Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Barikut merupakan isi kandungan daripada Akta 342 Undang-Undang Malaysia.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 342

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN

PENYAKIT BERJANGKIT 1988

BAHAGIAN I – PERMULAAN

Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.
2. Tafsiran.

BAHAGIAN II – PENTADBIRAN

3. Perlantikan pegawai-pegawai diberikuasa.
4. Pembatasan liabiliti
5. Bantuan polis, dll.

BAHAGIAN III – PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT

6. Pengisytiharan kawasan jengkitan.
7. Memasuki an memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu
8. Masa pemeriksaan.
9. Membawa masuk atau membawa keluar mayat dan organisma atau bahan patogenik.

BAHAGIAN IV – MENGAWAL MEREBAK PENYAKIT BERJANGKIT

10. Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
11. Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

Suatu akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, dan adalah terpakai di seluruh Malaysia.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini, atau peruntukan peruntukan yang berlainan di dalamnya, di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“barang” ertinya apa-apa benda alih tak bernyawa, termasuk makanan dan dadah dan termasuklah juga lengkapan dan lekapan;

“berinfentasi” ertinya berinfentasi dengan rodensia atau serangga berbahaya;

“imunisasi” ertinya pemasukan antigen-antigen atau antibodi-antibodi tertentu ke dalam tubuh manusia dengan tujuan memberikan imuniti terhadap penyakit yang berkenaan, dan termasuklah vaksinasi;

“inspektor kesihatan” ertinya mana-mana inspektor kesihatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;

“jangkitan” ertinya kemasukan agen-agen penyakit berjangkit ke dalam benda-benda bernyawa dan pembiakan dalam benda-benda bernyawa;

“kapal” termasuklah apa-apa vesel yang digunakan dalam pelayaran mengikut jalan air;

“kecemaran” ertinya wujudnya agen-agen penyakit berjangkit pada permukaan atau dalam benda-benda tak bernyawa atau pada permukaan tubuh benda-benda bernyawa;

“kenderaan” termasuklah kapal, pesawat udara, keretapi, kenderaan jalan raya dan apaapa alat pengangkutan lain;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan;

“komander” ertinya orang yang sedang mengetuai sesuatu pesawat udara atau kapal;

“kontak” ertinya mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit berjangkit, termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan;

“lapangan terbang” ertinya mana-mana kawasan darat, air atau ruang yang direkabentuk, dilengkapkan, diuntukkan atau lazimnya digunakan untuk memberikan kemudahan bagi pesawat udara berlepas dan mendarat dan termasuklah bumbung sesuatu bangunan yang direkabentuk, dilengkapi atau diuntukkan untuk memberikan kemudahan bagi pesawat udara untuk berlepas dan mendarat;

“makanan” termasuklah apa-apa bahan yang dimakan oleh manusia atau binatang atau apa-apa bahan yang digunakan dalam komposisi atau penyediaan mana-mana bahan sedemikian, dan termasuklah juga perisa dan rencahnya, tetapi tidak termasuk dadah;

“membasmi kuman” ertinya memusnahkan atau menghapuskan agen-agen penyakit

“membasmi serangga” ertinya operasi di mana langkah-langkah diambil untuk membunuh serangga-serangga berbahaya;

“membasmi tikus” ertinya menjadikan bebas daripada rodensia;

“organisma atau bahan patogenik” termasuklah-
(a) apa-apa binatang;
(b) apa-apa serangga berbahaya;
(c) apa-apa kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup;
(d) kultura apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau
(e) hasil apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus, yang berupaya menyebabkan apaapa penyakit berjangkit;

“pegawai diberikuasa” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan, mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 3;

“Pegawai Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan tugastugas Pegawai Kesihatan dalam mana-mana kawasan, daerah, atau kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk had lapangan terbang dan pelabuhannya, dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Perubatan dan kesihatan negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya;

“pelabuhan” ertinya pelabuhan laut atau pelabuhan pelayaran pedalaman yang biasanya dikunjungi oleh kapal-kapal;

“pemerhatian” ertinya penyesihan mana-mana kontak atau orang yang disyaki mengidap apa-apa penyakit berjangkit bagi maksud menentukan sama ada dia mengidap penyakit berjangkit atau tidak, dan termasuklah rawatan orang itu;

“pengamal perubatan” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971;

“Pengasingan” apabila dipakai bagi seseorang atau sekumpulan orang ertinya memisahkan orang itu atau kumpulan orang itu daripada orang-orang lain, kecuali kakitangan yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pengasingan orang-orang yang tersebut, mengikut apa-apa cara untuk mencegah merebaknya jangkitan itu, dan termasuklah rawatan orang itu atau kumpulan orang itu;

“pengawasan” ertinya pengenaan mana-mana orang yang tidak diasingkan kepada pemeriksaan atau siasatan berkala bagi maksud menentukan keadaan kesihatannya dan kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh pegawai diberikuasa bagi maksud itu;

“penyakit berjangkit” ertinya apa-apa penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diteripakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

“pesawat udara” termasuklah tiap-tiap jenis pesawat yang digunakan dalam penerbangan mengikut jalan udara;

“premis” termasuklah apa-apa struktur, kekal atau selainnya, tanah di mana struktur itu terletak, dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengannya, dan termasuk juga mana-mana jalan, kawasan lapang atau kenderaan;

“rawatan” termasuk segala perbuatan dan prosedur yang perlu bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit;

“rumah tumpangan” termasuklah-
(a) hostel;
(b) asrama; atau
(c) mana-mana institusi tempat berlindung atau tempat berehat bagi orang-orang yang memerlukan jagaan;

“serangga berbahaya” ertinya apa-apa artropod yang membawa atau menyebabkan, atau berupaya membawa atau menyebabkan, apa-apa penyakit berjangkit, dan termasuklah telur, larva dan kepompong artropod itu;

“stesen kuarantin” ertinya mana-mana tempat di mana pengasingan atau pemerhatian dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin;

“wabak” ertinya kerebakan sesuatu penyakit dengan bertambahnya kes-kes dalam sesuatu kawasan;

(2) Apa-apa sebutan mengenai “lapangan terbang” atau “pelabuhan” termasuklah sebutan mengenai apa-apa struktur, yang kekal atau selainnya, di dalam had lapangan terbang atau pelabuhan itu.

3. (1) Menteri boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi pegawai diberikuasa bagi maksud-maksud Akta ini.

(2) Seseorang pegawai diberikuasa, apabila bertindak dalam bidang kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Kesiksaan.

(3) Seseorang pegawai diberikuasa hendaklah memelihara kerahsiaan segala perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam melaksanakan tugas-tugas rasminya di bawah Akta ini dan tidak boleh menyampaikan apa-apa perkara itu kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(4) Seseorang pegawai diberikuasa yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen

(3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.

4. (1) Tiada apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana pegawai diberikuasa bagi maksud melaksanakan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya boleh menyebabkan pegawai diberikuasa itu bertanggungan sendiri terhadap apa-apa jua pun tindakan, liabiliti, tuntutan atau kehendak.

(2) Subseksyan (1) adalah terpakai bagi mana-mana pegawai yang bertindak di bawah seksyan 5.

5. Pegawai-pegawai polis, kastam dan imegresen dan pegawai-pegawai dari jabatanjabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diminta oleh mana-mana pegawai diberikuasa bagi maksud membolahkannya menjalankan kuasa-kuasa yang diletakhakkan padanya oleh Akta ini atau peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini.

BAHAGIAN III

PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT

6. (1) Bilamana pemberitahuan diterima di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa bahawa terdapat suatu kawasan jangkitan di luar Malaysia, Menteri boleh melalui perintah dalam Warta mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan jangkitan bagi maksud Akta ini.

(2) Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyan (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan lain di luar Malaysia sebagai kawasan jangkitan.

(3) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mencegah kemasukan apa-apa penyakit berjangkit dari sesuatu kawasan jangkitan.

7. (1) Seseorang pegawai diberikuasa boleh-

(a) memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia;

(b) membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana-mana kenderaan sedemikian; dan

(c)mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.

(2) Seseorang pegawai diberikuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana bahagian sesuatu kenderaan yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah tercemar atau berinfentasi dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus sehingga pegawai itu berpuas hati.

(3) Jika semasa dia membuat pemeriksaan perubatan di bawah subseksyen(1) seseorang pegawai diberikuasa mendapati atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang telah dijangkiti atau adalah seorang kontak, dia boleh memerintahkan supaya orang itu-

(a) dipindahkan ke suatu stesen kuarantin dan ditahan di sana bagi pengasingan atau pemerhatian; dan

(b) diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.

8. (1)Pemeriksaan-pemeriksaan di bawah seksyan 7 hendaklah dijalankan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkan oleh seseorang pegawai diberikuasa; dan pemunya mana-mana kenderaan, atau ejennya atau perkhidmatnya, hendaklah membuat apa-apa persiapan yang dikehendaki oleh pegawai diberikuasa itu supaya pemeriksaan itu dilakukan.

(2) Pemunya mana-mana kenderaan, atau ejennya atau operkhidmatnya, yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

9. (1) Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya membawa masuk ke dalam Malaysia atau membawa keluar dari Malaysia-

(a) apa-apa mayat, tisu manusia atau apa-apa bahagiannya;atau

(b) apa-apa organisma atau bahan patogenik atau apa-apa bahagiannya, kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalan melakukan suatu kesalahan.

(3) Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah dengan disedarinya membawa masuk atau membawa keluar mayat, tisu manusia, atau apa-apa bahagiannya atau organisma atau bahan patogenik itu atau apa-apa bahagiannya sehingga dibuktikan sebaliknya.

BAHAGIAN IV

MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT

10. (1) Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, dan tiap-tiap orang yang menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang yang mengidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu, memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hamper atau memberitahu ketua kampong yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.

(2) Tiap-Tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit itu kepada Pegawai \kesihatan yang paling hamper, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, dalam boring yang ditetapkan oleh peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3) Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hamper, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah tumpangan itu mengidap
atau telah mati akibat penyakit berjangkit.

(4) Mana-mana pegawai polis atau ketua kampong yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.

(5) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(6) Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk percaya bahawa sustu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu pnyakit berjangkit wujud.

11. (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa suatu penyakit berjangkit telah bermula di mana-mana kawasan di Malaysia, atau bahawa mana-mana kawasan diancam oleh wabak apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan tempatan jangkitan.

(2) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan lanhkah-langkah yang hendak diambil untuk mengawal atau mencegah merebaknya apa-apa penyakit berjangkit di dalam atau dari sesuatu kawasan tempatan jangkitan.

(3) Selama berkuatkuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberikuasa mengarahkan supaya mana-mana orang atau golongan atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka-

(a) dirawat atau diimunisasi;

(b) diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau

(c) dikenakan apa-apa langkah lain sebagai mana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberikuasa untuk mengawal penyakit itu.

(4) Adalah sah bagi seseorang pegawai diberikuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) dipatuhi.

(5) Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan.

12. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia mengidap sesuatu penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang-orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau manamana tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang-orang selain daripada anggota-anggota keluarga atau rumahnya sendiri.

(2) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia mengidap mana-mana penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit itu.

(3) mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya ditempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan perubatan.

13. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa manamana barang telah tercemar atau bahawa mana-mana binatang telah dijangkiti atau tercemar boleh memberikan, meminjamkan, menjual, menghantar, menggunakan atau mendedahkan barang atau binatang itu tanpa pembasmian kuman terlebih dahulu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menghantar, dengan langkah-langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, apa-apa barang atau binatang supaya barang atau binatang itu dibasmi kuman.

14. Seseorang pegawai diberikuasa boleh menyebabkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh menahan orang itu di stesen itu sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

15. (1) Seseorang pegawai diberikuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

(2) Bagi maksud-maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberikuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.

16. Bilamana seseorang pegawai diberikuasa mengesyaki bahawa seseorang telah mati akibat suatu penyakit berjangkit, dia boleh memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu.

17. (1) Jika-

(a) seseorang telah mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu penyakit berjangkit;

(b) seseorang pegawai diberikuasa telah memberikan arahan-arahan bagaimana mayat orang itu akan dikebumikan atau dibakar, maka tiada seorang pun boleh mengebumikan atau membakar mayat itu selain daripada mengikut arahan-arahan pegawai diberikuasa itu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

18. (1) Jika seseorang pegawai diberikuasa mempunyai sebab untuk percaya bahawa telah ada seseorang yamg mengidap penyakit berjangkit di mana-mana premis, atau bahawa di mana-mana premis terdapat keadaan yang mungkin menyebabkan bermulanya atau merebaknya apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh melakukan mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a) memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika orang itu mengidap atau telah mengidap sesuatu penyakit berjangkit;

(b) memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkaitan;

(c) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus;

(d) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus dengan sempurnanya;

(e) memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnya, memerintahkan pemusnahannya; dan

(f) melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

(2) Seseorang pegawai diberikuasa boleh memasuki mana-mana premis pada bilabila masa bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).

19. (1) Seseorang Pegawai Kesihatan boleh memerintahkan pemusnahan apa-apa struktur di mana suatu kes penyakit berjangkit telah berlaku jika struktur itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya.

(2) Pegawai Kesihatan itu hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah tiap-tiap perintah di bawah subseksyen (1).

20. (1) Jika seseorang pegawai diberikuasa berpuas hati bahawa terdapat atau telah terdapat suatu kes penyakit berjangkit di mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat demikian, pegawai diberikuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang manamana orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian atau mana-mana bahagiannya tanpa perakuan bertulis pegawai diberikuasa yang memperakui bahawa bangunan sedemikian, atau mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya-

(a) Telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberikuasa itu berpuas hati; atau

(b) Tidak perlu dibasmi kuman, Mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah tumpangan sebagai penginap berbayar.

21. Jika seseorang pegawai diberikuasa berpuas hati bahawa sesuatu kenderaan telah digunakan untuk membawa seseorang yang mengidap penyakit berjangkit, pegawai diberikuasa itu boleh menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman.

BAHAGIAN V

KESALAHAN DAN PENALTI

22. Mana-mana orang yang-

(a) menghalang atau menggendalakan, atau membantu menghalang atau menggendalakan, mana-mana pegawai diberikuasa dalam melaksanakan kewajipannya;

(b) tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberikuasa;

(c) enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahAkta ini, atau;

(d) apabila dikehendaki memberikan maklumat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, memberikan maklumat palsu, adalah melakukan suatu kesalahan.

23. Mana-mana pegawai diberikuasa boleh hadir di mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan-

(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(b) Berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(c) Berkenaan dengan kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi 200 ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

25. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya bagi maksud ini secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai boleh dikompaun dengan mendapatkan daripada pesalah itu
sejumlah wang yang tidak melebihi 1000 ringgit.

26. (1) bilamana Ketua Pengarah berpendapat adalah perlu bagi melaksanakan manamana peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai diberikuasa merekuisisi sementara mana-mana premis selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah.

(2) jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), premis itu hendaklah dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dikembalikan kepada pemunyanya.

(3) jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), pemunyanya hendaklah dibayar pampasan yang dipersetujui di antara pemunya itu dengan Ketua Pengarah atau, jika tiada persetujuan, yang diputuskan melalui timbang tara menurut peruntukan-peruntukan Akta Timbangtara 1952.

27. (1) tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain yang diberikan di bawah akta ini, seseorang pegawai diberikuasa boleh menyita apa-apa barang yang telah atau mungkin telah tercemar, atau yang mengandungi atau berupa sebagai mengandungi apa-apa organisma atau bahan patogenik, dan boleh menyita apa-apa binatang yang telah atau mungkin telah dijangkiti atau tercemar.

(2) jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan bersetuju secara bertulis supaya barang atau binatang tiu dimusnahkan, maka barang atau binatang itu boleh dimusnahkan atau dilupuskan selainnya sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai diberikuasa itu.

(3) jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang di dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan tidak bersetuju barang atau binatang itu dimusnahkan, maka pegawai diberikuasa itu hendaklah memohon kepada Majistret untuk mendapatkan perintah bagi pelupusan barang atau binatang itu dan Majistret boleh membuat perintah yang difikirkannya patut, termasuk perintah pemusnahan barang atau binatang itu, walaupun tiada sesiapa telah dipertuduh atau disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitang dengan barang atau binatang itu.

28. (1) Kerajaan boleh mendapatkan daripada pemunya mana-mana kenderaan, atau daripada agen atau pengkhidmatnya, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi kesemua atau mana-mana- yang berikut;

(a) pemindahan, layanan perubatan dan penyaraan mana-mana orang yang atau yang disyaki mengidap sesustu penyakit berjangkit dan yang dipindahkan ke mana-mana hospital atau tempat dari kenderaan itu untuk rawatan perubatan atau untuk pengasingan atau pemerhatian.

(b) Pengebumian atau pembakaran mana-mana orang yang mati akibat penyakit berjangkit di dalam kenderaan itu, atau yang mati akibat penyakit berjangkit selepas dipindahkan ke hospital dari kenderaan itu.

(c) Pembersihan, pembasmian serangga, pembasmian kuman dan pembasmian tikus kenderaan itu atau mana-mana bahagiannya.

(d) Pelupusan barang-barang yang tercemar atau binatang-binatang yang dijangkiti atau tercemar di dalam kenderaan itu.

(2) apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan melalui prosiding sivil sebagai hutang kena dibayar kepada Kerajaan.

29. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan;

(a) mana-mana orang atau golongan orang

(b) Mana-mana barang

(c) Mana-mana kenderaan

(d) Mana-mana mayat, tisu manusia atau bahagiannya

(e) Mana-mana binatang

(f) Mana-mana organisma atau bahan patogenik daripada kuatkuasa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh, pada membuat perintah di bawah subseksyen (1) mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

30. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah dalam Warta memotong mana-mana peruntukan atau menambah, mengubah atau meminda peruntukanperuntukan Jadual Pertama.

31. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Malaysia, termasuk lapangan terbang, pelabuhan, perairan pantai dan sempadan daratnya, bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasa yang diberikan ileh subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perakara yang berikut:

(a) menubuhkan dan menyenggara kemudahan-kemudahan di adart atau di laut atau di sempadan bersama wilayah berdampingan supaya langkah-langkah kesihatan dikenakan kepada lalulintas tempatan dan antarabangsa.

(b) Mengawalselia kemasukan dan pergerakan mana-mana kenderaan dan menetapkan langkah-langkah yang kepadanya kenderaan itu akan tertakluk, untuk mencegah bermulanya penyakit berjangkit

(c) Mengawalselia:

(i) kemasukan orang-orang ke dalam Malaysia, pergerakan mereka di dalam dan keberakatan mereka dari Malaysia

(ii) pengimportan dan pengeksportan barang-barang

(iii) pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusai atau mana-mana bahagiannya

(iv) pengimportan dan pengeksportan organisma dan bahan patogenik

(d) mengawalselia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia

(e) mengawalselia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang masuk di Malaysia

(f) tugas-tugas yang dikehendaki dilaksanakan oleh komander dan orang-orang lain yang berada atau telah berada di atas mana-mana kenderaan, atau mereka yang berhasrat untuk menaiki kenderaan itu, untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit merebak;

(g) mengawalselia standard kebersihan yang dikehendaki bagi pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan sekelilingnya dan standard kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat-tempat itu;

(h) mengawalselia prosedur kuarantin dan pengurusan stesen kuarantin;

(i) penahanan, pengasingan dan pemerhatian di sesuatu stesen akan orang-orang yang mengidap atau disyaki mengidap sesuatu penyakit berjangkit;

(j) mengawalselia pencucian dan pembasmian kuman premis-

(i) di mana telah terdapat suatu kes atau disyaki terdapat suatu kes penyakit berjangkit; atau

(ii) yang disyaki tercemar dengan agen-agen penyakit berjangkit;

(k) mengawalselia pemindahan dan pembasmian kuman atau pemusnahan barang-barang yang telah atau disyaki tercemar dengan agen-agen penyakit berjangkit

(l) mencegah dan mengawal merebaknya jangkitan melalui serangga, rodensia atau binatang-binatang lain;

(m) menetapkan standard kebersihan dan kemudahan-kemudahan kebersihan bagi premis;

(n) memeriksa premis-premis dan barang-barang di dalamnya;

(o) mengumpulkan dan menyampaikan maklumat epidemiologi dan kesihatan dan laporan wajib mengenai penyakit berjangkit;

(p) menetapkan fee-fee yang akan dibayar di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(q) pembayaran kepada Kerajaan apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang-orang yang dipindahkan ke hospital-hospital atau stesen-stesen kuarantin;

(r) menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi pengkompaun;

(s) menetapkan borang-borang yang akan digunakan di bawah Akta inidan peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(t) apa-apa perkara lain yang ada pendapat Menteri adalah wajar bagi pencegahan atau pengurangan penyakit-penyakit berjangkit.

32. Enakmen Pesakit Kusta bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dipinda dengan memansuhkan seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 10, subseksyen (iv) seksyen 11, seksyen 12, subseksyen (ii) seksyen 13, seksyen 14, 15, 17, 19, 21 dan 24 dan Jadual kepada Enakmen itu.

33. (1) Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua sadalah dimansuhkan.

(2) Pemansuhan ini tidaklah menyentuh apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan wajar atau apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau ditanggung di bawah undang-undang bertulis itu; dan khususnya (tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu) apa-apa perjanjian, perlantikan, kelulusan, jawatan, notis atau pengiktirafan yang dibuat atau diberikan di bawah undang-undang bertulis itu hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.

JADUAL PERTAMA

( Seksyen 2 )

PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT

BAHAGIAN 1

1. Batuk Kokol.
2. Campak.
3. Chancroid.
4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah.
5. Demam Kuning.
6. Difteria
7. Disenteri (semua jenis)
8. Jangkitan Gonococcal (semua jenis)
9. Keracunan Makanan
10. Kolera
11. Kusta
12. Malaria.
13. Plague
14. Poliomielitis ( Akut )
15. Rabies
16. Relapsing Fever
17. Sifilis ( Semua Jenis )
18. Tetanus ( semua jenis )
19. Tifoid dan Salmonoloses lain.
20. Tifus dan Ricketsioses lain.
21. Tuberkulosis ( semua jenis )
22. Viral Ensefalitis
23. Viral Hepatitis

BAHAGIAN II

Human Immunodeficiency Virus Infection ( semua jenis )

JADUAL KEDUA

( seksyen 33 )

PEMANSUHAN

( 1 ) ( 2 )
Nombor Tajuk ringkas
N.M.B. Bab 185 Enakmen Kuarantin
N.M.B. Bab 186 Enakmen Pencegahan Penyakit
N.M.B. Bab 187 Enakmen Tanam Cacar
N.N.S. Ord. 52/1939 Ordinan Kuarantin dan Pencegahan
Penyakit 1939
N.N.S. Bab 194 Ordinan Pesakit Kusta
P.T.M. Ord. 56/1950 Ordinan Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit ( pemakaian
bagi Kedah ) 1950
Johor En. No. 9 Enakmen Tanam Cacar
Johor En. No. 122 Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit
Kedah En. No. 124 Undang-Undang No.124 (Colek Ketumbuh)
Kelantan En. 10/1935 Enakmen Pesakit Kusta
Kelantan En. 5/1939 Enakmen Pencegahan Penyakit
Perlis En. 4/1346 Undang-Undang Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1346
Perlis En. 1/1345 Undang-Undang Kuarantin Padang Besar 1345
Trengganu En. 6/1356 (Disemak Bab 84) Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit
Akta 52 Akta Pembasmi Malaria 1971.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • Comments are closed.