Bolehkah Penghidap HIV/AIDS Bekerja Sebagai Pengendali Makanan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Bolehkah pengendali makanan HIV bekerja
Foto Kredit: www.munchies.vice.com

Meskipun kemajuan-demi kemajuan baru telah dicapai dalam merawat dan mencegah HIV, namun masih terdapat segelintir pekerja di industri restoran terus menghadapi diskriminasi di tempat kerja mereka hasil penyebaran maklumat yang salah dan menakut-nakutkan masyarakat akan bahaya pengendali makanan penghidap HIV.

Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia bersetuju bahawa sehingga kini, tiada rekod atau laporan berkenaan jangkitan virus HIV /AIDS melalui makanan dan minuman.

Jadi, Bolehkah Penghidap HIV/AIDS Bekerja Sebagai Pengendali Makanan?

Ya.

Seseorang yang mempunyai HIV boleh menjadi pengendali makanan. Isu di sini adalah darah penghidap HIV.

Sebagai majikan, mewujudkan peraturan yang jelas tentang bagaimana harus bertindak apabila pekerja emngalami luka, dan menyediakan latihan supaya pekerja terlatih untuk mengendalikan keadaan di mana kejadian tidak di ingini berlaku yang melibatkan darah.

Darah pada makanan tidak menjadi masalah dan bukan itu dirisaukan.

Darah yang ditinggalkan pada pisau atau permukaan kerja, itu yang perlu diberi perhatian.

Namun begitu penghidap HIV lebih cenderung daripada yang lain untuk dijangkiti salah satu daripada penyakit berkaitan perut yang boleh diperolehi daripada makanan, jangkitan atau luka lain.

Dalam hal ini, mengikut Akta Makanan 1083, ia perlu mendapatkan rawatan doktor dan pengesahan daripada doktor semada ia sehat untuk bekerja ataupun tidak.

Adakah Penghidap Pesakit HIV Perlu Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan?

Ya sudah tentu. Semua pengendali makanan mesti menghadiri kursus pengendalian makanan sekali seumur hidup seperti yang di arahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penyakit, status OKU, faktor umur mahupun kewarganegaraan tidak membuatkan seseorang itu di kecualikan dari menghadiri kursus pengendalian makanan.

Kini pada tahun 2020, KKM telah membenarkan Sekolah Latihan Pengendali Makanan untuk menganjurkan kursus secara atas talian. sebanyak lebih 300 syarikat yang telah mengendalikan kursus ini secara atas talian setiap hari.

Pesakit HIV dan Suntikan Typhoid

Pesakit HIV adalah penyakit yang berkait dengan daya tahan badan. Oleh yang demikian, seeloknya mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bertauliah samada berisiko atau tidak sekiranya pengendali makanan yang mempunyai penyakit HIV untuk mendapatkan suntikan typhoid.

Kesimpulan

Pengendali makanan yang menghidap HIV / AIDS tidak mendatangkan risiko kepada pekerja yang lain juga kepada makanan yang dihidangkan.

Mereka seharusnya tidak dilarang untuk bekerja di dalam industri makanan dan minuman, malah mereka juga tidak boleh dibatasi dalam ruang lingkup kerja contohnya hanya boleh bekerja di bahagian mencuci tandas sahaja.

Mereka seharusnya di layan seperti pekerja lain yang bukan penghidap HIV / AIDS melainkan mereka telah menunjukkan tanda-tanda sakit yang lain. Apabila ini terjadi, ia harus mematuhi peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009 yang telah ditetapkan iaitu perlu mendapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.

Sekiranya doktor mengesahkan boleh bekerja, maka dibolehkan mereka bekerja semula. Perlu kita sedar disini bahawa peraturan ini juga berlaku kepada semua pengendali makanan bukan sahaja yang menghidap HIV / AIDS.

Maka tiada beza antara pengendali makanan yang menghidap HIV / AIDS dan Pengendali makanan yang tidak menghidapi HIV / AIDS di dalam industri makanan dan minuman kerana mereka mesti mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Duanz
    September 1, 2019 at 1:44 PM

    Salam Sejahtera,

    Saya ingin bertanya bolehkah pengidap penyakit HIV menerima suntikan typhoid sekiranya dikehendaki kerana ingin meneruskan kerjaya dalam bidang pemakanan?

    Ini kerana saya adalah bekas pekerja perhotelan dan tersangat ingin menceburi bidang perhotelan semula yang melibatkan bahagian kaunter hadapan serta pemakanan. Tetapi apa yang dibimbangkan kini adalah efek sampingan sekiranya suntikan typhoid diberi walaupun sudah lebih kurang saya menjalani rawatan HAART.

    Terima kasih.

    • Charmaine Tan
      October 31, 2020 at 6:55 AM

      Hi Duanz,

      Saya mohon maaf dahulu kerana pertanyaan ini melampaui pengetahuan saya yang tidak seberapa ini ye.

      Pada pandangan saya peribadi sahaja ye, tiada masalah untuk mendapatkan vaksin typhoid, namun perlu tengok faktor yang lain juga seperti kesihatan tubuh badan dan penerimaan badan terhadap vaksin.

      Memang ada sesetengah individu yang akan demam atau naik “Rashes” selepas di cucuk suntikan typhoid. Dan kesan ini boleh dilihat selepas 30 minit-1 Jam. Cepat kan?

      Nasihat saya, dapatkan nasihat pakar berkenaan ini. Doktor akan lihat dulu tahap kesihatan Duanz untuk mendapatkan suntikan typhoid.

      All the best Duanz!

      Charmaine

  • mohammat rohman
    July 25, 2018 at 2:52 AM

    boleh kah seorang penghidap HIV untuk membuat suntikan thypoid??

    • Admin
      August 3, 2018 at 4:02 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Setakat ini belum ada kes yang membahayakan penghidap HIV dari mengambil suntikan typhoid. NAmun begitu, sila dapatkan nasihat pakar sebelum mendapatkan rawatan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

Add a comment