Senarai Logo Halal Luar Negara Boleh Guna Tanpa Ragu

By | January 19, 2018

halal stamp

Badan Pensijilan Halal

Badan pensijilan halal atau agensi pensijilan halal adalah penting bagi menentusahkan kehalalan sesuatu produk agar ia selamat digunakan oleh umat islam.

Badan pensijilan halal mempunyai mekanisma tersendiri dalam mengesahkan halal sesuatu produk daripada proses pertama sehingga akhir dan dari aspek kebersihan (pengendalian makanan) dan dari aspek syarak.

Namun begitu oleh kerana industri halal ini kian tahun dilihat semakin berkembang dan berkembang, maka ramai yang ingin mengambil peluang ini untuk membuat keuntungan.

Di Malaysia sendiri pada sekitar tahun 1990-2010 iaitu sebelum Akta Dagangan Halal 2011 dikuatkuasakan, banyak syarikat swasta yang bebas memberi pengesahan halal dengan bayaran kepada pelanggan yang mencecah puluhan ribuan ringgit. Akan tetapi mekanisma pengesahan halal yang digunakan adalah tersangat longgar dengan hanya mengesahkan tiada babi dan tiada arak.

‘Done! Minggu depan kami pos Sijil”

JAKIM Mengambil-alih Sepenuhnya

Apabila Akta Dagangan Halal 2011 dikuatkuasakan, makan JAKIM menjadi satu-satunya badan pengeluar sijil halal di Malaysia dan hanya logo halal JAKIM diterima pakai dan tiada siapa boleh menggunakan logo halal JAKIM melainkan dapat kebenaran dan pengesahan daripada JAKIM.

Badan Pensijilan Halal Luar Negara

Oleh kerana banyak produk makanan di Malaysia ini diimport, maka JAKIM perlu bekerjasama dengan badan pensijilan halal luar negara untuk memudahkan proses pengesahan halal sesuatu produk.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah agensi yang bertanggungjawab untuk urusan Islam termasuk pensijilan halal di Malaysia. Oleh itu, JAKIM memainkan peranan yang sangat penting untuk melindungi pengguna Islam di Malaysia dan ia sentiasa menjadi tanggungjawab JAKIM untuk memastikan mereka mencari produk halal seperti yang diseru oleh Syariah.

Namun begitu JAKIM perlu juga memeriksa mekanisma yang digunakan oleh Badan Pensijilan Halal Luar Negara atau Foreign Halal Certification Bodies (FHCB) agar ia mematuhi garis panduan halal.

Untuk tujuan pensijilan halal, JAKIM perlu memastikan status produk halal pada setiap peringkat dan pada setiap proses yang terlibat dengan menjalankan pemeriksaan tapak rasmi pada kilang pemperosesan dengan tujuan meneliti bagaimana status halal bahan mentah dikekalkan dan dipantau setiap masa.

Pengiktirafan ini berdasarkan keupayaan badan pensijilan halal asing yang mematuhi prosedur & garis panduan Malaysia.

Terdapat ratusan Badan Pensijilan Halal Luar Negara namun hanya sedikit yang benar-benar mematuhi garis panduan JAKIM.

Banyak juga yang telah mendapat pengiktirafan Badan Pensijilan halal Luar Negara namun ditarik balik kerana tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan JAKIM setelah mendapat pengiktirafan.

Ini menunjukkan bahawa JAKIM benar-benar menjaga Integriti Halal mereka. Oleh kerana ini pengiktirafan Halal JAKIM dianggap paling mahal dan paling dipercayai.

Senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM

Sekiranya anda ke pasaraya untuk membeli-belah tapi banyak produk yang didapati ada logo halal pelik-pelik, jangan panik.

Sekiranya logo tersebut ada dalam senarai di bawah ini, bermakna ia telah disahkan oleh JAKIM juga : )

(Dikemaskini Januari 2018)

AUSTRALIA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 ADELAIDE MOSQUE ISLAMIC SOCIETY OF SOUTH AUSTRALIA  Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia
2 AL-IMAN ISLAMIC SOCIETY INC.  AL-IMAN ISLAMIC SOCIETY
3 AUSTRALIAN HALAL AUTHORITY & ADVISERS (AHAA)  AUSTRALIAN HALAL AUTHORITY & ADVISERS (AHAA)
4 ISLAMIC CO-ORDINATING COUNCIL OF VICTORIA (ICCV)  ISLAMIC CO-ORDINATING COUNCIL OF VICTORIA (ICCV)
5 PERTH MOSQUE INCORPORATED  PERTH MOSQUE INCORPORATED
6 ISLAMIC ASSOCIATION OF KATANNING   ISLAMIC ASSOCIATION OF KATANNING
7 SUPREME ISLAMIC COUNCIL OF HALAL MEAT IN AUSTRALIA INC. (SICHMA)  SUPREME ISLAMIC COUNCIL OF HALAL MEAT IN AUSTRALIA INC. (SICHMA)

 

AUSTRIA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 ISLAMIC INFORMATION AND DOCUMENTATION CENTRE  ISLAMIC INFORMATION AND DOCUMENTATION CENTRE

 

ARGENTINA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 ISLAMIC CENTRE OF ARGENTINA REPUBLIC (CENTRO ISLAMICO DE LA REPUBLICA ARGENTINA)  ISLAMIC CENTRE OF ARGENTINA REPUBLIC

 

BANGLADESH

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 ISLAMIC FOUNDATION BANGLADESH (BAITUL MOQARRAM NATIONAL MOSQUE)  ISLAMIC FOUNDATION BANGLADESH

 

BELGIUM

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 HALAL FOOD COUNCIL OF EUROPE (HFCE)  HALAL FOOD COUNCIL OF EUROPE (HFCE)

 

BRAZIL

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 FEDERATION OF MUSLIMS ASSOCIATION IN BRAZIL (FAMBRAS)  FEDERATION OF MUSLIMS ASSOCIATION IN BRAZIL (FAMBRAS)
2 CENTRO DE DIVULGACAODO ISLAM PARA AMERICA LATINA (CDIAL) / ISLAM DISSEMINATION CENTRE FOR LATIN AMERICA  ISLAM DISSEMINATION CENTRE FOR LATIN AMERICA

 

BRUNEI

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 LEMBAGA MENGELUARKAN PERMIT IMPORT HALAL BAHAGIAN KAWALAN MAKANAN HALAL JABATAN HAL EHWAL SYAR’IAH  LEMBAGA MENGELUARKAN PERMIT IMPORT HALAL BAHAGIAN KAWALAN MAKANAN HALAL JABATAN HAL EHWAL SYAR'IAH

 

CANADA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 HALAL MONTREAL CERTIFICATION AUTHORITY  HALAL MONTREAL CERTIFICATION AUTHORITY

 

CHINA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 SHANDONG HALAL CERTIFICATION SERVICE (SHC)  SHANDONG HALAL CERTIFICATION SERVICE (SHC)
2 CHINA ISLAMIC ASSOCIATION  CHINA ISLAMIC ASSOCIATION
3 ARA HALAL CERTIFICATION SERVICES CENTRE INC.  ARA HALAL CERTIFICATION SERVICES CENTRE INC.
4 LINXIA HALAL FOOD CERTIFICATION CENTRE (GANSU)  LINXIA HALAL FOOD CERTIFICATION CENTRE (GANSU)

 

CHILE

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 CENTRO ISLAMICO DE CHILE  CENTRO ISLAMICO DE CHILE

 

EGYPT

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 EGYPTIAN ORGANIZATION FOR STANDARDIZATION & QUALITY (EOS)  EGYPTIAN ORGANIZATION FOR STANDARDIZATION & QUALITY (EOS)

 

FRANCE

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 RITUAL ASSOCIATION OF LYON’S GREAT MOSQUE  RITUAL ASSOCIATION OF LYON'S GREAT MOSQUE

 

GERMANY

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 HALAL CONTROL GMBH INSPECTION AND CERTIFICATION BODY WWW.HALALCONTROL.EU  HALAL CONTROL GMBH INSPECTION AND CERTIFICATION BODY

 

INDIA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 HALAL INDIA PVT LTD WWW.HALALINDIA.CO.IN  HALAL INDIA PVT LTD
2 JAMIAT ULAMA HALAL FOUNDATION WWW.HALALCOMMITTEE-JUM.ORG  JAMIAT ULAMA HALAL FOUNDATION
3 JAMIAT ULAMA-I-HIND HALAL TRUST WWW.JAMIATHALALTRUST.ORG  JAMIAT ULAMA-I-HIND HALAL TRUST

 

INDONESIA

NO. NAMA ORGANISASI LAMAN WEB LOGO HALAL
1 MAJELIS ULAMA INDONESIA (MUI) WWW.HALALMUI.ORG  MAJELIS ULAMA INDONESIA (MUI)

3 thoughts on “Senarai Logo Halal Luar Negara Boleh Guna Tanpa Ragu

  1. MOHAMAD REZKIE BIN JASMI

    assalamualaikum …saya Rezkie ..saya nak tanya macam mana prosedur untuk mendapatkan Cop Halal dari JAKIM? sebab saya baru nak mula berniaga dan dalam perancangan nak meniaga DODOL jenis packing dalam bekas.

    Terima Kasih.

    Reply
  2. Zainal bin ibrahim

    Please update any change on halal logo as below

    Reply
    1. Admin Post author

      Hi,

      Thank you for your visit to our website.

      We will do so. Thanks for your concern Tuan Zainal

      Regards,

      Rex

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *