Tragedi Maut Ayam Masak Merah
SUNGAI PETANI – Kegembiraan kira-kira 2,000 tetamu menghadiri satu majlis kenduri kahwin bertukar tragedi apabila tiga daripadanya maut manakala lebih 60 lagi terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas disyaki menjamah juadah ayam masak merah.
Kejadian di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu itu mengorbankan nelayan, Ibrahim Mohamad, 62, penuntut Universiti Islam Antarabangsa, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir, Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11.
Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Nurshazana maut di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd. Nor Rahmat pula di Hospital Yan di sini pada pukul 1 petang.
Setakat malam tadi, 59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dekat sini dan HSAH.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! 1 Oktober 2013.
Tragedi yang terjadi ini sangat menyedihkan kerana telah meragut 6 nyawa dan melibatkan 2000 orang tetamu yang pastinya terkena juga kesan keracunan makanan itu. Anggaplah ini sebagai pengajaran kepada kita kerana disebabkan kes-kes sebeginilah yang membuatkan masyarakat kita membuka mata tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan.
Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif agar pengendalian dan kebersihan persekitaran di dalam tempat memasak mereka dipastikan sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu. Pengusaha dan peniaga makanan tidak boleh hanya memandang kepada keuntungan semata, tetapi perlu juga menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan.
Pemilihan bahan mentah merupakan fasa yang kritikal dalam penyediaan makanan kerana sekiranya bahan mentah seperti daging ayam yang dimasak sudah rosak dan berbau, ia tidak selamat untuk dimakan lagi dan harus dibuang segera. Sekiranya daging yang sedemikian digunakan untuk memasak, maka akan terjadilah kes-kes seperti yang keracunan makanan yang membawa kepada maut seperti yang terjadi di Kedah.
Panduan Pengendalian Daging Ayam Dengan Selamat
Berikut merupakan 7 Panduan Pengendalian Daging Ayam Dengan Selamat yang sekiranya diamalkan akan dijamin dapat mengelakkan kesan keracunan makanan.
1) Pemilihan Daging Ayam
Memilih ayam segar di pasaraya harus dilakukan dengan teliti kerana jika diambil ringan maka kebarangkalian untuk terbeli ayam yang tidak segar dan rosak akan menjadi lebih tinggi. Berikut merupakn panduan pemilihan daging ayam segar:
- Isi daging ayam mestilah masih pejal dan anjal
- Permukaan daging ayam mestilah tidak berlendir
- Tiada perubahan warna daging seperti kehijauan dan lebam (kebiruan)
- Daging ayam segar tidak mempunyai bau busuk seperti bau bangkai
- Kulit ayam berwarna cerah kemerahan dan kelihatan segar
- Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.
2) Pembersihan daging ayam
- Potong daging ayam mengikut saiz yang dikehendaki
- Cuci dan bersihkan daging ayam dengan air bersih yang mengalir seperti air paip.
- Pastikan bekas dan peralatan yang digunakan juga dalam keadaan bersih sebelum digunakan.
3) Penyimpanan
- Sebaiknya daging ayam yang telah siap dicuci dimasak segera kerana dagingnya mudah rosak dan busuk
- Sekiranya ia ingin dimasak dalam tempoh masa 2-3hari, ia boleh diletakkan di ruangan dingin.
- Jika perlu disimpan lama, pastikan daging ayam tersebut disimpan di bahagian sejuk beku.
- Sekiranya terjadi bekalan elektrik terputus, pastikan ayam tersebut dimasak dengan segera.
4) Penyahbekuan
Pastikan daging ayam yang sejuk beku dinyahbekukan (defrost) dahulu sebelum dimasak. Terdapat 3 cara untk melakukan penyahbekuan iaitu:
- Rendam dalam bekas bersih di bawah air paip yang mengalir berterusan sehingga ketulan ayam tersebut berpisah sesama dan menjadi lembut.
- Gunakan ketuhar gelombang mikro (microwave oven)
- Letak di bahagian pendingin (chiller) dalam peti sejuk.
5) Memasak
Pastikan ayam dimasak sempurna dengan memerhatikan perkara berikut:
- Tiada kesan darah pada tulang dan isi ayam. sekiranya masih terdapat kesan darah pada daging ayam tersebut makan ia belum dimasak sempurna. ini mungkin disebabkan oleh penyahbekuan yang tidak sempurna kerana darah lambat kering.
- Jika direbus, pastikan air rebusannya berwarna jernih dan bukannya merah jambu.
6) menghidang
- Pastikan hidangan yang telah dimasak ditutup rapi dan tidak terdedah kepada serangga dan lalat.
- Sekiranya dihidang panas, pastikan ia sentiasa panas
- Jangan letakkan bersama daging ayam yang telah dimasak dengan yang belum dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang.
- Jangan simpan daging ayam yang telah dimasak pada suhu bilik melebihi 2 jam
- Jika perlu, panaskan semula hidangan sebelum dihidangkan semula.
7) Lihat, Hidu, Rasa
Deria manusia merupakan system taerbaik yang dianugerahkan kepada kita oleh tuhan, jadi gunakan ia sebagai pertahanan terakhir bagi mengelakkan dari termakan makanan yang tidak selamat.
- LIHAT – passtikan makanan tidak berubah warna, tidak berlendir, tidak berbuih dan tiada rambut/kulat/serangga/bendasing
- HIDU – Elakkan dari memakan makanan yyang berbau basi atau busuk
- RASA – Rasa sedikit makanan tersebut, jangan makan sekiranya didapati basi.