Perniagaan Makanan Dari Rumah Perlu Hadiri Kursus Pengendalian Makanan?

By | June 2, 2015

Berikut merupakan pertanyaan yang di emailkan oleh pengguna www.kursuspengendalianmakanan.com.

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perniagaan makanan contoh piza/donut di mana penyediaannya dilakukan di rumah dan seterusnya melakukan penghantaran secara terus kepada pelanggan.

1. Adakah saya perlu mendapatkan suntikan?
2. Menghadiri kursus pengendali makanan?
3. Mendapatkan sijil-sijil perakuan yang diiktiraf?

Sekian,

Terima kasih

Saudari NLZ
perniagaan makanan dari rumah
Jawapan:

Kursus Pengendali Makanan

Kursus pengendali makanan dan suntikan Typhoid merupakan 2 perkara wajib yang perlu ada pada setiap pengendali makanan di Malaysia di bawah akta makanan 1983 Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009. Ia merupakan syarat wajib bagi memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perniagaan berasaskan makanan.
Apabila saudari berniaga tanpa premis iaitu beroperasi di rumah atau ‘Home Base’, saudari tidak tertakluk di bawah akta tersebut. Tidak ada penguatkuasa akan datang ke dapur saudari untuk menjalankan pemantauan kebersihan. Walau sekotor mana dapur peniaga yang berniaga dari rumah, tiada siapa yang akan tahu.
Perlu diketahui juga badan-badan pengiktirafan seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazar Analysis & Critical Control Points (HACCP), MESTI, JAKIM tidak akan mengiktiraf produk yang dihasilkan dari dapur rumah. Sila rujuk syarat umum permohonan pensijilan halal JAKIM bagi mengetahui sedikit sebanyak mengenai keperluan pemohon.
Namun Begitu..
Adalah perlu difahami tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan syarat-syarat seperti ini adalah bagi meningkatkan kualiti produk makanan yang dijual di Malaysia sekaligus mengurangkan kadar keracunan makanan akibat kecuaian pengendali makanan.
Walaupun saudari beroperasi di rumah, hadiri kursus pengendalian makanan ini untuk belajar cara pengendalian makanan dengan bersih dan selamat. Sijil yang diperolehi di simpan untuk kegunaan masa akan datang sekiranya perniagaan saudari sudah berkembang dan beroperasi di premis perniagaan yang memerlukan lesen dari pihak PBT.

Suntikan typhoid

Suntikan typhoid atau Anti typhod atau TY2 juga wajib diambil oleh pengendali makanan walau anda tidak diwajibkan oleh PBT. Tujuan suntikan ini bukan sekadar mendapat kad suntikan tetapi untuk mengelakkan dari jangkitan Demam Kapialu. Informasi berkenaan Kelebihan pelalian anti-tifoid boleh didapati di sini.

Kesimpulan

Banyak respon dari peserta kursus sendiri pernah mengalami kuih-muih dan masakan yang bergelar ‘Home-Made’ terdapat bendasing seperti bulu kucing, rambut dan lain-lain lagi.

Semoga saudari mendapat penjelasan daripada tulisan kali ini dan mudahan saudari dapat membuat pertimbangan samada setelah membaca penulisan ini.

12 thoughts on “Perniagaan Makanan Dari Rumah Perlu Hadiri Kursus Pengendalian Makanan?

  1. DONNIE LEE FOO KIAN

    Saya perlukan buku ini sebagai panduan pengurusan dan pengendalian makanan di kantin yang dikendalikan oleh kementerian pertahanan.

    Reply
    1. Admin Post author

      Tuan Donnie boleh dapatkan panduan ebook 33 Kesalahan Pengendali Makanan Yang Wajib Diketahui dengan memberi email anda. Sekian terima kasih

      Reply
    1. Admin Post author

      Hi,

      Yes sure, please enter your name and email in the ebook form below(mobile) or on the right pane(desktop). Please let us know if you have any problem downloading this ebook.

      Reply
  2. razaina said

    Saya mohon bagi mendapatkan panduan ebook 33 kesalahan pengendali makanan yang wajib diketahui

    Sekian. Terima kasih

    Reply
    1. Admin Post author

      Tuan/Puan,

      Sila masukkan email kedalam kotak yang disediakan di sebelah kanan( desktop) / Bawah (mobile )

      Email akan dihantar kepada anda dan anda perlu sahkan email anda.

      Setelah itu, masukkan password yang diberikan melalui email anda untuk download ebook tersebut.

      Sekian Terima Kasih

      Reply
  3. Hadzim

    Hi,

    Saya tak dapat memasukan email saya untuk mendapatkan ebook tersebut. Jawapan yg diberikan hanyalah invalid email address walaupun memakai email yang valid. Boleh dapatkan solution lain?

    Reply
    1. Admin Post author

      Ebook adalah oercuma, sila masukkan email anda ke ruangan disediakan dan cek email anda

      Reply
  4. salihin

    saya dah membaca artikel berniaga dari rumah.Jika saya serius untuk berniaga dari rumah dengan memperolehi sijil MESTI.Apakah yang saya perlu lakukan? Saya komited untuk berniaga tapi tiada modal untuk menyewa premis lain.hanya mampu berniaga dari rumah

    Reply
    1. Admin Post author

      Terima kasih di atas pertanyaan anda.

      sekiranya anda berniaga di dalam industri makanan, langkah bijak yang pertama perlu anda lakukan adalah dengan menghadiri kursus latihan pengendali makanan bagi menambah ilmu kebersihan dan keselamatan makanan. Dapatkan juga suntikan Typhoid pengendali makanan.

      Berdasarkan pengalaman kami, adalah mustahil untuk anda memohon pensijilan MESTI sekiranya beroperasi di rumah kerana ciri-ciri GMP ( Good Manufacturing Practice ) mustahil dapat di dilaksanakan.

      walaubagaimanapun, kami mendoakan semoga anda sukses dalam perniagaan anda ! 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *