Latihan Pengendali Makanan bagi Sekolah Latihan Pengendalian makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Akreditasi Tenaga Pengajar Sekolah Latihan Pengendalian makanan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) telah diperkenalkan pada tahun 1998 berdasarkan kepada keperluan terhadap kualiti makanan yang tinggi dan mengurangkan penyakit berjangkit melalui makanan. Ia juga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendidik pengendali makanan mengenai kebersihan makanan. Oleh itu, program sedemikan diwujudkan dan diswastakan agar ia dikendalikan lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf.

Semua tenaga pengajar perlu lulus Ujian Saringan dan menjalani Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.Permohonan Pengiktirafan Baru Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Permohonan Kursus Tenaga Pengajar perlu menggunakan borang khusus seperti yang ditetapkan dalam garis panduan.

Sayarat Permohonan Tenaga Pengajar Pengendali Makanan

Syarat kelayakan untuk memohon sebagai tenaga pengajar adalah seperti berikut:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan

Atau

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Atau

  • Mempunyai Diploma Sains dan Teknologi Makanan dan sekurang-kurangnya dua(2) tahun pengalaman dalam  bidang kebersihan dan keselamatan makanan

Atau

  • Ijazah dalam bidang Sains Kesihatan, Kesihatan Persekitaran atau Sains Gunaan ( selain daripada Ijazah Sains dan Teknologi Makanan) dan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta telah mengikuti Kursus Jaminan Keselamatan dan Kualiti Makanan seperti GMP dan HACCP

Atau

  • Diploma dalam bidang Sains Kesihatan atau Sains Gunaan ( selain daripada Ijazah Sains dan Teknologi Makanan) dan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta telah mengikuti Kursus Jaminan Keselamatan dan Kualiti Makanan Seperti GMP dan HACCP

Keperluan permohonan, borang dan bayaran Pelatih Pengendalian Makanan

Terdapat 2 peringkat yang perlu dilalui pemohon sebelum layak untuk diiktiraf sebagai tenaga pengajar

Peringkat 1: Ujian Saringan

  • Pemohon perlu menduduki ujian saringan dengan menjawab 60 soalan objektif. Pemohon yang lulus ujian tersebut akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Wajib Tenaga Pengajar (KWTP).
  • Yuran sebanyak RM50 seorang dikenakan bagi menduduki ujian ini.
  • Sila bawa bersama
  1.     Salinan kad pengenalan
  2. Borang permohonan Pengiktirafan Tenaga Pengajar SLPM (KKM163/SLPM/TP09(i)/Pin.2/2013) ( Borang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Yang berkenaan atau Muat Turun )
  3. Sijil-sijil yang berkaitan
  4. Yuran RM50 dalam bentuk Bank Draft/Wang Pos/Kiriman Wang ke atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Peringkat 2: Kursus Wajib Tenaga Pengajar (KWTP)

  • Kursus ini merangkumi aspek komunikasi dan keselamatan makanan. Kursus ini meengambil tempoh masa selama 3 hari di tempat yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Yuran sebanyak RM 650 seorang dikenakan
  • Sila bawa bersama
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Borang permohonan Pengiktirafan Tenaga Pengajar SLPM (KKM163/SLPM/TP09(i)/Pin.2/2013) ( Borang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Yang berkenaan atau Muat Turun)
  3. Salinan surat lulus ujian saringan peringkat 1
  4. Yuran RM650 dalam bentuk Bank Draft/Wang Pos/Kiriman Wang ke atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Carta Aliran Permohonan Akreditasi Tenaga Pengajar SLPM

akreditasi tenaga pengajar sekolah latihan pengendali makanan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 3,
Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 WP Putrajaya, Malaysia.
Tel: +603-8883 3558
Faks: +603-8889 3815 / 3341

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • Comments are closed.