Lesen Dan Permit Berniaga Makanan Dari Rumah

By | July 13, 2018
Lesen Dan Permit Berniaga Makanan Dari Rumah

Sumber Gambar: Ihsan Google

salam.. saya nak tanya saya berniaga kedai makan di rumah bukan premis2.. perlu ke saya ambil lesen pengendali makanan dari majlis juga dan perlu ke saya hadir kursus..

Berikut merupakan pertanyaan dari salah seorang dari pengunjung di lama web ini dan sebenarnya kami mendapati ramai juga yang pernah bertanyakan soalan yang serupa.

Untuk memudahkan pengunjung yang akan datang bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan sebegini, kami siapkan artikel khas supaya senang kami beri pautan ini kepada pengunjung-pengunjung laman ini di masa akan datang 🙂

Perlesenan

Perlu ke memohon lesen perniagaan?

Sekiranya lesen yang dimaksudkan disini lesen perniagaan SSM, maka adalah wajib bagi individu yang menjalankan perniagaan mendaftar perniagaan mereka.

Sekiranya lesen/permit yang dimaksudkan adalah permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya DBKL/MBSA/MPK, maka ia tidak perlu diambil.

Ini adalah kerana PBT tidak memberi permit bagi perniagaan yang beroperasi di rumah.

Ini adalah kerana rumah kediaman bukannya unit komersil dan tidak benarkan rumah diguna sebagai premis perniagaan apatah lagi sebagai kedai makan.

Kursus Pengendali Makanan Perlu?

Iya! dan Tidak!

Sekiranya lesen pun tidak perlu memohon, kenapa lagi perlu hadir kursus?

Sungguhpun tidak perlu hadir kursus, namun begitu kami di kursuspengendalianmakanan.com sangat harap agar pengendali makanan yang beroperasi di rumah baik secara sepenuh masa mahupun sambilan untuk menghadiri kursus.

Ini adalah kerana isi kandungannya sangatlah penting untuk diamalkan terutama tentang keselamatan makanan.

Suntikan Typhoid Bagaimana Pula?

Juga… Iya! dan Tidak!

Apabila perniagaan yang dijalankan dari rumah dan tidak ada kewajipan untuk memohon lesen, makan ia tidak dikategorikan sebagai pengendali makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Jadi tidak wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid.

Tidak wajib di sini bererti tiada siapa yang akan kompaun peniaga makanan yang beroperasi di rumah kerana mereka tidak tertakluk di bawah Akta tersebut.

Tak mungkin pula pegawai penguatkuasa nak masuk dapur orang buat spot check kan? 🙂

Namun begitu, sekiranya anda pernah hadir Kursus Pengendalian Makanan, anda akan tahu betapa pentingnya Suntikan Typhoid ini dan tiada pelindungan vaksin ini boleh menyebabkan kematian kepada pelanggan anda.

Kesimpulan

Kerajaan perlu mengemaskini Akta yang sedia ada kerana Pengendali Makanan yang beroperasi dari rumah tidak dirangkumi dalam Akta Makanan 1983.

Sekiranya ini terus berlaku, kebersihan dan kualiti makanan akan tidak dapat dikawal kerana masyarakat pada masa ini akan memilih perniagaan makanan sebagai pilihan utama untuk menjana pendapatan sampingan kerana ia adalah mudah dan tidak memerlukan modal yang tinggi di samping ia merupakan industri keperluan.

Pengusaha makanan dari rumah khususnya harus ambil cakna akan undang-undang dan keperluan sebelum menceburi bidang makanan.

Apa pandangan anda?

Pernah ada pengalaman beli makanan online seller ada bulu kucing? 🙂

Share pengalaman di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *