Kebersihan Peti Sejuk & Keracunan Makanan

By | August 30, 2014

Bilakah kali terakhir peti sejuk dirumah anda dibersihkan?

Bersihkan Peti SejukMengikut pakar-pakar, dapur rumah adalah hidangan lazim bagi penyakit bawaan makanan. Seringkali kita mengidap sakit perut dan selsema yang kita tidak pernah menyangka bahawa itu sebenarnya adalah merupakan keracunan makanan dalam bentuk ringan. Keracunan yang berat boleh membawa maut seandainya langkah yang pantas tidak diambil.

Virus, bakteria, parasit boleh memberikan risiko kesihatan kepada kita semua terutama bagi ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi, kanak-kanak, warga tua dan sesiapa sahaja yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

Tahukah anda bahawa 25% penyakit wabak boleh dicegah dengan amalan yang lebih selamat dirumah?

Bagaimana untuk memastikan makanan yang tersimpann di peti sejuk rumah anda selamat? mari kita mulakan dengan asas-asas yang sangat mudah diamalkan:

  • Bersihkan peti sejuk setiap minggu atau dua, dengan menggunakan bahan peluntur yang selamat untuk digunakan.
  • Pastikan bahawa suhu sentiasa di bawah 5 darjah Celcius di dalam peti sejuk dan 0 darjah Celcius dalam peti Sejuk-Beku.
  • Lap sebarang tumpahan di dalam peti sejuk anda dengan segera, untuk mengelakkan pencemaran silang.
  • Gunakan semua makanan sebelum tamat tempoh.Elakkan makanan yang telah tamat tempoh.
  • Makanan yang dilabelkan dengan “Dijual pada” harus digunakan dalam tempoh lima hari dari tarikh tersebut.
  • Pastikan makanan diperiksa terlebih dahulu untuk apa-apa tanda-tanda kerosakan atau basi sebelum anda digunakan untuk memasak. Apabila makanan mula rosak, ia sering kelihatan dan / atau berbau buruk.

Namun begitu, terdapat juga makanan yang masih kelihatan cantik namun pada hakikatnya sudah terdapat banyak organisma yang merbahaya. Jadi, apabila anda meragui makanan tersebut, buangkan sahaja.

Sebagai langkah yang selamat, pastikan tarikh luput makanan sebelum digunakan dan gunakan segala deria yang anda punya untuk memastikan makanan selamat untuk dimakan.

Membeli-belah yang berkesan dan betul

Keselamatan makanan bermula di kedai runcit. Mulakan membeli-belah di tengah- dengan makanan yang kering, dan diakhiri dengan makanan yang segar atau sejuk-beku kerana makanan ini mudah rosak apabila suhu tidak sesuai. Jangan membeli tin atau
balang Kemek atau bocor, atau makanan segar yang kelihatan lama atau berbau busuk. Pastikan anda. Semak tarikh pada semua makanan, termasuk tin dan balang.

Setelah pulang ke rumah, pastikan barang yang mudah rosak disimpan ke dalam peti sejuk dengan segera. Pstikan peti sejuk diisi dengan meninggalkan sedikit ruang untuk pergerakan udara. Suhu peti sejuk dan Peti sejuk-beku boleh jatuh ke paras tidak selamat jika terlalu padat dan ini akan membuatkan bekteria menjadi aktif.

Zon merbahaya makanan

Penyahbekuan Makanan yang dbiarkan pada suhu bilik ialah makanan yang berada dalam zon merbahaya iaitu suhu diantara 5-60 darjah Celcius di mana bakteria membiak dengan cepat. Penyahbekuan yang betul seharusnya ditempatkan di dalam peti sejuk di bahagian khas penyahbekuan. Ingat bahawa makanan yang disajikan secara buffet seharusnya tidak boleh dibiarkan terhidang melebihi 2 jam.

Dengan cermat balutkan makanan yang tidak habis dengan pembalut plastik atau bekas kedap udara dan gunakan dalam masa 2 hari. Gunakan label untuk tandakan tarikh bagi mengelakkan anda terlupa tarikh penyimpanan makanan.

Sekiranya langkah-langkah ini di amalkan, anda akan mendapati ia amatlah mudah untuk memastikan peti sejuk anda selamat dan memastikan anda bebas daripada penyakit keracunan makanan. Seperti kata barat, “anda adalah apa yang anda makan”. sekiranya makanan yang selamat, bersih dan sihat yang dimakanan makan hasilnya anda pasti memilik tubuh yang sihat.