Salah Faham Pengharaman Penggunaan Straw Bermula Januari 2019

no more straw
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Bermula 1 Januari 2019, penggunaan penyedut minuman plastik atau sering kita panggil ‘straw’ diharamkan di semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik dan memulihara alam sekitar.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, tempoh mendidik masyarakat, terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.

Dan berikutan pengunguman tersebut maka ramai sekali netizen yang membantah dan menyatakn ketidaksetujuan mereka terhadap larangan ini dan menganggap ianya satu tindakan yang terburu-buru dan tidak masuk akal.

“Kalau takde straw, habis nak minum pakai apa? kalau minum pakai cawan takpe lagi, kalau tapau bungkus atau pakai cawan kertas bertutup? – Komen salah seorang pengguna facebook.

Haram bagi penggunaan Straw plastik sahaja

Ramai sekali yang tidak membaca betul-betul kenyataan yang dikeluarkan.

Pengharaman penggunaan adalah untuk straw jenis plastik sahaja dan bukannya jenis lain.

Ini adalah disebabkan tular video pencemaran alam yang disebabkan oleh lastik di lama sosial yang mengakibatkan hidupan di laut terseksa dan ada yang mati disebabkan tersangkut barangan plastik terutama beg plastik dan straw.

Pakai straw tak sampai 20 minit, tapi 200 tahun kemudian pun plastik tetap tidak lupus kerana plastik adalah bahan yang tidak boleh lupus.

 

 

 

 

 

 

Alternatif lain selain penyedut minuman plastik

Terdapat banyak alternatif lain yang ada sebagai penggati kepada straw plastik yang terdapat di pasaran sekarang, namun harganya mungkin lebih sedikit dari straw sedia ada.

Ini adalah kerana penggunaannya belum meluas.

Saya yakin sekiranya penggunaanya sudah meluas dan ramai yang menyokong tindakan ini, pastinya pengimport akan membawa masuk lebih banyak dan harganya pasti akan menjadi lebih rendah dan kompetetif dengan straw konventional.

Straw kertas

Straw Kertas – foto kredit google

Kertas merupakan alternatif yang paling baik kerana ia mudah dilupuskan dan tidak mencemarkan persekitaran. Ia juga mudah untuk dikitarkan semula.

Namun begitu straw kertas yang ada di pasaran sekarang hanya mampu bertahan sekitar 4-5 jam sahaja. Ia tidak mendatangkan masalah melainkan anda jenis kaki lepak mamak dari maghrib sampai isyak.

Penyedut Silikon

Straw Jenis Silikon – Foto kredit google

Terdapat juga straw yang dibuat dari silicon. Ia boleh dipakai semula dan lebih selamat daripada plastik.

kekurangannya adalah dari segi kebersihan kerana ia perlu dibersihkan dengan teliti terutama di bahagian dalam corong straw.

Penyedut Besi

Straw Besi – Foto kredit Google

Penyedut besi ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan di eropah namun penggunaannya sangat terhad kepada golongan pencinta alam. Namun begitu apabila tular kisah-kisah hidupan laut yang terancam dengan penggunaan plastik, ramai yang makin sedar penggunaan straw plastik perlu dikurangkan.

Kekurangan kepada straw jenis besi ini adalah berkenaan kebersihan kerana corong yang kecil tersebut perlu dibersihkan dengan teliti menggunakan berus kecil khas.

Kalau kedai makan di Malaysia pakai, cukup rajin ke mereka nak basuh straw ni?

Paling-paling rendam dan bilas sahaja…

Straw Buluh

Straw Buluh – Foto Kredit Nook Cafe

Nook Cafe yang terletak di bandar Kota Kinabalu, Sabah antara yang telah menggunakan penyedut minuman jenis buluh antara inisiatif meraka untuk mengurangkan pencemaran alam.

Straw buluh ini boleh dipakai semula namun perlu di ambil berat bahagian kebersihan kerana buluh merupakan jenis yang menyerap air dan mempunyai ruang halus di dalamnya.

sekiranya ya tidak dibersihkan dengan betul, bakteri akan terperangkan di dalam buluh tersebut dan pemakaian yang berulang akan mengakibatkan keracunan makanan.

Namun begitu, syabas diucapkan kepada Nook Cafe di atas inisiatif sendiri, tidak perlu tunggu kerajaan bersuara mereka dah buat dulu!

Kesimpulan

Apa-apa pun larangan penggunaan straw plastik ini akan mula pada Januari 2019 dan akan berkuatkuasa undang-undang sepenuhnya pada 2020.

Jadi masih ada lebih kurang setahun untuk peniaga-peniaga mencari alternatif kepada penggunaan straw yang pada kami adalah adil dan tindakan yang bagus.

 

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • william karim
    December 1, 2018 at 12:20 PM

    Setuju , tetapi jgn di buatkan politik bisness dan ini mesti di kerluar kan oleh satu kilang di lantik

    • Admin
      December 10, 2018 at 1:51 AM

      Salam Sejahtera Tuan,

      Terima kasih kerana komen yang diberikan.

      Semoga ia tidak seperti itu 🙂

      Ikhlas,

      Rex

Add a comment