Pekerja Restoran Tidak Perlu Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan

By | October 2, 2015
pekerja restoran tidak perlu hadir kursus

Kredit : poskod.my

Berikut merupakan pertanyaan yang diterima dari pengguna www.kursuspengendalianmakanan.com

Assalamualaikum WBT Tuan,

Saya akan membuka restoran di Cyberjaya pada hujung bulan ini.

Saya memerlukan Suntikan Typhoid dan sijil kursus pengendali makanan bagi tujuan permohonan permit PBT.

Adakah pekerja restoran saya perlu menghadiri kursus juga atau hanya saya sebagai pemilik restoran yang perlu hadir.

Jawapan:

Mengikut Akta Kebersihan Makanan 1983 – Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009, semua pengendali makanan diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta tersebut boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak melebihi RM 10,000.

Berdasarkan akta tersebut, jelas bahawa setiap pengendali makanan yang bersentuhan secara langsung mahupun tidak langsung wajib untuk menghadiri kursus ini dan mendapatkan suntikan typhoid.

Ramai pengusaha makanan yang masih tidak tahu akan syarat-syarat ini walaupun akta ini telah dikuatkuasa sedari tahun 1983. Peniaga juga menganggap bahawa Kursus dan Suntikan tersebut hanya merupakan syarat untuk mendapatkan permit PBT. Walhal implimentasi akta ini lebih tertumpu kepada pengendali makanan iaitu pekerja-pekerja restoran yang bersentuhan makanan secara langsung dan ia bertujuan mengawal sakit akibat keracunan makanan dan sakit taun.

Terdapat juga ramai di kalangan peniaga yang tahu akan peraturan ini namun tetap tidak mementingkan aspek ilmu kebersihan makanan ini kepada pekerja mereka. Ini adalah kerana pekerja-pekerja mereka sering bertukar ganti dan mereka menganggap tiada guna jika menghantar mereka berkursus jika 3 atau 4 bulan nanti mereka akan menghilangkan diri.

Pengusaha restoran perlu tahu bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melengkapi ilmu pengendalian makanan yang betul dan memberikan suntikan typhoid kepada pekerja mereka sebelum mereka mula bekerja di restoran.

Dengan ini, kebersihan makanan yang dijual di premis terjamin kebersihan dan adil kepada pelanggan kerana mereka membeli makanan di restoran bukan diberi percuma.

Bagaimana pandangan anda? pernah mengalami makanan yang dihidangkan basi atau terjumpa kaki lipas dalam makanan anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

6 thoughts on “Pekerja Restoran Tidak Perlu Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan

  1. Muhd Taufiq Abdullah

    Assalamualaikum. Saya sperti penama di atas ingin bertanya satu soalan berkenaan dengan suntikan typhoid. Saya sedia maklum bahawa suntikan typhoid hanya diberikan sekali setiap 3 tahun. Soalan saya, jika pengendali makanan disuntik dua kali suntikan tersebut dalam tempoh aktif, apakah kesan kepada pengendali makanan itu?

    Reply
    1. Admin Post author

      Waalaikumsalam Tuan,

      Terima Kasih kerana bertanya.

      Soalan yang diajukan adalah menjangkaui posisi kami yang bukan dalam bidang perubatan. Walaupun secara umumnya ia tidak membahayakan kesihatan namun begitu adalah digalakkan Tuan mendapatkan nasihat pakar perubatan.

      Sila bawa rekod suntikan tuan seperti Surat pengesahan suntikan atau Kad suntikan apabila berjumpa dengan doktor dan minta nasihat pakar perubatan. Mereka adalah lebih layak untuk mengulas menganai soalan ini dan mereka akan bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan.

      Sekian semoga dapat membantu.

      Terima Kasih

      Reply
    1. Admin Post author

      Terima kasih.

      Sila rujuk laman direktori dan cari sekolah latihan pengendali makanan berdekatan anda.

      Reply
    1. Admin Post author

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sekiranya berdasarkan nama jawatan iaitu purchasing supervisor, ia kelihatan tidak mengendalikan makanan.

      Namun begitu, ia bergantung kepada skop kerja yang tuan dipertanggungjawabkan.

      Pada pandangan saya, Tuan tidak perlu mendapatkan suntikan typhoid kerana tidak bersentuhan dengan makanan namun sekiranya Tuan memahami kebaikan Vaksin typhoid, adalah baik untuk Tuan mengambilnya.

      Kebaikan Suntikan typhoid ada diajar di dalam kursus Pengendalian Makanan dan ada element cara pemilihan bahan mentah yang diajar dalam modul tersebut yang saya rasa penting untuk Tuan ambil tahu.

      Sungguhpun Tuan tidak dikategorikan sebagai pengendali Makanan, Namun ilmu yang diajarkan di dalam kursus pengendali makanan dapat menambah ilmu Tuan dalam Industri F&B dan Suntikan typhoid pula bukan sekadar melindungi pelanggan daripada jangkitan virus dari tuan, malah ia melindungi Tuan dari menerima jangkitan dari orang lain.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *