Permohonan Lesen Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Bagi Negeri Selangor.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Memulakan Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Di Selangor

Permohonan lesen perniagaan restoran

Lesen perniagaan merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap pengusaha yang ingin menjalankan perniagaan secara sah di Malaysia. Di setiap negeri, terdapat perbezaan dari segi cara permohonan dan syarat-syarat yang dikenakan terutama sekali dalam industri pemakanan kerana ini adalah sektor kritikal yang boleh membahayakan kesihatan orang awam dan boleh membawa penyakit.

Perlesenan bagi perniagaan restoran / kedai makanan adalah penting bagi memastikan pengusaha yang diberikan lesen tersebut mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan agar pengusaha beroperasi dengan menjaga kebersihan premis, menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan akhirnya menjami kesihatan pengguna awam yang membeli produk keluaran pengusaha tersebut.

Sering kita dengar di berita dan di akhbar  tajuk-tajuk seperti berikut:

‘Seluar Dalam’ Rahsia Cendol Buatan Bangla 

‘Kilang Tauhu Jijik Kene Serbu’

‘Kilang Bihun Jijik Di Batu Caves’

“kilang Roti Uli Tepung Guna Kaki Di Arah Tutup’

Dan macam-macam lagi…

Kebanyakan kes-kes yang dinyatakan seperti di atas beroperasi samada tiada lesen atau lesen telah lama tamat tempoh apabila diserbu pihak berkuasa. Inilah yang terjadi apabila perniagaan makanan beroperasi tanpa lesen menyebabkan pihak penguasa tidak dapat memantau kegiatan kotor mereka.

Sebenarnya permohonan lesen perniagaan restoran / kedai makan tidak susah dan sangat mudah. Tempoh yang diambil bagi kelulusan lesen adalah SERTA-MERTA!

Perundangan dan Akta

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan .  Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Lesen Serta-Merta

Permohonan lesen perniagaan  di negeri selangor telah naiktaraf dan melakukan penambahbaikan daripada proses yang dahulu ke proses yang digunapakai sekarang. Penambahan ini adalah bagi memudahkan lagi pengeluaran lesen dan menjadikan ia lebih efisyen dalam memproses permohonan lesen yang meningkat dari hari ke hari. Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk:

Masa

Prosedur Lama – 30 Hari

Prosedur Baru –  Kelulusan Serta Merta

Keperluan

Prosedur Lama – Memenuhi semua syarat teknikal sebelumkelulusan

Prosedur Baru – Memenuhi syarat dalam tempoh 2 (dua) bulan selepas pengeluaran lesen

Kelulusan

Prosedur Lama – Pemusatan Kuasa melalui keputusan mesyuarat / Datuk Bandar / YDP

Prosedur Baru – ‘Empowerment’ kepada pegawai yang diberikan kuasa

Pemeriksaan Premis

Prosedur Lama – Sebelum kelulusan

Prosedur Baru – Dalam masa 2 (dua) bulan setelah lesen dikeluarkan

Borang

Prosedur Lama – Borang perlu dibeli dan tiada keseragaman borang bagi semua PBT

Prosedur Baru – Borang adalah percuma dan boleh didapati di mana-mana PBT atau boleh dimuat turun di lama PBT. Borang juga adalah sama bagi semua PBT di Selangor.

 6 Kaedah Pengeluaran Lesen Perniagaan Serta-merta

Terdapat 6(enam) kaedah yang digunakan dalam pengeluaran lesen perniagaan serta-merta iaitu:

  1. Permohonan mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan
  2. Terpakai bagi kesemua 56** lesen perniagaan iklan seperti dalam senarai A dan B
  3. Premis mempunyai CF/CCC
  4. Pemantauan dibuat setelah mendapat lesen dan diberi tempoh dua bulan untuk memenuhi semua syarat
  5. Kompaun diberikan atau lesen dibatalkan jika gagal mematuhi syarat yang ditetapkan
  6. Pemilik sendiri yang menandatangani borang permohonan dan dokumen aku janji*

* Tidak dibenarkan menghantar wakil atau perkhidmatan ejen

**Sila rujuk PBT bagi lesen-lesen perniagaan lain yang boleh dipohon secara serta-merta.

Senarai Lesen Serta-merta Dengan Syarat Khusus Senarai B

Terdapat 7(tujuh) jenis perniagaan yang diklasifikasikan di dalam Senarai B yang memerlukan syarat khusus tambahan iaitu:

  1. kedai Aiskrim
  2. Kedai Kawalan Serangga(jual sahaja)
  3. Kedai Runcit / Pasar Mini
  4. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  5. Restoran / Kedai Makan
  6. Tadika / Taska
  7. Hotel Bajet / Rumah Tumpangan

Carta aliran Proses Pengeluaran Lesen Serta-merta

Berikut merupakan carta alir bagi proses permohonan lesen serta-merta yang digunapakai diseluruh PBT yang terdapat di Selangor.

carta alir permohonan lesen mdks
Carta Alir Permohonan Lesen Perniagaan Restoran MDKS – Sumber:Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Serta-Merta.pdf

Bagi kelulusan untuk lesen yang mempunyai syarat khusus seperti di senarai B, Tambahan pemeriksaan keatas borang akan dilakukan oleh penolong pegawai kesihatan persekitaran.

Oleh kerana lesen restoran termasuk di dalam Senarai B, maka tambahan proses diperlukan seperti di bawah ini.

Carta Alir Pemeriksaan Lesen Tambahan Senarai B
Carta Alir Pemeriksaan Lesen Tambahan Senarai B – Sumber:Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Serta-Merta.pdf

Syarat-Syarat Kelulusan Serta Merta

Umumnya terdapat 2(dua) syarat yang wajib dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan serta merta iaitu syarat-syarat Am dan Syarat Khas bagi lesen restoran/premis makanan.

Syarat-syarat Am kelulusan serta merta

1) Keselamatan

  • Menyediakan peti rawatan perubatan kecemasan yang lengkap dan sempurna.
  • Mengadakan Alat Pemadam Api yang sesuai dan mencukupi yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  • Pencahayaan dan pengudaraan hendaklah mencukupi di dalam premis.
  • Stor dan tangga serta pintu kecemasan hendaklah diselenggara dengan baik.
  • Di larang membuat sebarang kerja atau meletakkan barang-barang di atas kawasan awam seperti kakilima, lorong , jalan, siarkaki, longkang dan pintu keluar/masuk kecuali dengan kebenaran Majlis.

2) Kebersihan

  • Premis hendaklah mempunyai sistem bekalan air, elektrik dan pembentungan yang sempurna, berkeadaan baik dan selamat.
  • Mempamerkan papan tanda `Dilarang Merokok’ dan `Menjaga Kebersihan’.
  • Seluruh premis di kawasan dalam dan luar hendaklah sentiasa bersih, berkeadaan baik, bebas daripada serangga dan rodensia atau haiwan pemeliharaan dan kacauganggu.
  • Tandas dan bilik air hendaklah sentiasa baik dan bersih.
  • Saliran air kumbahan hendaklah disalirkan ke sistem pembentungan.

3) Pembuangan Sampah

  • Premis hendaklah mempunyai tong sampah bertudung yang sempurna dan mencukupi serta berkeadaan bersih dan baik.
  •  Penggunaan karung plastik adalah diwajibkan.

4) Lain-lain

  • Dilarang menjalankan aktiviti atau pekerjaan lain di premis tanpa lesen atau kebenaran Majlis.
  • Pada hari-hari Kebesaran Negeri dan Kebangsaan, bendera Negeri Selangor dan bendera Malaysia hendaklah dikibarkan.
  • Pemegang lesen digalakkan mempamerkan gambar-gambar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dan DYMM Sultan Selangor.

Syarat-syarat Khas kelulusan serta merta

1) Pengendali Makanan

  • Semua Pengendali Makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan Pegawai Perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
  • Semua pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Semua Pengendali Makanan diwajibkan memakai apron yang berwana cerah dan penutup kepala yang bersih.
  • Semua Pengendali Makanan dilarang :
    i. Berkuku panjang dan kotor
    ii Merokok semasa mengendali makanan.
    iii. Memakai selipar dan sandal
    iv. Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan . (Hendaklah menggunakan sarung tangan & peralatan yang sesuai)

2) Ruang Makan

  • Lantai ruang makan hendaklah pasang dengan jubin yang sempurna dan jubin dinding hendaklah sekurang-kurangnya 1.5.meter dari lantai.
  • Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yangmencukupi untuk kemudahan pelanggan.

3) Ruang Dapur

  • Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller – 0°C hingga 4°C dan Freezer – 0°C hingga 18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak diruang atas dan makanan mentah di ruang bawah peti sejuk).
  • Mengadakan cerobong asap dan/atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di ats lantai.
  • Mengadakan perangkap minyak atau lemak di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
  • Dinding dan lantai dapur, tempat penyediaan makanan hendaklah dipasang dengan jubin yang sempurna sehingga siling dapur.
  • Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit ) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan . Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan makanan di atas lantai.
  • Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.

4) Stor Penyimpanan

  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Di larang meletak makanan di atas lantai.

5) Lain-lain

  • Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari hurungan serangga seperti lalat dan lipas.
  • Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan ridensia serta haiwan peliharaan

Syarat yang disebutkan di atas adalah syarat khusus yang wajib dipatuhi bagi kelulusan lesen serta-merta. Namu begitu, terdapat lagi tambahan yang dipanggil syarat khas yang di reka oleh PBT bagi keperluan setempat. Syarat ini berlainan mengikut PBT namun perbezaannya tidak begitu ketara di antara satu sama lain. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarat khas, sila ikut pautan yang disediakan di bawah mengikut PBT Selangor.

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Selayang, MPS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Sepang, MPSpg

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Hulu Selangor, MDHS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Langat, MDKL

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Sabak Bernam, MDSB

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Selangor, MDKS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kelang, MPK

Borang Permohonan Lesen Serta-merta

Borang Permohonan lesen serta-merta boleh didapati secara percuma di kaunter pejabat PBT yang berkenaan. Sila pastikan dokumen sokongan dibawa bersama dan ikuti panduan mengisi borang permohonan lesen premis perniagaan kelulusan serta-merta.

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

  • Safura
    April 10, 2022 at 6:43 AM

    Boleh saya tahu procedure nak buka cafe drpd premise rumah i.e rumah tu akan jadi fully cafe utk.perniagaan sbb sekarang trend rumah convert to.cafe. adakah procedure yg sama mcm operation drpd kedai?

    • Rex Fahri
      July 2, 2022 at 1:25 AM

      Hai Cik safura,

      Penting untuk Cik safura tahu bahawa berniaga di kawasan perumaha memerlukan lesen daripada pihak PBT. Semak dahulu apakah kawasan perumahan cik safura sesuai di jadikan Cafe, atau adakah ia boleh diperlesenkan?

      Di kuala lumpur seperti di bangsar, banyak rumah banglo yang di convert menjadi premium fine dining restaurant. Ia adalah legal / sah di sisi undang-undang dan mereka memang betul ada lesen dan permit dari pihak DBKL. Peraturannya hampir sama dengan restoran malah ada tambahan kerana persekitaran melibatkan jiran tetangga.

  • Hera Sultan
    October 9, 2020 at 1:41 PM

    Hi, saya dah Ada SSM under enterprise tapi SSM tersebut utk line electrical and repairing. Saya dpt info Di mana saya boleh buka 4 jenis lesen berlainan Di bawah satu SSM. Jadi boleh saya buka satu gerai makanan Yang kecil tak..?
    I really want to start it.. please assist…

    • Charmaine Tan
      October 30, 2020 at 3:45 PM

      Hai Hera,

      Soalan ini lebih mejurus kepada pensyarikatan di mana ia lebih baik di ajukan terus kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

      Akan tetapi, pada pandangan saya, tiada masalah untuk En Hera memohon permit berniaga menggunakan SSM yang sama.

      Ia tertakluk kepada Garis panduan Pihak Berkuasa Tempata (PBT) tempat di mana En Hera ingin memohon lesen tersebut.

      Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi terus PBT berkenaan.

      Semoga En Hera sukses dalam permohonan lesen gerai makan.

      Sincerely,

      Charmaine

  • Aswad
    July 10, 2020 at 6:27 PM

    Salam, saya ade kemuskilan,
    saya ingin menyewa ruang untuk niaga sandwich dalam restoran pemilik lain, perlukah saya dapatkan lesen niaga atau daftar ssm,typohid,salinan kursus makanan sudah memadai? kalau saya paparkan signboard/menu kat stall saya kena ada lesen niaga ke? sebab saya ingin sewa ruang dalam resoran pemilik lain, dan kalau saya ingin jual makanan di online juga kena dapatkan lesen perniagaan ke?

    Harap tunjuk ajar.

    Sekian terima kasih

    • Charmaine Tan
      August 22, 2020 at 2:59 PM

      Hai Aswad!

      Apa Khabar?

      Ingin menyewa ruang niaga di dalam premis restoran.

      ✅ SSM adalah wajib
      ✅ Suntikan typhod wajib bagi perniagaan melibatkan makanan
      ✅ Kursus Pengendali Makanan juga wajib.
      ✅ Lesen dan permit juga mesti dimohon.

      Ingin menjual makanan olnine?

      ✅ SSM adalah wajib
      ✅ Suntikan typhod digalakkan bagi mengelakkan pelanggan menghidap keracunan makanan
      ✅ Kursus Pengendali Makanan juga digalakkan untuk mempelajari ilmu keselamatan makanan

      Untuk penjelasan lebih terperinci, elok En Aswad bertanyakan terus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tempat en aswad.

      Kerana ada kelainan dari satu PBT ke PBT yang lain.

      Sukses En. Aswad diatas perniagaan yang bakal dijalankan.

      Ikhlas,

      Charmaine 😉

  • zam
    May 30, 2020 at 3:44 AM

    Saya ada kedai craft dan ingin menambah sebuah cafe kecil di dalam kedai yg hanya menjual minuman sejuk dan sandwich. cadangan menu sangat kecil. adakah saya masih perlu ambil lesen permakanan ? contractor saya cakap kalau kecil tak perlu renovate mcm nak buat dapur restoren.

    • Rex Fahri
      June 28, 2020 at 10:53 AM

      Salam sejahtera En. Zam

      Lesen adalah perlu dan penting bagi yang menjual makanan. Oleh yang demikian, sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan syarat-syarat permohonan lesen.

      Ini adalah kerana penjualan makanan kepada pengguna adalah tertakluk kepada Akta Makanan 1983 dan Undand-undang tempatan.

      Undang-undang tempatan ada sedikit kelainan jika berlainan PBT.

      Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mewajibkan penjual makanan home based untuk mendaftar permit menjual makanan.

      Kalau di rumah pun ada undang-undangnya, apatah lagi yang menjual di kedai.

      Nasihat saya, jangan ikut cakap kontraktor, tapi ikut cakap consultant makanan kerana mereka lebih arif tentang perkara ini.

      Semoga mendapat pencerahan.

  • khairul anuar harun
    June 27, 2019 at 3:01 PM

    salaam…….saya cuma ingin mendapat pencerahan tentang premis perniagaan makanan atau restoran. Dalam syarat syarat kelulusan lesen majlis menyatakan Lantai Dapur Dan Dinding serta Ruang Makan perlu dipasang JUBIN.

    Soalan saya ialah ,.. Untuk pemasangan Jubin ini, kos pemasangan jubin tersebut akan .ditanggung oleh pihak penyewa premis atau Tuan Punya Premis tersebut.
    harap pihak yg tahu boleh bagi pencerahan pada saya.
    terima kasih.

    • Charmaine Tan
      October 31, 2020 at 7:25 AM

      Hi En. Khairul,

      Apa khabar?

      Setahu saya ya, semua kos renovasi adalah ditanggung oleh pihak penyewa.

      Tuan punya premis hanya bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan struktur seperti bumbung bocor atau sebagainya, namun perlu tengok juga pada ‘aggreement’.

      Tetapi yang saya pasti adalah semua kos renovasi kedai ditanggung sepenuhnya oleh penyewa.

      Untuk jimat kos, lebih bagus En. Khairul cari kedai yang memang bekas restoran, sudah tentu renovasi bahagian dalam ikut spesifikasi Majlis.

      Ini untuk restoran ya. Saya tidak pasti untuk situasi lain seperti Kantin dalam kilang atau sebagainya.

      Lain pula untuk kedai jenis sewa tapak.

      Contohnya ada konsep kedai seperti Kopitiam.

      Tokey hanya jual air dan ruangan lain disewakan ikut lot kepada peniaga-peniaga.

      Haa, kalau macam ini, semua kos renovasi dan pematuhan syarat PBT adalah tanggungjawab tokey kedai. Kerana peniaga hanya sewa lot sahaja.

      Infra adalah disediakan oleh tokey kedai.

      Semoga mendapat pencerahan

      Ikhlas,

      Charmaine

  • Ibrahim
    June 18, 2019 at 4:21 PM

    Salam . Saya baru sahaja mencari lot kedai untuk ayah saya berniaga . Jadi soalan saya , bolehkah seandainya saya menggunakan Ssm yang telah saya daftarkan dengan nama syarikat ( sbgai cnth ) kedai aku enterprise dan di daftarkan atas nama saya sendiri kemudian saya guna pakai ssm saya itu untuk restoran ayah saya yg mana ayah saya akan mohon lesen bandaran shah alam atas nama ayah saya sendiri ? Atau ayah saya harus daftarkan ssm dgn nama nya sndri dengan nama syarikat baru biar seragam atau boleh seperti yg saya nyatakan di atas ?

    • Charmaine Tan
      October 31, 2020 at 7:31 AM

      Hai En. Ibrahim,

      Sekiranya pakai SSM kepunyaan En. Ibrahim sendiri (Kedai Aku Enterprise) maka segala urusan permohonan lesen dengan MBSA, En. Ibrahim kene uruskan.

      Lesen adalah atas nama En. Ibrahim.

      Sekiranya ingin atas nama ayah, maka perlu daftar SSM baharu atas nama Ayah.

      Ikhlas,

      Charmaine

  • Lisa
    April 4, 2019 at 10:19 AM

    Salam Encik,

    Salah satu syarat perlesenan perniagaan restoran adalah memasang mozek lantai dari ruang makan ke ruang dapur… tapi saya perhatikan banyak kedai makan yg tidak memasang mozek… adakah perkara ini diwajibkan atau atas budi bicara pegawai majlis?

    Saya dlm proses menyewa kedai dan masih berfikir2 utk memasang mozek atau tidak, kerana mahu menjimatkan kos modal sedia ada..

    Terima kasih.

    • Charmaine Tan
      October 31, 2020 at 7:40 AM

      Hai Lisa,

      Ya. Memang betul apa yang di katakan oleh Lisa.

      Banyak juga kedai yang kelihatan seperti tidak mengikut spesifikasi PBT sedangkan restoran sudah adal lesen.

      Tetapi perlu di ketahui juga ye. Lain PBT, lain pula syaratnya namun bagi syarat mozek ini pada saya semua PBT mewajibkan kerana ini sebahagian dari Food Safety.

      Bukan, ini bukan budi bicara dari pegawai majlis tetapi syarat keselamatan makanan.

      Saya mohon Lisa tanyakan terus kepada PBT berkenaan mengapa ada sesetengah restoran yang mempunyai lesen tidak di pasang mozek lantai hehe

      Ikhlas,

      Charmaine

  • Faiz malek
    March 24, 2019 at 3:55 AM

    Untuk restoran kedai makan… Berape jumlah alat pemadam api kesemasan diperlukan.. adakah perlu ruang dapur 1 unit dan ruang hadapan 1 unit

  • Nur
    March 7, 2019 at 9:44 AM

    Salam.saya nak buat pertanyaan berkaitan nama restoran.adakah penggunaan nama restoran mesti sama dengan nama yang tercatat di dalam ssm?

    • Admin
      March 18, 2019 at 2:46 AM

      Salam Sejahtera,

      Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.

      Persoalan begini sebenarnya lebih elok ditujukan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

      Namun begitu kerana kami mempunyai pengalaman juga dalam isu ini maka kami kongsikan disini.

      Nama Restoran tidak semestinya sama dengan Nama yang didaftarkan di SSM.

      Sebagai contoh, Nama brand restoran adalah Mc Donald tetapi nama syarikatnya adalah Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.

      Seringkali kita melihat nama restoran di papan iklan kedai tersebut dan perhatikan di bahagian bawah papan iklan tersebut ebiasaanya di sebelah bawah kanan yang ada tertulis tulisan kecil ‘DI MILIKI OLEH SYARIKAT ……’.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex

  • Alena
    January 22, 2019 at 1:51 PM

    Salam, saya dh ade sijil ssm. Boleh tolong list kan seto by step ape patut saya buat untuk fully complete to open a restaurant.

    Thank you

    • Admin
      February 3, 2019 at 5:39 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Maaf diatas kelewatan membalas pertanyaan anda.

      Kerana terdapat pertanyaan seperti ini, kami terus buat satu posting berkenaan ini.

      Mohon klik dapatkan jawapan bagi permohonan lesen perniagaan restoran

      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Afiq
    January 14, 2019 at 3:41 AM

    Salam sy nk tanya.bos saya ada bukak gerai di foodcourt Dan kene buat lesen dgn mbsa.mbsa mintak borang kkm 9.borang tu sy download dari website.tetapi tak tahu di mana kene submit adakah kepada mbsa terus atau ker kkm dlu.typhoid dh buat.kursus pn dah.

    Tq

    • Admin
      February 3, 2019 at 6:12 AM

      Salam Sejahtera Tuan Afiq,

      Terim Kasih kerana mengunjungi laman web No.1 Rujukan Pengendali makanan.

      Berdasarkan kepada komen tuan, saya merasakan ada salah faham berkenaan permohonan tuan.

      Untuk makluman, Borang 9 KKM adalah bagi tujuan rumah jagaan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

      Namun begitu permohonan tuan adalah bagi Foodcourt.

      saya merasakan bahawa dokumen yang dikehendaki oleh pihak Majlis tersebut adalah BORANG 9 Pendaftaran syarikat SSM bukan KKM.

      Sekiranya syarikat yang tuan daftarkan merupakan Sendirian Berhad (sdn bhd) maka akan ada borang tersebut, selain dari Borang 24 dan borang 49.

      Borang tersebut hendaklah diminta dengan Company Secretary, sila maklumkan kepada boss tuan.

      Namun sekiranya syarikat perniagaan yang tuan daftarkan adalah Enterprise, maka sila kemukakan BORANG D kepada pihak MBSA.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Terima kasih,

      Rex

  • Zul
    January 3, 2019 at 10:24 AM

    Salam admin. Dimana saya boleh dapatkan kursus pengendalian makanan itu ya? sekarang saya dalam proses untuk buat SSM dan prosedur seterusnya adalam mendapatkan sijil kursus dan suntikan betul? Macam mana dengan pelan perniagaan @ sketching yang PBT minta? Saya kurang faham.

    • Admin
      January 12, 2019 at 4:44 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Untuk kursus pengendalian makanan, sila rujuk penyedia latihan di DIREKTORI.

      Penyedia suntikan typhoid juga boleh didapati di direktori tersebut.

      bagi pelan perniagaan itu kami kurang faham terma yang dipakai. munkin maksudnya pelan layout restoran. Tuan perlu bertanyakan kembali lebih detail kepada pegawai perlesenan tersebut.

      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Muhamad Pauzi
    January 1, 2019 at 7:57 AM

    asalamualaikum, saya ingin menjual makanan dan minuman di kedai tepi jalan sahaja bukan di restoran atau kedai-kedai besar. dan tempat jualan tersebut tidak mengganggu lalu lintas dan ramai juga yang berniaga di situ, jadi soalan saya apakah tindakan pertama yang perlu saya buat ? daftar ssm sahaja dan terus mula berniaga atau bagaimana ? tolong tunjuk ajar dari A-Z. terima kasih.

    • Admin
      January 12, 2019 at 4:33 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Pastikan ini dilakukan terlebih dahulu:

      1) Daftar Lesen perniagaan SSM
      2) Hadir kursus pengendalian makanan utuk semua yang bekerja
      3) Dapatkan Suntikan Typhoid bagi semua yang bekerja.
      4) Berkenal-kenalan dengan peniaga-peniaga lain dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga yang lebih lama bertapak di situ.

      Namun begitu ingin kami nasihatkan bahawa perkara yang dinyatakan diatas bukan bermaksud anda dibenarkan berniaga di situ oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana anda tidak mempunyai permit. Perkara yang dinyatakan diatas adalah syarat minima sebagai peniaga makanan.

      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Azwan
    December 22, 2018 at 3:41 AM

    Salam admin, mohon pencerahan..
    Sy telah pon mempunyi SSM dan baru mendapat lot kedai untuk buka restoran. Apakah yang perlu sy buat dahulu ? Adakah perlu mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan dahulu kemudian meng’apply’ lesen di MBSA ? Apa yang perlu sy ada untuk bawa ke MBSA untuk memohon lesen ? Adakah juga perlu sy menyiapkan renovation kedai dulu seperti exhaust fan, grease trap dan sbgainya ? Perlukah kedai menyiapkan tiles dan sbgainya sebelum memohon lesen ? Harap admin dapat memberi pandangan dan memberi cara perjalanan apa yg perlu sy buat untuk membuka restoran. Terima kasih , salam.

    • Admin
      January 12, 2019 at 4:28 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Maaf kerana kelewatan membalas. Diharap tuan telah pun berjaya menguruskan semuanya dengan baik dan lancar.

      Untuk urusan begini, adalah elok tuan terus ke kaunter perlesenan Pihak Berkuasa Tempatan lokasi tuan berniaga.

      Contoh sekiranya restoran di shah alam, rujuk MBSA. Ini adalah kerana terdapat sedikit perbezaan dari satu PBT dengan PBT yang lain.

      Namun begitu asas dokumentasi untuk permohonan lesen adalah

      1) Salinan SSM
      2) Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
      3) Salinan Kad/Surat suntikan typhoid
      4) Salinan Kad Pengendalan Pemilik
      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Muhammad
    December 13, 2018 at 6:05 AM

    Salam Tuan,

    Saya berhasrat membuka sebuah gerai statik menjual cendol dan rojak di tepi jalan utama area Templer Park Selayang.

    Adakah kemungkinan untuk mendapat kelulusan kerana saya tidak mempunyai food truck.

    • Admin
      January 12, 2019 at 4:06 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Majlis perbandaran tidak mengeluarkan permit bagi peniaga yang berniaga di tepi jalan.

      Kebanyakan peniaga yang berniaga sekarang tidak mempunyai perit dari Pihak Berkuasa.

      Apa yang boleh tuan lakukan adalah dengan bertanyakan kepada Majlis Perbandaran Selayang di mana lokasi berniaga yang dibolehkan untu berniaga.

      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Ropini
    November 14, 2018 at 1:26 PM

    Mahon nasihat tuan. Jika sy ingin membeli restoran org lain, apakah prosedurnya? Dan bagaimanakah utk sy selamat dan tdk tertipu.

    • Admin
      December 10, 2018 at 1:59 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Soalan anda mungkin tidak tepat untuk dinyatakan disini kerana ini bukan laman web nasihat perniagaan.

      Namun begitu saya secara peribadi berpendapat jangan sesekali percaya ungkapan mulut dan janji manis bahawa kedai tersebut laku dan laris dan banyak pelanggan datang tiap hari.

      Sebaliknya anda buat analisa sendiri dengan lihat sendiri rekod-rekod kewangan, lihat sendiri operasi bisnes hari-hari apakah betul seperti yang dikatakan dan bertanyakan kepada jiran-jiran bisnes tersebut tentang pendapat mereka.

      Paling mudah di zaman serba canggih ini adalah buat carian di internet berkenaan bisnes tersebut 🙂

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Zohra
    November 14, 2018 at 10:27 AM

    Salam admin say nak Tanya .! suami saya Bukan warga negara dia nak buka kedai restoran atas nama dia maca mana Apply lesen ?

    • Admin
      December 10, 2018 at 2:08 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Untuk apply lesen, pastikan terlebih dahulu daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

      Tapi amalan yang biasa dibuat adalah memakai nama warganegara Malaysia. Dalam hal ini adalah pakai nama Puan untuk urusan permohonan lesen.

      Adalah lebih mudah seperti itu.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • SafwanRamlees
    October 29, 2018 at 5:46 PM

    Salam admin, mohon pencerahan..
    Sy telah pon mempunyi SSM dan baru mendapat lot kedai untuk buka restoran. Apakah yang perlu sy buat dahulu ? Adakah perlu mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan dahulu kemudian meng’apply’ lesen di MBSA ? Apa yang perlu sy ada untuk bawa ke MBSA untuk memohon lesen ? Adakah juga perlu sy menyiapkan renovation kedai dulu seperti exhaust fan, grease trap dan sbgainya ? Perlukah kedai menyiapkan tiles dan sbgainya sebelum memohon lesen ? Harap admin dapat memberi pandangan dan memberi cara perjalanan apa yg perlu sy buat untuk membuka restoran. Terima kasih , salam.

  • WONG GAIK WEI
    October 11, 2018 at 6:14 AM

    Kalau kedai saya sudah pasang Air-cond , hendak pasang jubin dinding lagi tak ?

    • Admin
      December 10, 2018 at 2:15 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Ya. Pemasangan jubin di dinding adalah perlu samada premis berhawa dingin mahupun tidak.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Nasiha
    September 25, 2018 at 7:28 AM

    Salam Admin,
    Saya ada beberapa pertanyaan berkaitan permohonan lesen perniagaan restaurant. Tunang saya seorang foreigner, dia telah membeli sebuah restaurant dari kawan dia. Restaurant tersebut sudahpun beroperasi. Permasalahan skrg, perniagaan tersebut tidak mempunyai lesen. Apakah patut saya mendapatkan lesen di atas nama saya?
    Satu lagi masalah, semua tukang masak juga dari luar negara. Adakah mereka patut mengikuti kursus pengendalian makanan dan mengambil suntikan typhoid atau hanya saya saja??

    • Admin
      December 10, 2018 at 2:22 AM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Perniagaan etrsebut mesti mempunya lesen. Silakan membuat permohonan lesen dengan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dengan pertukaran pemilik restoran.

      Kursus dan suntikan typhoid wajib diambil tidak kira warganegara Malaysia ataupun tidak bagi semua pengendali makanan di restoran samada tukang masak, pelayan, juruwang dan tukang basuh.

      Sekian terima kasih

      Rex

  • Chan Weng San
    August 23, 2018 at 7:47 AM

    Hi Admin,

    Saya akan mula perniagaan penjaja makanan dan kita sudah tanya kopitiam untuk tempat stall saya. Semua di sediakan oleh kopitiam. Boleh tanya apakah kita perlu semasa mula perniagaan makanan saya? adakah saya perlu apply Lesen, khusus makanan dan juga suntikan typhoid?

  • Norhaniza
    July 24, 2018 at 2:46 AM

    Salam admin..

    Saya dalam proses membuka restoran di area Setapak. Tapi restoran masih dalam proses pengubahsuaian. Saya masih belum memohon lesen bagi perniagaan dan juga papan tanda. Apakah prosedur untuk saya mohon lesen tersebut. Macam mana saya nak pohon lesen premis dan papan sekaligus.

    • Admin
      August 3, 2018 at 4:08 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      TUan, buat permohonan terus bagi tujuan pengubahsuaian dan permit restoran dan papan iklan. sila rujuk PBT yang bertanggungjawab. Setapak sekiranya di bawah Kuala Lumpur sila rujuk DBKL.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • siti khadijah binti harun
    July 5, 2018 at 9:01 PM

    salam.. saya nak tanya saya berniaga kedai makan di rumah bukan premis2.. perlu ke saya ambil lesen pengendali makanan dari majlis juga dan perlu ke saya hadir kursus..

    • Admin
      July 13, 2018 at 2:51 PM

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana berkunjung ke lama web pengendali makanan no#1 Malaysia.

      Kami telah menulis posting khas untuk menjawab persolalan ini.

      Rujuk di SINI.

      Kongsikan di Facebook anda sekiranya bermanfaat,

      Terima kasih,

      Rex

  • Aman
    June 25, 2018 at 1:54 AM

    Salam,

    Saya ingin tahu untuk perniagaan menjual burger di tepi jalan/depan shop lot, perlukah saya mendapatkan lesen perniagaan ?

    Sekian, terima kasih.

    • Admin
      July 2, 2018 at 4:23 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Bagi penjualan makanan di tepi jalan, shoplot adalah dinasihatkan anda mendapatkan permit penjaja dan daftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

  • Liz
    June 15, 2018 at 1:06 PM

    Selamat petang, saya telah Ada ssm, kursus pengendali makanan Dan suntikan, form Dan semua barang telah siap,hanya tunggu hantar form sahaja kerana banyak public holiday office tak Ada buka ,boleh ke saya buka kedai sambil menunggu lesen? Terima kasih sekalian.

    • Admin
      July 2, 2018 at 4:27 AM

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sekiranya semua telah lengkap, permohonan lesen boleh dibuat.

      Perlu mendapat kebenaran daripada pihak PBT dahulu sebelum mula beroperasi secara undang-undangnya.

      Namun begitu kebanyakan orang terus berniaga sahaja dan pihak PBT bukanlah terlalu ketat dan kejam untuk menyita premis anda seperti yang umum hebahkan,

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

Add a comment