Pendaftaran Premis Makanan Secara Online

By | September 22, 2014
Borang Pendaftaran Premis makanan dan restoran

Pendaftaran Premis Makanan Adalah Wajib Bermula 1 January 2014

Mengapa premis makanan perlu di daftarkan?

Mengikut peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009, semua premis makanan wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .

Apakah yang dimaksudkan dengan premis makanan?

Definisi bagi premis makanan ialah premis yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran, penjualan, pelabelan semula, pemprosesan semula, pembaikan semula semua produk makanan serta yang berkaitan dengan makanan.

Terdapat beberapa kategori premis makanan yang perlu didaftarkan seperti:

  • Premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • Premis makanan yang terlibat dalam katering makanan besar-besaran dan tidak beroperasi di rumah
  • Premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan.
  • Semua kenderaan yang makanan sedia dimakan dijual.

Cara mendaftar premis makanan

Pendaftaran premis makanan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pendaftaran Premis Makanan ( BORANG KKM-PPKM-1/09). Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Memohon secara ONLINE DI SINI; atau
  2. Memuaturun borang tersebut di  laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan; atau
  3. Ambil borang di Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat dengan tempat premis beroperasi; atau
  4. Memohon secara online di laman FOSIM

 Berapa lama tempoh sah laku pendaftaran?

Setiap permohonan yang lulus sah laku selama tempoh 3 tahun.

Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran.

Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh tamat pendaftaran.

Perakuan Pendaftaran Premis

Setiap premis makanan yang telah berjaya didaftarkan akan menerima sijil perakuan yang akan di pos dan hendaklah mempamerkan Perakuan Pendaftaran Premis tersebut di premis.

Sabit kesalahan

Kegagalan mendaftar premis makanan adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM 10,000) Atau dipenjara tidak melebihi tempoh 2 tahun.

Bantuan dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran premis makanan boleh diajukan melalui talian 03-88833558. Sebelum itu, sila baca dahulu soalan lazim pendaftaran premis makanan yang sering ditanyakan sebelum anda menelefon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.