Pencemaran Silang Makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Pencemaran Silang dan Cara Mencegahnya

Apakah itu Pencemaran Silang?

pencemaran silangPencemaran silang atau “Cross Contamination” adalah merupakan pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari satu orang, objek atau tempat ke tempat lainnya. Ia berlaku apabila jus dari daging mentah atau kuman dari objek kotor menyentuh pada makanan yang siap dimasak atau makanan yang siap untuk dimakan. Mencegah pencemaran silang adalah faktor utama dalam mencegah penyakit bawaan makanan dengan mencegah penyebaran bakteria.

Mengapa ia merupakan sesuatu yang penting?

Sungguhpun tangan telah dibersihkan dengan cara yang betul dan sempurna, daging mentah, ayam, makanan laut, telur masih boleh menyebarkan bakteria penyebab penyakit kepada makanan yang siap untuk dimakan melainkan ia disimpan di tempat yang berasingan.

Teliti tip-tip yang diberikan untuk mencegah pencemaran silang

Gunakan papan pemotong dan piring yang berasingan bagi bahan mentah.

Meletakan makanan yang siap untuk dimakan di permukaan yang sama dengan daging mentah, ayam, makanan laut, telur boleh menyebarkan bakteria dan mendatangkan penyakit. Namun begitu mencegah pencemaran silang adalah sangat mudah.

  • Gunakan satu papan pemotong untuk hasil segar seperti sayur atau buahh dan satu papa pemotong yang berasingan bagi daging mentah, ayam dan makanan laut.
  • Gunakan pinggan yang berasingan dan perkakas untuk makanan yang dimasak dan mentah.
  • Sebelum menggunakan kembali papan pemotong atau pinggan yang digunakan untuk daging mentah, ayam, makanan laut dan telur, pastikan ianya dibersihakan dengan teliti terlebih dahulu.
  • Apabila terdapat terlalu banyak kesan calar pada papan pemotong yang menyukarkan untuk mencuci, penggantian kepada yang baru boleh dipertimbangkan.

Simpan daging, ayam, makanan laut, telur secara berasingan daripada barangan lain semasa di pasaraya.

Pastikan anda tidak mencemarkan makanan di dalam beg plastik semasa membeli di pasaraya dengan:

  • Mengasingkan daging mentah, ayam, daging dan telur daripada makanan lain di dalam troli beli-belah.
  • Pastikan daging mentah, ayam, makanan laut, dan telur di letakkan di dalam beg plastik yang berasingan daripada makanan dan produk barangan yang lain bagi mengelakkan air daripada barangan mentah tersebut terkena pada barangan lain.

Simpan daging, ayam, makanan laut dan telur berasingan daripada semua makanan lain dalam peti sejuk.

Bakteria mampu merebak di dalam peti sejuk jika air daging mentah, ayam, makanan laut dan telur terkena pada makanan sedia ada. Cara mengatasinya adalah begitu mudah:

  • Letakkan daging mentah, ayam, makanan laut di dalam bekas atau beg plastik yang tertutup bagi mengelakkan air dari bahan mentah tersebut dari menitis dan terkena pada makanan lain. Jika bahan mentah tersebut bukan untuk digunakan dalam masa terdekat, pastikan ianya diletakkan di tempat sejuk beku.
  •  Simpan telur di dalam kotak asal dan tempatkan ia di ruangan peti sejuk utama, bukan dibahagian pintu.

Keracunan makanan dapat dielakkan sekiranya cara mengendalikan makanan diamalkan dengan betul.

Dengarkan Versi audio:

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • Comments are closed.