Apakah yang dimaksudkan dengan keracunan makanan?
Keracunan makanan merupakan satu serangan pada gastrousus akibat daripada pegambilan makanan yang telah dicemari oleh bakteria, patogen atau bahan kimia. Antara keracunan makanan yang biasa berlaku ialah akibat jangkitan bakteria salmonella, staphylococcus aureus, clostridium welchi, clostridium batulium dan keracunan kimia.
Bagaimana Makanan boleh tercemar?
Makanan boleh dicemari apabila keadaan-keaadan ini terjadi:
- Apabila Menggunakan bahan mentah yang tercemar dengan kuman
- Apabila menyediakan makanan dengan cara yang kotor.
- Menggunakan peralatan yang tidak bersih
- Apabila menghidangkan makanan dengan cara yang tidak bersih
- Apabila menyimpan makanan tidak mengikuti cara-cara yang selamat
Apakah tanda atau gejala keracunan makanan?
Seseorang itu menghadapi masalah keracunan makanan apabila tanda-tanda atau gejala tersebut dikesan:
- Loya dan Muntah
- Memulas dan sakit perut
- Cirit-birit
- Terasa sakit di bahagian perut
Pesakit keracunan makanan biasanya akan mengalami tanda-tanda tersebut dalam masa 2-72 jam selepas makan atau minum. ini adalah kera ia tergantung kepada tahap pencemaran makanan atau minuman yang diambil dan juga tahap daya tahan tubuh seseorang. Tempoh sakit bagi pesakit keracunan makanan boleh menjangkau beberapa jam malahan berhari-hari.
Langkah pencegahan keracunan makanan.
- Menggunakan deria
- Deria Penglihatan – Apabila sesuatu makanan kelihatan berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna dah telah tamat tarikh luput, makan makanan tersebut sudah tercemar.
- Deria Bau – Apabila bau yang terdapat pada makanan itu tidak menyenangkan dan tidak berbau seperti bau lazim makanan tersebut, kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dan adalah lebih baik makanan tersebut dibuangkan sahaja.
- Deria Rasa – Sekiranya sesuatu makanan tersebut kelihatan masih baik dan bau juga baik, periksa pula rasa makanan tersebut. sekiranya terdapat rasa yang kurang enak, hentikan makan makanan tersebut dan buang makanan tersebut.
PASTIKAN kerosakan makanan ini dilaporkan kepada tukang masak bagi mengelakkan orang lain terkena keracunan makanan.
2. Memilih makanan
- Pilih makanan yang masih panas dan segar.
- Pilih makanan yang tidak berbau masam dan busuk.
- Pilih makanan yang tidak terdedah, ini adalah bagi mengurangkan keberangkalian ia dihinggapi lalat atau serangga lain.
- Pilih makanan yang tidak berlendir
- Pilih makanan yang dikendalikan dengan peralatan yang bersih.
- Pilih makanan yang kelihatan masih elok dari segi warna
- Pastikan memilih makanan yang dibungkus dengan pembungkus yang bersih.
3. Cuci tangan dengan bersih
Amalkan teknik basuhan tangan yang betul dalam keadaan tersebut:
- Sebelum memegang makanan
- Selepas keluar dari tandas
- Selepas bermain
- Selepas memegang kotoran atau barang tercemar
- Selepas memegang haiwan