Cara Mohon Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA

By | July 20, 2016

Panduan Lengkap Memohon Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA

cara mohon permit kad pengendali makanan

Contoh kad pengendali makanan yang sah – sumber :sinarharian.com.my

Apa itu Kad Permit Pengendalian Makanan?

Kalau Kad Pengenalan Mykad merupakan dokumen pengenalan diri sebagai seseorang yang berstatus rakyat Malaysia, Kad pengendalian makanan pula merupakan dokumen pengenalan diri sebagai seseorang yang terlibat dalam industri memproses makanan / F&B ( Food and Beverages ).

Umumnya, setiap pengendali makanan di Malaysia wajib memiliki kad ini. Sekiranya seseorang pengendali makanan mempunyai kad ini yang masih sah, ini menandakan seseorang itu telah :

a) menghadiri Kursus Pengendalian Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai Sijil Kehadiran yang Asli.

b)  mendapatkan suntikan vaksin Typhoid yang masih sah ( Biasanya tempoh sah selama 3 tahun sahaja )

c)  menjalani pemeriksaan kesihatan yang menandakan seseorang itu tidak mempunyai penyakit berjangkit kronik seperti batuk kering dan lain-lain dan sihat untuk bekerja.

d) Mempunyai permit kerja yang berkaitan ( ini bagi bukan warganegara)

Ini memudahkan pegawai kesihatan memeriksa pengendali makanan. Tidak perlu semak semua dokumen yang diatas, cuma perlu periksa kad pengendalian makanan sahaja.

Cara Memohon Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil bagi urusan permohonan ini.

1- Dapatkan 2 borang ini di Jabatan Kesihatan Persekitaran di Tingkat 17 atau boleh muat turun dari laman web MBSA iaitu:

  • Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2 ( Doktor & Pemohon isi dengan lengkap )
  • Borang Permohonan Permit Kad Pengendalian Makanan ( Pemohon isi dengan lengkap )

2- Bawa bersama borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2 berjumpa doktor dan dapatkan sutikan typhoid juga pemeriksaan kesihatan. Minta doktor menggunakan borang tersebut.

3- Hadir kursus pengendalian makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia. Panel sekolah Latihan Pengendali Makanan yang dilantik boleh rujuk direktori SLPM. Hadir kursus ini dan pastikan anda diberi sijil yang asli. Sijil tersebut di fotostat.

4- Kumpulkan dokumen tersebut:

  • Borang Permohonan Permit Kad Pengendalian Makanan yang lengkap diisi
  • Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2 yang lengkap diisi dengan pengesahan dan cop doktor
  • Satu (1) salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
  • Dua (2) keping gambar ukuran Kad Pengenalan
  • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan ( Bagi Warganegara )
  • Satu (1) Salinan Pasport & Permit Kerja (Bagi bukan Warganegara) (* Tarikh tamat tempoh permit tidak kurang daripada 6 bulan pada tarikh permohonan. Permohonan hanya kepada pemilik permit kerja dan hanya terhad kepada sektor restoran dan penyediaan makanan sahaja.)

Serahkan dokumen yang disenaraikan diatas kepada MBSA tingkat 17.

Kadar Bayaran & Tempoh Sah laku Kad Pengendalian Makanan MBSA

Kadar Bayaran yang dikenakan bagi setiap permohonan adalah RM 10.00 Sahaja. Tempoh Sah Laku Kad Pengendalian Makanan – Mengikut tarikh luput suntikan TY2 atau tarikh tamat permit kerja.

Kaedah Bayaran

Lokasi :
Kaunter Utama, Lif A, Aras G, Wisma MBSA

Kaedah Bayaran:

  • Tunai
  • Kad Kredit
  • Cek – Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :
    MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
    MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi terus MBSA:

Jabatan Kesihatan Persekitaran,
Lif A, Tingkat 17, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1516

Muat Turun Borang

Pautan muat turun borang permohonan Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA boleh di dapati di sini

8 thoughts on “Cara Mohon Permit Kad Pengendalian Makanan MBSA

  1. Nur sabrina kamarulzaman

    Bagaimana saya nak perbaharui tempoh kad permit pengendalian makanan saya?

    Reply
    1. Admin Post author

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Sila bawa salinan IC, Salinan Sijil Kursus Pengendli Makanan dan Surat/Slip/Kad pengesahan suntikan typhoid ke MBSA dan isikan borang yang disediakan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  2. reyno genol

    hello tumpang tanya, sy baru shj dpt sijil kehadiran krsus pengendalian mkanan yg dikirimkan, tetapi sijil tu basah disebabkan kecuaian rakan sekerja dlm kitchen, boleh ka sijil itu sy mendapatkan yang baharu balik?

    Reply
    1. Admin Post author

      Salam Sejahtera!

      Terima kasih kerana menggunakan website rujukan utama pengendali makanan di Malaysia.

      Iya, sudah tentu boleh.

      Hubungi semula tempat anda hadiri kursus dan minta mereka cetak semula.

      Cas cetakan semula mungkin dikenakan.

      Semoga mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih,

      Rex Fahri
      Super Admin
      Team Kursuspengendalianmakananmalaysia

      Reply
  3. Nur Alia Afzan bt Yusoff

    Assalamualaikum, hye. Saya bakal bekerja di kfc . saya telah menghadiri kursus pengendalian makanan dan telah mendapat suntikan thypoid . Staff memberitahu bahawa saya perlu membawa sijil kursus bersama dokumen suntikan thypoid ke klinik kesihatan untuk membuat kad kesihatan..Adakah ianya kad permit pengendalian makanan?? Ke klinik kesihatan manakah yg wajar sy pergi??

    Reply
    1. Admin Post author

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Apa yang kami dikhabarkan, kad pengendali makanan ini akan dikuatkuasakan semula.

      Kad pengendali makanan ini memang sudah ada dalam garispanduan pengendali makanan tetapi tidak tahu kenapa ia tidak di laksanakan sepenuhnya.

      Untuk cik Alia yang bertanya, sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan dan Salinan suntikan typhoid ke Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan PBT (Contoh MBSA) dan tanyakan kepada pegawai disana borang untuk memohon Kad pengendali makanan.

      Kalau tidak salah bayaran yang dikenakan adala RM10.

      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

      Reply
  4. alex

    salam sejahtera,

    saya baru sahaja menerima suntikan vaksin Typhoid tahun lalu di kawasan kuala lupur nda mempunyai sijil pengendali makanan di isabah dan kualu lumpur satu,masalah nya sijil pengendali makanan saya yang original telah disimpan oleh kedua2 company dan hanya ada salinan sahaja.pertanyaan saya ialah adakah perlu lagi untuk membuat suntikan vaksin sedangkan saya baru sahaja menerima suntikan tersebut setahun lalu memandangkan saya sekarang berada di kawasan selangor dan di tempat kerja baru.kad kuning ada saya ada juga telah dismpan oleh campan terdahulu dan erlu kah saya menerima suntikan vaksin dan kad kuning tyang baru memandangkan itu satu keperluan di tempat kerja baru saya.

    Reply
    1. Admin Post author

      Salam Sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web rujukan #1 Pengendali Makanan.

      Tuan Alex, majikan menyimpan sijil pengendali makanan dan suntikan typhoid adalah perkara yang sering terjadi.

      Sekiranya anda mempunyai salinan bagi keduanya, maka ia masih sah dan boleh digunakan.

      Semoga Mendapat pencerahan.

      Sekian terima kasih

      Rex

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *