Pendaftaran Direktori

Salam Sejahtera!

Laman web Kursuspengendalianmakanan.com telah ditubuhkan hampir setahun oleh team yang berpendapat bahawa maklumat internet di Malaysia masih jauh ke belakang berbanding negara lain yang maklumat sangat mudah diperolehi di internet.

Disebabkan hal ini, kami bersepakat untuk menubuhkan laman web pengendali makanan yang pertama dan yang tunggal di Malaysia di mana segala informasi berkaitan dengannya boleh didapati dengan mudah di laman ini. Statistik yang diperolehi dari google analytics menunjukkan dari 1 April 2015 – 16 April 2015 bilangan pengunjung telah mencapai seramai 5560 orang. Semoga pengunjung ini mendapat manfaat dari laman ini dan semoga dapat memberi manfaat kepada ramai lagi.

Oleh kerana misi kami ingin menjadikan laman web yang memberi manfaat dan membantu pengendali makanan, kami ingin mempelawa syarikat-syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan berkaitan pengendali makanan untuk turut serta menyumbang di dalam laman web ini dengan menyenaraikan syarikat anda di sini. Semoga ini dapat memudahkan kerja mereka samada membuka restoran atau menghadiri kursus.

Kategori direktori yang terdapat di laman ini adalah seperti berikut:

  • Kawalan Serangga / Pest Control
  • Kursus Latihan Pengendali Makanan / Food Hander Course
  • Perundingan Pensijilan Halal Malaysia / Halal Consultant
  • Kursus Halal
  • Perangkap Minyak / Grease Trap
  • Suntikan Typhoid Pengendali Makanan
  • Kursus HACCP
  • Kursus GMP

Sila klik pada pautan yang diberikan di bawah mengikut negeri untuk meneruskan pendaftaran.

BORANG PENDAFTARAN DIREKTORI DI SELANGOR, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYA

BORANG PENDAFTARAN DIREKTORI BAGI LAIN-LAIN NEGERI

 

Cintai Malaysia, Makanan bersih dan sehat!

Team Kursuspengendalianmakanan.com