Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kursus Asas Halal & Toyyib

15 November @ 9:00 AM - 5:00 PM

RM150
Kursus Asas Halal & Toyyib

Kursus Asas Halal & Toyyib Siri~4

Industri halal di Malaysia mula diperkenalkan secara serius apabila penggunaan logo halal Malaysia diseragamkan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan termasuk di dalam Akta Perihal Dagangan Halal 2011.
 
Namun begitu, tiada kursus halal atau latihan dan penerangan yang meluas tentang Pensijilan Halal Malaysia (PHM) berkenaan kepentingan halal, cara memohon dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
 
Kami dari Al-Barakah Training Centre PLT berusaha agar maklumat dan ilmu berkaitan industri halal dapat disebarluaskan ke semua negeri di Malaysia bermula dengan negeri Selangor dan yang berdekatan.
 
Kursus Asas Halal & Toyyib merupakan antara syarat yang wajib dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia. Namun begitu, ia belum dikuatkuasakan sepenuhnya.
 
Oleh kerana sistem pendaftaran & pengurusan Halal di Hab halal JAKIM masih baru, maka proses menguatkuasakan semua syarat-syarat yang terkandung di dalam manual permohonan dikuatkuasakan secara berperingkat.
 
Pada Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-4 ini, kami akan menjelaskan tentang pembaharuan dan syarat-syarat baharu yang diperkenalkan oleh pihak Hab Halal Jakim.

KEPENTINGAN KURSUS HALAL & TOYYIB

Kursus ini diwajibkan hadir oleh semua kakitangan yang terlibat secara langsung dalam sesebuah syarikat yang memegang sijil pengiktirafan Halal JAKIM.
 
Ini adalah bagi memastikan semua kakitangan syarikat tersebut terutama yang di bahagian dapur dan ‘Purchaser’ iaitu yang menguruskan pembelian bahan mentah tahu akan etika pengurusan halal dan menjaga kredibilti Pensijilan Halal itu sendiri.
 
Antara kepentingan lain adalah bagi memastikan gerak kerja kakitangan pengendali makanan selari dengan garis panduan syara’ dan keselamatan makanan agar kualiti Halal & toyyib dapat di capai.
 
Pengusaha produk makanan dan individu digalakkan menghadiri kursus ini bagi persediaan memohon pensijilan Halal Malaysia.
 

TOPIK KURSUS

 
Kursus ini adalah dalam tempoh satu hari dan akan dibahagikan kepada 3 topik iaitu:
 
  • Pengenalan Halal & Toyyib mengikut perspektif Syara’
  • Skim Pensijilan Halal JAKIM
  • Syarat-syarat & Permohonan Pensijilan Halal Malaysia
 
**BONUS: Checklist Dokumen Permohonan Halal
 

YURAN

 
Yuran kebijaksanaan yang dikenakan adalah seperti berikut:
 
  • 1 Pax – R̶M̶ ̶2̶0̶0̶ RM 150
  • 2 Pax – R̶M̶ ̶3̶5̶0̶ RM 260
  • 3 Pax – R̶M̶ ̶4̶5̶0̶̶ RM 330
 
**Jumlah Peserta dihadkan kepada 20 orang sahaja.
 

INGIN DAFTAR?

 
Untuk pendaftaran, sila hubungi Koordinator kursus kami:
 
Puan Fatin Nur Izzati
 
Mobile : +6017 . 328 . 4947 ( Call / Whatsapp / SMS )
Nota: Makanan, nota kursus, Refreshments ada disediakan.
 
Terima kasih & Jumpa anda di Sana!

Details

Date:
15 November
Time:
9:00 AM - 5:00 PM
Cost:
RM150
Event Category:
Event Tags:
, , ,
Website:
http://www.albarakahtc.setmore.com

Organizer

CIkpuan Izzati
Phone:
017-328-4947
Email:
mazlin.albarakah@gmail.com
Website:
http://www.al-barakah.com.my/

Venue

Al-Barakah Training Centre PLT
5B, Pusat Perdagangan Suri Puteri, JAlan Singa F20/F, Seksyen 20
Shah Alam, Selangor 40400 Malaysia
+ Google Map
Phone:
017-328-4947
Website:
http://www.al-barakah.com.my/kursus/kursus-asas-halal-jakim-toyyib-siri-4/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iconic One Theme | Powered by Wordpress