Pensijilan Halal Malaysia dan JAKIM

By | June 27, 2014

Sejarah Pensijilan Halal Di Malaysia

Pensijilan Halal MalaysiaHalal adalah merupakan faktor yang penting bagi umat Islam dalam pemilihan makanan dan adalah wajib bagi umat Islam untuk hanya makan makanan yang bukan sahaja bersumberkan halal, tapi ia juga baik dan bersih. Itulah konsep yang diketengahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam yang disebut Halalan Toyyiba.

Pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di Malaysia telah bermula sejak tahun 1974 oleh JAKIM apabila Pusat Penyelidikan Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak piawaian syarak. Namun begitu, pengesahan halal mula diberikan dalam bentuk sijil hanya pada tahun 1994 beserta logo halal dan mulai 30 September 1998, pemeriksaan halal dilaksanakan oleh syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan dalam mengurus isu-isu berkenaan pensijilan halal.

Pada tahun 2002, urusan pensijilan halal tidak lagi diuruskan oleh syarikat ilham Daya sebaliknya semua urusan pensijilan halal diuruskan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang bermula dengan hanya 28 jawatan. Namun begitu, pada tahun 2005, seiring dengan perkembangan sektor makanan dan keperluan umat masa kini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan sebanyak 165 penjawatan pelbagai gred di bawah Bahagian hub Halal.

Selama lebih kurang setahun, pengurusan pensijilan halal diserahkan kepada Halal Development Coorporation (HDC) iaitu pada tahun 2008, namun tugasan tersebut telah diambil semula oleh JAKIM pada 8 Julai 2009. Persijilan halal ini juga merupakan langkah awal negara dalam rangka menguasai pasaran makanan halal dunia yang kini dikuasai empat negara bukan Islam iaitu China, Thailand, Australia dan Brazil.

Kepentingan pengiktirafan halal

Pengiktirafan Halal JAKIM bukan hanya sekadar Sijil dan logo halal, ia memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk halal berikut mematuhi hukum syarak dan juga memberi impak yang cukup besar kepada pengusaha makanan halal dan sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Halal merupakan komponen yang penting dalam dunia perniagaan termasuk pasaran global dan bukan lagi sekadar keperluan dalam keagamaan. Ini terbukti apabila negara bukan Islam seperti kebanyakan negara eropah yang juga mengutamakan produk halal untuk pengguna mereka kerana aspek kualiti dan keselamatan makanan. Halal pada hari ini telah menjadi satu sistem kualiti di peringkat global yang dapat menarik bukan sahaja pelanggan muslim malah pelanggan yang bukan muslim. Ini adalah kerana piawaian yang ditekankan dalam piawaian makanan halal adalah tinggi dan ini termasuk aspek kebersihan. Jadi apabila pelanggan membeli produk yang telah mendapat pengiktirafan halal, ia juga dijamin bersih dari segi pemprosesan dan kualiti makanan tersebut.

Akta Yang bersangkutan dengan Pensijilan Halal Malaysia

Dalam pengurusan pensijilan halal oleh JAKIM/MAIN/JAIN, beberapa undang-undang dan akta berikut telah diguna pakai, iaitu:

  • Akta Perihal Dagangan 1972 dan Perintah Perihal Dagangan 1975 (sehingga 31 Disember 2011) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
  • APD 2011, Perintah Perihal Dagangan Takrifan Halal 2011 dan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011;
  • Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 berhubung pelabelan, amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Animals Rules 1962, Animals (Importation) Order 1962 berhubung penternakan haiwan dan kawalan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV);
  • Akta Kastam 1967 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 berhubung import daging halal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997- Penandaan makanan halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri;
  • Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;
  • Akta Racun 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010);
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan; dan
  • Akta Cap Dagangan 1976 oleh KPDNKK.

Pensijilan dan Logo Halal JAKIM

Sijil Halal JAKIMPada tahun 2004 Malaysia telah mengeluarkan standard Halal MS1500:2004 yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia iaitu garis panduan bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal atau peraturan asas produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan. Standard Malaysia ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia.

Standard ini digalakkan untuk digunakan bersama-sama dengan:

  • MS 1480, Food safety according to hazard analysis and critical control point (HACCP) system
  • MS 1514, General principles of food hygiene

Bermula 1 January 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM yang boleh digunakan dan diiktiraf di Malaysia. Seperti sebelum ini, terdapat banyak logo-logo yang dikeluarkan oleh syarikat swasta didapati digunapakai oleh restoran-restoran dan produk makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai 2011 dan berkuatkuasa 1 November 2011.

selepas dari terikh tersebut, bagi premis makanan, hotel atau lain-lain produk atau pengusaha yang masih menggunakan logo selain logo yang dikeluarkan oleh JAKIM, syarikat tersebut boleh dikenakan denda sebanyak RM 250,000 manakala bagi perseorangan sebanyak RM 100,000 atau tiga (3) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sijil Halal Yang diiktiraf JAKIM

JAKIM telah mengenalpasti dan mengiktiraf badan-badan halal di luar negara serata dunia. Badan-badan Halal yang diiktiraf JAKIM (updated 7th Febuary 2014) :

Australia

  1. Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia
  2. Islamic Association of Geraldton
  3. Islamic Association of Katanning Inc
  4. Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)
  5. Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA)
  6. The Perth Mosque of Western Australia Incorporated 427-429 William
  7. Australian Halal Authority & Advisers (AHAA)
  8. Al-Iman Islamic Society

Austria

  1. Islamic Information and Documentation Center

Argentina

  1. The Halal Catering Argentina San Nicolas 1061 @ The Halal Catering Argentina Halal Slaughtering & Halal Food Supervision Address: Mercedes
  2. Islamic Centre of The Argentine Republic (Centro Islamico de La Republica Argentina)

Bangladesh

  1. Islamic Foundation Bangladesh (Baitul Moqarram National Mosque)

Belgium

  1. Halal Food Council of Europe (HFCE)

Brazil

  1. Federation of Muslims Associations in Brazil
  2. Centro de Divulgaҫãodo Islam Para América Latina (CDIAL) / Islam Dissemination Center for Latin America R. Henrique Alves

Canada

  1. Halal Montreal Certification Authority

China

  1. Shandong Islamic Association
  2. China Islamic Association
  3. ARA Halal Development Services Center Inc. (ARA)

Chile

  1. Centro Islamico De Chile

France

  1. Ritual Association of Lyon’s Great Mosque ( Association Ritualle de la Grande Mosquee de Lyon )

Germany

  1. HALAL CONTROL e.K. (EU) Pruef- und Zertifizierungsstelle fuer Halal-Lebensmittel European Inspection- and Certification Body for Halal-Food

India

  1. Halal Committee-Jamiat-Ulama-E-Maharashtra
  2. Jamiat Ulama-l-Hind Halal Trust
  3. Halal India PVT LTD

Indonesia

  1. The Indonesian Council of Ulama (MUI), Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika,

Italy

  1. Halal International Authority (HIA)

Japan

  1. Japan Muslim Association
  2. Japan Halal Association (JHA)

Kenya

  1. Kenya Bureau of Halal Certification (KBHC)

Korea

  1. Korean Muslim Federation (KMF)

Netherlands / Hollands

  1. Control Office of Halal Slaughtering B.V & Halal Quality Control
  2. Total Quality Halal Correct Certification
  3. Halal Feed and Food Inspection Authority (HFFIA)

New Zealand

  1. Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ)
  2. New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) Level 4, 369

Pakistan

  1. Jamea Markaz Uloom Islamia Mansoora (JMUIM)

Philipines

  1. Islamic Da’wah Council of The Philippines (IDCP)
  2. National Commission on Muslim Filipinos (NCMF)

Poland

  1. The Muslim Religious Union in Poland (MRU)

Singapore

  1. Islamic Religious Council of Singapore (MUIS)

South Africa

  1. National Independent Halaal Trust
  2. South African National Halal Authority (SANHA)
  3. Muslim Judicial Council SA

Sri Lanka

  1. HALAL ACCREDITATION COUNCIL (GUARANTEE) LIMITED

Sudan

  1. Majlis Fiqh Islami of Sudan/ Halal Authority of Sudan

Switzerland

  1. Halal Certification Services

Taiwan

  1. Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA)
  2. Taichung Mosque

Thailand

  1. The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT)

Turkey

  1. KAS ULUSLARARASI SERTİFİKASYON GÖZ. TEK. KONT. HIZM. LTD. ŞTI. (KASCERT INTERNATIONAL)
  2. Association For The Inspection And Certification Of Food And Supplies (GIMDES)

United Kingdom

  1. The Muslim Food Board (UK)

USA

  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Vietnam

  1. Halal Certification Agency, Vietnam