari tarikh yang tertera di Sijil yang diberikan.

 

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • Comments are closed.