Respon Hab Halal JAKIM dan Prego Malaysia Isu Spaghetti Babi Viral

By | November 15, 2017

spaghetti babi Halal JAKIM

‘Astaghfirullahallazim!, Saya termasak Spaghetti Babi’

Begitulah tajuk utama isu spaghetti babi yang sedang tular di media sosial yang menyebabkan ramai sekali pengguna produk prego yang beragama islam terutama suri rumah yang kecewa kerana beranggapan tertipu dek bahan babi yang digunakan di dalam pes spaghetti tersebut.

Pengguna dinasihatkan tidak begitu cepat membuat keputusan dengan tular isu-isu sebegini kerana sudah terlalu banyak isu-isu sebegini menjadi viral sedangkan kesahihannya belum tentu benar.

Berikut merupakan cerita spaghetti babi yang diceritakan yang di ambil dari terengganutimes.com

Saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti. Apabila membeli makanan yang diimport dari luar negara, bacalah label kandungannya terlebih dahulu.

Di bawah, cerita dari seorang penggemar Spaghetti:

Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan sebagainya. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masaklah.

Bila spaghetti selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya;

“Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?” soalnya.

“Rasanya seperti keju balls. Dikunyah rasa masin-masin,” kata abangnya, Salim.

Kamal makan sampai dua pinggan. Sedap sangat spaghetti yang Ummi masak, katanya. Kebetulan pula speghetti itu makanan kegemarannya. Saya cuma makan sepinggan kecil, sekadar mahu merasa sahaja.

Setahu saya, sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang kala ada cendawan. Tetapi yang ini pula agak lain sedikit. Saya pun terus bergegas ke dapur dan melihat botol sauce yang diberikan nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran Prego, made in USA.

Ligat mata membaca label pada botol. Hati sudah tidak sedap, tekak sudah rasa mual seperti wanita hamil. Tiba-tiba terlihat Ingredients: Tomato, etc semua dan Pork Minced Meat!

Astaghfirullahalazim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi, semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.

Kuah sauce spaghetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah mengampunkan dosa kerana alpa untuk membaca label makanan sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada letak daging babi.

Kata orang tua-tua, mimpi makan daging babi nak dapat rezeki. Tetapi kalau makan bukan-bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

Astaghfirullahalazim. Siapa-siapa yang ada air zam-zam, mintalah sedikit. Saya nak bersihkan perut yang termakan babi. Tolonglah, sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spaghetti itu lagi. – Penggemar Spaghetti teraniaya

Jadi, ambillah iktibar dari cerita ini. Sebelum membeli sesuatu barangan itu, bacalah labelnya terlebih dahulu. Jangan sampai jadi seperti ini.

Sumber: Elys

Dan ini pula merupakan respon yang diberikan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM:

26 SAFAR 1438 H
14 NOVEMBER 2017 M

Minggu ini Bahagian Hab Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkenaan status #halal Sos Spageti Jenama Prego.

Untuk makluman, Sos Spageti Jenama Prego yang dikilangkan oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Penjelasan berkenaan status halal produk tersebut turut dijawab oleh pihak syarikat 

spaghetti babi - kenyataan rasmi prego Malaysia

Justeru, pengguna disaran agar merujuk terlebih dahulu pihak yang berwibawa khususnya JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular di media sosial.

Untuk mengetahui premis dan produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.myatau di aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 03-8892 5000/1

Kesimpulan

Masyarakat tidak seharusnya peka dengan isu halal dan membuaat semakan sendiri dahulu sebelum “SHARE” posting yang belum pasti kesahihannya.

Dikhuatiri sekiranya apa yang kita sebarkan itu tidak benar maka ia akan menjadi fitnah.

Ini juga merupakan taktik keji pesaing untuk menjatuhkan lawannya dan boleh jadi sebaliknya untuk menaikkan branding sendiri.

Kredit gambar: terengganutimes.com dan Hab Halal JAKIM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *