Apakah itu Program Jaminan Keselamatan Makanan?

By | July 2, 2014

Program Jaminan Keselamatan Makanan Malaysia

Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) diwujudkan bagi membantu pengusaha-pengusaha makanan memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Ia merupakan garis panduan kepada para pengusaha dalam menghasilkan makanan yang selamat dan mengekalkan premis yang bersih.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menetapkan piawaian kebersihan makanan dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Antara program atau pensijilan yang dikelolakan dibawah KKM ialah:

1) Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP)

Elemen yang berkaitan dalam GMP:contoh manual program jaminan keselamatan makanan

  • Bangunan dan Kemudahan
  • Kawalann Operasi
  • Penyelenggeraan dan Sanitasi
  • Pekerja
  • Pengangkutan dan Pengedaran
  • Pengesanan
  • Audit Dalaman
  • Latihan

2) Pensijilan HACCP

Elemen yang berkaitan dengan HACCP

  • Menjalankan analisa bahaya ( hazard analysis)
  • Menentukan titik kawalan kritikal
  • Mewujudkan had kritikal bagi setiap titik kawalan kritikal
  • Mewujudkan sistem pemantauan dan kawalan bagi setiap titik kawalan kritikal
  • Mewujudkan kaedah pembetulan
  • Mewujudkan prosedur pengesahan
  • Mewujudkan rekod dan dokumentasi

3) Program Jaminan Keselamatan Makanan di Kilang- Berdasarkan kepada peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009

  1. Skim Keselamatan 1Malaysia (SK1M)
  2. Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Prosedur yang perlu disediakan bagi melaksakan PJKM

  • Prosedur Program Pembersihan dan Sanitasi
  • Prosedur Kawalan Perosak
  • Prosedur pembuangan dan pelupusan sisi makanan dan kotoran
  • Prosedur penyimpanan makanan (Bahan makanan mentah, Ramuan dan makanan yang telah diproses)
  • Prosedur program latihan. Ini termasuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan sekali seumur hidup bagi pengendali makanan.
  • Prosedur program pemeriksaan kesihatan pengendali makanan. Ini termasuk memberi suntikan typhoid kepada pengendali makanan setiap tiga (3) tahun.
  • Prosedur pengendalian makanan dan perkakasan
  • Prosedur penyediaan makanan.
  • Prosedur pembungkusan makanan
  • Prosedur pengangkutan makanan
  • Prosedur Pengesanan produk
  • Prosedur Verifikasi Produk SIap
  • Prosedur penarikanbalik produk

Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M)

Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) diperkenalkan bagi membantu pengusaha-pengusaha di dalam industri pemakanan secara langsung untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 secara berperingkat. Ia merupakan persediaan ke arah Skim Pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard AnalysisCritical Control Point (HACCP).

Terdapat tiga (3) skim di dalam program SK1M iaitu:

1) Pemeriksaan Keselamatan Makanan (PKM)

Keperluan am bagi skim PKM:

  • Bekalan air
  • pemeriksaan kesihatan
  • Kebersihan
  • Penyimpanan
  • Pembuangan dan pelupusan sampah
  • Kawalan makhluk perosak dan premis
  • latihan pengendali makanan
  • Infrastruktur
  • Lokasi
  • Rekabentuk

2) GMP 1Malaysia

Keperluan Am bagi skim GMP 1MAlaysia:

  • Latihan
  • Pekerja
  • Penyelenggeraan dan Sanitasi
  • Kawalan pemprosesan makanan
  • Pembungkusan makanan
  • Penyimpanan makanan
  • Pengedaran Makanan
  • Kawalan Bahan Mentah
  • Kawalan Makhluk perosak
  • Kawalan Bahan Kimia
  • Kawalan bahan buangan dan pelupusan sisa
  • Sistem kebolehkesanan makanan
  • Rekod dan Bukti pelaksanaan
  • Verifikasi pegawai berkuasa

3) HACCP 1Malaysia

Keperluan am bagi skim HACCP 1Malaysia:

  • Carta Alir proses
  • Analisis bahaya proses
  • Ringkasan Pelan HACCP
  • Deskripsi produk dan pengguna
  • Rekod-rekod pemantauan

Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industi (MeSTI)

Skim pensijilan MeSTI merupakan program penjenamaan semula bagi program SK1M.Di dalam program pensijilan MeSTI, ia merangkumi semua aspek yang terdapat di dalam program SK1M selain ia disatukan di bawah satu logo MeSTI yang sijilnya sah selama 3 tahun. Program ini disasarkan  kepada semua golongan enterprise makanan.