“.. Kentang BASI Tolak Tepi je Dah Ok..”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Kentang Basi Tolak Tepi
Medan Selera Tesco di Setia Alam yang menyajikan lauk basi kepada pelanggan

Lauk Kentang Basi Dijual

“kentang tu yg BASI bang.. Abg buang kentang tu dh okay la.. Abg amik la bende lain sebagai ganti”

Itulah jawapan yang diterima daripada pekerja medan selera di sebuah Pasaraya terkenal di Setia Alam oleh seorang pengunjung yang ingin menikmati makanan masakan melayu di Food Court Pasaraya tersebut.

Berdasarkan informasi yang diperolehi, pelanggan tersebut merupakan pengunjung tegar kepada pasaraya itu namun itulah pertama kali mereka makan di medan selera tersebut kerana teringin makan nasi. Namun pengalaman pertama tersebut ternyata adalah pengalaman yang menyakitkan hati dan sudah tentu tidak akan memesan lagi makanan di gerai tersebut.

Lauk-pauk yang dihidangkan di medan selera tidak sepatutnya basi melainkan ia:

1) Merupakan lauk yang sudah masak lebih dari 4 jam.

2) Dikendalikan dengan tidak bersih seperti terdedah (tidak bertutup) atau mengambil lauk dengan tangan.

3) Tidak mengekalkan keadaan panas semasa dihidang untuk pelanggan seperti restoran mamak yang menggunakan Water Bath dan di tetapkan suhu kepada 63 Darjah selsius.

Etika Pegendali Makanan Yang Tidak Bertanggungjawab

Sikap pengendali tersebut yang menyuruh untuk hanya mengalihkan kentang tersebut adalah tindakan yang tidak wajar sama sakali kerana makanan tersebut telah dicemari dengan lauk yang telah basi itu.

Pelanggan bayar untuk menikmati hidangan yang berkualiti bukan mereka datang makan dengan percuma.

Pengusaha yang mengamalkan sikap begini hanya mementingkan keuntungan semata dan bukan untuk memberi nilai yang bagus kepada masyarakat.

Perkara masakan basi ini boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada pelanggan yang mungkin tidak serius kepada mangsa tersebut tetapi jika mangsa masakan basi tersebut terkena pada anak-anak yang masih kecil atau warga emas yang daya tahan tubuh yang lemah, ia boleh mengakibatkan masalah yang serius kepada kesihatan mereka.

Pemantauan Berjadual Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan medan selera tersebut wajib mengambil tindakan yang serius terhadap isu-isu sebegini agar ia tidak berulang lagi.

Pemeriksaan berkala perlu dijalankan untuk memastikan kualiti makanan yang dihidangkan di medan selera mereka adalah bersih dan selamat untuk dimakan. Jika perlu, menyamar sebagai pelanggan lebih baik.

Pengendali makanan juga perlu diperiksa samada mereka telah menghadiri kursus pengendalian makanan dan yang paling penting telah mendapat suntikan typhoid.

Pegendali makanan yang menghidangkan lauk basi tersebut seandainya telah hadir kursus, pastikan mereka hadir lagi kursus Refreshment kerana boleh jadi mereka telah lupa cara pengendalian makanan yang betul atau boleh jadi mereka hanya beli sijil dan tidak pernah menghadiri kursus.

Bagaimana dengan anda? pernah mengalami situasi yang sama? kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah. : )

Subscribe!

Dapatkan info , event, hebahan terkini terus ke email anda.

Share sekiranya bermanfaat :)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on linkedin

Komen:

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment