Kesalahan Serius Mengapa Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik oleh JAKIM

By | May 27, 2015

sijil halal secret recipe ditarik balik

System pensijilan halal Malaysia merupakan system yang bertaraf dunia dan diperakui dan dipercayai oleh kebanyakan negara-negara eropah. Pengesahan sijil halal Malaysia bukan sahaja bererti sesuatu produk atau syarikat mendapat pengensahan halal kerana bahan mentah cukup syarat halal, ia juga merangkumi aspek kebersihan secara menyeluruh dari proses pengeluaran, proses logistik dan proses penjualan kepada pengguna. Segalanya mestilah patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Ini lah dia satu system yang disebut Halalan Toyyiba yang membawa maksud Halal lagi Bersih.

Ramai pengusaha-pengusaha makanan terutamanya dari yang beragama islam sendiri yang memandang remeh akan pensijilan halal Malaysia kerana mereka beranggapan bahawa apabila pemilik dan staff semua terdiri dari beragama Islam, tidak menghidang babi, ayam yang dijual pula disembelih oleh Pak Mat yang juga beragama Islam.. Sudah tentulah produk halal!… BELUM TENTU!

Pensijilan Halal Jakim telah di integrasikan dengan Good Manufacturing Practice (GMP) dan HACCP. Ia juga mestilah berpandukan kepada ISO Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014. Restoran haji Mat, Restoran Mamak dan seangkatan dengannya sangat susah untuk melepasi garis panduan pensijilan halal Malaysia. kenapa? … lawatilah bahagian dapur, stor atau toilet mereka dan nilailah sendiri.

Bahagian Hab halal JAKIM telah melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik dengan pemantauan kepada syarikat yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM agar penerima pengensahan Halal kekal menjaga garis panduan tersebut sepanjang tempoh pengensahan Halal. Namun begitu terdapat juga sesetengah pengusaha yang culas dalam melaksanakan amalan tersebut dan mengambil enteng perkara kebersihan dan halal akibatnya sijil pengesahan halal ditarik balik.

Pada 7 Mei 2015, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan media yang menguatkuasakan penarikan sijil halal kepada dua (2) outlet restoran makanan tersohor iaitu Secret Recipe. Syarikat ini telah acap kali keluar media berkenaan isu halal, sebelum ini perihal penggunaan bahan tidak halal dalam kek mereka dan kali ini tidak terlibat bahan ramuan yang haram tetapi kes premis yang kotor.

Perlu diketahui umum, penarikan sijil ini hanya kepada dua outlet ini kerana sijil pengesahan halal jakim adalah berdasarkan kepada outlet bukan kepada brand atau syarikat. Ini bererti anda masih lagi boleh menjamu selera di outlet selain dari yang dua ini sekiranya anda menitikberatkan isu Halal toyyiba. Ketahui kenapa sijil halal secret recipe ditarik balik oleh JAKIM dari penjelasan mereka di bawah ini.

secret recipe tidak halal

Di bawah ini adalah kenyataan media yang dikeluarkan daripada pihak Jakim:

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal ingin memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. berikutan kenyataan mengenainya yang disebarkan secara meluas di laman-laman sosial.

2. Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Penarikan ini walau bagaimanapun adalah TIDAK disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

3. Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik.

4. Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah berkuatkuasa pada 7 Mei 2015. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. JAKIM akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

5. JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

6. JAKIM juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat andaian pelbagai dan menyebarkan isu ini secara salah. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
26 Mei 2015

Sumber: Kenyataan Media Berkenaan Isu Penarikan Sijil Halal Malaysia Bagi Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. – www.halal.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *